Satu kata-kata yang sering diungkap dalam melatih pegawai-pegawai baru dalam bidang jualan dan pemasaran adalah, "You only get the first impression once." (Anda hanya mendapat anggapan pertama sekali sahaja.)
Dalam hal ini, Pakatan Rakyat Selangor gagal untuk mendapatkan first impression yang baik. Pengumuman untuk memulakan penternakan babi moden semasa bermulanya Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diingati selamanya sebagai langkah pertama kerajaan Pakatan Rakyat. Boleh mudah dikatakan ini adalah "a disaster in Public Relation (PR)".
Kenyataan Bercanggah
Isu babi menjadi isu meletup hari ini di muka Berita MyKMU dengan dua rencana menarik.
Cucuwaktelu di dalam artikelnya, "PR S’ngor Tidak Sehaluan Dalam Isu Babi" menyatakan terdapat percanggahan sesama para-para exco. Memetik dari suratkhabar Sinar Harian, beliau menyatakan:
Dalam kenyataannya, Exco Kanan, Teresa Kok, selaku de facto Timbalan Menteri Besar, berkata, “Selangor berhasrat untuk menjadi contoh terbaik kepada kerajaan negeri lain dalam mengusahakan penternakan ladang babi secara moden. Saya amat berbangga dengan keputusan kerajaan negeri meluluskan projek ini.”Komen terakhir ini dinafi oleh mantan Menteri Besar, Dato Seri Dr Khir Toyo dalam akhbar hari ini. Manakala, Khalid Ibrahim menyatakan projek ini diluluskan pada mesyaurat exco Januari 30hb, 2008 untuk Ladang Tumbuk, Mukim Batu di Kuala Langat.
Kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan Yaacob Sapari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian, Pengurusan Sumber Alam, dan Pembangunan Usahwan. Ia berkata, “Perlaksanaannya masih di peringkat penelitian Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES) dan belum dilulusakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.”
Mengikut Yaacob, rancangan ini adalah untuk mengumpulkan penternak-penternak babi di satu kawasan dan teknik penternakan moden akan diperkenalkan yang dapat mengawal pencemaran. Katanya, projek ini sudah dirancang oleh pentadbiran dahulu dan jumlah RM100 juta adalah untuk jumlah pelaburan.
Sensitiviti Orang Islam
Cucuwaktelu memetik pendirian PAS seperti berikut:
"Dr Halimah Ali (PAS), ahli exco yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Perpaduan Nasional PAS Pusat menimbulkan isu aspek sensitiviti orang Islam yang merupakan pendudok dan pengundi terbesar di negeri Selangor. Beliau juga menyebut pengenai impak alam sekitar dan mungkin menyedari pentadbiran BN di bawah Dato Dr Khir telah menjadi sasaran tidak adil dari kumpulan Media Prima."Perkara yang hampir sama disebut oleh BN:
"Dato Abdul Rahman Palil (BN), DUN Sementa yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankausa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia, dan Mesra Rakyat menuntut kerajaan negeri supaya menjaga sensitiviti rakyat beragama Islam. Kawasan yang akan dijadikan kawasan penternakan tidak boleh melibatkan kawasan perkampungan orang Melayu."Rasional Teresa begini pula:
Di dalam blognya, Teresa menyatakan pernah melihat babi-babi berkeliaran di perkampungan orang Melayu di Tumpat dalam lawatannya beberapa tahu dahulu.
Walaupun Dato Abdul Rahman berkata ianya tidak perlu menjadi perkara sensitif, namun Teresa tidak boleh ambil mudah perkara sedemikian yang rata-rata bukan fenomena yang diterima ramai dan normal. Adakah Teresa mempunyai maksud supaya orang Melayu menerima kemungkinan babi yang diternak secara skala besar dan moden boleh berkeliaran sesuka hati?
Ingin diperbetulkan bahawa rumah-rumah yang babi berkeliaran di Tumpat adalah rumah orang-orang berketurunan Siam yang dari jauh kelihatan seperti iras muka Melayu.
Kebersihan dan Kesihatan
Cucuwaktelu menulis pandangan Ir Dato Zin mengenai satu lagi aspek:
"Ahli Parlimen Sepang, Ir Dato Mohd Zin Mohamed (BN) menuntut projek yang dicadangkan untuk kawasan Sepang ini dikaji dan dipertimbangkan dengan lebih teliti. Walaupun ia di bawah kuasa kerajaan negeri untuk meluluskan, projek berskala besar perlu melibatkan agensi-agensi kerajaan persekutuan kerana implikasi terhadap alam sekitar, kebersihan dan kesihatan umum."Jangan kita lupa kisah wabak penyakit binatang ternakan yang telah membunuh ramai rakyat, seperti JE, Bird Flu dan lain-lain.
"Factory farming", penternakan secara skala besar adalah salah satu sumber pencemaran alam sekitar dari sektor pertanian (di negeri-negeri Barat). Impaknya yang terbesar adalah dari kekotoran yang dikeluarkan kedalam sungai dan sistem perairan, pembuangan najis dan carcass, lebihan binatang yang tidak ada guna.
Mengikut kaedah moden penternakan babi, ia tidak sepatutnya melibatkan tempat berkubang yang berlumpur dan terdedah. Ia melibatkan kawasan yang tertutup dan jauh dari dunia luar - penyakit, cuaca, dan orang ramai. Sepang sebagai daerah terletaknya lapangan terbang antarabangsa, litar F1, lembah bio dan industeri pengangkutan tidak sesuai untuk projek ini. Satu lagi dimensi tempatan dalam penternakan babi adalah sensitiviti pendudok Islam majoriti.
Pelaburan
Seorang lagi penulis MyKMU, Komentar di dalam artikel Babi Penerima Pertama Bantuan Kerajaan Pakatan Rakyat agak terbuka kepada ide kaedah moden penternakan babi tetapi mempersoalkan mengenai perbelanjaan atau pelaburan RM100 juta tersebut. Tulisnya:
Namun yang dipersoalkan ialah mengapa mesti kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan sebanyak itu?Renungan
Penternakan babi merupakan kerja komersial. Hasil jualan dalam industri ini mencecah berbilion ringgit setahun. Justeru mengapa wang rakyat sebanyak RM 100 juta perlu digunakan untuk membantu penternak yang kaya raya ini?
Memang benar kerajaan perlu membantu perkembangan semua industri dalam negara bagi menggalakkan perkembangan ekonomi.
Namun kos yang begitu besar hanya untuk membina sebuah ladang babi tentulah menimbulkan pelbagai tanda tanya. Siapakah yang bakal memilikinya? Apakah sudah ada mereka yang dikenalpasti dan sanggup membayar sewa bagi mengembalikan kos pembinaan tersebut? Apakah semua penternak babi di Selangor bersetuju dengan kaedah ini? Jika tidak akan jadi gajah putihkah projek ini?
Komentar menimbulkan persoalan ini:
Kita juga ingin mengetahui, bagaimana dalam tempoh masa tidak sampai sebulan memegang jawatan, kerajaan Selangor boleh meluluskan pruntukan RM 100 juta untuk ladang penternakan babi ini.Cucuwaktelu bertanya pula:
Siapakah yang begitu hebat dapat membuat anggaran tersebut dalam masa yang singkat
Apa sebenarnya tujuan Teresa dan DAP untuk membuat satu pengumuman yang tentu sekali bukan sesuatu yang selesa kepada kaum majoriti dan kaum warisan negara ini? Harap ia tidak bertujuan untuk mendabik dada untuk menunjukkan kuasa barunya.Pengakhir kata Komentar pula:
Kuasa itu sementara dan tidak berkekalan. Ia yang perlu diguna dengan penuh perasaan tanggungjawab dan faham memahami. Itu yang membolehkan BN berkuasa selama lebih 50 tahun.
Undi yang PR terima pun undi yang tidak boleh berkekalan. Jangan mabuk dengan kuasa yang baru dikecapi.
Di sebalik laungan Pakatan Rakyat mengenai kerajaan kebajikan belum satu pun manifesto mereka tunaikan untuk rakyat. Air percuma yang dijanjikan pun sudah berubah dari April ke Jun pula. Tunggu sahaja jika ada perubahan lagi.
Nampaknya Babi menjadi penerima pertama kebajikan dari kerajaan Pakatan Rakyat ini.?
Nampaknya disana sini DAP masih tidak selesa untuk menjadi pemerintah dan sudah "alah bisa tegal biasa" dengan kecenderongan menimbulkan kontroversi. Malah nampaknya stunt Teresa Kok ini adalah PR untuk DAP.
Bakal Ada Lagi Perbezaan
Dari awal artikelnya, Cucuwaktelu sudah katakan Pakatan Rakyat adalah suatu pakatan yang bakal menghadapi perselisihan faham dan bibitnya sudah jelas:
PAS yang jelas dengan gagasan negara Islam versi mereka ditempelak Pengerusi DAP Karpal Singh. Perkara ini telah menyebabkan Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz untuk bersuara. Satu suara sudah timbul dikalangan PAS menyatakan parti itu harus mengepalai gagasan itu. Ia seolah-olah menempelak PKR yang mahu mendominasi sebagai parti induk. Sebelum kemenangan beberapa kerusi di PRU12, PKR adalah parti nyamuk yang berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.Tunggu dan lihat lagi tayangan hadapan di pawagam-pawagam Negeri Selangor yang berdekatan ...
12 comments:
Damage has been done. Khalid and gang should have chosen a more neutral project for their first bang-bang.
Yang saya tak faham kenapa galak sangat kerajaan baru Selangor nak umumkan projek mega babi ini. Kan ada banyak projek lain yang selaras dengan manifesto mereka?
Lebih menyedihkan inilah projek mega sulong yang mereka umumkan dengan penuh perasaan kebangaan.
Tak boleh ke tunggu 6 bulan dan lancarkanlah dulu program lain seperti subsidi untuk anak-anak di tadika yang saya ternanti-nanti sangat.
Rakyat Melayu beri mereka kepercayaan tapi YB (*) Yaakob Sapari selaku Exco Babi Moden memilih untuk menjadikan projek babi sebagai projek sulong portfolio beliau.
Kalau ye pun kata kerajaan UMNO dulu pun menggalakkan ladang babi, apa punya gila babi pemikiran pemimpin Melayu PKR dan PAS ini tak boleh tunggu. Banyak lagi benda lain boleh diumumkan.
Sedih-sedih-sedih macamana YAB (**) Menteri Besar Selangor boleh jadikan Projek Mega Babi ini sebagai hadiah untuk rakyat Selangor memberikan kepercayaan kepada mereka.
Minggu lepas bila saya ucapkan tahniah kepada ADUN baru dia kata jangan panggil dia YB. Katanya YB itu Yang Berhormat tradisi lapuk UMNO.
Agaknya bagi pemimpin melayu PKR dan PAS ni sesuaILAH YB maknanya Yang Babi dan YAB Yang Amat Babi. Kalau tak takkan Babi yang dijadikan keutamaan dan kebanggaan mereka.
Apalah punya babi.
Seri Setia
Perhaps Khalid did that for the spirit of MALAYSIAN MALAYSIA, that there should be no difference in the faith we believe, the race we were born with, and of course THE FOOD THAT WE EAT!!!
Bravo Khalid.
Leave your note Stephen if you happen to drp by.TQ
Kelate School Boy
Kerajaan pakatan PKR-DAP-PAS jangan rasa syok sendiri dan lupa bahawa kemenangan mereka disebabkan undi protes orang Islam Melayu, maka bila Tan Sri Khalid mengumumkan projek mega bela babi di Sepang, tanpa mendapat maklum balas terdahulu dari penduduk Islam di Sepang maka saya sangat bersetujulah dengan pendapat blog ini yang this is the greatest PR disaster the state government could ever make.
Kalau ada top ten list of why the present PKR-DAP-PAS should be bundled out in the next election then this shoot in the foot blunder will make No.1 in the list in PRU13.
Tan Sri Khalid, insensitivity to the feelings of Muslims especially in relations to pigs in this country smack of high arrogance AND believe me arrogant politicians will be shown the door in PRU13.You must have the courage to revisit this decision and bigger courage to make the necessary changes otherwise you will go down in history as the first and only MB in Selangor not from UMNO. Fikir-fikirkan...
New Cabinet:
Prime Minister - Anwar
Deputy Prime Minister - Lim Kit Siang
Culture Minister - Farish Noor
Defence Minister -
Education Minister - Nga Kor Ming
Environment Minister - Teresa Kok
Finance Minister - Tony Pua
Foreign Minister - Ramasamy
Health Minister -
Home Minister - Ronnie Liu
Information Minister - Jeff Ooi
Law Minister - Teng Chang Khim
Manpower Minister -
Sports Minister -
Technology Minister -
Trade Minister - Khalid
Transport Minister - Liew Chin Tong
(Penang Chief Minister - Lim Guan Eng)
Agree with Kelate School Boy.
Sorry Seri Setia you and this blog owner are nothing but another UMNO bigot.
My Tok Guru is right when he say only UMNO Malays are sensitive to pigs. There are many non Malay UMNO who eat pig.
Growing up in Penang during the 70s, our family and another 2 other muslim household are surrounded by Chinese. There was no problem for us to see roasted pigs day in and day out.
It was only after I was sent to a boarding school in Kelantan that I saw such prejudice exist and know what? Most of my classmates were from Johor and Selangor. It was them and not the Kelantanese who have this prejudice against pigs.
There is nothing wrong about pigs. It is haram only for Muslim as a test of faith.
Selangor State Govt is on the right path to correct this prejudice and injustice carried out by UMNO.
Truely Malaysian
Truely malaysian
I believe you did not understand Kelate Boy. His remark is what they call a sindir. I would expect you to understand your national language.
The Oxford Dictionary and it's not Khairy's Dictionary described bigot to mean obstinate and intolerant adherent of a creed or view.
By that convention, you are a bigot because you have stereotype and brush me as an orang UMNO as bigot. I would appreciate you elaborate how you derive to the conclusion that I am an UMNO bigot.
Maybe your command of the national language is limited. but this article expose the inconsistency if not hypocrasy of the various component party and thsi si a political piece.
Khir Toyo's administration to approve is for teh smaller Kuala Langat project but it is still subject to various conditions that need to be met.
But not a for a megalomanic of RM100 million at Sepang and also unsuitable place for pig farming!
The decision to do the Sepang project is that of Khalid Ibrhaim or if not Teresa Kok and not of the Khir Toyo government.
Khalid lied!!!! Ask him to read and comb the minute of 30-1-2008 carefully. Did it meantion sepang and did it mention consitions?
I remember when Abdullah Badawi was to take charge of the JE epidemic, there was a certain opposition leader who tease him as below:
Di arab badwi jaga unta
Di malaysia badawi jaga babi.
My article merely put the issue of inconsistency and the bad public relation trait of DAP as inexperiacne in governing.
As government they shd balance the interest of all. For Dap, they claim to b a Malaysian Malaysian.
Are the Malays not Malaysian and not majority and the "ultimate right of tenancy of this country? Shd their rights, interest and sensitivities not be respected. For Selangor, they are the majority race.
So do we deny their rights because of mere dietary indulgence that can be esily substituted?
Please be consistent in your application of principles.
Now who is the bigot? Tell me!
Just look at Kelantan under PAS governance , it too has pig farms.
The most important thing is the farms don't pollute the environment .
Jan
I agree. And it is not necessarily in Kelantan.
But the problem we had has been in the West Coast in N9 and Melaka.
Pollution at the Spanmg area has been terrible becasue of pig farming.
Issue here is can we rely on pig farmers to be hygenic here in the west coat?
I do not trust any commercial enterprise to be socially responsible. That include Chinese pig farmers and I have justification to be so.
Sometime I wonder.
Mercun tak boleh main di Singapore and Hong Kong but the Chinese here took it as an insult if firecracker are ban.
Singapore, Taiwan ban pig farming but our Chinese take it as an infringement of their culture.
THNK ABT IT!
Truely Malaysian,
Any average mind would have known that my comment is just a "sindir".
Geez, these people can't read between the lines.
Perhaps this is the mentality of PKR supporters, take any words to their favour without first analysing with their intellectual minds.
Wonder how could they govern, it is even more disgusting than what we were used to be offered, and remember this is just the BEGINNING.
Thanks the Voice for a well-informed posting.
Kelate School Boy
Ini adalah peluang UMNO untuk mengistyiar babi itu sebagai suatu "haiwan yang dilindungi" atau pun "haiwan suci" (holy animal) yang di larang makan oleh Cina. Kalau macam itu tiada keperluan untuk belah babi di mana mana di Malaysia. Hidup UMNO.
Oleh kerana negeri Selangor akan menjadi bertambah makmur lagi dirahmati berkat terbinanya ladang babee berhawa dingin di selangor, maka disarankan supaya semua ahli2
pas dan pkr mengadakan majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran pada setiap malam selama mana yang mungkin.Juga dicadangkan supaya pas menjemput para ustaz dan ustazah dari DAP untuk memberikan sedikit tazkirah mengenai penjagaan dan pengurusan babee yang bakal mendiami kandang moden lagi berhawa dingin di Sepang.Juga tidak dilupakan,majlis meraikan imam besar Pakatan Rakyat, al fadhil ustaz anwar al-maksumi,
seadil- adil manusia di dunia dan juga bakal perdana menteri baru malaysia diatas kejayaan beliau memecahkan perpaduan orang melayu dan mendaulatkan ketuanan cina dan india.Perbelanjaan untuk majlis ini bolehlah diambil dari akaun derma syarikat2 kepada kerajaan negeri ( berhati -hati,jangan sampai BPR tau, mereka kroni BN ).
Memandangkan kebajikan babee adalah merupakan agenda utama kerajaan selangor pada masa kini, maka perlulah diwujudkan satu exco khas yang berkuasa penuh menjaga kebajikan makhluk allah tersebut (mengikut ustazah teresa cock). Calon2 yang amat berkelayakan untuk mengisi jawatan tersebut adalah seperti berikut:
Tan Sri Khalid Flinstone
theresa cock
Looney liu
Father sapi er
Hassang Alley
Digarhayu Selangorku Ameeen.
Post a Comment