Sunday, February 10, 2013

DAP's New Year prank or kiasu psycho?


Happy New Year to all our Chinese friends, including Malays married to Chinese who will be celebrating the momentous occasion with their Chinese side of the family.

Just yesterday, Prime Minister Dato Najib put up a You Tube greetings.

In a blietzkrig, it was attacked by visitors voting in DISLIKES in quick succession that there was a red flag. It means if the You Tube continues to attract more DISLIKES, it will be removed by You Tube. The pro-BN side may have noticed it and alert their friends to press more LIKES. It is in safe territory for now.

We've been around long enough in this game to confidently pinpoint this childish kiasu prank to those Komtar troopers or as some bloggers described as DAPsters.

Earlier, their paymaster was doing another kiasu act to urge Penangites to come to see Psy Gangnam perform at the MCA New Year dinner due Monday in DAP red and anti Lynas green. Psy's presence to perform Gangnam style  would have attracted large crowd to MCA's function. Before this, their "makan busat" attracted 5,000 crowd.

Despite the renewed interest towards MCA, Penang is safely in the bag for DAP. Guan Eng and DAP's behaviour to sabotage the event is indeed unnecessary and unimaginable.

Is it a case Lim Guan Eng's spoilt child prank or a mentally sick kiasu unable to face any kind of competition?

See PM's video below first and lend him a hand by pressing LIKE.


Not because you like or loath him but allow everyone the basic opportunity to wish all Malaysian season greetings. Is he to be denied to do that simple gesture?

Utusan Malaysia published an article on this strange behaviour of DAP Penang government who have been removing Najib's CNY greetings, below:
Ideopolitik 'pelik DAP 
Kain rentang yang tertera gambar Perdana Menteri sempena ucapan Selamat Tahun Baharu Cina yang dipasang sekitar Pulau Pinang sebelum diturunkan .
KALAU dibaca komen-komen yang terpapar di facebook, twitter atau apa sahaja laman sosial waktu ini, akan tertera ayat- ayat sebegini: "... apa ni pembgkag (pembangkang), wat (buat) ni salah, wat (buat) tu salah, kalau tak nak (kerajaan yang ada), jgn (jangan) pangkah sudahlah."
Itu antara luahan yang boleh dibaca apabila melayari laman-laman sosial pada waktu ini. Memang sekarang masa pembangkang menidakkan segala kebenaran. Apa sahaja yang dibuat kerajaan semua tak kena.
Bercakap mengenai perkara ini, pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali menarik perhatian mengenai tindak tanduk 'pelik' kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu sambutan Tahun Baharu Cina yang dirancang dianjurkan Barisan Nasional (BN) negeri itu pada 11 Februari ini.

"Dalam mana-mana sambutan perayaan kaum, tidak sepatutnya elemen atau sentimen ideopolitik dicampur- adukkan.

"Ini semacam satu perjuangan taksub untuk memastikan sokongan terhadap DAP sentiasa berada dalam minda seseorang," kata beliau kepada akhbar ini semalam.

Guan Eng, kata beliau, sebenarnya 'terperanjat' kerana sepatutnya sambutan Tahun Baharu Cina itu dianjurkan DAP tetapi BN pula yang menjadi tuan rumahnya.

Beliau juga menarik perhatian bagaimana di Bandar Baru Bangi ketika ini boleh disaksikan bendera-bendera dan sepanduk Pas dan UMNO berkibaran tanpa sebarang sekatan.

Kata Mohd. Fuad: "Kain rentang BN yang tertera ucapan sambutan Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang itu biarlah digantung.

" Kalau diturunkan, nampak sangat tak dihormati. Tak ada demokrasi. Takkan pengikut tegar DAP yang setia parti itu boleh berubah pendirian sekelip mata hanya semata-mata tengok kain rentang itu.

"Tapi yang saya terfikir di sini, Guan Eng resah gelisah takut usaha DAP nak kekal di Pulau Pinang semakin tergugat pada pilihan raya umum nanti."

Senada dengan beliau ialah Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan yang turut perasan akan elemen yang tidak kena ini.

"Saya lebih suka meminjam ungkapan daripada tokoh pejuang gerakan kemerdekaan India, Mohandas K. Gandhi.

"Katanya: "Modal bukanlah kejahatan, ia baru akan menjadi kejahatan kalau disalahgunakan," kata beliau kepada akhbar ini semalam.

Makna peribahasa itu, kata Ramanan, cukup mendalam kalau direnung dengan terjadinya isu-isu muktahir yang seakan-akan tidak menggambarkan keperibadian majoriti rakyat Malaysia yang berbudi pekerti.

"Dalam isu turunkan kain rentang ucapan Tahun Baharu Cina Perdana Menteri ini, walau apa pun alasannya, tindakan itu adalah biadap dan melambangkan keangkuhan kerajaan negeri pimpinan DAP.

"Saya sendiri mempunyai ramai kenalan daripada kaum Cina. Mereka cukup hairan dan pelik dengan perbuatan tak wajar ini... setakat nak beri ucapan perayaan, apatah lagi beliau seorang Perdana Menteri... sampai sanggup turunkan kain rentang itu. Inilah akibatnya sengaja nak tunjuk kuasa tidak bertempat," katanya.

Seperkara lagi, kata Ramanan, tindakan Guan Eng menyeru orang ramai yang mahu hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina itu supaya memakai baju kuning, merah atau hijau - jelas memperlihatkan sikap 'busuk hati' parti terbabit.

"Bukankah sepatutnya Guan Eng dengan rasa rendah diri bersama-sama Perdana Menteri meraikan majlis rumah terbuka itu.

"Cuba ambil contoh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup berlapang dada ada ketikanya menyertai Perdana Menteri yang turun ke Kota Bharu.

"Bagaimanapun, saya masih tidak boleh lupa sikap keterbukaan seorang wakil rakyat pembangkang di satu kawasan Dewan Undangan Negeri di Selangor. Dalam satu majlis anjuran BN bertemu rakyat, dia tiba-tiba muncul dan duduk di kerusi yang disediakan sambil tersenyum menyatakan "saya ADUN kawasan ini, jadi saya anggap ini juga majlis saya," katanya.

Bagi Ramanan sendiri, dengan perilaku-perilaku sebegini yang ditunjukkan Guan Eng, membuatkannya terfikir - DAP tidak sesuai untuk kaum India bergantung harap.

"Antara perkara yang mungkin 'kecil' untuk sesetengah orang tetapi bagi kami kaum India cukup besar maknanya ialah kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memasukkan sambutan Ponggal dan Thaipusam dalam kalendar peristiwa penting tahun ini.

"Tindakan mengetepikan dua perayaan itu samalah seperti tidak mengiktiraf tradisi, agama dan budaya masyarakat India," katanya sambil merujuk Ponggal, atau perayaan menuai disambut pada 15 Januari manakala Thaipusam disambut secara besar-besaran oleh penganut Hindu pada 27 Januari.

Bagi Ramanan, jika dilihat gelagat pelik Guan Eng dalam isu sambutan Tahun Baharu Cina anjuran BN itu, beliau percaya, mana-mana rakyat yang berkehendakkan kebebasan demokrasi dihormati serta tidak mencampur adukkan politik dalam budaya atau perayaan kaum, akan merasakan mereka tidak sesuai berada dalam DAP.

"Anda mungkin sering membohongi orang, bahkan sebahagian orang yang selalu mudah anda bohongi. Tetapi anda tidak akan boleh selalu membohongi semua orang," katanya merujuk kata-kata keramat bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln.
This is not merely limited to removing banners. It represents something bigger.

It puts into question and suspicion of the way forward for Malaysia if all these political deviants and misbehave operators come to power. Will we still practise freedom of the press or freedom of speech or freedom of expression currently still enjoyed although these people claim there is none?


Or vengence and hate will get the better of everyone that the country will turn into chaos and anarchy? Already it is openly heard that Pakatan will do a coup-d'etat ala Arab Spring if the election is deemed as dirty and they are already accusing election to come as dirty and EC as an accomplice.

We are still in the mood to talk of the unthinking public that are easily duped by these foreign funded  instigators and peddlers of politics of hate that is getting the better of a significant portion of the people.


On the other hand is Guan Eng and his DAPsters with their state of mind that is likely in a serious mental issue. Utusan Malaysia article below had an uncanny description of Guan Eng mental attitude.

Read below:
Memahami ‘Psy-che’ pemimpin DAP 


Seorang petugas menurunkan kain rentang yang tertera gambar Perdana Menteri sempena ucapan Selamat Tahun Baharu Cina yang dipasang sekitar Pulau Pinang.
Oleh Khairuddin Mohd. Zin
ISTILAH psyche diterjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (rujukan dalam talian) sebagai membawa maksud ‘jiwa’. Salah seorang ahli politik yang mempunyai jalur psyche yang sangat berwarna-warni ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Semenjak menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau gemar sekali mengaitkan bagaimana Pulau Pinang akan ditadbir dengan tiga asas penjanaan polisi dan pentadbiran, iaitu dengan menggunakan konsep ‘CAT’ - cekap, akauntabiliti dan telus.
Pada mata rakyat mana sekalipun, istilah-istilah yang muluk dan hebat ini memang mudah untuk diperkatakan, namun ia menuntut komitmen pelaksanaan yang berterusan. Itulah yang lebih diinginkan oleh rakyat.
Perbualan penulis dengan ramai rakan di Pulau Pinang, membayangkan bahawa mereka berada di bawah pentadbiran yang tidak mesra rakyat dan mempunyai imej yang sombong dan bongkak.
Adakalanya, psyche seorang yang dianggap pemimpin utama parti DAP itu juga tidak begitu tenang. Khuatir dengan kehadiran ribuan rakyat di jamuan Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang, Ketua Menteri yang pernah mengatakan Pulau Pinang sebagai ‘oasis demokrasi’, mula mengajak rakyat hadir dengan memakai pakaian yang membawa mesej politik.
Inilah petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan ‘jiwa’ pemimpin ini. Ini juga membayangkan psyche konfrontasi sememangnya tersedia ada dalam pemikiran pemimpin tersebut.
Ya, mana sahaja kerajaan di dunia ini perlu menjual ‘jenama’ mereka sebagai sebuah kerajaan yang kompeten. Kerajaan DAP di Pulau Pinang juga tidak terkecuali. Namun, sebagai rakyat biasa yang melihat politik Pulau Pinang dari jauh, mengikuti perkembangan kepimpinan Guan Eng melalui media sosial - tidak semua dasar yang dikemukakan oleh Guan Eng mencerminkan sebuah kerajaan negeri yang kompeten.
Malahan, jika kita rajin sedikit merujuk kepada paparan-paparan lama yang dikemukakan oleh pemimpin DAP, termasuk Lim Kit Siang sendiri mengakui bahawa orang Melayu sangat terasa bahawa mereka berada di bawah kepimpinan yang tidak mesra semua kaum. 

Seperti yang dilaporkan oleh Kit Siang (http://blog.limkitsiang.com/2011/11/17/malays-feel-penang-under-chinese-rule-survey-shows/), melalui kajian yang dilakukan oleh Ilham Centre, secara jelas menunjukkan bahawa majoriti dalam kalangan orang Melayu di Pulau Pinang melihat kepimpinan Guan Eng melalui tingkap perkauman yang nyata. 

Sudah barang tentu, perkara ini tidak berlaku begitu sahaja. Mungkin ada agaknya ‘polisi dan pelaksanaan’ dan pentadbiran di Pulau Pinang yang tidak mencerap kepentingan semua kaum dan sebagainya.
Di dalam paparan laman sesawang yang sama, Kit Siang sekali lagi memaparkan kajian Ilham Centre yang merumuskan perkara berikut: “...Pas under (state chief) Salleh Man is too weak and has failed to make Pas popular and respected whether in terms of welfare, community and sermons. Pas is seen as DAP’s puppets."
Kit Siang dengan mudahnya menyalahkan proses indoktrinasi pemikiran politik di Pulau Pinang, sekali gus cuba memberikan gambaran bahawa persepsi salah terhadap kepimpinan DAP di negeri tersebut, adalah kerja politik.
Apa yang wajar menjadi persoalan yang lebih penting adalah: Apakah DAP sama sekali sudah gagal membentuk persepsi positif bahawa mereka turut memperjuangkan kepentingan orang Melayu? Apakah DAP berpuas hati dengan peranan feeder yang dimainkan oleh Pas dalam memastikan lambungan sokongan orang Melayu Pulau Pinang berada di tahap yang baik? Apakah pula peranan yang dimainkan satu lagi parti keluarga pembangkang yang sepatutnya membulatkan sokongan orang Melayu di sana?
Di sebalik kononnya penerimaan total masyarakat Cina di Pulau Pinang terhadap Guan Eng, Ketua Menteri tersebut sebenarnya sedang bergelumang dengan pelbagai masalah dan isu lain yang boleh meletakkan dirinya dan parti DAP dalam keadaan yang tidak menentu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Oleh sebab itu juga, isu kehadiran seorang artis Korea Selatan menjadi masalah kepada pentadbiran Guan Eng. Sedangkan, parti yang dinaungi Guan Eng jugalah yang sudah berbelanja besar untuk melakukan ‘parodi’ artis sama sebagai modal memasuki fasa pilihan raya nanti.
Apakah kehadiran ‘Psy’ ini yang menjadi masalah kepada Guan Eng - atau psyche dirinya sendiri yang semakin khuatir kehilangan momentum politik? Itu perlu dijawab sendiri oleh DAP dan Guan Eng dalam masa yang terdekat ini.
Dengan diikuti penjelasan bahawa kehadiran Psy adalah tajaan pihak swasta, DAP sudah semakin hilang bahan untuk dijadikan modal politik. Maka, keluarlah kenyataan Ketua Menteri kononnya kehadiran Psy bagus untuk industri pelancongan Pulau Pinang. 

Guan Eng pada hakikatnya sedang berhadapan dengan pelbagai persoalan dalam media sosial. Semakin banyak suara yang menginginkan Guan Eng memberi penjelasan mengenai beberapa projek mega yang diumumkan menjelang Tahun Baharu Cina ini.
Sebuah artikel yang agak menarik disiarkan sebuah platform media sosial bertajuk ‘Rebuttal against Guan Eng'’s RM8b CNY economy stimulus package’, tulisan Ong Eu Soon adalah contoh pandangan balas yang perlu ditangani oleh Guan Eng. Artikel sama turut diguna pakai oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris.
Apakah dengan menamakan beberapa projek besar menjelang Tahun Baharu Cina ini suatu bentuk ‘angpau mega’ yang mahu Guan Eng jual kepada pengundi di Pulau Pinang? Apa jadi dengan tuduhan kononnya kerajaan cuba membeli undi jika menjanjikan projek dalam masa yang terdekat ini? Di mana agaknya letak perbezaan antara janji Guan Eng; sebagai misal dan perbandingan, dengan janji yang dilakukan oleh Perdana Menteri di Kelantan?
Apakah mungkin kita mendengar kenyataan Menteri Besar Kelantan bahawa Guan Eng juga mengamalkan elemen rasuah. Menurut MB Kelantan itu, sewaktu memberikan pandangan mengenai tujuh projek rakyat yang bakal dilaksana oleh Barisan Nasional Kelantan: “... janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mengadakan tujuh projek mega di negeri itu, yang diumumkan ketika kunjungannya, umpama rasuah bagi memancing undi rakyat."
Di mana agaknya beza janji Guan Eng dalam kes ini? Apakah Pas sanggup mengeluarkan ayat bahawa Guan Eng dan DAP Pulau Pinang mengamalkan rasuah politik? Wajar diingat, Perdana Menteri tidak mengaitkannya dengan pilihan raya, sebaliknya Guan Eng secara jelas mengatakan: “...We will let the people of Penang decide whether they want this project or not," seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal pro-pembangkang. Pas wajar tidak pilih kasih dalam mengemukakan kenyataan yang sedemikian sifatnya.
Apakah semudah itu Pas memberikan ‘sijil politik halal’ kepada Guan Eng, sedang Pas heboh mengkritik janji seorang Perdana Menteri yang wajar memberi khidmat bakti kepada rakyat?
‘Psyche’ politik jualah yang menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut menggunakan kalimah Allah sebagai modal dalam ucapan Hari Natal. Menggunakan logik politik sebuah ‘pakatan’, ia tidak sepatutnya ditimbulkan ketika Pas perlu bersikap defensif dan mula main tarik tali dengan dasar dan asas politik parti tersebut. Mujurlah, Majlis Syura Pas membuat keputusan yang tegas - namun begitu masih cuba dicabar oleh pemimpin yang berkongsi ‘jiwa’ sama seperti Guan Eng.
Isu ini turut menjadi analisis penting dalam kalangan penganalisis politik menjelang PRU akan datang ini. Seorang ahli akademik, Farish A Noor, dalam analisisnya (boleh rujuk: http://www.eurasiareview.com/03022013-malaysias-13th-generalelection-prospects-and-challenges-for-dap-analysis/) turut membayangkan bahawa isu kalimah Allah secara jelas membuktikan hubungan dalam pakatan politik pembangkang boleh sahaja menjadi amat rapuh.
Pada pandangan penulis, ‘psyche’ pemimpin dan batang tubuh parti DAP amat sukar untuk dijernihkan. Keputusan pilihan raya parti DAP sendiri sudah memberikan gambaran bahawa model politik ‘rasis’ DAP akan kekal untuk tempoh waktu yang panjang.
Selagi DAP tidak mampu mengubah ‘jiwa politik’ bahawa mereka perlu lebih terbuka dan mesra semua kaum - DAP akan kekal menjadi parti yang sombong dan tidak mampu menjiwai semangat rentas kaum yang sebenar.
Isu sebenarnya bukan ‘Psy’ tetapi psyche seorang Ketua Menteri yang khuatir dengan kedudukan politiknya menjelang PRU akan datang. Benar, DAP masih mampu bergerak sendirian dalam mempertahan kemenangan di negeri tersebut - namun ia akan mengesahkan lagi kewujudan elemen kesombongan dan kegemaran mencari kemenangan politik secara solo.
Pulau Pinang pastinya menjadi medan dan pentas menentukan ramuan politik ‘pelbagai jiwa’ dalam pakatan politik pembangkang untuk berjaya dan berkesan. PRU 2008, Pas bertanding di 2 kawasan Parlimen dan 5 (DUN) di Pulau Pinang. PKR bertanding di 4 kawasan Parlimen dan 16 (DUN).
Jika menurut psyche dan amalan politik Ketua Menteri yang ada; nampaknya semua akan berpusat kepada diri dan partinya sahaja. Jangan sesekali kita lupa, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri pernah memberi gelar negatif kepada ketuanya.
Tidak perlulah agaknya individu yang sudah berada di tahap seorang Ketua Menteri, memberi cadangan kebudak-budakan bagi mensabotaj program orang lain. Demikian juga kenyataan di dalam twitter seorang bergelar ‘Speaker Dewan Undangan Negeri’, kononnya lagu Negeri Pulau Pinang akan ditukar hanya kerana lawatan seorang artis dari Korea.
Nampak gaya, psyche dalam kalangan pemimpin DAP ini lebih kurang sahaja tahapnya. Jiwa menentang, mensabotaj dan merendahkan orang lain cukup sebati dalam psikologi politik mereka.
PENULIS ialah pemerhati sosio-politik.
Politics is about governance or specifically which side or person will make or lead a better government?

Realpolitik is about promoting one's preference or criticising rationally one's opponents BUT why do we have to resort to fanaticism and hate?

Both sides has it's strengths and weaknesses.There is also long list of issues for and against each side. There is no absolute angel and devil.

Weigh them and prioritise them. And choose the better one or to sceptics, choice of lesser evil. Why then is the need to resort to such childish prank and pry on others' space? In this environment of openness, one does not need to do so.

The Malaysian public has a way of punishing political parties that misbehave. They despise overzealousness and fanaticism. Is it their wish that one's political party being denied opportunity for power because of one's misbehaviour

Think about it.



Edited: 10:30 PM

9 comments:

Anonymous said...

mereka belum berkuasa tapi dah tunjuk bongkak, angkuh dan tokong.

Anonymous said...

Saudara Pembaca,

Jangan beri orang bersikap sebegini memerintah negara Malaysia tercinta!

joehancl/PRAY, it works said...

Keep your words friend, keep it in mind. The tally in not in yet. We may see who is kiasu. Allah dah dengar, Dia dah tahu.

Anonymous said...

Tuan Blog, saya mohon izin

Chinese New Year pakai baju warna merah sudah ratus tahun punya kelaziman.

Bendera Negara PRC warna merah

Kalau Ah Beng suruh cina pakai baju 3 warna, Ah Beng sama ada rambut lurus dan nama Ah Beng, bukan Chinese.

Sebenarnya Ah Beng ni, May lay Sia punya orang, bukan Chinese.

Hijau itu ,wong tack pun punya.
kuning itu Abang Mat punya,juga serupa itu anti Jalan Sultan MRT punya warna.
Merah tua warna Husam punya R......
Husam mau datang ke bersama dengan Ah Beng kerana Psy tak tutup aurat. .

Merah itu.......

Chinese pakai baju merah, seluar merah, rambut di merahkan , rumah ada tanglung merah, mercun warna merah, khinzir panggang warna merah buah olen buah ong lai merah.
Ribbon merah,kueh pau merah, ang pow merah,duit merah,kereta baru Merah, duit dalam angpow merah pun warna merah,ikan kerisi untuk yee sang mesti merah, obses.

Ah Beng bukan Chinese sebenar.

Dia cari isu dan cari pasal.,aka trouble makar, pencetus civil disorder and social discord.
pencetus disharmoni,pencetus syak wasangka,penyindir,tidak menyokong aman damai atau law and order.

Ah Beng dapat layanan istimewa 1M,di bagi muka olih Najib, walaupun mulut nya keluar hasutan dan cacian terhadap Islam Melayu dan institusi Islam Melayu.

Melihat liberal enggage inklusive sebagai kelemahanan Najib,semua vernakular sino centric akhbar star sin chew oriental daily TV2 Berita Mandarin TV Berita Mandarin NTV berita mandarin sokong Ah Beng dan beri liputan padu.

MCA(star) sokong Ah Beng.

MCA rakan BN.

BN sokong Ah Beng sebab Ah Beng bukan Chinese.
Dia May Lay sia 1M.

Itu sebab peminpin no 1 Negara 1M akan hadir konsert di Pulau Pinang.

Najib perasaan habis PP dapat di tawan olih BN/MCA/PGRM bulan Mac 2013.

Jangan buang masa dan duit la.
Najib pakai baju merah sampai Mac 2013 , pun belum tahu menang di Pekan.

Forget PP, perkauman chauvinis rasis dendam kebencian sudah lama berada di hati Ah Beng dan semenjak 2008 ,setiap ayat perkataan dan gerak langkah ada unsur rasis perkauman chauvinis.

Najib terpaksa telan kerana Najib 1M .
Hebatlah sangat ke 1M ?.
arjuna waspada
changkat lobak

Anonymous said...

Najib nak jadi China sampai Cakap Cina dengan anak dia!!

Adohaiii semua ni untuk dapat Undi?!!

Sadddd But Goood Luccckkk!

Heh heh

Anonymous said...

I still remembered the days following the Japanese Empire surrendering after WW2, Malaya was forcefully taken over by the "Bintang 3" comprising of Chinese elements of MPAJA. For a short period of 3 months 4 days, the mainly CHINESE fighters terrorized the frightened Malayan through their own brand of justice.
I, for one won't allow that to happen again and i'll fight tooth and nail for the freedom of future Malaysians from the ingrates!
Merdeka does not come cheap nor was it bloodless!

Anonymous said...

I will follow you brother :)

Anonymous said...

me too

Anonymous said...

Wow, Najib's cronies spent 2 mil to embarrass him in public. Of course, it was mostly Najib's fault as he asked a question, which the crowd just replied. :)

Lets not talk about Najib getting jilted on the stage by Psy during the Yee Sang toss.

Somebody is so not getting that contract. :P

My Say