Thursday, August 28, 2008

Kekalahan Teruk BN di Permatang Pauh III: Pak Lah dan "Gadis-Gadis Chorus" Menyanyikan Penafian

Dengan Barisan Nasional menggunakan segala sumber dan helah yang tercapai dan terfikir, Dato Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja menang di PRK Permatang Pauh tetapi dengan lebihan undi yang lebih besar dari kemenangan Datin Seri Wan Azizah Anwar pada Mac 8hb.

Abdullah Badawi masih bersikap tidak mahu menerima kenyataan dan memandang kecil kekalahan itu. Katanya, ia hanya pilihanraya kecil biasa untuk satu kawasan dan tidak boleh mengubah situasi yang telah pun berlaku pada pilihan raya umum yang lalu.

Kelebihan undi Anwar tidak langsung mencemaskan beliau. Mengikutnya, Anwar dijangka untuk menang tetapi tidak mencapai lebihan undi 17,000 yang disasarkan. Padahal undi Ariff sebanyak 15,524 undi itu kurang dari jumlah ahli UMNO Bahagian Permatang Pauh yang seramai 25,000.

Tan Sri Mahyuddin memberi amaran usah dipandang ringan kemenangan Anwar. Dato Ali Rustam yang bersungguh berkempen di Permatang menyedari masaalah ketidakupayaan BN untuk manarik pengundi atas pagar.

Namun begitu, kenyataan Dato Seri Najib menyebut mengenai hidupnya amalan demokrasi memberi gambaran bahawa itu sahaja yang dicapai di Permatang Pauh.

Manakala itu, pemimpin-pemimpin UMNO lain seperti Ahmad Shabery, Syed Hamid, dan lain-lain hanya memandang kecil kemenangan itu atau mengikut sama sikap tidak terimaan kenyataan Perdana Menteri.

Nampaknya memang benar kata Presiden UMNO bahawa PRK Permatang Pauh tidak mengubah sikap pucuk kepimpinan UMNO dalam menghadapi kekalahan pilihanraya.

--------------------------

Bernama Ogos 2bhb, 2008

Jangan Salah Tafsir Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Kata PM

JOHOR BAHARU, 27 Ogos (Bernama) -- Keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang dimenangi penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak boleh ditafsirkan sebagai satu trend yang boleh berlaku di kawasan-kawasan lain, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Rabu.

Perdana Menteri berkata Barisan Nasional (BN) yang memenangi 140 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas masih mendapat sokongan kuat daripada rakyat.

"Apa yang berlaku di Permatang Pauh bukanlah sesuatu yang terlalu besar untuk mengubah situasi yang telah pun berlaku pada pilihan raya umum yang lalu.

"Pilihan raya kecil Permatang Pauh hanya satu pilihan raya kecil yang tidak boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang boleh berlaku di kawasan-kawasan lain. Saya percaya kami masih boleh terus mentadbir kerajaan," kata Abdullah yang juga pengerusi BN kepada pemberita selepas mengucapkan selamat jalan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Lapangan Terbang Senai di sini.

Anwar memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh Selasa dengan majoriti 15,671 undi, memperoleh 31,195 undi berbanding calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, yang mendapat 15,524 undi.

Seorang lagi calon, Hanafi Mamat, 61, daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) hilang wang pertaruhan selepas hanya mendapat 92 undi.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Anwar, Abdullah berkata kemenangan itu sememangnya sudah dijangkakan oleh banyak pihak memandangkan kawasan itu dianggap sebagai kawasan Anwar sejak dahulu lagi.

"Dan untuk dua penggal kawasan itu diwakili isterinya (Anwar) Datin Seri Dr Wan Azizah (Wan Ismail), maka sekarang ini kawasan itu telah balik kepada beliau.

Katanya walaupun kekalahan itu teruk tetapi calon BN tidak hilang deposit manakala cita-cita Anwar untuk menang dengan majoriti lebih 17,000 undi juga tidak tercapai.

Abdullah juga menolak tanggapan bahawa kemenangan Anwar dipengaruhi oleh propaganda pemimpin parti pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri jika memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Saya ingat bukan itu (yang mendorong kemenangan beliau). Ada perkara lain yang telahpun dijanjikan sama ada nak turun harga minyak, sama ada yang berkaitan isu-isu kaum yang ada dalam negara kita ini yang pada pandangan saya menarik perhatian golongan tertentu," katanya.
Perdana Menteri juga menolak kemungkinan anggota Parlimen BN akan bertindak keluar parti sepertimana yang diuar-uarkan oleh Anwar untuk menyertai pembangkang bagi membentuk kerajaan berikutan kemenangan pemimpin PKR itu.

"Tak ada, ahli BN takkan tinggal(kan) BN begitu saja. Kalau ada masalah dalam parti kita selesaikan dalam parti," katanya.

Abdullah menegaskan perkara paling penting bagi BN ialah menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas.

"Kita mesti meneruskan dan bekerja untuk melaksanakan begitu banyak perkara yang perlu dilaksanakan dan memerlukan perhatian (untuk menyelesaikan) masalah yang timbul berkaitan kenaikan harga minyak dan barangan makanan dan juga isu lain. Isu-isu itu kita perlu selesaikan," katanya.

Menjawab soalan berkenaan dakwaan kegagalan BN merampas kerusi Permatang Pauh juga berpunca daripada ketiadaan sokongan anggota BN sendiri di kawasan itu, Abdullah berkata setiap pengundi mempunyai sebab masing-masing semasa memilih wakil mereka.

Katanya BN akan menganalisis keputusan pilihan raya kecil itu bagi mengenal pasti kecenderungan pengundi sebelum mengambil langkah sewajarnya untuk menangani isu sebenar yang menjadi punca pengundi menolak BN.

--------------------------

NST Online 2008/08/28

Analyst: All Umno's own doing

BUTTERWORTH: A political analyst said Barisan Nasional's loss in Permatang Pauh was Umno's own doing.

Umno has 25,000 members in Permatang Pauh but its candidate Datuk Arif Shah Omar Shah only obtained 15,524 votes.

"Why didn't all of them support him? Does this show weaknesses in the party itself?" Dr P. Sivamurugan of Universiti Sains Malaysia asked.

He said the constant harping on the sodomy allegation against Datuk Seri Anwar Ibrahim and his refusal to swear on the Quran also backfired on the coalition.

He said the situation worsened during the final three days of campaigning.
"Many of the Permatang Pauh people, including the fence-sitters, of whom a majority are Malays, cannot accept such an approach and this resulted in them showing sympathy for Anwar," he said.

Dr Sivamurugan said the fence-sitters swayed towards Anwar after he got Pas spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat to attend his campaigning.

He said BN should have placed greater emphasis on issues faced by the locals.

He said BN's campaign was also disorderly and Arif Shah was often seen campaigning alone.

PKR, on the other hand, he said, organised their schedule well.

--------------------------


Bernama 28-08-2008

Don't View Anwar's Victory Lightly, Says Muhyiddin

SINGAPORE, Aug 27 (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) should not take lightly the victory of Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim in the Permatang Pauh parliamentary by-election, said Umno Vice-President Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin said he was concerned that the voters' decision to give victory to the opposition would become a trend.

"Although it was just a by-election, it could be an indication of a trend that the voters had already decided that they wanted change even if they didn't know what the changes were, and refused to accept BN's leadership," he told Malaysian journalists here.

Muhyiddin, who is International Trade and Industry Minister, was here to attend the Asean Economic Ministers Meeting.

He said BN and Umno should conduct a post-mortem and take steps to speed up Umno's reinventing process as well as measures to rebrand the BN with new approach more acceptable to the people.

According to him, this would require the BN and Umno to re-evaluate whether their approach to campaign was already "stale and no longer acceptable to the people."

"It is clear that we need to make swift changes to the organisation and to the way we do things," he said.

Muhyiddin added that the results also showed that the voters' mindset had shifted and that they now wanted something which "are fairer, not racial-based (politics) but one that is based on the profile of the multiracial and multi-religious Malaysians."

"Umno should be prepared to make the change," he said.

Muhyiddin said, however, that Anwar's victory was something to be expected and accepted as it was the wishes of the people, who made their choice under a democratic process.

"It may be that whatever is said about Anwar, the people and voters just refuse to believe it.

"The explanation given by our leaders was not accepted as though it was already decided from the outset that the BN would lose and PKR would win," he said.

Meanwhile, MCA Secretary-General Datuk Seri Ong Ka Chuan said all parties should accept Anwar's victory as it was the wishes of the people.

"We must respect the voters' decision and the country's democratic practices.

"Irrespective of the BN's view, we must accept the people's decision," he told reporters in Genting Highlands after opening the 30th anniversary of the National Association of Malaysian Life Insurance and Financial Advisor.

Anwar won the by-election with a 15,671-vote majority after securing 31,195 votes, defeating BN candidate Datuk Arif Shah Omar Shah, who obtained 15,524 votes.

Angkatan Keadilan Insan Malaysia candidate, Hanafi Mamat, lost his deposit after obtaining only 92 votes. There were 447 spoilt votes.

Meanwhile in Melaka, Umno Vice-President Datuk Seri Mohd Ali Rustam said the BN's failure to win over the fence-sitters was among the main factor for the defeat.

"We notice that Umno has not been able to attract the fence-sitters, particularly among the young," he told reporters after the conferment of the Darjah Mulia Seri Melaka, which carries the title Datuk, to national men's singles badminton coach, Misbun Sidek.

He said the other factor that might have contributed to the defeat was the feeling of "over-confidence" on the part of the BN.


3 comments:

Anonymous said...

saya tak rasa ada apa-apa yang salah dengan kenyataan mereka.ada kebenaran dalam kata-kata mereka.

memang sudah diketahui Permatang Pauh adalah kubu kuat bagi Anwar.walaupun macamamana BN mencuba,peluang adalah lebih cerah untuk Pakatan Rakyat.jadi adalah senang untuk menang bergaya disana.

kita semua perlu faham bahawa kenyataan mereka dibuat untuk "mempertahankan" BN supaya penyokong mereka tidak kelam-kabut disebabkan kekalahan itu.sama seperti Pakatan Rakyat.saya pasti Pakatan Rakyat juga akan cuba menteteramkan ahli-ahli mereka ketika sedang berhadapan sesuatu krisis atau isi dalam parti.

tapi kedua-dua parti,BN dan PR,perlu terima kenyataan bahawa kuasa masih ditangan rakyat.rakyat yang memilih kerajaan dan bukan sebaliknya.kita tidak akan berada dikedudukan atas selamanya.

Unknown said...

i dont think they're "singing denial".in fact they're singing what's already the facts!.

we all know that P.Pauh is a concrete fortress that says "Anwar's only".so for BN to win there is like a miracle.

their statements were made for the sake of not putting their supporters in a down mood.no big deal.any political party cant show they're on haywire or else they supporters also gonna go haywire.

the same goes to Pakatan Rakyat.i'm sure they must know how to handle their supportes in any situation.

Anonymous said...

Bagi saya BN/UMNO masih bermimpi lagi. Saya penduduk Kg baru KL merasakan bahawa UMNO sudah tidak lagi dihoramti dan disegani kerana sudah berpuluh-puluh tahun UMNO tidak pernah kalah diTitiwangsa tapi tewas akhirnya kenapa? Orang melayu kebanyakan golongan pedapatan serdehana dan rendah dengan kebanjiran PATI bertambah perit kehidupan mereka! Apa UMNO buat untuk orang melayu? hanya gah seperti ke angkasa lepas tapi adakah gah taraf kehidupan orang melayu dibumi malaysia ini berbanding dengan kaum lain, sebab UMNOlah orang melayu tak maju! Dimomok kan orang melayu dengan politik perkauman,pertuduhan jelak sesama melayu,rasuah dan macam-macam lagi. UMNO kena faham kenapa orang melayu menolak kalau dulu mereka menerima jangan sampai mereka buang! Cari pemimpin baru, kalau dah sesat jalan, kembalilah ke pangkal jalan....

My Say