Wednesday, February 18, 2009

KJ tiada jawapan untuk bedakkan 'kehitaman' imej liabili UMNO

Apa lagi cara untuk bedakkan "'kehitaman' imej Khairy?

Khairy Jamaluddin tidak dapat mengemukakan jawapan menangkis imej dan persepsi dirinya sebagai liabiliti UMNO. Dia hanya berdaya menyatakan terpulang kepada mereka yang menerima penerangannya untuk mengundi.

Selain jawapan defensif yang dikemukakan, Khairy masih bersikap apolegetik dan in-denial (tidak menerima kenyataan) terhadap sebab-sebab kekalahan BN di PRU12.

Dia tidak mahu mengaku sebab kritikal yang satu adalah kelemahan bapa mertuanya - dari segi kebolehan mentadbir, kelemahan kepimpinan, polisi keterbukaan gopoh yang memakan diri, kehilangan keyakinan, dan penglibatan keluarga - yang menjadikan BN dibenci dan dakyah pembangkang diterima rakyat.

Khairy masih cuba memesongkan sebagai masaalah bersama dan ketidak upayaan menangani kejayaan PRU11 tahun 2004.

Sepanjang masa lima tahun ini, Khairy tidak henti-henti mempertahankan bersungguh-sungguh setiap tindakan-tindakan dan keputusan Abdullah dan menyanggah pengkritik-pengkritik dari dalam dan luar UMNO.

Dalam dia mahu cuba mencadangkan pelbagai konon agenda, dia tidak terjawab juga kenapa tidak dibuatnya sepanjang menjawat Naib Ketua Pemuda?

Cadangan forum "Satu Malaysia" sesama Pemuda BN yang dikemukakan adalah agenda menyerapai Malaysian Malaysia yang tidak selari dengan perjuangan UMNO dan manifestasi komitmen Khairy pada idealisma multiculturalism dan mulracialism.

Baca seterusnya laporan mStar berikut:

Rabu Februari 18, 2009

Khairy akui ambil masa kikis persepsi liabiliti

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB



CALON Ketua Pemuda Umno, (dari kiri) Datuk Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Khir Toyo sebelum ditemubual dalam rancangan Hujah yang disiarkan secara langsung dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, malam tadi.


KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin mengaku bahawa beliau yang dilabel sebagai liabiliti sehingga membawa kemerosotan prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu, terpaksa melalui proses yang panjang untuk mengikis persepsi untuk menghadapi pemilihan bulan depan.

Naib Ketua Pemuda Umno itu yang bertanding jawatan Ketua Pemuda berkata, beliau terpaksa bekerja keras untuk mencerminkan personalitinya di kalangan perwakilan untuk mereka mengetahui siapa beliau yang sebenarnya.

"Saya mengambil proses yang lama supaya perwakilan mengenali saya yang sebenar dengan saya menerangkan pelbagai isu kepada mereka.

"Akhirnya, sama ada pemimpin itu liabiliti atau aset, kita serahkan kepada parti dan perwakilan untuk tentukan," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau ketika ditemu bual dalam rancangan Hujah siaran stesen TV9 malam tadi.

Khairy, menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau percaya, perjuangan yang dibawanya adalah suara orang muda daripada akar umbi.

"Dengan usaha dan masa yang diberikan kepada saya, saya percaya dapat merungkai isu yang menjadi imej dan persepsi terhadap saya," katanya.

Program itu disertai Khairy dan dua calon lain yang turut bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo dan Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir.

Ketiga-tiga mereka percaya mempunyai kekuatan masing-masing dalam menghadapi persepsi terhadap mereka.

KHIR TOYO

Sementara itu, Dr. Khir menjelaskan walaupun beliau dilihat membawa kekalahan kepada BN di Selangor pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, tetapi berpendapat fenomena tersebut tidak semestinya berterusan.

Katanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri juga pernah tewas sebelum ini dalam pemilihan parti namun kini mereka berjaya.

"Saya mula daripada bawah sebagai anak seorang petani miskin dan kemudian menjadi Menteri Besar.

"Saya kemudiannya jatuh, dihalau oleh Pakatan Rakyat malam-malam... saya bawa anak saya dan dibaling botol mineral tetapi saya tetap di sini dengan semangat saya," katanya.

ULASAN MUKHRIZ

Sementara itu, Mukhriz yang merupakan anak kepada Dr. Mahathir yang dikenali sebagai bapa pembangunan negara mempunyai tanggungjawab untuk membawa pendekatan yang berbeza dalam perjuangan supaya tidak dibayangi bapanya.

"Saya berbangga dengan kejayaan yang dibawa oleh ayah saya selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

"Bagaimanapun pada masa yang sama, saya mempunyai peranan yang harus dimainkan untuk memenuhi hasrat orang muda yang mendahagakan integriti.

"Saya lihat dari persepsi dan imej, entah kenapa orang muda nampak agak bosan dengan Pemuda dan Umno kerana masalah integriti dan ini yang harus diperbetulkan melalui kepimpinan yang berwibawa, berwawasan dan mesra kepada rakyat," katanya.

PERUBAHAN UMNO

Ketiga-tiga mereka sepakat berhubung keperluan Umno untuk melakukan perubahan supaya menjadi parti yang terus relevan kepada rakyat.

Dr. Khir berkata, Umno perlu kembali kepada paksi sebenar iaitu untuk memperjuangkan agama Islam dan bangsa Melayu.

"Rata-rata dalam Pemuda Umno memerlukan pertarbiyahan yang harus dimulakan di bandar dan kampung supaya dapat memberi manfaat kepada parti," katanya.

Mukhriz berkata, jika Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri Mac depan mampu mengolah formula baru untuk menarik sokongan, beliau percaya Umno dan BN akan terus relevan.

Bagi Khairy, Umno perlu mengembalikan harapan rakyat yang diterjemahkan melalui pilihan raya umum 2004.

"Atas dasar harapan itu, kita berpaksikan kepada nasib rakyat. Kita cungkil kembali harapan mereka dan laksanakan. Mungkin kita tidak berjaya menguruskan kejayaan besar dalam pilihan raya umum 2004 yang membawa kemerosotan pada 2008," katanya.

Bagaimanapun jelas Khairy, peralihan kuasa bukanlah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi Umno dan BN.

"Kita perlu kembali kepada batu asas untuk membina semula kekuatan. Kalau kita tidak bawa apa yang dijanjikan, maka perubahan itu tidak ada gunanya," katanya.

ROMBAKAN KEPIMPINAN

Sementara itu, Mukhriz berkata, rombakan kepimpinan di peringkat tertinggi sememangnya diperlukan memandangkan perjuangan Umno pada ketika ini dilihat sudah sedikit terpesong daripada perjuangan asal.

"Ini yang menyebabkan sokongan rakyat merudum melalui keputusan pilihan raya tahun 2004 dan 2008 yang jauh berbeza bagai langit dan bumi.

"Kita perlu kembali kepada momentum yang tegas dan berwawasan yang dimulakan sejak dulu lagi.

"Kepimpinan perlu tegas. Bila kita biarkan demonstrasi dan tidak menggunakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk mengawal, akhirnya keputusan pilihan raya tidak berpihak kepada kita," katanya.

Selain itu, beberapa isu turut disentuh dalam forum selama sejam itu termasuk Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris, Dasar Ekonomi Baru dan isu ekonomi termasuk harga minyak dan kenaikan harga barang.

Selepas laba 2004, Abdullah, keluarga dan sahabat-sahabat menjadi ganas sekali dengan penyelewengan. Kepimpinan penuh dengan kecuaian dan flip flop dalam membuat keputusan.

Diketahui umum banyak keputusan-keputusan persendirian yang dibuat Abdullah salah tanpa ambilkira pandangan yang ahli, tetapi hanya atas sorokkan Tingkat 4.

Abdullah menjadi angkuh enggan menerima tindakbalas dan kritikan mengenai masaalah-masaalah dalam negara dan kerajaan yang dikemukakan melalui pelbagai saluran.

Khairy konon mengaku ada keterbukaan di bawah pentadbiran Abdullah. Realitinya jauihd ari yang sebenar.

Abdullah menggunakan jentera kerajaan dan media melalui Kalimullah untuk memutarbelit akhbar dengan begitu ganas dan menggunakan kekerasan terhadap pengkritik seperti yang berlaku terhadap Dr Mahathir.

Kalau Khairy mahu menang, dia perlu hadapi hantu tahun-tahun 2004-2008. Jika dia menang sekali pun tanpa menghadapi persoaln-persoalan ke atas dirinya, ia tidak boleh merubah imejnya sebagai liabiliti UMNO.

Rakyat teramai tidak menyukainya dan UMNO boleh kecundang di PRU13. Malam tadi pun sangat sedikit pihak hadhirin yang mahu menghukur salam dengannya di Dewan Syed Nasir, Dewan Bahasa Pustaka.

Pilihan untuk perwakilan adalah antara Khairy atau menyelamatkan UMNO.

13 comments:

Budiman Mohd Zohdi said...

Saya ada membuat ulasan, pertemuan mereka malam tadi. Pohon izin foto mereka bertiga dalam blog saya www.mindabudiman.blogspot.com

Detguaq said...

Saya juga ada membuat komen mengenai Dato' Mukhriz, kaytoyo dan kayjay.

BERANI BERUBAH.....

Pemuda IKS said...

BERANI BERUBAH!

Anonymous said...

Hello,

saya rasa KJ did OK. Dia muda dan tak ghairah dan asyik sangat. Saya melihat dia dalam debat lawan Husam di KB baru ini, dia cekap. Semalam saya rasa dia tak tergamak main politik populis spt yang lain.

Itu saja pandangan ambo.

Anonymous said...

salam bro.. kepada siapa yang tidak sempat menonton, bole menonton streaming di http://video.aidan.com.my/hujah/

PEJUANG CYBER said...

http://senapang-patah.blogspot.com/2009/02/anotherbrickinwall-blogger-cap-ayam.html

Anonymous said...

Cuba tengok rakaman semasa agus kata Khairy liabliti. Lihatlah wajah-wajah yang respon dengan soalan agus. Semua senyum tanda setuju.
Potong stim apabila Khairy jawab secara enteng saja, terpulanglah kepada perwakilan konon... boleh bla lah khairy hampas kelapa pun tak boleh pakai.

Anonymous said...

From the beginning I'm very sceptical that he is ready to become KP come Mar 2009 party elections. His latest chance in the TV9 prgme to at least prove that he is honest, sincere unassuming,has changed his 'demeanour and exterior bearings'[to quote Sakmongkol]and possesses any semblance of an effective leader, he blew it up. Even in the presence of friendly rivals in the likes of MM and KT, he lost his focus and was just rambling throughout the session. What can we expect then if the country is confronted by real enemies from within and without. So Pemuda delegates, pl be wise.

Anonymous said...

Salam Another Brick In the Wall,
Excellent article because the title summarizes your point very well.

Its down to color and I want to focus on "bedakkan" and "kehitaman". The rest of your article is totally irrelevant because over here you are clearly alluding to KJ's complexion.

So KJ's complexion is the issue. I have seen pictures of Dato Mukhriz and his skin color can change to depending on the amount of hours he spent under the sun. If he is comfortably in his Ferrari or in his mansion, his skin color is quite light and fair. That makes him a great candidate as he won't require much powder.

But if he steps out, like perhaps leading a rally his skin color quickly turns dark. Does it mean that now he is a worse leader? Should he now be very concerned that his skin is not fair? Do the delegates actually bother whose skin color is fairer than the other.

I have a solution, ask Oil of Ulan or SKII to run a competition. Make Dato Seri Khir Toyo, Dato Mukhirz and Khairy all sit around in a commercial and we can have conclusive proof who needs the bedak, and who has the "hitam."

Electing a Ketua Pemuda UMNO is about who is best to lead the struggle, not who is the fairest of them all.

Anonymous said...

Non Partisan,

i think your boy was rambling (Mukhriz). Sekejap nak ISA semua demonstrasi, sekejap lagi perlu ada Speakers corner macam Hyde Park. Yang mana satu dia nak?

Lepas tu Tun yang nak PPSMI (his brainchild) takda pulka nak defend pulak, sebab mungkin isunya terlalu teknikal?

Macam George W Bush lah wei.

Anonymous said...

Flip flop non partisan,
If you care to study the dynamics of a demonstration and a speakers corner there are vast differences between these two. I don't have to elaborate. So MM is not rambling if he appears to be adopting different approach towards handling the issue.Anyway, none of the candidates is my boy.

Anonymous said...

Salam Voicey,
More analisis on this Fairest of them all jibe at Waziboy. Would be exceedingly grateful if you provide this kind space to readers interested in looking at alternate point of view. http://waziboy.blogspot.com/2009/02/my-fair-lady.html

WJK

Anonymous said...

Salam...
Saya punya penilaian, saya malas nak bagi markah. Saya bagi kedudukan carta je...

No 1......Khairy
No 2......Khir Toyo
No 3......Prof Agus

Hahaha... Mukhriz tersingkir terus sebab tak layak langsung untuk Ketua Pemuda…

My Say