Monday, February 02, 2009

ADUN MCA Negeri Sembilan lompat ke DAP?


Beberapa hari lepas, penulis terbaca di blog Paneh Miang akan kemungkinan tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO untuk Negeri Sembilan akan melompat parti masuk PKR. Tulisan tersebut menyampaikan pendapat Ketua Bahagian UMNO Seremban Datuk Ishak Ismail.

Menurutnya Ishak, ADUN-ADUN yang disyaki adalah ADUN Serting, Shamsul Kahar Md Deli, Datuk Aziz Shamsuddin (Palong) dan Mustafa Salim (Lenggeng). Namun begitu ketiga-tiga mereka yang disebut telah menafikan.

Jika benar tiga orang ADUN BN melompat parti di Negeri Sembilan, ia akan membawa kepada satu keadaan yang dipanggil 'hang Government' di mana kerajaan yang memerintah tidak mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri dan sebarang tidak berupaya mencapai apa-apa keputusan.

Petang tadi penulis mendapat maklumat dari seorang sahabat rakan bahawa satu-satunya ADUN MCA di Negeri Sembilan akan melompat masuk DAP. ADUN MCA yang dimaksudkan adalah YB Tuan Siow Chen Pin bagi kawasan DUN Chennah.

Sahabat saya ini jarang berkongsi maklumat melainkan dia yakin dengan maklumatnya. Menurutnya, dia terdengar dari perbualan talipon salah seorang aktivis PKR. Aktivis tersebut kecewa "ADUN MCA Negeri" tersebut menganggotai DAP dan bukan PKR.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Mohamad Hasan pernah menyatakan kerisauannya dengan kedudukkan majoriti BN yang hanya lebih dengan tiga kerusi.

Jika tiga ADUN UMNO masuk PKR, ADUN MCA masuk DAP, dan ada ADUN lain pula, igauan Mohamad Hasan boleh menjadi kenyataan. Nampak gaya kerajaan pimpinan Mohamad Hasan berada dalam keadaan telor di hujung tanduk.

Sekarang ini, DAP menguasai sepuloh kerusi dan PKR empat kerusi dalam DUN. Jika PKR dapat menambah empat kerusi pun, kerajaan "lompat" Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan bakal dikuasai DAP. Adakah akan berlaku seperti di Perak yang mana Menteri Besar Melayu tetapi anggota exco dikuasai oleh DAP?

Kalau di Perjanjian Naning, British masuk campur dalam hal ehwal Negeri Sembilan. Adakah kali akan ada Perjanjian Naning II pula?

6 comments:

Nasirudin Anjud said...

Sini lompat sana lompat. Mungkinkah ada petunjuk bahawa punca semua ini adalah perebutan 2 jawatan terpenting Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Ultimately?
I cannot but lean my perspective more towards conspiracy theory to unseat the DPM and prevent him from reaching the pinnacle.
Any response?

Pok Li said...

Penyakit melompat parti telah berjangkit ke semenanjung. Dunia politik yang serba mungkin. Kelemahan kepimpinan membawa musibah.

Anonymous said...

It's payback time. Don't you think! Remember Lim Fui Ming

Anonymous said...

Langkah yang boleh dibuat oleh MB N9 adalah memansuhkan dewan undangan negeri. Beliau boleh berbuat demikian walaupun pembangkang telah mendapat majoriti kerana beliau masih MB yang sah.

Dengan perkembangan terkini, saya yakin BN mampu menguasai lebih banyak kerusi dengan syarat:-

1)Pak Lah tidak masuk campur
2) Kawasan majoriti Melayu mesti ditandingi oleh calon Melayu, tiada kompromi.
3) Dato najib mesti diberi kebebasan untuk memilih calon.
4) Seluruh ahli UMNO NS mesti bekerjasama secara total.

Anonymous said...

betullah cakap masuksuku tu..aku stuju sangat..ingat xde org kr nak sokong BN... Bn still parti yang kuat...Hidup UMNO...hidup BN!

Anonymous said...

Pak Lah tak boleh masuk campur??? Dia dah keluar UMNO macam Tun kah?
Kalau dia masih dalam UMNO kenapa tak boleh masuk campur? Penyokong UMNO nampaknya semakin hari semakin keliru.

My Say