Thursday, January 01, 2009

1 Pagi 1 Januari ... Tuanku Mukhriz, Tahun Baru dan Semangat Baru Untuk Tanahair


Selamat Tahun Baru yang bersempena dengan perlantikkan Tuanku Mukhriz sebagai Yam Tuan Negeri Sembilan yang baru.

Fajar Menyinsing di Malaysia

Bila kita bertanya jalan ke pesta
orang tak tunjuk kubur, rumah sakit atau klinik
kita akan ditunjukkan satu arah saja
iaitu sebuah rumah penuh lampu-lampu neonnya.

Bila kita menyebut nama Datuk Sagur
Bahaman, Maharaja Lela, Dol Said atau Si Putum
mereka tidak lagi terbaring kaku
tapi bangun sambil mulutnya mahu bicara.

Dikeluarkan belaka perkataan yang lama disimpannya
kalau ada satu yang ia lupa
disingkapnya semula dari lembaran albumnya
setiap mereka bakal bicara sepuas-puasnya.

Berkatalah lantang-lantang tentang pelayaran
sementara kapal-kapal kita belayar di lautan
pakailah pakaian kebangsaan ke majlis permusyuaratan
pimpin cermat-cermat anak kita di jalan raya .

Kita mulai panaskan darah-darah kita
mengadap satu meja, makan bersama-sama
buat berjalan lagi, jalan yang tak habis dilalui
sambil membawa surat janji bikinan sendiri.

Tegaklah tangan patah pahlawan yang mendului kita
kini mereka tak lagi asing di hati kita
semuanya kini hadir di sisi kita
sama-sama bicara di depan senyum pahit sebuah tugu.

Suhaimi Hj Muhammad
Kelahiran Seorang Anak, 1969

4 comments:

Lawyer Kampung said...

Bro A Voice, Selamat tahun baru kepada saudara & keluarga juga. Semoga semangat baru akan terus segar sepanjang tahun 2009 ini.

ahlang said...

salam maal hijrah bro...

den pun tumpang gembiro dapek Yang Dipertuan Besar yang baru...

moga nogori sembilan lagik makmur dan khusus hendak nya

salam setiakwan
-ahlang-

. said...

Bro,

Selamat Tahun Baru 2009. Teruskanlah perjuangan dengan penuh keikhlasan.

eddy said...

Salam Tuan, Selamat Tahun Baru. Teruskan Perjuangan yang belum selesai, thank you for your posts, enlighthening.

My Say