Thursday, April 23, 2009

Hal Blogger bertemu Menteri, dan Blogger Raja Petra hilang


Penulis Blog Perlu Jayakan 1Malaysia, Kata Rais

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Penulis 'blog' harus turut menyemai dan menjayakan Konsep '1Malaysia', kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Menurutnya genre penulisan yang semakin popular menerusi internet itu boleh mendorong masyarakat untuk bekerja secara ikhlas dan bersatu-padu.

Selain menyuarakan pandangan secara kritis, beliau berharap penulis blog "harus memberi markah positif" kepada perkara betul yang dilakukan kerajaan.

Dalam pertemuan dengan penulis blog tempatan di sini Rabu malam, Rais berkata sebagai menteri berkenaan, beliau mahu menghulurkan salam persahabatan dan bukan menyukarkan mana-mana pihak yang dapat menyumbang kepada budaya berfikir masyarakat.


Sambil menyatakan beliau masih mencari perkataan yang sesuai untuk 'blog' dan blogger', beliau berkata sejak munculnya Internet, "dunia maya" yang tidak mempunyai sempadan, budaya masyarakat di negara ini turut berubah.

Katanya media penulisan menerusi kertas menjadi kurang diminati generasi muda yang kini cenderung kepada genre internet -- "blog dan Facebook".

"Saya telah nyatakan kepada kakitangan saya bahawa jika anda tidak sensitif terhadap apa yang berlaku dalam dunia maya ini, jabatan anda akan menjadi 'kuno'," katanya.

Beliau berkata perkembangan itu memerlukan jentera dan keupayaan kerajaan mengimbas apa yang diperkatakan melalui blog dan menjawab secara intelektual.

Rais berharap penulis blog menggunakan fakta yang benar dalam tulisan mereka dan bukan menjadikan saluran itu untuk memfitnah.

"Reputasi akan luntur (jika menggunakan fakta tidak benar) kerana bagi penulis blog, kredibiliti adalah penting," katanya.

Beliau berpendapat sebagaimana wartawan akhbar perlu mematuhi etika kewartawanan, penulis blog harus mempunyai etika tersendiri.


Rakaman ucapan beliau boleh didengari dalam rakaman You-Tube berikut:


Dari satu pengiktirafan kepada blogger ke satu peristiwa melibatkan blogger pula.

Raja Petra yang sepatutnya menghadirkan diri di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya hari ini untuk kes hasutan tidak menghilang. Langsung satu waren tangkap telah dikeluarkan ke atasnya. Baca di sini.

Raja Petra telah menjawab dalam Malaysia Today di sini menyatakan alasan dirinya telah dibuang negeri oleh keluarga Di Raja Selangor dan khuatiri akan ditangkap sekiranya hadhir di mahkamah.

2 comments:

Panglima Perang Cyber said...

ruginya x pergi hehehe..tidak dapat kenal bloggers yg lain.

tapi baik juga saya tak dikenali sebab saya tidaklah blogger hebat macam yang hadir malam tu.

mujur juga ditakdirkan tidak pergi.

jika tidak tentu kecik kepala di tengah blogger2 yang hadir.

anyway pertemuan begini sangat bagus utk rapatkan sesama blogger.

apatah lagi Dr Rais sentuh bab perpaduan blogger.

Unknown said...

walawoi.. kalau all the bloggers baik macam ni.. susah la kita nanti.. sure orang2 pembangkang bayar diaorang punya.. coz pembangkang tak pandai sangat pasal blog2 ni..

My Say