Monday, March 05, 2012

Alleged fugitive lawyer responded


The coverage of our audience with his highness the Sultan of Johor here received some 50 comments.

The comments and content proves that the general public and not merely a small segment, truthfully or otherwise, have knowledge and opinion of the going-ons in Johor. It shows there is public concern with development in Johor that should be heed by the party concerned.

However the last comment gave an interesting link to a You Tube confession by someone claiming to be the alleged fugitive lawyer, Kamal Hisham written here and covered thrice by Bigdogdotcom here, here and here.

The video below:



The person in the video have beards on but it has resemblance to the picture above.

In the video, Kamal Hisham express interest to return back to Malaysia to clean his name and cooperate with the authority, although he made no mention of his whereabouts.

He also expressed concern for death threat on himself and his family. He claimed he has proof to back his claim and believed a hired gun has been sent to murder him.

He claimed the threat came about because he refuse to follow the directive of a pembesar with regard to division of the estate of the pembesar's late father.

Subsequently, he claimed the pembesar had fixed him for committing many offenses which he denied to have committed. There will be a warrant of arrest to be issued for him.

He seek the help of the Malaysian Government and Inspector General of Police to save him and allow him to carry out his duty.

8 comments:

Anonymous said...

Aku nak kesian dan simpati dgn nasib si Kamal ni pun kesian jugak tapi bila aku tengok lah perangai dia masa dia "up" berdampingan dgn Sultan dan kerabat dia ni nampak eksyen sunggoh kata orang Johor "timing" habis..pada hal dia tahu aku siapa ..masa tu tengok orang lain pun eksyen habis..hidung tinggi
Kelibat dia ni buat orang lain yg keliling "mafia"Johor tu semua jealous..yang dia ni pun tak tahu nak bawak diri
On the other hand bila aku dengar kerakusan siapa dia kata pembesar..yg dudok kat blue roof tu lah..aku ingat Si Kamal ni ada cakap betul jugak..PDRM , Menteri tolong lah dia..aku rasa kita kena protect dia..ni negara nak jadi negara apa kalau ada mafia yg boleh ugut orang berleluasa..
PDRM jgn act dibawah telunjuk rumah atap biru..tolong protect si Kamal ni..
Hopefully dia lepas ni jadi more down to earth

Anonymous said...

Kesian tentu dia di dalam ketakutan, keluarganya pun mesti takut dan tertekan, Mereka harap Bantuan Kerajaan, harap bertindak segera.Cara beliau bercakap beliau masih percaya pada Kerajaan boleh bantunya, Harap BANTULAH HAMBA ALLAH YG TERANIAYA OLEH Kerabat Diraja ini

Anonymous said...

ah beberapa hari rayuan ini disiarkan? Apakah pihak kjaan lama sangat atau susah sangat nak buat keputusan bantu. Peguam ini sesuatu Haknya di dalam Perlembagaan, kenalah beri perhatian serius. Kalau ada yg mati kena bunuh baru kelam kabut satu Negara. Bantulah dia, saya sedih sangat melihat rayuannya yang saya percaya dari air mukanya dia seorang yang ikhlas dan jujur. Kerajaan jangan piih bulu, jangan Utama Raja sahaja, Raja tak mengundi Majority rakyat yang mengundi

Anonymous said...

Saya doakan semoga lawyer ini dan keluarganya dilindungi oleh Allah Taala....saya amat simpati dgn beliau...semoga beliau mndapat pertolongan dr Allah...dan semoga org2 yg menzalimi tersebut mndapat balasan yg sewajarnya... justice for kamal...i know kamal is right person...

Anonymous said...

Saya ingin menyatakan bahawa saya ingin pulang ke Malaysia untuk memberi keterangan dan membuat lapuran polis tetapi ugutan bunuh yang telah saya terima telah membuatkan saya tiada pilihan lain selain menyelamatkan diri saya dan keluarga saya. Jika tidak kerana ugutan bunuh, saya sudah lama pulang.

Kamal Hisham Jaafar

Saya membuat kenyataan ini sebagai respon saya kepada sidang media yang dibuat oleh Dato Baljit Singh Sidhu pada 7hb Mac 2012 dan Lapuran Polis dibuat oleh Datuk Abdul Rahim (Setiausaha Jumaah diRaja Johor) seperti yang dipaparkan di Berita Harian pada 9hb Mac 2012.

Dato Baljit menuduh saya membuat tuduhan palsu berkaitan ugutan bunuh yang telah saya terima. Beliau berkata tuduhan saya adalah tidak berasas. Dato Baljit juga menyebut tiada kenyataan ugutan bunuh di buat dalam sidang media yang disampaikan oleh peguam saya sebelum ini. Sebenarnya Datuk Jaharbeedeen yang berucap dalam sidang media saya pada 31 Januari, 2012 ada mengatakan saya tidak pulang kerana “there was a small problem, a background, certain complex background which cannot be disclosed at the moment which gives real fear for my liberty and safety.” Saya meminta peguam saya dan rakan kongsi saya tidak membuat pendedahan umum kerana saya masih menghormati pihak yang saya maksudkan itu.

Saya menerima ugutan bunuh pertama dalam pada September 2011 yang telah saya rekodkan. Selain itu, saya telah menerima beberapa ugutan bunuh yang lain yang saya ketahui dari sumber-sumber yang saya percayai tetapi tidak dapat saya dedahkan demi menjaga keselamatan sumber-sumber saya. Saya bersedia berkongsi maklumat ini dengan Polis DiRaja Malaysia untuk membantu siasatan.

Saya telah menulis surat kepada Polis DiRaja Malaysia mengenai ugutan bunuh yang telah saya terima dan membuat permohonan agar semua kes berkaitan saya dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman.

Tuduhan Datuk Baljit bahawa saya lari keluar Negara sebaik sahaja lapuran polis terhadap saya dibuat sama sekali tidak benar kerana saya telah terlebih dahulu keluar ke negara jiran atas urusan perniagaan pada minggu ketiga bulan Mac sebelum saya ke Dubai juga kerana atas urusan perniagaan. Dalam pengetahuan saya, semasa saya keluar negara, tiada sebarang lapuran polis dibuat terhadap saya. Tuduhan Datuk Baljit itu yang sebenarnya palsu dan tidak berasas. Saya memandang serius tuduhan Datuk Baljit yang mahu merosakkan kredibiliti saya. Saya dan pasukan peguam saya sedang meneliti kemungkinan mengambil tindakan terhadap tuduhan itu.

Saya ingin menyatakan bahawa saya ingin pulang ke Malaysia untuk memberi keterangan dan membuat lapuran polis tetapi ugutan bunuh yang telah saya terima telah membuatkan saya tiada pilihan lain selain menyelamatkan diri saya dan keluarga saya. Jika tidak kerana ugutan bunuh, saya sudah lama pulang.

Saya berharap pihak Kerajaan dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan memberi perhatian serius kepada kenyataan saya ini. Saya ingin pulang dengan segera untuk memberi keterangan dan untuk membersihkan nama saya kerana telah terlalu banyak tuduhan palsu dan tomahan telah dibuat kepada saya.

Saya percaya Perdana Menteri Malaysia, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Pengurusan Tertinggi PDRM merupakan individu yang professional dan saya merayu mereka membantu saya dan keluarga pulang ke Malaysia dalam keadaan selamat untuk bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman atau membenarkan saya membuat lapuran polis dan memberi keterangan dimana-mana Pejabat Kedutaan atau Konsular Malaysia di luar Negara.

Saya ingin pulang dan bukan melarikan diri.

Anonymous said...

Padan muka si Kamal Hisham ni. Dulu berlagak dan sebut nama Tuanku dengan semua orang. Sekarang bila Tuanku dah tahu dia kencing kat Tuanku, baru kelam kabut nak mintak bantuan orang.

Sekarang nak bangkitkan isu agihan harta Almarhum Tuanku lama. Apahal lu nak sibuk-sibuk pasal agihan harta Sultan dulu? Yang penting ialah awak ni kaki penipu, kaki buli, kaki berlagak dan kaki yang mempergunakan nama Sultan ke mana-mana kamu pergi.

Kalau dah penipu tu senyap aje lah.

Anonymous said...

harap lawyer kamal hisham dapat perhatian dari pihak sewajarnya untuk membantu menyelesaikan pembalahan ini..saya menyeru bagi pihak rakyat jugak agar pihak kerajaan mengambil serius tentang perkara ini...jangan hanya disebabkan kuasa dan pangkat kita perlu tunduk sepanjang masa..perkara yang salah kita berhak membetulkan...jangan di sebabkan duit kita musnahkan kehidupan org lain..fitnah adalah dosa besar...hope good result to "KHJ"

Anonymous said...

Kesultanan Johor paling kaya ditambah dgn bantuan, peruntukan dan kewangan Kjaan Negeri/Pusat untuk JMF, Jabatan DiRaja,Kebun Bunga.JKR semua kerja untuk Istana.ADC POlis dan Asykar pun diberi.Duit gaji dan elaun entah beratus ribu seorang untuk Sultan Sultanah dan semua kerabat.Upkeep royal jet dan heli,dgn pilot semua dibayar oleh Kjaan.Kereta sampai beratus2 buah dari yg antik kpd yg modern Ferrari, Bugatti semua ada.Tapi tak semua ada road tax dan insurance, import tak bayar cukai ikut jln belakang . No baru plate kereta dari 1 sampai 10 dia punyer.Orang lain tak boleh dpt stesyen minyak, eksport pasir keSpore dia control walau Kjaan larang dia declare tapi tak bayar tax pasir silika
Perlantikan JCS dan SS dia kontrol walau ada PSC Negeri. Semau state land dlm bandar utama Johor dia punyer
Mahkamah Syariah dia kontrol
semua serbi..rakyat di herdik dan dimaki hamun..pekerja Istana di buli
Itu lah dia Kesultanan Johor..winner takes all..

My Say