Dato Najib began his defense reading a 243 page written testimony with 317 questions from December 3rd till Monday last week, December 9th.
Attorney General, Tan Sri Tommy Thomas began cross examining Najib on Tuesday December 10th till Wednesday December 11th last week where he subsequently seek postphonement to enable him to study the testimony. Actually, he was unable to understand Najib's testimony in Malay. That resulted in him fumbling aimlessly with his questions and it looked inconsistent and comedic.
He will resume cross examination on Wednesday December 18th. In the meanwhile, this blogger manage to get a transcript of the written testimony and sharing it in three parts.
While Tommy concoct his questions from the same materials, readers can analyse the answers already given and not rely on abridged versions from media propaganda and pro-government social media spinning.
Sorry to any Tommy clones out there. It is in Bahasa Melayu. Part 1 below:
---------------
KANUN TATACARA
JENAYAH
(SEKSYEN 420B)
DALAM MAHKAMAH TINGGI
MALAYA DI KUALA LUMPUR
DALAM WILAYAH
PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
PERBICARAAN JENAYAH
NO:
WA-45-2-07/2018
WA-45-3-07/2018
WA-45-5-08/2018
PENDAKWA RAYA
LAWAN
DATO’ SRI MOHD NAJIB
BIN HJ ABD RAZAK
(NO. K/P:
530723-06-5165)
PERNYATAAN BERTULIS
NAMA: DATO’ SRI MOHD
NAJIB BIN TUN HJ ABD RAZAK
JAWATAN: BEKAS
PERDANA MENTERI MALAYSIA & AHLI
PARLIMEN PEKAN
NO.K/P:
530723-06-5165
1. Saya telah dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis,
Pahang. Pendidikan tertinggi saya adalah dari University of Nottingham, First
Degree dalam bidang Industrial Economic pada tahun 1974.
2. Bermula tahun 1978, saya telah dilantik menjadi Timbalan
Menteri di Tenaga, Telekom dan Pos. Selepas itu, saya dilantik menjadi Timbalan
Menteri Kewangan Malaysia dan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia sehingga saya
dipilih dan dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada tahun 1982. Kemudian, pada
tahun 1986, saya dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan sehinggalah pada tahun
2009. Dalam tahun 1987, saya turun memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO. Pada
tahun 1993, saya juga telah dilantik menjadi Naib Presiden UMNO.
3. Kemudian, saya telah dilantik menjadi Menteri Pertahanan
Malaysia sehingga tahun 1994. Bermula tahun 1994, saya telah dilantik sebagai
Menteri Pelajaran Malaysia sehingga tahun 1999. Pada thaun 1999, saya sekali
lagi dilantik menjadi Menteri Pertahanan Malaysia sehinggalah saya dilantik
sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2003. Setersunya saya telah dilantik
menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009 sehingga tarikh akhir iaitu 9 Mei 2018.
Dalam tahun yang sama iaitu 2009, saya telah dilantik untuk memegang jawatan
sebagai Presiden UMNO sehinggalah saya meletakkan jawatan tersebut dua (2) hari
selepas Pilihanraya Umum (PRU-14). Pada masa yang sama, saya juga memegang
jawatan sebagai Menteri Kewangan Malaysia bermula tahun 2008 sehingga tarikh
akhir pilihanraya pada tahun 2018 iaitu 9 Mei 2018.
4. Antara skop kerja utama saya sebagai Perdana Menteri
Malaysia adalah antara lain:-
a. Menjadi Ketua Pentadbiran Kerajaan;
b. Menentukan dasar-dasar negara; dan
c. Memebangunkan negara dan memastikan ksejahteraan rakyat.
5. Antara skop kerja utama saya sebagai Menteri Kewangan
Malaysia adalah antara lain:
a. Menguruskan kewangan negara termasuk antaranya menentukan
hasil negara dan menyediakan bajet negara;
b. Membangunkan ekonomi negara Malaysia; dan
c. Menentukan pinjaman dan menentukan dasar fiscal monetary
negara.
PERNYATAAN
I. 1MDB-TIA
Q1. Dato’ Sri, tolong nyatakan secara ringkas bagaimana 1MDB
telah ditubuhkan (“set-up”).
J: Seawal tahun 2009, Kerajaan Negeri Terengganu dan Menteri
Besar Terengganu Incorporated (MBTI) bersama-sama dengan DYMM pada ketika itu,
SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan telah memutuskan/membuat keputusan
untuk menubuhkan satu dana kekayaan berdaulat (“sovereign wealth fund”) dengan
modal sebanyak RM11 billion yang telah dinamakan sebagai Terengganu Investment
Agency Bhd (TIA). Dana-dana tersebut sepatutnya diperolehi daripada hutang
royalti minyak (kepada Terengganu) sebanyak RM6 billion dan baki selebihnya
akan dikumpul/didapatkan melalui terbitan Islamic Medium Term Notes (1MTN)
sebanyak RM5Billion seperti yang telah dicadangkan yang akan dijamin oleh
Kerajaan Persekutuan . Pada ketika itu, saya telah dijemput di dalam kapasiti
saya sebagai Menteri Kewangan untuk memudahkan pengeluaran IMTN.
Kesudahannya, Kerajaan Negeri dan MBTI tidak dapat bersetuju
dengan terma-terma IMTN walaupun ianya telah dikeluarkan. Sebagai akibatnya, pada
8.8.2009, Kabinet telah meluluskan supaya Kerajaan Persekutuan untuk mengambil
alih TIA. Ia adalah keputusan yang telah dibuat secara tidak rela “reluctantly
made” bagi melindungi Kerajaan Negeri dan YDPA daripada rasa malu
“embarrassment” dan juga untuk mengelakkan daripada impak buruk kepada pasaran
bon Malaysia secara global. Ia adalah jelas di dalam 3 pilihan yang telah
dipertimbangkan oleh Kabinet seperti yang telah ditunjukkan di dalam Minit
Kabinet bertarikh 26.6.2009 yang mana kabinet telah menerima kedudukan Menteri
Kewangan untuk bersetuju dengan pilihan No. 2. Iaitu, bahawa TIA akan masih
berada di bawah Kerajaan Negeri tetapi dengan sokongan daripada Kerajaan
Persekutuan.
Pada 29.7.2009, Kabinet juga telah mengambil kira
kandungan-kandungan Memo bertarikh 28.7.2009 yang telah melampirkan satu Nota
daripada saya sebagai Menteri Kewangan yang bertarikh 28.7.2009 yang
menggariskan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk
mengambil alih TIA dan telah menamakan Malaysia Investment Bhd. ‘MIB’ yang
kemudiannya dinamakan sebagai ‘1MDB’.
Sesalinan Memo daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan
(KSP) (Chief Secretary of Treasury) yang bertarikh 28.7.2009 melampirkan Nota
daripada Menteri Kewangan tersebut yang bertarikh 28.7.2009 ialah di Tab 1
Ikatan Dokumen Pembelaan Jilid 2 (DBD2).
Sesalinan Minit Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29.7.2009
ialah di Tab 2DBD2
Q2. Adakah Low Taek Jho (Jho Low) alias JL mempunyai apa-apa
peranan di dalam TIA sebelum diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan?
J: JL ,pada ketika itu, merupakan kenalan rapat of D.Y.M.M
Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu yang mana ketika itu merupakan S.P.B Yang
DiPertuan Agong dan adik perempuan Seri Paduka Baginda, Y.A.M Tengku Dato’
Rahimah Almarhum Sultan Mahmud. Konsep TIA, seperti apa yang saya fahami,
muncul disebabkan perbincangan-perbincangan antara JL dan D.Y.M.M Tuanku dan
Kerajaan Negeri Terengganu. Saya telah difahamkan bahawa JL telah dipilih
sebagai Penasihat kepada Pengerusi Lembaga
Penasihat-penasihat TIA yang merupakan D.Y.M.M Tuanku sendiri.
Q3. Siapakah Pengarah-pengarah TIA sebelum ia diambil alih
oleh Kerajaan Persekutuan?
J: Saya percaya bahawa Pengarah-pengarah tersebut adalah Tan
Sri Ismee Ismail (pada masa itu juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung
Haji), Dato’ Mohd Bakke Salleh (pada masa itu juga merupakan Ketua Pegawai
Eksekutif Felda Holdings Bhd) , Tan Sri Datuk Azlan Zainol (pada masa itu juga
merupakan Ketua Pegawai Eksekutif KWAP) dan Shahrol Azral yang juga merupakan
Ketua Pegawai Eksekutif TIA.
Q4. Bagaimana Pengarah-pengarah 1MDB yang lain dilantik?
J: Seperti yang dinyatakan di dalam Nota bertarikh 28.7.2009
yang telah dilaporkan di dalam Kabinet pada 29.7.2009, Pengarah-pengarah 1MDB adalah
Pengarah-pengarah yang sama di bawah TIA. Kesemua Pengarah tersebut adalah amat
berpengalaman dan individu yang berkelayakan yang juga berkhidmat di dalam GLCs
yang lain. Saya tidak nampak apa-apa sebab untuk menukar komposisi Lembaga yang
mana Lembaga sedia ada telah terlibat di dalam operasi-operasi syarikat.
Q5. Bagaimana pula dengan penubuhan Lembaga Pengarah 1MDB,
mengapa perkara ini telah diputuskan sedemikian?
J: Saya percaya bahawa penubuhan TIA sebelum pengambil
alihan itu telahpun menetapkan supaya satu Lembaga Penasihat dapat diwujudkan.
Saya fikir ini adalah suatu cara yang sangat baik dalam menghimpunkan pemimpin-pemimpin
industri untuk memberikan nasihat kepada 1MDB bagi pelaburan-pelaburan dan
perniagaan-perniagaan dan oleh yang demikian, konsep tersebut telah pun dikekalkan.
Nota bertarikh 28.7.2009 itu telah diserahkan kepada Kabinet pada 29.7.2009
yang mengandungi senarai individu-individu yang telah dikenalpasti akan
menduduki Lembaga Penasihat dan saya telah dipilih dan dilantik sebagai
Pengerusi.
Q6. Adakah Lembaga Penasihat kemudiannya telah mengadakan
mesyuarat?
J: Tidak, saya percaya tiada.
Q7. Mengapa?
J: Tiada Lembaga Pengarah ataupun Ketua Pegawai Eksekutif
atau Pengurusan Kanan telah memulakan apa-apa mesyuarat bagi tujuan untuk
mendapatkan nasihat wajar yang diperlukan daripada Lembaga Penasihat yang
menduduki sebagai Lembaga tersebut.
Q8. Memorandum & Artikel Persatuan 1MDB (M&A) yang
telah dirangka dengan beberapa klausa-klausa yang memberikan kuasa-kuasa
spesifik kepada PM seperti Artikel 68 dan Artikel 117. Bagaimana
proviso-proviso ini terwujud?
J: Setelah keputusan dibuat supaya TIA diambil alih oleh
Kerajaan Persekutuan dan supaya saham-saham yang dipegang oleh Menteri Kewangan
Diperbadankan (“Minister of Finance Incorporated”) (“MKD”) yang mana Lembaga
telah memaklumkan kepada saya mengenai keperluan untuk meminda M&A yang
sedia ada untuk mengambilkira kepentingan MKD dan untuk membawa perkara yang
sama selaras dengan konsep Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih MIB. Di
dalam Nota bertarikh 28.7.2009, ia telah dinyatakan supaya MIB akan melaporkan
kepada Perdana Menteri (PM) dan bahawa Lembaga Pengarah akan dilantik oleh
Pengerusi BOA itu.
Kesemua perkara ini telah dicadangkan oleh Lembaga Pengarah
dan Pengurusan tersebut. Saya tidak nampak apa apa yang luar biasa mengenai perkara
ini memandangkan sebagai seorang Perdana Menteri, saya diberikan kuasa mutlak
mengenai perlantikan Pengarah-pengarah di syarikat GLC yang lain seperti
Khazanah, Petronas, PNB, TNB dan Telekoms, dan sebagainya.
Nota tersebut juga memperuntukkan supaya M&A akan
dipinda sewajarnya. Bagaimanapun, M&A 1MDB tersebut tidak pernah
ditunjukkan kepada saya dan tidak memaksa pada bila-bila masa pun supaya
proviso-proviso tersebut untuk dimasukkan.
Sesalinan M&A 1MDB adalah dikemukakan di Tab 3 DBD2
Q9. Merujuk kepada Artikel 68, pada pandangan pertama, ia
menunjukkan seolaholah mana-mana pekerja Kerajaan tidak layak daripada dilantik
sebagai seorang pengarah syarikat tersebut. Mengapa perkara ini diputuskan
sebegini?
J: Seperti yang telah saya nyatakan, pada ketika itu, saya
tidak pernah melihat klausa sebenar tersebut. Ia telah dinyatakan kepada saya
bahawa perlantikan pengarah-pengarah tersebut akan diIuluskan oleh Pengerusi
BOA itu sendiri.
Ini adalah seperti yang telah dirangkakan di dalam Nota
bertarikh 28.7.2009.
Saya tidak pasti mengapa klausa tersebut telah digubal
sebegitu. Akan tetapi, Peguamcara saya telah menasihati saya bahawa klausa
tersebut tidak menghalang perlantikan mana-mana wakil MKD kepada Lembaga tersebut.
Q10. Bagaimana pula dengan Pengurusan 1MDB, adakah Dato’ Sri
terlibat dengan mana-mana pihak/individu yang akan dilantik?
J: Tidak. Saya secara dasarnya berurusan dengan Ketua
Pegawai Eksekutif dan Pengerusi 1MDB dan tiada sebarang urusan dengan pihak
pengurusan. Saya percaya bahawa individu-individu tersebut akan dilantik oleh
Ketua Pegawai Eksekutif atau Lembaga itu sendiri.
Q11. Adakah JL masih terus mempunyai apa-apa peranan dalam
1MDB setelah TIA diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan?
J: Seperti yang saya nyatakan, JL adalah Penasihat Tuanku
Tuanku Mizan di bawah TIA. Beliau mempamerkan diri beliau sebagai seorang yang
amat berpengaruh di negara Timur Tengah yang mana saya percaya bahawa beliau pasti
mampu dalam mempermudahkan urusan pelaburan dan perkongsian antara mereka. Negara-negara ini telahpun mempunyai lebihan
wang tunai yang berlebihan disebabkan kenaikan harga minyak. Oleh yang
demikian, saya berfikiran bahawa pengaruh dan jalinan oleh JL sememangnya akan
mempermudahkan matlamat-matlamat dan pelaburan-pelaburan 1MDB seperti yang
diinginkan.
II. KELULUSAN OLEH
EPU & CADANGAN UNTUK SRC
Q12. Bolehkah Dato’ Sri terangkan secara terperinci
kepentingan dan signifikan berkenaan keperluan kawalan tenaga sebagai kunci
utama nasional dalam pembangunan semasa tempoh Dato’ Sri sebagai seorang
Perdana Menteri?
J: Dari seawal pertengahan tahun1980, Kerajaan Malaysia
telah mengenalpasti keperluan bagi jaminan dan pengurusan pelbagai sumber bagi
memastikan Malaysia mempunyai sumber tenaga yang berterusan dan tidak
terganggu.
Seawal tahun 1990 Malaysia sudah terlalu bergantung kepada
minyak dan gas sebagai sumber tenaga. Beberapa Rancangan Malaysia telah
menekankan keperluan dalam membangunkan inisiatif-inisiatif lanjut supaya dapat
membolehkan Malaysia dalam mengekalkan sumber tenaga yang mantap dan seterusnya
menghapuskan kebergantungan Malaysia yang melampau kepada minyak, gas dan arang
batu.
Salah satu misi utama Bahagian Tenaga di Unit Perancangan
Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (PMO) yang memfokuskan kepada
inisiatif yang telah dirangka untuk memastikan “energy security” dan kos yang “viable”.
Pada ketika saya dipilih dan dilantik sebagai Perdana
Menteri, negara ini hanya mempunyai dua sumber tenaga yang utama iaitu minyak,
gas dan arang batu. Minyak dan gas telah diiktiraf secara globalnya sebagai
sumber tenaga yang berkurangan dengan cepat sekali. Inisiatif negara untuk
arang batu, walaupun saya percaya ia telah dirangka dengan niat yang terbaik,
yang mana ia telah menyebabkan suatu monopoli bekalan tenaga oleh TNB dan telah
mengakibatkan ketidak-saingan dalam pasaran. Kontrak Projek Penjana Tenaga
Bebas (IPP) yang terdahulu sepatutnya telah memecahkan monopoli ini tetapi, apa
yang telah berlaku adalah percambahan kontrak yang telah diberikan secara
rundingan terus, yang mana pada dasarnya bermakna Kerajaan Malaysia telah
dikontrakkan untuk membayar perkhidmatan-perkhidmatan tersebut tanpa
mengambilkira kualiti dan kuantiti kepada perkhidmatan yang telah disediakan
(‘Sweetheart deals’). Secara muktamadnya, ia mewujudkan suatu pembantutan dalam
pembangunan ekonomi. Apabila harga tenaga itu tidak lagi kompetetif, ia
mengakibatkan kepayahan kepada pengguna semasa ie rakyat yang paling terbeban
dengan kos sara hidup yang tinggi. Harga tenaga yang tidak kompetetif juga
suatu halangan kepada pelaburan-pelaburan baru di Malaysia dan bagi pelaburan sedia
ada untuk berkembang dengan efisien. Selanjutnya, selama bertahuntahun Petronas
telah membekalkan bekalan gas kepada IPP pada tahap yang bersubsidi yang telah
membawa kepada berbilion ringgit kerugian tersembunyi kepada Petronas dan ini
mengakibatkan potensi dividen yang berkurangan kepada kerajaan.
Setelah mengalami dilema seperti yang telah saya nyatakan,
saya telah mengadakan beberapa perbincangan dengan Bahagian Tenaga di EPU untuk
mengenalpasti penyelesaian yang stabil dan mantap dengan matlamat untuk memperbaiki
dan menambahbaik kehidupan rakyat Malaysia dan khususnya pada golongan B40 dan
juga untuk menggalakkan pasaran yang lebih baik bagi pelaburan baru yang sedia
ada.
Seterusnya, dalam Rancangan Malaysia ke-10 yang telah
dilancarkan pada 3.6.2010 semasa pentadbiran saya, salah satu daripada asas
utama pembangunan yang telah dikenalpasti adalah perlunya bekalan tenaga yang boleh
stabil, berkualiti tinggi dan kos efektif .
Dasar Tenaga Baru “The New Energy Policy” (2011-2015) yang
juga telah digunapakai pada masa itu, menekankan keperluan kawalan tenaga dan keberkesanan
ekonomi serta pertimbangan berkenaan alam sekitar dan pertimbangan sosial. Dua
(2) prinsip utama bagi dasar tersebut adalah
(i) suatu inisiatif dalam memastikan dan menguruskan bekalan
tenaga yang stabil dan
(ii) mendasarkan harga tenaga pada harga pasaran secara
berperingkat
Q13. Bilakah idea di sebalik pembentukan/penubuhan SRC
International Sdn Bhd (SRC) dibawa kepada perhatian Dato’ Sri?
J: Sekitar bulan Ogos 2010, saya telah menerima sepucuk
surat daripada 1MDB yang telah mencadangkan pembentukan/penubuhan syarikat yang
mempunyai sumber yang strategik dalam memenuhi matlamat kebangsaan bagi
memastikan bekalan tenaga yang mampan dan berterusan. Saya juga telah
mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB pada ketika itu
iaitu (Shahrol Azral) berkenaan perkara ini. Saya percaya bahawa Shahrol telah
menyediakan sesalinan draf surat ini pada masa itu. 1MDB di dalam surat
tersebut telah merangkakan rasional cadangan pembentukan tersebut sebagai suatu
panduan untuk melaksanakan pelaburan-pelaburan dalam sumber tenaga yang
strategik.
Q14. Bolehkah saya rujuk Dato’ Sri kepada P356. Adakah ini
surat daripada 1MDB yang Dato’ Sri katakan itu?
J: Ya.
Q15. Apakah pandangan Dato’ Sri mengenai cadangan daripada
1MDB tersebut?
J: Saya berpendapat bahawa idea disebalik SRC International
adalah tepat pada masanya, memandangkan RMK-10 telah dimuktamadkan dan
dilancarkan pada 10/6/10. Dalam mencapai matlamat RMK-10, kerajaan pada masa
itu telah mengambilkira faktor pertambahan keperluan bagi sumber tenaga semulajadi
seperti arang batu dan minyak serta gas bagi menjayakan pembangunan inisiatif
tersebut. Pada ketika itu, kerajaan juga telah memutuskan untuk melihat potensi
kemungkinan digunakan tenga nuclear dan keperluan infrastruktur berasas
kehendak Dasar Tenaga Negara. Atas dasar itu, matlamat penubuhan SRC International
adalah selaras dengan dasar pembangunan nasional.
Selaras dengan amalan biasa kerajaan, saya telah mengarahkan
EPU melalui Menteri yang bertanggungjawab atas EPU iaitu Tan Sri Nor Mohd.
Yakcop (“TSNMY”) untuk mengkaji cadangan tersebut. Hal ini kerana skop penubuhan
SRC iadalah suatu inisiatif yang julung kali dijalankan.
Q16. Mahkamah ini telah mendengar keterangan bahawa EPU
telah mengedarkan satu Memo bertarikh 13.10.2010 (P357) yang mana cadangan
telah dirangkakan berdasarkan penilaian keboleh laksannaan atas cadangan yang dinyatakan
di dalam surat oleh 1MDB. Adakah Dato’ Sri terlibat dalam proses berkenaan
dengan Memo ini?
J: Tidak, saya tidak terlibat dalam proses tersebut.
Penilaian kebolehlaksanaan telah dibuat oleh mereka yang berkemampuan di
Bahagian Tenaga di bawah bimbingan Dr Kamariah Noruddin yang telah berkhidmat
di dalam EPU sejak tahun 1980an. Perkara itu telah diteliti oleh arwah Datuk
Noriyah Bt Ahmad yang merupakan Ketua Pengarah EPU dan juga Dato Md Nor Nawi
yang merupakan TKSP Bahagian Tenaga di Perbendaharaan Malaysia pada ketika itu.
Saya percaya bahawa cadangan-cadangan tersebut adalah suatu usahasama anatara
EPU dan Kementerian Kewangan. Saya telah membuat catitan kepada memo yang telah
disediakan oleh TSNMY berkenaan kelulusan cadangan yang dikemukakan di dalam
Memo tersebut setelah TSNMY juga membuat catitan yang sama.
Q17. Adakah pengesahan EPU di dalam Memo tersebut memerlukan
sebarang rundingan dengan mana-mana Kementerian?
J: Tidak, tiada pengesahan diperlukan. EPU telah ditubuhkan
bagi melihat dan meneliti cadangan inisiatif pembangunan berkenaan dengan Dasar
pembangunan kebangsaan sedia ada. EPU juga merupakan unit yang terbaik dalam
menentukan sama ada cadangan SRC adalah selaras dengan rancangan itu kerana jabatan
tersebut sememangnya bertanggungjawab dalam merangka Rancangan Malaysia ke-10.
Q18. Di dalam Memo tersebut, permohonan 1MDB untuk
mendapatkan Geran Kerajaan sebanyak RM3billion tidak disokong oleh EPU
sebaliknya EPU telah mengesyorkan supaya geran pelancaran sebanya 20juta
diluluskan. Adakah perkara ini mengecewakan Dato’ Sri?
J: Tidak sama sekali. Kerana saya sedar bahawa geran ini
tidak di masukkan di dalam belanjawan. Belanjawan negara memnag ada had bumbung
atau ceiling yang disediakan mengikut kemampuan kewangan kerajaan. Rancangan Malaysia
ke-10 tidak pernah meyediakan jumlah geran sebanyak itu sebagai peruntukan bagi
pembangunan sumber tenaga. Sebaliknya, EPU telah bersetuju untuk menyediakan
geran pelancaran (launching grant) sebanyak RM20juta. Justeru saya telah
menjangkakan geran permohonan daripada SRC sebnyak 3 billion akan ditolak
berdasarkan justifikasi yang telah dinyatakan dalam memo tersebut namun, SRC
dicadangkan mendapatkan modal yang diperlukan melalui pinjaman komersial atau
inisiatif usaha korporat atau pengeluaran bon supaya persaingan sihat diantara
syarikat berkaitan kerajaan dapat diwujudkan. Saya juga berpendapat. Bahawa
geran yang diperlukan ini tidak seharusnya diambil melalui belanjawan kerajaan
sebab ini akan mengakibatkan pengurangan dana untuk projek2 pembangunan yang
lain.
Q19. Adakah hal berkenaan geran tersebut dirujuk Kementerian
Kewangan?
J: Tidak. Ini tidak diperlukan kerana penetuan had bumbung
peruntukan untuk pelbagai sector adalah dibawah bidangkuasa EPU secara macro
dan mengikut keperluan sektor.
Q20. Boleh saya rujuk Dato’ Sri kepada P359. EPU di dalam
suratnya kepada 1MDB bertarikh 10.11.2010 secara jelas telah merujuk kepada
geran pelancaran sebanyak RM20 juta di bawah RMK-10. Adakah ini yang dimaksudkan
oleh Dato’ Sri?
J: Ya.
Q21. Bolehkah Dato’ Sri rujuk D575. Bolehkah Dato’ Sri
terangkan isi kandungan Minit daripada Setiausaha dalam Bahagian MKD kepada
Ketua Setiausaha Perbendaharaan?
J: Minit ini telah dikeluarkan berdasarkan kelulusan bagi
geran sebanyak RM20 juta kepada 1MDB. Minit tersebut telah menyatakan secara
jelas bahawa geran itu merangkumi had yang telah ditetapkan di bawah ‘Maksud
Bekalan10’ yang mana sebahagian daripada keperluan tersebut yang telah diperuntukkan
di bawah Rancangan Malaysia ke-10.
Q22. Sebagai seorang Perdana Menteri, bolehkah Dato’ Sri
pada masa tersebut mengarahkan supaya geran pelancaran sebanyak RM3 billion
diberikan seperti yang telah dipohon?
J: Memang saya boleh lakukan perkara ini dengan syarta
mendapatkan kelulusan khas darpipada cabinet.
Walaubagaimanapun, mengikut amalan kepimpinan saya, saya suka mendapatkan pandangan-pandangan daripada semua kementerian dan agensi yang terlibat khususnya dalam hal ini EPU, KWAP dan Kementerian Kewangan. Pendapat daripada mereka membantu saya untuk membuat keputusan. Mereka sependapat bahawa modal yang diperlukan oleh SRC tidak wajar diambil dari siling dana pembangunan yang sedia ada kerana ini akan menjejaskan keperluan pembanganan untuk sektorsektor lain yang amat diperlukan.
Walaubagaimanapun, mengikut amalan kepimpinan saya, saya suka mendapatkan pandangan-pandangan daripada semua kementerian dan agensi yang terlibat khususnya dalam hal ini EPU, KWAP dan Kementerian Kewangan. Pendapat daripada mereka membantu saya untuk membuat keputusan. Mereka sependapat bahawa modal yang diperlukan oleh SRC tidak wajar diambil dari siling dana pembangunan yang sedia ada kerana ini akan menjejaskan keperluan pembanganan untuk sektorsektor lain yang amat diperlukan.
Q23. Apabila EPU menggunakan frasa ‘mendapatkan pinjaman
bank komersil’ diperenggan 5 di muka surat 4 dalam Memo tersebut, adakah ini
tidak termasuk dengan pilihan pinjaman-pinjaman yang telah diberikan oleh
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang lain?
J: Saya tidak fikir begitu. Saya faham terma yang
kemudiannya menjadi peruntukkan satu pilihan bagi pinjaman komersial diberikan
berbanding dengan suatu geran. Selanjutnya, jika daya maju komersial projek
yang dicadangkan telah disyorkan sebagai sesuatu yang dapat dilaksanakan, dan berpotensi
menjadi sesuatu yang menguntungkan, seperti yang berlaku di sini, maka ia akan
menjadi suatu kepentingan ekonomi yang paling baik bagi Kerajaan untuk mengatur
pinjaman daripada GLC. Dengan cara ini, Kerajaan mendapat keuntungan daripada
hasil aktiviti permodalan dan pulangan daripada aturan pinjaman. Geran
pelancaran sebanyak RM20 juta itu adalah sebagai modal permulaan yang
diperlukan bagi 1MDB untuk melaksanakan tindakan yang diperlukan untuk layak
memohon satu pinjaman komersial.
Tiada gambaran bahawa tiada badan yang bakal memberi
pinjaman kerana perkara ini telah diserahkan kepada SRC supaya keputusan dapat
dibuat.
Q24. Mengapa Dato’ Sri mengatakan bahawa apa yang dilakukan
oleh SRC seperti yang telah diluluskan oleh EPU di dalam Memo tersebut akan
membawa pulangan yang lumayan?
J: EPU telah antara lain mencadangkan supaya, SRC dibenarkan
untuk terlibat dalam pengimportan arang batu bagi memenuhi keperluan Malaysia. Sehingga
ke tahap itu, pengimportan arang batu dimonopoli oleh TNB sahaja. Satu-satunya
syarat adalah supaya SRC memastikan bekalan arang batu yang diimport ditawarkan
pada harga yang kompetitif. Dalam erti kata lain, peluang-peluang telah
diberikan kepada SRC untuk menceburi ke dalam industri yang mana hanya terdapat
satu syarikat yang menyertai sebelum ini. Saya percaya nilai komersial bagi
setiap urusan seperti yang diluluskan ini adalah jelas.
Q25. Sila rujuk P357. Adakah Dato’ Sri telah berbincang
dengan TSNMY mengenai Memo daripada EPU itu?
J: Saya tidak ingat. Saya rasa mungkin pernah, tetapi besar
kemungkinan saya hanya merujuk kepada isi kandungan memo yang jelas serta
kelulusan daripada Tan Sri Nor Mohammaad Yackop. Oleh itu, saya merekodkan keputusan
saya sebagai menyokongnya berdasarkan catitan 'dipersetujui seperti perenggan
4’
Q26. Apabila EPU muncul dengan memo yang telah meluluskan
cadangan SRC, apakah yang Dato’ Sri rasakan mengenai masa depan SRC? Adakah
Dato’ Sri mempunyai apa-apa pandangan ke mana hala tuju SRC di masa hadapan?
J: Saya berpendapat SRC dapat memainkan peranan penting
dalam merealisasikan Dasar Tenaga Nasional (“National Energy Policy”). Kebimbangan
saya adalah terhadap kebergantungan kepada minyak dan gas yang melampau,
memandangkan terdapatnya kekurangan sumber. Implikasi ini mungkin tidak dirasai
pada ketika ini akan tetapi yakinlah bahawa ia pasti akan memberikan kesan yang
lebih cepat daripada apa yang kita sangka sekiranya kita tidak mempunyai
apa-apa rancangan alternatif (backup plan) seperti penglibatan di dalam
inisiatif tenaga nuclear. Tambahan pula, ia akan mengambil masa beberapa tahun
untuk mengolah semula (rework) infrastruktur negara kita untuk menampung
teknologi tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, tenaga angin dan
tenaga hidro. Oleh itu, ia mewujudkan stok sumber tenaga pada pertengahan waktu
yang akan mengekang kita sehingga masa yang akan datang apabila tenaga yang
boleh diperbaharui menjadi suatu perkara yang biasa (becomes the norm).
Q27. Selepas EPU mengemukakan cadangan-cadangannnya, adakah
terdapat mesyuarat susulan mengenai perkara itu tersebut?
J: Ya. Mesyuarat susulan telah dijalankan oleh Bahagian
Tenaga di bawah bimbingan TSNMY yang merupakan Menteri yang bertanggungjawab ke
atas aktiviti-aktiviti yang dicadangkan oleh SRC. Perkara-perkara ini berada di
bawah arahan TSNMY kerana terdapatnya bahagian tenaga yang khusus di EPU, dan
mereka adalah agensi yang ditugaskan untuk melihat perkembangan sektor tenaga
dan melaksanakan dasar-dasar tenaga untuk negara.
III. PENUBUHAN SRC
Q28. Adakah Dato’ Sri terlibat dalam penubuhan SRC pada
7.1.2011?
J: Tidak. Seperti yang saya nyatakan, perkara itu berada di
dalam skop EPU. Saya percaya bahawa 1MDB telah melaporkan kepada EPU mengenai penubuhan
SRC. Bagaimanapun, saya hanya menyedari penubuhan syarikat itu kemudiannya.
Q29. Mahkamah ini telah mendengar keterangan bahawa M &
A SRC (P15) mempunyai peruntukan yang terkandung di dalamnya yang bertujuan memberikan
kuasa eksklusif kepada Perdana Menteri. Khususnya di dalam Perkara 67 yang menyatakan
tentang pelantikan dan penyingkiran pengarah secara rasmi dengan kelulusan
Perdana Menteri dan Perkara 116 yang mengandungi perkara-perkara tertentu yang
tidak dapat dilaksanakan oleh Lembaga Pengarah tanpa kelulusan Perdana Menteri.
Adakah Dato’ Sri terlibat dalam proses yang membawa kepada P15 dilaksanakan
atau dirujuk dalam apa-apa cara sekalipun?
J: Tidak. Saya tidak dirujuk dan diperjelaskan mengenai
penubuhan SRC sehingga kemudiannya. Setelah melihat dokumen penubuhan SRC
tersebut, saya mendapati bahawa syarikat itu telah ditubuhkan melalui B & M
Consultancy Services Sdn Bhd dan Lim Poh Seng yang juga setiausaha syarikat
1MDB. Saya juga mendapati bahawa peruntukan Perkara 67 dan Perkara 116 dalam
P15 adalah ulangan Perkara 68 dan Perkara 117 M & A 1MDB tersebut. Mungkin
inilah sebab mengapa Perkara 67 dan Perkara 116 dimasukkan ke dalam P15.
Q30. Adakah Dato’ Sri pada mana-mana peringkat mendesak
kemasukan peruntukan-peruntukan ini ke dalam M & A SRC?
J: Tidak, saya tidak terlibat atau dirunding di peringkat
itu. Saya mendapati bahawa di dalam surat bertarikh 3.6.2011 (P364) SRC
menyatakan bahawa penubuhannya telah diluluskan oleh Menteri EPU, iaitu TSNMY.
Q31. Dato’ Sri, sila rujuk D363. Ia menunjukkan sesalinan
P15 diserahkan kepada Bahagian Tenaga pada 16.3.2011 oleh 1MDB. Adakah Dato’
Sri pada manamana peringkat telah dimaklumkan tentang peruntukan dalam P15,
khususnya Perkara 67 dan 116?
J: Tidak. Tiada apa-apa pun yang dimaklumkan kepada saya
tentang kewujudan apa-apa peruntukan tertentu dalam P15. Tambahan juga, saya
tidak fikir ia adalah sesuatu yang mengejutkan.
Q32. Mengapa Dato’ Sri mengatakan sedemikian?
J: Apabila dipilih dan dilihat secara berasingan (“vacuum”),
Perkara 67 dan 116 mungkin kelihatan seperti sesuatu penguasaan menjangkau
secara menyeluruh (“overarching”). Itulah gambaran yang menunjukkan bagaimana sesuatu
GLC beroperasi. Untuk memahami konteks Perkara tersebut dengan mendalam, kita
juga harus melihat M & A GLC lain yang sebenarnya membawa peruntukan yang
memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk mengawal hal ehwal syarikat.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kuasa PM atas
pelantikan utama dalam GLC atau sekurang-kurangnya konvensyen perundingan yang
sama adalah sesuatu yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran tersebut. Contohnya,
Perkara 109 (3) M & A PETRONAS yang pada asalnya dirangka dan dilaksanakan
pada tahun 1974 yang mana Pengerusi PETRONAS hanya boleh dilantik oleh Perdana
Menteri dan diarahkan supaya bertindak menurut arahan Perdana Menteri. Rasional
di sebalik mengapa kuasa sedemikian diletakkan di bawah Perdana Menteri adalah
bagi membolehkan Perdana Menteri memastikan kepimpinan Pengerusi syarikat pada
setiap masa sejajar dengan dasar dan kepentingan kerajaan.
Ia adalah lebih menyeluruh daripada Perkara 67 dan 116 dalam
P15 yang mana saya ingin ulangi bahawa ia adalah perkara-perkara yang pada kebiasaannya
berada dalam kuasa pemegang saham untuk diputuskan dan bukanlah dengan apa-apa
cara melepaskan Lembaga Pengarah Syarikat daripada menjalankan tugas berkanun
(fidicuary duties) dan tugas yang lainlain demi kepentingan syarikat (yakni, in
the best interest of the company).
Berkenaan pelantikan pengarah, perkara yang sama harus
ditentukan oleh para pengarah (Perkara 68) dan seterusnya kelulusan oleh PM
adalah diperlukan supaya ia dapat disempurnakan dengan rasminya. Berkenaan penyingkiran
pengarah pula, saya juga mendapati bahawa perkara yang sama dilakukan melalui
resolusi syarikat (Perkara 70). Hanya selepas resolusi syarikat tersebut diluluskan
sebelum ia disempurnakan secara rasminya, kelulusan daripada PM adalah
diperlukan. Oleh yang demikian, seperti apa yang saya faham, PM tidak dapat
melantik pengarah tanpa kelulusan Lembaga Pengarah terlebih dahulu dan tidak
dapat menyingkirkan mana-mana pengarah sebelum resolusi syarikat diperolehi
terlebih dahulu.
Sesalinan M&A PETRONAS di Tab 4 DBD2
Q33. Keterangan dokumentari yang dikemukakan menunjukkan
bahawa SRC ditubuhkan dengan dua (2) individu sebagai pemegang-pemegang saham
dan pengarahnya iaitu Nik Faisal dan Vincent Koh Beng Huat. Hal ini kekal sehingga
Ogos 2011. Adakah Dato’ Sri tahu menahu tentang perkara ini?
J: Tidak, saya tiada apa-apa pengetahuan tentang perkara
ini. Saya juga tidak pada mana-mana masa berjumpa sama ada dengan Nik Faisal
ataupun Vincent Koh Beng Huat berkenaan SRC.
Q34. Keterangan dokumentari yang dikemukakan menunjukkan
bahawa saham di SRC hanya dipindahkan kepada 1MDB pada akhir 2011. Adakah Dato’
Sri sedar tentang perkara ini?
J: Tidak, saya tidak tahu menahu tentang perkara ini dan hal
ini adalah tidak konsisten dengan apa yang ditunjukkan kepada saya oleh 1MDB.
IV. PERMOHONAN
PINJAMAN RM2BN YANG PERTAMA DARIPADA KWAP
Q35. Selepas penubuhan SRC pada 7.1.2011, Dato’ Sri telah
menerima sepucuk surat daripada SRC yang 7 kepada Dato’ Sri pada
3.6.2011 (P364) di mana SRC telah memohon kelulusan daripada Dato’ Sri untuk
mendapatkan pinjaman sebanyak RM3.95 bilion daripada KWAP. Adakah Dato’ Sri menyedari
permohonan yang dicadangkan oleh SRC bagi pinjaman sebanyak RM3.95 bilion
sebelum menerima surat ini?
J: Tidak, saya tidak menyedari bahawa SRC merancang untuk
memohon pinjaman RM3.95 bilion mahupun diberitahu bahawa surat ini akan
dihantar kepada saya. Saya telah bertemu dengan Shahrol Azral atau Nik Faisal
atau kedua-duanya bersama-sama di antara tarikh penubuhan SRC hingga tarikh surat
ini, di mana ketika pertemuan tersebut, saya telah dimaklumkan tentang inisiatif
yang dicadangkan oleh SRC. Kemungkinan besar saya telah dimaklumkan mengenai
perkara ini sebelum saya menerima surat tersebut.
Saya tidak boleh mengingati secara khusus apa inisiatif yang
telah dicadangkan itu, tetapi sudah semestinya ia adalah sesuatu yang cukup substantif
terutama sekali apabila saya memberikan sokongan saya kepada SRC. Ini adalah
berdasarkan visi SRC yang dijangkakan oleh EPU berdasarkan Memo EPU tersebut.
Q36. Mengapa surat tersebut dialamatkan kepada Dato’ Sri
pula dan bukannya ditujukan secara terus kepada KWAP?
J: Merujuk kepada Perenggan 1 surat tersebut (P364), ia adalah
dinyatakan bahawa SRC akan beroperasi di bawah nasihat YAB Dato’ Sri. Saya menganggap
itu mungkin sebab mengapa surat itu telah dihantar kepada saya. Saya sebenarnya
tidak tahu mengapa ia telah dihantar kepada saya kerana saya tidak dimaklumkan
terlebih dahulu.
Q37. Bagaimana Dato’ Sri mendapat surat ini?
J: Kemungkinannya, ia telah dihantar ke pejabat saya. Pada
kebiasaannya, ia telah diterima oleh Dato’ Azlin, Ketua Setiausaha Sulit
(‘KSUS’) saya.
Q38. Adakah Dato’ Sri membincangkan isi kandungan surat
tersebut dengan Dato’ Azlin?
J: Tidak, tiada sebarang perbincangan diadakan.
Q39. Megapakah minit Dato’ Sri diserahkan/dialamatkan secara
peribadinya kepada Dato Azian, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP?
J: Apabila saya menerima surat ini, saya telah mengarahkan
Dato Azlin Alias untuk berurusan dengan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah
yang merupakan KSP dan juga Pengerusi Panel Pelaburan KWAP dalam mempertimbangkan
sama ada KWAP akan memberikan pinjaman kepada SRC, yang merupakan syarikat baru
yang diwujudkan pada ketika itu, iaitu salah satu kepentingan negara. Dato’
Azlin kemudiannya memaklumkan kepada saya bahawa Tan Sri Wan telah mencadangkan
bahawa surat tersebut dirujuk kepada Dato Azian supaya proses biasa dapat
dilakukan untuk mengadakan perbincangan dengan Panel Pelaburan KWAP. Oleh itu
saya telah mencatitkan minit saya dengan sewajarnya.
Masih terdapat momentum di sebalik sokongan EPU kepada SRC. Disebabkan
perkara ini masih hangat ia telah menarik perhatian saya dan saya telah
memutuskan untuk memberi sokongan kepadanya. Terdapat keadaankeadaan di mana
saya telah memberi persetujuan atau telah mencatit “Bersetuju” dan kemudian
pegawai-pegawai tidak menyokong dan telah merayu kepada saya maka saya boleh
menukar keputusan saya justeru, perkataan “Bersetuju” bukanlah bermaksud
muktamad dan tidak boleh diubah. Ia tertakluk kepada proses penelitian oleh
para pegawai yang adakalanya memberi pendapat yang berbeza. Oleh itu, perkataan
‘Bersetuju’ bukanlah bermakna persetujuan carte blanche. Ianya tidak menghalang
pendapat-penadapat yang berbeza untuk diutara dan dipertimbangkan.
Q40. Adakah minit yang Dato’ Sri sediakan itu ditujukan
kepada Datuk Azian untuk meluluskan pinjaman tersebut?
J: Tidak sama sekali. Sebagai Menteri Kewangan, saya sememangnya
tiada kuasa untuk mengarahkan KWAP untuk meluluskan apa-apa pinjaman seperti itu.
Kuasa tersebut terletak di bawah Panel Pelaburan seperti yang dinyatakan dalam
Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Retirement Fund Act 2007) yang
memperuntukkan bahawa Panel Pelaburan mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan
perkara-perkara yang dibawa ke hadapannya. Malah, Datuk Azian sendiri tiada
kuasa untuk meluluskan pinjaman-pinjaman bagi pihak KWAP. Sebagai Ketua Pegawai
Eksekutif KWAP, beliau hanyalah seorang ahli ‘ex-officio’ Panel Pelaburan yang
tidak mempunyai kuasa untuk mengundi. Saya hanya meminitkan surat tersebut bagi
perhatian beliau untuk memaklumkan sokongan saya mengenai permohonan pinjaman
SRC memandangkan sebarang perkara yang SRC ingin jalankan adalah selari dengan
kepentingan negara yang telah ditetapkan oleh EPU di dalam Memo terdahulu.
Pendapat Dato’ Azian bahawa saya adalah “her ultimate boss” tidak membawa
apa-apa pengertian dalam proses pertimbanagn pinjaman oleh KWAP kerana sebagai
CO beliau tidak mempunyai sebarang hak mengundi dalam proses pinjaman.
Q41. Adakah Dato’ Sri mengarahkan Dato’ Azlin Alias untuk
berjumpa dengan Dato’ Azian di Hotel Hilton selepas waktu pejabat?
J: Tidak. Saya hanya menyerahkan minit surat kepada beliau
supaya beliau dapat menyampaikan perkara yang sama kepada Dato’ Azian. Saya
tidak pernah mengarahkan beliau untuk berjumpa Dato’ Azian di Hotel Hilton. Ini
mungkin adalah sesuatu yang mereka aturkan di antara mereka.
Q42. Adakah Dato’ Sri sedar terdapatnya perbincangan KWAP
selepas surat ini dihantar kepada Dato’ Azian?
J: Tidak, tetapi saya telah dimaklumkan oleh Tan Sri Wan dan
Dato’ Azian mengenai Panel Pelaburan yang telah mempertimbangkan dalam
menawarkan pinjaman sebanyak RM1 billion kepada SRC dan bukanlah RM3.95 billion
seperti yang telah dipohon. Saya tidak ingat apa yang telah dibincangkan di
mesyuarat ini, atau sama ada wujudnya apa-apa perbincangan.
Q43. Tan Sri Wan memberi keterangan bahawa Dato’ Sri telah
mengadakan satu lagi perbincangan dengan beliau berkenaan perkara tersebut dan
telah meminta beliau untuk mempercepatkan proses pinjaman tersebut. Tan Sri Wan
juga telah menyatakan bahawa Dato’ Sri telah memaklumkan kepada beliau bahawa
“RM2bn adalah memadai”. Bolehkah Dato’ Sri jelaskan apakah yang dimaksudkan
dengan keterangan ini?
J: Saya percaya saya telah dimaklumkan bahawa SRC telah
menyemak semula permohonan RM2 bn daripada permohonan RM3.95bn seperti yang
telah dipohon pada awalnya. Oleh yang demikian, perbincangan tersebut seharusnya
di dalam konteks seperti mana yang telah dibuat dalam semakan semula itu. Saya
tidak ingat bila mahupun di dalam apa keadaan kami telah berjumpa, tetapi saya
pasti bahawa saya tidak pernah memanggil Tan Sri Wan atas tujuan untuk
mengadakan perbincangan tersebut. Hal ini telahpun timbul daripada keterangan
Tan Sri Wan itu sendiri. Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa ia adalah
inisiatif pertama yang diketengahkan yang telah membincangkan asas utama
pembangunan selaras dengan RMK-10 dan Dasar Tenaga Nasional. Atas dasar
tersebut, saya merasakan bahawa SRC seharusnya diberi sokongan daripada
kerajaan dan oleh itu, perbualan tersebut tidak pernah terjadi sama sekali.
Saya pernah memohon kepada KWAP supaya dapat mempercepatkan keputusannya dalam
memberikan pinjaman itu ataupun untuk mendapatkan badan lain untuk memberikan
pinjaman sekiranya pinjaman itu tidak berjaya bagi membolehkan SRC bergerak ke hadapan
bersama-sama dengan rancangan-rancangan yang telah dirangka. Ini adalah supaya
perkara. Ini adalah untuk membolehkan SRC memulakan gerak kerjanya.
Q44. Adakah terdapat apa-apa komunikasi antara Dato’ Sri dan
SRC berkenaan dengan jumlah yang telah disemak semula itu?
J: Saya tidak ingat, tetapi sudah tentulah ia telah
dimaklumkan kepada saya bahawa SRC telah menyemak semula permohonan mereka yang
telah menjadi RM2bn. Jika tidak, ia adalah suatu yang tidak masuk akal bagi
saya untuk mengatakan bahawa “RM2bn adalah memadai”.
Q45. Adakah ini merupakan arahan tersirat (veiled direction)
daripada Dato’ Sri?
J: Saya tiada kuasa untuk mengarahkan Panel pelaburan KWAP
sama ada dari segi undang-undang ataupun dari segi amalan biasa (in practice).
Merujuk kepada perbincangan-perbincangan KWAP pada 19.7.2011 (P417) saya
mendapati bahawa Panel Pelaburan tidak pernah bersetuju untuk memberikan pinjaman
sebanyak RM2billion kepada SRC. Bagaimanakah perbincangan saya dengan Tan Sri
Wan ditafsirkan sebagai suatu arahan. Ia adalah suatu ketidakjujuran
intelektual yang paling ketara untuk menyamakan kuasa “hire and fire” dengan
kuasa untuk mengarahkan Panel Pelaburan KWAP untuk mematuhi dan mengikuti
sewenang-wenangnya apa yang saya arahkan.
Seperti apa yang telah dikatakan oleh Tan Sri Wan di dalam
keterangan beliau, walau daripada mana pun permohonan dibuat, Panel Pelaburan
akan tetap membuat keputusan berdasarkan merit permohonan. Setelah meneliti Minit
Mesyuarat Panel Pelaburan yang telah diadakan pada 19.7.2011 (P417), saya
mendapati bahawa Panel Pelaburan telah membincangkan perkara tersebut dengan
panjang lebar dan hanya meluluskan pinjaman itu untuk menyokong inisiatif
Kerajaan Malaysia. Terutamanya, inisiatif-inisiatif tersebut adalah sama
seperti yang telah diperuntukkan di dalam Memo EPU (P357). Kelulusan Panel
Pelaburan melalui 2 pilihan itu adalah suatu usaha bagi melindungi kepentingan
kedua-dua KWAP dan Kerajaan Malaysia.
Q46. Adakah permohonan SRC itu terhalang oleh kerana ia
adalah satu syarikat yang baru yang tidak mempunyai apa-apa rekod prestasi
“track record” sebelumnya?
J: Saya tidak berfikiran begitu, kerana ia adalah atas dasar
inisiatif pembangunan yang memerlukan sesuatu titik permulaan. Inilah sebabnya
mengapa EPU meluluskan 'geran pelancaran' untuk memulakan dan mencadangkan pembiayaan
selanjutnya yang diperoleh oleh SRC.
Kertas Kerja Kelulusan KWAP yang berkenaan kesemuanya telah mencatatkan
maklumat korporat SRC dan nota lanjut bahawa SRC tidak mempunyai sebarang rekod
prestasi dan hanya mempunyai potensi pelaburan.
Bagaimanapun, ia telah dinyatakan bahawa SRC adalah anak
syarikat milik penuh 1MDB yang mana ia turut dimiliki sepenuhnya oleh MKD. Oleh
itu, SRC telah dianggap sebagai anak syarikat MKD. Terutamanya cadangan-cadangan
Jabatan Pendapatan Tetap KWAP ('FID') dan terma-termanya yangt elah dipersetujui oleh Panel Pelaburan mengandungi terma
yang jelas bahawa SRC akan menjadi anak syarikat MKD melalui syarikat induknya.
Tan Sri Wan sendiri telah menyatakan dalam keterangannya
bahawa beliau secara peribadi merasakan bahawa matlamat-matlamat yang
ditetapkan oleh SRC adalah sejajar dengan kepentingan negara. Atas dasar itu,
ia adalah suatu yang tidak masuk akal dan tidak semestinya permintaan SRC
ditolak hanya kerana ia tidak mempunyai sebarang rekod prestasi. Malah sebarang
badan mesti ada titik permulaan. Seperti, sebagai contoh, Petronas yang bermula
operasinya di sebuah bangunan kayu di Jalan Dato’ Onn. Kini Petronas telah menjadi
sebuah syarikat Fortune 500.
Q47. Adakah pinjaman daripada KWAP hanya akan diberikan
kepada syarikat yang mempunyai trek rekod?
J: Pinjaman dari KWAP seperti yang saya ambil maklum adalah
diberikan berdasarkan latarbelakang syarikat tersebut dan keupayaannya dalam
menjana pendapatan untuk membayar balik pinjaman. Pertimbangan yang lain adalah
termasuk inisiatif kebangsaan atau kekuatan penjamin. Dalam hal ini, 2 pilihan
Panel Pelaburan KWAP pada 19.7.2011 kedua-duanya bergantung pada kedudukan
Kerajaan Malaysia sebagai pinjaman utama atau penjamin kepada pinjaman
tersebut.
Q48. Adakah Dato’ Sri dimaklumkan tentang 2 pilihan yang
diluluskan oleh Panel Pelaburan KWAP pada masa itu?
J: Saya tidak boleh ingat secara khusus. Walau bagaimanapun,
saya percaya bahawa Tan Sri Wan telah menyatakan di dalam keterangan beliau
bahawa beliau telah mengadakan perbincangan dengan pegawai pengurusan MOF tentang
perkara ini.
Q49. Kronologi tentang apa yang berlaku seterusnya
ditunjukkan dalam Kertas Pekeliling Panel Pelaburan (P374). Kertas itu
menyatakan bahawa MOF telah bersetuju untuk melindungi pinjaman tersebut dengan
mengeluarkan Sekuriti Kerajaan Malaysia ('MGS') akan tetapi tindakan ini telah
dibatalkan selepas ia telah diterbit dan dilanggan. Adakah Dato’ Sri menyedari
tentang perkara ini?
J: Tidak secara terperincinya. Pengeluaran MGS tersebut
berada dalam lingkungan MOF dan hanya memerlukan kelulusan BNM yang merupakan pihak
yang telah mengeluarkannya. Bukan seperti Jaminan Kerajaan, yang mana ia perlu
dirujuk dan diluluskan kepada Menteri Kewangan atau Kabinet. Walau
bagaimanapun, saya harus mengambil perhatian bahawa dalam mempersetujui
pengeluaran MGS untuk menjaminkan pinjaman, Pengurusan Kanan MOF semestinya
telahpun bersetuju untuk menjamin sekuriti pinjaman pada prinsipalnya. Saya
hanya dimaklumkan bahawa pilihan yang dicadangkan oleh Panel Pelaburan tidak
dapat dilaksanakan. Pilihan alternatif yang telah diputuskan oleh Panel Pelaburan
adalah supaya Jaminan Kerajaan dapat diberikan kepada KWAP dalam menjamin
pinjaman sebanyak RM2bilion itu.
Q50. Adakah Dato’ Sri dimaklumkan tentang fakta-fakta ini?
J: Saya tidak dapat ingat apabila hal ini dimaklumkan kepada
saya tentang Jaminan Kerajaan yang telah dipertimbangkan dan disyorkan oleh Tan
Sri Wan dan TSNMY yang juga membentangkannya di Kabinet yang mana dalam apa jua
keadaan, mengikut prosedur yang betul.
Q51. Tan Sri Wan telah menerangkan dalam pemeriksaan balas
bahawa pilihan jaminan kerajaan adalah pilihan yang sesuai apabila rancangan
MGS tidak dapat dilaksanakan. Apakah pendapat Dato’ Sri di dalam hal ini?
J: Ya saya setuju. Pada masa SRC akhirnya membuat permohonan
untuk Jaminan Kerajaan pada 12.8.2011 (D520), Pengurusan Kanan MOF semestinya
telah pada dasarnya bersetuju untuk memerikan pinjaman kepada SRC untuk
dijadikan sebagai perlindungan kerana MGS telahpun dikeluarkan dan telah
dipersetujui. Apa yang tinggal selepas pilihan MGS tidak dapat diteruskan
adalah menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi kelulusan Kabinet.
Apabila perkara itu diputuskan sebegini, saya rasa bahawa langkah selanjutnya
adalah untuk menyediakan kertas kerja bagi pertimbangan Kabinet.
V. PERMOHONAN SRC
UNTUK JAMINAN KERAJAAN YANG PERTAMA
Q52. Bilakah Dato’ Sri mula menyedari bahawa SRC berhasrat
untuk memohon jaminan kerajaan bagi tujuan memulangkan pinjamannya yang
dicadangkan sebanyak RM2 bilion daripada KWAP?
J: Saya percaya ia adalah pada atau kira-kira ketika SRC
mengeluarkan surat kepada MOF yang memohon jaminan kerajaan (D520).
Q53. Adakah D520 dibawa kepada perhatian Dato’ Sri?
J: Tidak secara terperincinya. Saya bagaimanapun telah
dimaklumkan bahawa SRC telah membuat permohonan untuk jaminan kerajaan kerana
KWAP memerlukan jaminan oleh Kerajaan. Perkara ini telah dirujuk kepada TSNMY sebagai
Menteri yang bertanggungjawab kepada SRC pada masa itu.
Q54. Adakah Dato’ Sri sedar mengenai kelulusan
Perbendaharaan dalam memo itu (P547)?
J: Besar kemungkinanya saya sedar, walaupun saya tidak
mempunyai ingatan spesifik mengenai dokumen ini. Ia telah dimaklumkan kepada
saya oleh seseorang sama ada daripada Perbendaharaan ataupun oleh TSNMY
sendiri.
Saya menyedari tentang MJM (P537A & B) kerana ia akan
diedarkan kepada Menteri Kabinet pada hari Isnin sebelum Mesyuarat Kabinet pada
17.8.2011.
Q55. Pn. Afidah Azwa (PW41) dan Hj Maliami (PW43) memberi
keterangan bahawa mereka telah dipaksa untuk menyediakan Memorandum bagi kelulusan
Kabinet (P537A & B). Pada 15.8.2011 mereka telah diarahkan untuk memastikan
Kertas Kabinet disediakan untuk perbincangan pada mesyuarat Kabinet yang
dijadualkan pada 17.8.2011. Keseluruhan proses itu dilihat sebagai
tergesa-gesa. Maklumat yang diberikan kepada Puan Afidah daripada SRC tidak
dapat mengesahkan yang mana ia bertentangan dengan praktis biasa Bahagian
Perlaburan Khas Awam ('BPKA') MOF. Apakah pegangan dan pandangan Dato’ Sri
mengenai ini?
J: Ia adalah sesuatu yang patut diberikan perhatian bahawa
pada 12.8.2011, hal berkenaan pinjaman yang ingin dibuat untuk SRC telahpun
dibincangkan sejak bulan Jun 2011. Saya mendapati bahawa apa-apa maklumat yang disediakan
oleh SRC kepada KWAP mestilah dimaklumkan kepada MOF terlebih dahulu apabila
pengurusan kanan MOF bersetuju dengan pengeluaran MGS. Keputusan untuk
mengeluarkan MGS telah dibuat sebelum 12.8.2011. Tiada sebarang aduan dibuat
mengenai proses terdahulu yang menyebabkan pengeluaran MGS dibuat secara
terburu-buru. Berkenaan dengan keterangan Puan Afidah Azwa dan En Hj Maliami,
mereka tidak mungkin mempunyai sebarang pengetahuan berkenaan perkara-perkara,
dan saya faham presepsi/tanggapan mereka terhadap tindakan tergesa-gesa
tersebut. Walau bagaimanapun, saya tidak akan berkrompomi dengan integriti
proses tersebut. Dengan berkata demikian, saya tidak memberikan apa-apa arahan
kepada mana-mana ahli Perbendaharaan untuk mempercepatkan perkara ini melalui kabinet
seperti yang dikatakan secara tersirat oleh Puan Afidah Azwa, yang telah
tersilap dan dengan tidak sengaja memanggil SRC ‘syarikat PM’. Satu-satunya
kepentingan saya dalam SRC adalah bahawa ia adalah untuk kepentingan negara.
Q56. Memorandum Perbendaharaan P547 menyatakan bahawa
operasi SRC adalah selari dengan matlamat-matlamat RMK-10 dan Dasar Tenaga
Negara. Bolehkah Dato’ Sri terangkan mengapa ini adalah suatu pertimbangan yang
penting?
J: Saya tidak dapat menegaskan betapa pentingnya
pertimbangan ini, terutamanya dalam kes entiti Berkaitan Kerajaan (Government
Linked entities). Dasar kerajaan berpusat di sekitar Rancangan Malaysia dan
inisiatif pembekalan stok sumber tenaga negara kita adalah salah satu daripada inisiatif
seperti yang dinyatakan di dalam RMK-10.
Saya juga ingin menambah kenyataan saya bahawa surat
permohonan SRC (P356) pada 24.8.2010 yang telah dialamatkan kepada saya oleh Dato’
'Shahrol adalah tepat pada masanya kerana pada masa itu RMK-10 telah
dilancarkan dan SRC adalah syarikat pertama yang muncul dengan cadangan selaras
dengan asas utama seperti yang telah dikenalpasti termasuk pengambilalihan
uranium.
Sebagai sebuah negara, kita terus meneroka idea untuk
melaksanakan kuasa nuklear yang berkemungkinan bagi menampung pembangunan Kuala
Lumpur, Lembah Klang dan Kawasan sekitarnya sebagai alternatif yang lebih cekap
dan mesra alam kepada pilihan tenaga arang batu yang tradisional.
Pada masa itu, import arang batu kita juga terlalu
bergantung kepada satu negara pembekal sahaja iaitu Indonesia boleh mengundang
risiko strategic dan kepelbagain sumber adalah wajar diusahakan. Ini adalah
sejajar dengan kesimpulan EPU selepas perkara itu dikaji seperti kandungan Memo
EPU tersebut.
Q57. Memorandum Perbendaharaan P547 dibawa kepada perhatian
Tan Sri Nor Mohd Yackop dan tidak mengakui MOF2. Dari perspektif protokol,
bolehkah Dato’ Sri memberi komen sama ada ini adalah selaras dengan amalan yang
ditetapkan di MOF?
J: Sebagai kepentingan nasional yang berkaitan dengan
aktiviti yang dicadangkan oleh SRC adalah sesuatu yang telah disyorkan oleh
EPU, TSNMY adalah Menteri yang bertanggungjawab untuk mengemukakan perkara itu
kepada Kabinet. Pada dasarnya, apa yang dinyatakan dalam P547 adalah perkara
yang di bawah pengawasan EPU. Ini adalah amalan biasa di mana Kertas Kabinet
dibentangkan oleh menteri yang menjaga jabatan yang terlibat dalam mencadangkan
perkara yang sama.
Q58. Kertas-kertas Kabinet (P537A&B) yang akhirnya telah
diluluskan oleh Perbendaharaan dan ditandatangani oleh TSNMY mengandungi
justifikasi yang sama seperti apa yang dinyatakan di dalam Memo Perbendaharaan (P547).
Mengapakah hal ini terjadi Dato’ Sri?
J: Hal ini adalah kerana keseluruhan dorongan di sebalik
aktiviti yang dicadangkan oleh SRC seperti yang telah disyorkan oleh EPU adalah
berdasarkan fakta bahawa SRC, walaupun ia adalah sebuah syarikat yang baru,
telah dikenal pasti untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang akan menjadi
inisiatif pembangunan utama untuk mendapatkan sumber tenaga seperti yang telah
dikenalpasti dalam RMK-10 dan Dasar Tenaga Nasional. Ini adalah perkara-perkara
yang berada di dalam bidang tanggungjawab EPU.
Setelah meneliti isi kandungan kedua-dua Memo Perbendaharaan
(P547) dan Kertas-kertas Kabinet (P537A&B) Saya tidak dapat melihat apakah maklumat
yang terkandung di dalamnya yang diperlukan untuk disahkan. Semua maklumat di
dalamnya adalah sebahagian daripada perkara yang telah dimaklumkan kepada KWAP
dan MOF sebelum Mesyuarat Kabinet. Justifikasi penting yang telah diluluskan
oleh Ketua Perbendaharaan, Menteri yang bertanggungjawab di EPU dan secara
muktamadnya Kabinet semuanya berdasarkan aktiviti-aktiviti yang SRC ingin
lakukan seperti yang telah diluluskan oleh EPU di dalam Memo sebelumnya.
Q59. Dato’ Sri telah menghadiri Mesyuarat Kabinet pada
17.8.2011 dan juga mengundi cadangan-cadangan dalam P537A&B. Apakah asas
Dato’ Sri dalam melakukan perkara tersebut?
J: Sebagai Perdana Menteri, saya dengan sepenuh hati
bersetuju dengan inisiatif yang dicadangkan untuk dilaksanakan oleh SRC
berdasarkan cadangan awal EPU dan hakikatnya, ia melibatkan perkara yang
berkaitan dengan kepentingan negara.
Q60. Minit Mesyuarat Kabinet pada 17.8.2011 (P536)
mengandungi keputusan Kabinet dalam P537A&B. Apakah yang dapat dilihat
daripada Minit-minit tersebut?
J: Kabinet Malaysia yang menjadi tunjang utama negara
sebulat suara meluluskan P537A&B berdasarkan justifikasi yang telah
digariskan di dalamnya dan yang telah disyorkan oleh Menteri yang
bertanggungjawab ke atas EPU dan oleh Ketua Perbendaharaan.
Q61. Adakah Dato’ Sri mempunyai apa-apa kepentingan dalam
SRC pada peringkat itu?
J: Saya secara tegas menyatakan bahawa saya tidak mempunyai
apa-apa kepentingan peribadi dalam SRC, kecuali untuk kepentingan profesional
saya sebagai seorang Perdana Menteri dan sebagai Menteri Kewangan dan kewajipan
awam saya untuk bertindak atas dasar kepentingan yang terbaik untuk Kerajaan
Malaysia.
Q62. Sebagai Menteri Kewangan adakah Dato’ Sri mempunyai
kepentingan disemua syarikat MKD?
J: Saya bukanlah pemegang saham MKD. MKD adalah sebuah
perbadanan berkanun yang diperbadankan di bawah Akta Menteri Kewangan (Diperbadankan)
1957. Satu-satunya kepentingan saya sebagai Menteri Kewangan adalah untuk
memastikan keputusan yang berkaitan dengan syarikat-syarikat MKD dibuat demi
kepentingan Kementerian Kewangan dan Kerajaan Malaysia. Perkara yang sama
adalah menjadi asas bagi kepentingan saya sebagai Perdana Menteri.
Q63. Haruskah Kertas Kabinet memperinicikan projek-projek
yang memerlukan pinjaman dengan jaminan (guaranteed loans)?
J: Tidak, kerana kertas Kabinet hanya berurusan dengan
matlamat umum syarikat dan jika inisiatifnya bersesuaian dengan agenda
nasional. Sebuah syarikat layak untuk menerima jaminan kerajaan asalkan ia
memenuhi agenda tersebut.
Q64. Adakah Dato’ Sri mendapati Kertas Kabinet ini (P537A
& B) mengandungi butiran yang mencukupi dalam membentuk asas bagi
perbincangan di Kabinet?
J: Ya kerana ia telah memenuhi intipati seperti yang
diperlukan oleh jaminan itu. Terdapatnya kelompangan (lacuna) dalam Dasar
Tenaga Negara kerana tiadanya penggerak bagi pengambilalihan uranium sebagai
aset tenaga sehingga ke tahap itu untuk memulakan penyelidikan negara dalam menggunakan
tenaga nuklear. SRC yang sepatutnya menjadi penggerak tersebut.
Q65. Adakah Dasar Tenaga Nasional dibenarkan untuk disemak
semula?
J: Ya, kemungkinannya, ia akan disemak setiap 5 tahun
bergantung kepada kemajuan teknologi. Sebagai contoh, kita akan menyemak semula
sama ada kuasa nuklear dapat dijana dengan selamat kepada alam sekitar dan
rakyat.
VI. SRC – PERLANTIKAN
PENGARAH-PENGARAH
Q66. Adakah Dato’ Sri bersetuju dengan pelantikan Nik Faisal
Ariff Kamil dan Vincent Koh Beng Huat sebagai pengarah awal SRC?
J: Tidak. Saya tidak dimaklumkan mengenai perkara ini dan
tidak meluluskan apa-apa pun.
Q67. Bolehkah Dato’ Sri merujuk kepada P493. Bagaimanakah
surat bertarikh 1.8.2011 dikeluarkan oleh Dato’ Sri?
J: Pada sekitar Ogos 2011 senarai nama-nama pengarah yang
dicadangkan oleh SRC telah diserahkan kepada saya oleh Dato’ Shahrol Halmi.
Senarai itu mengandungi nama-nama yang terdapat dalam P493 dan telah menamakan Tan
Sri Ismee sebagai Pengerusi dan Nik Faisal Ariff Kamil sebagai Ketua Pegawai
Eksekutif dan Pengarah Urusan SRC. Saya dimaklumkan bahawa individu-individu
ini telah dipilih oleh 1MDB dan saya tidak melihat sebarang alasan untuk tidak
bersetuju dengan orang yang telah mereka namakan.
Q68. Apakah asas kelulusan Dato’ Sri dalam P493?
J: Alasan utama adalah berdasarkan fakta bahawa lembaga 1MDB
yang merupakan syarikat induk SRC telah memilih individu-individu ini. Saya tidak
mempunyai sebab untuk tidak bersetuju dengannya.
Q69. Adakah Dato’ Sri mengenali mana-mana individu tersebut
sebelum itu?
J: Saya kenal Tan Sri Ismee yang berada di dalam Lembaga
beberapa GLC pada masa itu termasuk Tabung Haji. Dato’ Shahrol dan Nik Faisal
adalah sebahagian daripada Pengurusan Kanan 1MDB. Dato’ Suboh saya tahu adalah Bekas
KSU di Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar. Saya tidak kenal Dato Che
Abdullah @ Rashdi dan menganggap bahawa beliau juga telah dipilih oleh 1MDB
atas pengalaman masa lalu beliau.
VII. AABAR – USAHA
SAMA SRC & DANA YANG DISALURKAN KEPADA CPBVI/SRCIM
Q70. Bilakah Dato’ Sri dimaklumkan mengenai potensi usaha
sama (JV) antara Aabar Investments PSJC dan SRC?
J: Saya tidak boleh ingat bila tetapi saya rasa butiran
berkenaan butir-butir tersebut telah dibincangkan antara pengurusan SRC dengan
pihak Aabar. Saya percaya saya akan dimaklumkan berkenaan rancangan SRC oleh
Lembaga Pengarah sendiri.
Q71. Adakah Dato’ Sri tahu bagaimana JV antara Aabar dan SRC
timbul?
J: Pada sekitar Jun 2011 Putera Mahkota UAE mengadakan
lawatan rasmi ke Malaysia dengan HH Jeneral Sheikh Mohamed Bin Zayed Al Nahyan.
Semasa lawatan , beberapa pelaburan antara Malaysia dan Abu Dhabi telah
berlaku. UAE dan Malaysia telah menjalin hubungan ekonomi dan diplomatic yang sangat
kukuh. UAE melalui Mubadala Development Co milik negara tersebut telah melabur
secara besar-besaran di Malaysia di Iskandar Development Region, Malaysia.
Terdapat perbualan antara HH dan saya mengenai kemungkinan penglibatan
kedua-dua negara dalam pelaburan bersama dalam industri lain termasuk komoditi
dan sumber strategik. HH sangat menyokong idea itu dan ia adalah sesuatu yang
dipersetujui pada dasarnya. Walau bagaimanapun, penggerak ataupun metodologi
perkongsian ini tidak pernah dibincangkan. Saya kemudiannya telah dimaklumkan
bahawa idea JV antara Aabar dan SRC timbul sebagai hasil perbincangan tersebut
di antara kedua-dua pihak.
Q72. Adakah JV tersebut merupakan inisiatif G2G?
J: Perkongsian antara Malaysia dan UAE adalah inisiatif G2G.
Walau bagaimanapun, konseptualisasi Aabar – SRC JV dan inisiatif untuk menggunakan
penggerak tertentu itu bukanlah sesuatu G2G. Saya difahamkan bahawa ini
dilakukan secara langsung antara SRC dan Aabar. Walaubagaimanpun inistiatif
Aabar – SRC sebagai pengegerak utama merealisasikan kerjasama antara Malaysia
dan Abu Dhabi bukanlah sesuatu yang bersifat G2G tetapi merupakan inisatif
komersil.
Q73. Adakah penubuhan SRC dan sokongan Kerajaan ke arah SRC
yang dipermodalkan bergantung kepada Aabar-SRC JV?
J: Tidak, saya tidak percaya sedemikian. Penubuhan SRC
adalah berdasarkan perkara-perkara yang digariskan dalam Memo EPU (P357) yang
juga membentuk asas perjanjian EPU untuk memberikan geran pelancaran sebanyak RM20
juta kepada SRC. Rancangan nasional yang sama juga menjadi asas yang telah
diluluskan oleh Kabinet untuk memberikan Jaminan Kerajaan kepada SRC pada bulan
Ogos 2011. Aabar-SRC JV bukanlah sesuatu yang dimaklumkan kepada Kerajaan pada
peringkat itu.
Q74. Sila rujuk P495, minit mesyuarat Lembaga Pengarah SRC
yang pertama yang diadakan pada 23.8.2011. Dalam mesyuarat ini ia didapati Nik
Faisal telah mewakili Lembaga Pengarah SRC bahawa pinjaman KWAP telah dipermudahkan
oleh EPU dan Kementerian Kewangan sebagai persediaan bagi cadangan JV antara
Aabar dan SRC dan pembayaran pinjaman itu dijangka diterima pada akhir bulan
Ogos dan awal September. Adakah ini benar, Dato’ Sri?
J: Tidak sama sekali.
Q75. Dato’ Sri sila rujuk P495 lagi sekali. Di perenggan
5(x), muka surat 5, Nik Faisal mengatakan beliau akan mendapatkan petunjuk yang
lebih jelas tentang pengaturan JV dengan Aabar daripada Kerajaan. Adakah
Kerajaan terlibat dalam sebarang perbincangan dengan UAE atau Aabar mengenai
cadangan JV pada bulan Ogos 2011?
J: Tidak. Perancangan JV yang dicadangkan antara SRC dan
Aabar bukan sesuatu yang dimulakan atas dasar antara Kerajaan dengan Kerajaan.
Q76. Adakah Dato’ Sri dimaklumkan bahawa SRC telah
memperolehi CP BVI daripada 1MDB Energy Sdn Bhd dan kemudiannya dinamakan
semula sebagai sama SRCI Malaysia Ltd (“SRCIM”)?
J: Tidak. Saya bagaimanapun diberitahu bahawa SRC mempunyai
anak syarikat yang dipanggil SRCIM di mana beberapa pelaburannya telah
dilaksanakan. Walau bagaimanapun, saya tidak mengetahui bagaimana anak syarikat
ini ditubuhkan dan mengenai perlantikan sebagai pengarah dan penandatangan akaunnya.
Sekali lagi, semuanya merupakan perkara operasi yang saya anggap akan dilakukan
di bawah pengawasan dan kawalan Lembaga Pengarah SRC.
Q77. Adakah Dato’ Sri dimaklumkan tentang penyaluran
pembayaran dana SRC ke akaun SRCIM di Falcon Bank dan Bank Julius Baer
berjumlah RM1.8 juta pada tahun 2011 dan RM1.8 juta lagi pada tahun 2012?
J: Bukan secara terperinci. Saya bagaimanapun diberitahu
bahawa terdapat pelaburan SRC yang dibuat di luar negara tetapi saya tidak
mengetahui butiran yang tepat. Ini sekali lagi menjadi perkara yang perlu
dibincangkan dan diputuskan oleh Lembaga Pengarah. Sebagai PM dan Menteri
Kewangan, saya mengandaikan bahawa Lembaga pengarah setiap syarikat milik MKD
akan bertindak atas kepentingan terbaik syarikat berkenaan dengan semua perniagaan
dan pelaburannya. Saya juga mengandaikan bahawa pelaporan biasa telah dilakukan
kepada Bahagian MKD ("BMKD") Kementerian Kewangan dan tidak pernah
mendengar apa-apa yang sebaliknya pada masa itu.
VIII. P530 & P497
– MINIT MKD BERKENAAN 1MDB
Q78. Dato’ Sri sila rujuk P495 sekali lagi. Di perenggan
5(viii), muka surat 4, Nik Faisal mengatakan bahawa terdapat resolusi yang
dikeluarkan oleh pemegang saham 1MDB yang mana pengurusannya berhasrat untuk
menghantar wang RM1.5 bilion untuk JV yang dicadangkan dan RM300 juta untuk
pelaburan di Asia Tenggara kepada Falcon Private Bank Ltd dan Bank Julius Baer
& Co Ltd (kedua-duanya Hong Kong) untuk ditempatkan dalam deposit masa.
Adakah Dato’ Sri mengetahui dan menyedari mengenai perkara ini?
J: Tidak. Saya tidak mengetahui sebarang resolusi yang dikeluarkan
oleh pemegang saham 1MDB, yang saya percaya adalah MKD, yang mencadangkan sebarang
pemindahan dana kepada Falcon Private Bank Ltd dan Bank Julius Baer. SRC pada
masa itu adalah syarikat subsidiari penuh 1MDB dan apa-apa keputusan berhubung
dengan dana itu mestilah datang daripada Lembaga pengarah 1MDB kepada SRC.
Peranan MKD sebagai pemegang saham 1MDB yang hanya akan meluluskan resolusi
Lembaga pengarah 1MDB jika perkara itu
adalah sejumlah nilai yang besar. Saya percaya ini mengikut kehendak Akta Syarikat
1965. Seperti yang saya nyatakan di atas, saya juga tidak tahu menahu tentang
JV Aabar-SRC sehingga ia telah dilaporkan kepada saya sebagai sesuatu yang
telah diselesaikan oleh Lembaga pengarah.
Q79. Dato’ Sri sila rujuk P530(2) – (9). berdasarkan
dokumen-dokumen ini, ia kelihatan seperti tiga (3) set Minit EGM dibawah
S.147(6) CA 1965 dan Resolusi Pemegang Hak Hak Khas yang membawa nama Dato’
Sri. Tan Sri Ismee memberi keterangan bahawa dokumen-dokumen ini dibawa ke
perhatian Lembaga 1MDB untuk dilaksanakan. Adakah Dato’ Sri menandatangani dokumen
ini?
J: Saya faham bahawa tiada Salinan asal yang telah diberikan
kepada Mahkamah. Saya mendapati bahawa terdapat dokumen di mana tandatangan
saya telah dimanipulasi dan dipalsukan. Melihat kepada kandungan dokumen ini,
saya tidak percaya bahawa ini adalah dokumen yang pernah saya lihat atau ditandatangani
bagi pihak MKD.
Perkara-perkara yang digariskan di dalamnya adalah
perkara-perkara operasi yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab dan budibicara
Lembaga Pengarah. Ia bukanlah kebiasaan saya untuk menandatangani
dokumendokumen seperti ini bagi pihak MKD tanpa sebarang resolusi terlebih
dahulu daripada Lembaga Pengarah dan juga cadangan BMKD mengenainya.
Saya juga dinasihatkan oleh peguam saya bahawa bentuk
dokumen ini adalah luar biasa dan penuh dengan percanggahan dan kandungannya
tidak konsisten dengan keterangan-keterangan bertulis yang lain.
Q80. Apakah amalan pada masa itu berkenaan dengan dokumen
milik MKD?
J: Sekiranya kelulusan pemegang saham MKD diperlukan pada
resolusi Lembaga pengarah, maka amalan dan prosedur yang berkenaan untuk
syarikat MKD adalah bagi Lembaga pengarah syarikat untuk merujuk semua perkara
kepada BMKD dengan justifikasi. BMKD kemudiannya akan menyediakan Memo yang
diperlukan untuk perhatian sama ada Menteri Kewangan atau Menteri Kewangan 2
(MOF2) dengan justifikasi dan cadangan mereka. Berhubung dengan perkara yang
melibatkan pengambilalihan, perkara itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa
Pemerolehan Menteri Kewangan sebelum dibawa kepada perhatian Menteri Kewangan
atau MOF2. Saya biasanya akan minitkan di dalam Memo dan jika diperlukan pada
dokumen korporat yang dilampirkan bersama. Dokumen sedemikian tidak akan
ditandatangani tanpa resolusi atau keputusan Lembaga pengarah terlebih dahulu.
Q81. Apakah peranan BMKD?
J: BMKD adalah di bawah pengawasan KSP dan TKSP (Sistem
& Kawalan) yang bertanggungjawab ke atas pengawasan semua syarikat milik
MKD. Ini seterusnya adalah di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan dan MOF2. BMKD
secara khusus ditugaskan untuk mengawasi dan memastikan kepentingan MKD dalam
semua syarikat milik MKD dilindungi.
Q82. Berhubung dengan syarikat-syarikat MKD, adakah Dato’
Sri telah menandatangani dokumen-dokumen korporat bagi pihak MKD?
J: Saya adalah salah seorang penandatangan. Kesemua ini
adalah garis panduan dan dokumen MKD yang berkemungkinan ditandatangani oleh
beberapa orang termasuk MOF2 atau kakitangan BMKD termasuk TKSP (Sistem and Kawalan).
Q83. Tan Sri Ismee memberi keterangan bahawa dokumen-dokumen
di dalam P530(2) – (9) telah dibawa ke perhatian Lembaga pengarah SRC sebelum Lembaga
pengarah menandatangani mana-mana resolusi Lembaga pengarah. Apakah pendapat
Dato’ Sri mengenai hal itu?
J: Ini tidak masuk akal. Perkara-perkara berkaitan dengan
operasi, JV dengan Aabar dan peruntukan dana adalah perkara-perkara yang
Lembaga Pengarah bertanggungjawab untuk membincangkan sebelum mendapatkan
kelulusan pemegang saham, MKD. Saya terkejut mendengar keterangan Tan Sri Ismee
yang mana pandangan beliau bertentangan dengan pengalamannya dalam beberapa
GLC. Saya pastinya tidak menandatangani mana-mana dokumen yang mengarahkan
lembaga pengarah mengenai hal-hal yang mereka harus selesaikan terlebih dahulu
demi kepentingan syarikat. Ini adalah, mengikut pemahaman saya, asas yang mana
Lembaga Pengarah dilantik. Apa yang lebih luar biasa ialah perkara-perkara
dalam dokumen ini berkaitan dengan pengoperasian syarikat SRC. Ia tidak masuk
akal untuk mengarahkan Lembaga pengarah 1MDB pada masa yang sama. Kedua-dua
Lembaga 1MDB dan SRC terdiri daripada individu-individu yang berkelayakan dan
berpengalaman yang semestinya mengetahui perkara-perkara yang memerlukan
perbincangan Lembaga pengarah sebelum ia dibawa kepada perhatian MKD mengikut
garis panduan dan dasar yang lazim bagi syarikat-syarikat MKD. Oleh itu, ia menghairankan
saya bagaimana kebergantungan boleh diletakkan pada dokumen-dokumen yang luar
biasa ini tanpa sebarang usaha untuk mengesahkannya dengan Kementerian Kewangan
atau dengan saya secara peribadi.
Q84. Adakah Dato’ Seri tahu sama ada P530 (2) - (9) telah
dirujuk kepada BMKD?
J: Tidak, saya tidak tahu menahu tentang perkara ini. Jika
hal yang sama telah dirujuk sebelum ini, maka akan ada rekod dalam fail yang
dikendalikan dan disimpan oleh BMKD.
Q85. P530(1) merupakan surat iringan yang melampirkan
'dokumen berminit' daripada Amhari Effendi Nazaruddin kepada Pengerusi 1MDB,
Tan Sri Lodin. Dokumen apakah yang telah dilampirkan itu?
J: Saya tidak ingat. Walau bagaimanapun, perkataan 'dokumen
berminit' biasanya merujuk kepada dokumen yang memngandungi catatan minit saya.
Setiausaha Peribadi saya kemudiannya akan mengemukakan dokumen yang diminitkan kepada
pihak yang sepatutnya.
Sebagai contoh, surat dari Dato’ Sri Ab Aziz Bin Kassim, KSU
saya yang terdahulu, bertarikh 18.3.2011 yang ditujukan kepada Tan Sri Lodin
dan dilampirkan Bersama satu salinan surat Putera Turki kepada saya bertarikh
18.2.2011 di mana saya telah mencatatkan minit kepada Tan Sri Lodin pada
11.3.2011.
Surat daripada Dato’ Sri Ab Aziz Bin Kassim KSU saya pada
ketika itu yang bertarikh 18.3.2011 di @ Tab 6 DBB2
Q86. Dato’ Sri sila rujuk P497 dan spesifiknya P497(2) –
(3). Adakah Dato’ Sri menandatangani dokumen-dokumen ini?
J: Saya faham bahawa tiada Salinan asal telah diberikan
kepada Mahkamah. Saya mendapati bahawa terdapat dokumen di mana tandatangan
saya telah dimanipulasi dan dipalsukan. Melihat kepada kandungan dokumen ini
saya tidak percaya bahawa ini adalah dokumen yang pernah saya lihat atau ditandatangani
bagi pihak MKD.
Ia tidak akan menjadi kebiasaan saya untuk menandatangani
dokumen-dokumen ini kerana perkara-perkara ini bersifat operasi dan harus
melalui resolusi Pengarah. Saya juga tidak tahu sama ada dokumen ini dirujuk
kepada BMKD.
Saya juga dinasihatkan oleh peguam saya bahawa bentuk
dokumen ini adalah luar biasa dan penuh dengan percanggahan dan kandungannya
tidak konsisten dengan keterangan bertulis.
Q87. Adakah Dato’ Sri sedar sama ada P497(2) – (3) dirujuk
kepada BMKD?
J: Tidak, saya tidak tahu menahu berkenaan perkara tersebut.
Jika ia telah dirujuk maka akan ada rekod dalam fail yang dikendalikan oleh
BMKD.
IX. PERUBAHAN
HAKMILIK KEPADA MKD
Q88. Bolehkah saya merujuk Dato’ Sri kepada P557 yang
merupakan surat bertarikh 9.1.2012 daripada SRC kepada Dato’ Sri. Sebelum surat
ini dikeluarkan, adakah Dato’ Sri mempunyai sebarang perbincangan dengan Nik
Faisal atau mana-mana wakil lain berhubung dengan perkara-perkara yang
terkandung dalam surat ini?
J: Saya tidak mengingati perkara yang dibangkitkan dalam
surat ini sebelum menerimanya. Apa-apa perbincangan yang saya terlibat biasanya
tidak akan menyetuh butir-butir tersebut. Ia bukanlah cara saya untuk
melibatkan diri dalam hal-hal operasi. Sebagai PM, saya hanya mempunyai masa
untuk melihat perkara dasar secara am. Surat ini kelihatan seperti surat dari
SRC yang memerlukan kelulusan saya. Saya menganggap bahawa kandungan surat ini telah
ditulis selepas ia diluluskan oleh Lembaga pengarah SRC.
Q89. Bagaimana Dato’ Sri menerima surat tersebut?
J: Saya tidak ingat secara khusus. Dalam amalan biasa di
pejabat saya, suratmenyurat seperti ini akan diterima oleh Dato 'Azlin yang
akan menyerahkan surat itu kepada saya sendiri atau akan meninggalkannya di
atas meja saya untuk perhatian saya.
Q90. Mengapa Dato’ Sri mencatitkan minit, “Y. Bhg Tan Sri
Nor Mohammad, Bersetuju dengan cadangan ini. Sila uruskan perkara ini”?
J: Secara prinsip, saya berhasrat untuk melihat kejayaan SRC
dalam usahanya yang akan membuahkan faedah kepada negara. Saya percaya bahawa
tiada perubahan apabila SRC mula-mula memohon Jaminan Kerajaan pada pertama kalinya.
Oleh itu, saya juga menyokong permohonan SRC termasuk,
antara lain, pembiayaan tambahan dan penukaran hak milik yang akan
dilaksanakan. Pada pendapat saya, Lembaga Pengarah akan membincangkan
perkara-perkara ini dan memberi alasan yang sama untuk kepentingan SRC. Oleh
itu, selaras dengan cadangan oleh SRC bahawa Menteri Unit Perancang Ekonomi
adalah Menteri yang bertanggungjawab dalam penyelarasan urusan kerajaan
berkaitan SRC, saya telah meminitkan surat ini untuk perhatian TSNMY dan
tindakan beliau yang selanjutnya. Saya berpendapat bahawa tugasan yang
dicadangkan itu adalah satu yang semulajadi, kerana penglibatan awal EPU telah
menjadi kritikal terhadap penubuhan dan matlamat SRC.
Saya tidak tahu sama ada SRC terus berurusan dengan TSNMY di
sini terus melaporkan kepada beliau berdasarkan hakikat beliau sebagai Menteri
yang bertanggungjawab dalam melaraskan perkara-perkara berkaitan hal-hal kerajaan
yang berkaitan dengan SRC. Walau bagaimanapun, setelah melihat surat SRC
bertarikh 2.12.2013 (P516), perenggan 6 menggambarkan bahawa itulah hakikatnya
sehinggalah tarikh surat tersebut.
Q91. Adakah minit Dato’ Sri kepada TSNMY bermaksud hanyalah
TSNMY yang bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara-perkara yang digariskan?
J: Tidak. Minit saya bermakna TSNMY akan melihat cadangan
dan membawa perkara yang dirujuk kepada jabatan-jabatan yang berkaitan untuk melaksanakan
tindakan yang diperlukan dan membuat cadangan yang wajar melalui proses yang
biasa. Pemahaman ini jelas berdasarkan tindakan-tindakan seterusnya yang
diambil oleh beliau.
Apabila saya meminitkan perkataan “bersetuju”, ia bererti
saya menyokong cadangan dari sudut pandangan dasar dengan syarat penerima minit
juga bersetuju dengan cadangan dengan alasan-alasan beliau.
Sebagai Perdana Menteri, saya tidak mempunyai kesempatan
untuk melihat perkara-perkara tersebut dari perspektif operasi. Saya mewakilkan
perkara ini kepada Menteri-menteri saya yang fungsinya untuk melihat
perkara-perkara tersebut itu dengan lebih terperinci dan bergantung kepada
maklum balas mereka sebelum cadangan dilaksanakan.
Jika Menteri, pegawai atau jabatan tidak bersetuju dengan
minit saya, saya mengkehendaki mereka untuk menjelaskan kepada saya sebab-sebab
kepada cadangan balas mereka. Kita akan meneliti bagaimana pandangan-pandangan yang
diutarakan dapat dibincangkan atau kita juga boleh membuat keputusan untuk
menggugurkan perkara tersebut.
Dalam hal ini, TSNMY tidak menyatakan sebarang bantahan atau
cadangan balas mengenai catitan minit yang telah saya turunkan.
Q92. Bagaimana dengan ‘reporting line’ oleh Lembaga SRC
kepada Perdana Menteri seperti yang disebutkan di perenggan 3 surat itu?
Bolehkah Dato’ Sri ulaskan tentang perkara ini?
J: Saya masih ingat menghadiri satu atau dua mesyuarat di
SRC dengan Dato’ Shahrol ataupun Nik Faisal, Ini adalah taklimat umum mengenai
rancangan atau inisiatif perniagaan yang ditinjau oleh SRC atau yang mana
pelaburan telah dibuat. Selain itu, makluman yang saya terima hanyalah daripada
surat yang ditujukan kepada saya atau maklumat yang disampaikan melalui
Kementerian Kewangan atau dari Dato’ Azlin. Cadangan untuk membawa SRC di bawah
MKD secara langsung juga dalam fikiran saya adalah cara untuk memastikan SRC
melaporkan kepada BMKD secara terus.
Q93. Bolehkah Dato’ Sri memberi komen mengenai cadangan
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SRC di perenggan 8?
J: Saya berpendapat bahawa peruntukan kewangan yang
dicadangkan adalah terlalu tinggi, walaupun mungkin dapat ditampung kerana SRC
bukanlah entiti berorientasikan keuntungan tetapi satu syarikat yang berkhidmat
untuk memenuhi keperluan negara. Dalam hal ini, saya tidak melihat program CSR yang
dicadangkan sebagai sesuatu yang tidak konsisten dengan raison d'être tetapi
sebagai ciri-ciri bonus. Walau apa pun, ini hanya cadangan oleh SRC yang telah
saya persetujui pada prinsipnya, tertakluk kepada semakan oleh TSNMY dan
kemudiannya oleh Lembaga Pengarah SRC dalam kebijaksanaan mereka untuk
perlaksanaanya. Saya tidak rasa terdapat surat lain yang dikeluarkan selepas
surat ini.
Q94. Dato’ Sri sila rujuk D524. Pengarang surat ini iaitu,
Dato’ Md Nor Nawi yang merupakan TKSP (Sistem & Kawalan) pada masa itu
memberi keterangan bahawa P557 telah dirujuk kepadanya dan beliau telah
diarahkan untuk menyediakan Memo ini dan merujuknya kepada Dato’ Sri. Adakah
ini bermakna bahawa Dato’ Sri telah membuat keputusan bagi pemilikan SRC yang
akan dibawa terus ke bawah MKD sebelum pengeluaran Memo iniberdasarkan minit
Dato’ Sri pada P557?
J: Tidak. Seperti yang dinyatakan dalam Memo ini sendiri,
cadangan itu telah dipersetujui secara prinsip oleh saya tetapi tertakluk
kepada Bahagian Sistem dan Kawalan di mana SRC akan diletakkan di bawah BMKD
dan bagi Bahagian Sistem dan Kawalan membuat cadangan yang sewajarnya. Akhirnya
saya percaya bahawa Dato’ Md Nor Nawi telah bersetuju bahawa perkaraperkara
yang disyorkan dalam Memo ini adalah hasil penilaiannya sendiri terhadap
cadangan tersebut. Cadangan-cadangan dalam Memo menyatakan bahawa antara lain
memandangkan asas disebalik aktiviti-aktivito SRC yang dicadangkan, pelaburan
SRC akan dibuat di luar negara secara umummnya memandangkan terutama di luar
negeri memandangkan kekurangan sumber strategik tempatan. Dengan meletakkan SRC
secara langsung di bawah MKD akan membolehkan kerjasama G2G yang lebih mudah
bagi membolehkan sumber strategik untuk diimport kembali ke Malaysia bagi
kegunaan tempatan. Ini adalah salah satu asas utama bagi cadangan-cadangan yang
digariskan dalam Memo tersebut.
Memo tersebut juga mencadangkan agar usaha satu ‘due
diligence exercise’ untuk dijalankan dan bagiSRC untuk mematuhi garis panduan
biasa yang dikenakan kepada semua syarikat milik MKD. Saya selanjutnya
menyatakan bahawa SRC secara langsung di bawah MKD juga akan memberikan
peningkatan dalam pengawasan terhadap aktiviti-aktiviti syarikat kerana BMKD
akan ditugaskan untuk berhubung dengan Pengurusan SRC dan melaporkan
perkara-perkara dan laporan-laporan yang perlu dikemukakan kepada BMKD. Oleh
yang demikian, saya meminitkan Memo tersebut dengan persetujuan saya ke atas
perkaraperkara yang dicadangkan dalam perenggan 8 Memo tersebut. Saya juga mendapati
bahawa sesalinan Memo itu telah dihantar kepada Tan Sri Wan.
Q95. Dato Md Nor Nawi memberi keterangan bahawa D524 Memo
telah disediakan dalam bentuk deraf tanpa letter head TKSP seperti yang
terdapat pada D532. Beliau kemudiannya dihubungi oleh seorang individu yang
bernama Zahid Taib dari 1MDB dan memberitahu bahawa Dato’ Sri mahu melihat
deraf Memo dengan segera. Dato Md Nor Nawi kemudian diarahkan untuk membawa
deraf itu ke Pengkalan TUDM Subang untuk Dato’ Sri menyemak dokumen tersebut. Bagaimana
perkara ini boleh berlaku?
J: Saya telah dimaklumkan oleh TSNMY bahawa perkara-perkara
di dalam surat SRC bertarikh 9.1.2012 telah dipertimbangkan dan BMKD telah
meneliti cadangan untuk meletakkan SRC di bawah MKD. Saya tidak meminta
taklimat tersebut diadakan pada hari, masa atau tempat yang spesifik yang mana
saya tidak berhubung dengan sesiapa daripada SRC atau 1MDB berkenaan perkara ini.
Semasa saya berada di Pengkalan TUDM, Dato’ Mat Nor Nawi telah menyerahkan
kepada saya dokumen dan saya beranggapan bahawa beliau telah hadir di sana
kerana perkara tersebut memerlukan perhatian segera oleh saya.
Q96. Bagaimanakah Zahid Taib telah menjadi orang yang
mengaturkan kehadiran Dato’ Mat Nor Nawi untuk bertemu dengan Dato’ Sri pada
waktu tersebut?
J: Saya sejujurnya tidak tahu. Saya langsung tidak mengenali
dan tidak pernah berjumpa dengan Zahid Taib sebelum itu. Apabila Dato’ Mat Nor
Nawi bertemu saya di Pengkalan TUDM Subang, saya beranggapan bahawa beliau telah
dimaklumkan untuk berjumpa dengan saya di sana oleh Dato Azlin atau TSNMY.
Q97. Dato’ Mat Nor Nawi menyatakan bahawa Dato’ Sri telah
menandatangani deraf Memo sepertimana D532 dan beliau kemudian telah
menyebabkan deraf ‘letterhead’ TKSP dimasukkan sepertimana D524. Kenapa perkara
ini dilakukan?
J: Saya percaya ia adalah kerana Memo tersebut perlu
disempurnakan untuk tujuan rekod.
Q98. Mengapa Dato’ Sri menandatangani D532 meskipun ianya
masih lagi dalam format deraf?
J: Sejujurnya, saya mungkin tidak perasan pada waktu
tersebut. Walau bagaimanapun, setahu saya, TKSP telah menerangkan secara
substantif berkenaan kedudukan Perbendaharaan di dalam deraf tersebut. Setelah membaca
deraf tersebut, saya bersetuju dengan alasan yang dinyatakan oleh Dato’ Mat Nor
Nawi. Saya tidak melihat ianya sesuatu yang salah untuk saya menyokong cadangan
tersebut secara bertulis.
Q99. Adakah Dato’ Sri telah berbincang berkenaan perkara
untuk meletakkan SRC di bawah MKD bersama TSNMY sebelum Dato’ Sri
menandatangani D524?
J: Hanya secara ringkas. Bagi TSNMY dan saya, yang
masing-masing merupakan ahli kanan kepada MOF dan EPU, kelebihan-kelebihan
meletakkan SRC di bawah MKD adalah jelas dan tidak memerlukan pertimbangan
lanjut antara kami. Perkara yang masih belum selesai hanyalah implikasi
kewangan berkenaan pengambilalihan tersebut. Walaubagaimanapun, pengambilalihan
tersebut boleh dilaksanakan melalui pindahmilik dividen in specie sebagaimana yang
dicadangkan dalam deraf yang disediakan oleh Dato’ Mat Nor Nawi. Oleh yang
demikian, hal tersebut tidak menjadi satu isu.
Q100. Merujuk kepada P382A, adakah Dato’ Sri menandatangani
dokumen ini?
J: Saya percaya bahawa dokumen asal tidak dikemukakan di
Mahkamah. Maka, saya tidak dapat mengesahkan ketulenan dokumen tersebut.
Sekiranya saya telah menandatangani dokumen tersebut, ianya akan menjadi
perkara yang dirujuk kepada saya melalui BMKD selari dengan prosedur biasa.
Q101. Merujuk kepada D524, Dato’ Mat Nor Nawi telah
memberikan keterangan bahawa beliau menganggap perkara tersebut sebagai ‘top
down decision’. Apa yang Dato’ Sri ingin katakan?
J: Saya bersetuju setakat mana Memo tersebut menunjukkan
bahawa saya telah bersetuju secara prinsip, sepertimana minit saya pada
9.1.2012. Walaubagaimanapun, perkara ini tertakluk kepada penilaian dan
cadangan yang biasa yang telah dibuat oleh BMKD yang mana secara faktanya telah
dibuat. Keputusan formal dan muktamad telah digunapakai dan dinyatakan dalam
Memo D524.
To be continued in Part 2
1 comment:
orang UMNO boleh bertempik itu dan ini, tapi mana duit 1MDB?
Post a Comment