Tuesday, April 21, 2009

Komen Hanipa salah; Ngeh, Nga, Nizar dan Sivakumar masih terus derhaka

Masa jadi Speaker berikrar taat setia pada Sultan, sekarang apa cerita Si Gila Babi?

Menyambung dari posting semalam mengenai pembohongan Speaker remote control Sivalumar, Hanipa Maidin, peguam PAS membuat satu komen mengenai keputusan mahkamah persekutuan di sini.

Menurutnya, mahkamah hanya membuat dua keputusan dari sepuloh permohonan yang dibuat oleh pihak Menteri Besar, Dato Dr Zambery dan enam ahli exco yang lain.

Mahkamah hanya membatalkan keputusan Speaker Sivakumar menggantung Dr Zambery dan ahli-ahli exco kerajaan negeri yang lain, tetapi mengistiharkan keputusan Sivakumar sebagai ultra vires dan menyalahi undang-undang. Disamping itu, mahkamah tidak mengistihar Zambery dan exco-exco lain boleh menghadiri persidangan, dan lain-lain.

[Sila baca artikel sepenuhnya di sini dan artikelnya di Malaysia Insider berjodol UMNO did not win, Sivakumar did not lose.]

Nampak sangat jawapan Hanipa satu putarbelit. Menggunakan alasan itu, dia kata pihak mereka boleh tidak ambil mempedulikan keputusan untuk menahan Zambery dan exco dari masuk Dewan Persidangan. Tak faham saya pemikiran makhluk-makhluk tuhan yang bergelar peguam. Kalau keputusan Sivakumar itu, sudah cukup untuk menjawab permohonan yang baki.

Oleh kerana penulis bukan seorang peguam, orang seperti Harris Ibrahim pernah menghentam saya memberi pandangan undang-undang kerana saya bukan peguam. Dia tidak sedar bahawa hujah saya yang dia kritik mendapat rujukan dari seorang pakar yang lebih tinggi dari peguam seperti mereka.

Memang peguam perasan profesyen peguam itu sangat hebat. Padahal mereka yang meluluskan undang-undang di Dewan-Dewan Rakyat, Negara dan Undangan Negeri kebanyakkannya bukan peguam.


Peguam bukan pandai sangat untuk kita agungkan. Profesyen lain boleh belajar dan mahiri ilmu undang-undang, tetapi tidak banyak otak peguam berupaya mempelajari ilmu sains, matematik, ugama, seni, kejuruteraan, kewangan, dan lain-lain.

Menurut SMS yang saya terima dari satu sumber yang bertauliah (undang-undang), memang betul hanya dua saja keputusan dibuat dari sepuluh permohonan.

Namun demikian, sumber memberitahu bahawa dengan terjawab dua permohonan tersebut sudah cukup untuk melupuskan (dispose) keseluruhan kes. Semua permohonan berkait rapat dengan dua keputusan ini dan secara otomatik, dua keputusan ini menjawab lapan permohonan yang lain.

Terpaksa berbohong, buat bodoh dan berdegil, kerana malu beritahu sama Appa dan Amma yang dia akan kena dilucut jawatan Speaker tak lama lagi

Berkenaan persoalan samada keputusan Speaker Sivakumar boleh dihakimkan (justiciability), mahkamah telah menolak bantahan mereka. Keputusan sebulat suara oleh kelima-lima hakim mahkamah persekutuan adalah mahkamah boleh mendengar kes ini berdasarkan precedent di negara commonwealth South Africa.

Harapan mereka untuk menafikan bahawa kuasa DYMM Tuanku Sultan Perak melebihi Speaker dalam memanggil Dewan untuk bersidang menemui kebuntuan. SMS ini memberitahu standing order sudah cukup jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil dewan bersidang adalah Sultan Perak.

Menurut SMS itu, pihak Mahkamah Persekutuan telah menunjukkan peruntukkan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang mengatakan hanya Sultan saja yang boleh memanggil sidang apabila Dewan ditangguhkan lebih dari 14 hari.

Terang lagi bersuluh, apa lagi alasan Nizar untuk terus lawan melainkan untuk terus melawan kuasa dan perintah Sultan yang termaktub dalam bidang kuasanya yang tersurat? Ini belum lagi kuasa yang melampaui kuasa tersurat.

Menyedari dia sudah tidak ada alasan untuk melawan, itu yang Sivakumar berbohong dan menggantung Setiausaha DUN. Gila babi, babi gila pun tidak macam ini kata YB PAS Ismail Kamus. Sivakumar tidak ada kuasa untuk memberhentikan pegawai kerajaan.

Berbohong pun satu penderhakaan kepada Sultan berpelembagaan. Teruslah merusuh pada Mei 7hb, 2009, patut diisytiharkan darurat dan sumbat mereka ini semua dalam.

Keadaan sudah seolah-olah tidak ada undang-undang dan peraturan. Sultan diderhaka, mahkamah boleh dihina sesuka hati, dan perlaksana undang-undang dan peraturan boleh ditentang tanpa asas perkiraan.

25 comments:

Kembara Politik said...

Voice,

Even yang bagi komen ada latar belakang undang-undang pun, org mcm Haris tetap tak dapat terima hakikat dan tetap tidak akan menjunjung apa yang telah diputuskan mahkamah dan Sultan.

Panglima Perang Cyber said...

memang tak patut kita biarkan mereka terus berleluasa...


semakin sakit hati kita dibuatnya dengan permainan gila politik binatang ini..

dunia semakin teruk dan seseorang harus ditahan dan dikenakan tindakan..

adakah menteri dalam negeri bersedia membuat sesuatu ?

kita wait n see !

AnjeYop said...

Itu loyar buruk, apa mau dengar dia punya cerita. Bila mahkamah menyebelahi mereka, mahkamah adil, bila tidak, mahkamah dipengaruhi oleh Kerajaan! Nak kena potong lidah kat akhirat nanti tu agaknya.

Cucu Tok Selampit said...

Biasalah puak-puak Gila Babi ni En Din, apa sahaja yang tidak kena dengan selera mereka akan mereka tentang. Bekas Majistret dan kini Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Dato' Shamsuddin Nawawi ada membuat perumpamaan di sini, http://dongtalk.blogspot.com/2009/04/lawyer-setengah-lepas-enam-half-past.html. Betul cakap En Din, susah-susah sangat istihar darurat, komunis-komunis ni sudah melampau tahap maksima.

Anonymous said...

Sekarang ni memang kedu2 belah pihak merasakan mereka adalah benar. Tetapi bagi ko sebagai penyokong umno memang ko pun kata umno betul.. tapi bagi aku pada masa ini dan sebelum2nya mahkamah hanya berpihak kepada umno disebabkan menguikut telunjuk. Sebagai contohnya bila sesuatu kes nmelibatkan kepentingan umno akan diadili begitu pantas.Dan sebelum perbicaraan pun diberikan pelbagai syarat & menentukan siapa yg patut mewakili pembangkang.. Itu semua merupakan helah untuk menang..

Orang macam ko ni je yg pekak lagi buta!!!

Anonymous said...

Apakah terlalu besar salah sorang penjawat awam (Setiausaha DUN Perak) mengeluarkan Notis memanggil ssidang DUN sehingga dipecat oleh Siva Gila Babi?

Cuba fikir, sebagai rakyat biasa, tak ada salahnya, tak ada pelik nya untuk memanggil semua ADUN untuk bersidang. Lu pikir la sendiri..

Jelas, Siva Gila Babi salah guna kuasa.

Kepada Siva Gila Babi, LU MEMANG GILA.

Anonymous said...

Hang ni pon satu mangkuk ayon. Hanipa pakai hujah berdasarkan fakta sebenar kes dan peruntukan undang2.. yang hang ni pulak hujah pakai SMS.

Kalo tak reti undang2, jgn la bagi pandangan. Quote apa sms tu kata dah la. So tak la nampak sgt hang ni kompom tak reti.

Kalo nak berhujah, hujah/sangkal la satu2 point yg hanipa bagi tu. Kalo setakat nak berhujah kata "dengan terjawab dua permohonan tersebut ianya sudah cukup untuk melupuskan (dispose) keseluruhan kes. Semua permohonan berkait rapat dengan dua keputusan ini dan secara otomatik, dua keputusan ini menjawab lapan permohonan yang lain".

Wah wah wah...hang punya statement tu macam hang la pulak yg jadi panel hakim yg bagi order. Setakat bg statement kosong macam tu tanpa rujukan undang2, itu namanya cakap kosong kat kedai kopi.

Itu la...kalo kata orang2 UMNO ni bodoh, marah. Tp dah mmg bodoh, nak wat camana

Chairman Kaga said...

teringat ada hujah tapi nampak siseposen ni merapu banyak

Anonymous said...

Ini macam kes meroyan. Dah nak hilang kuasa, mulalah berlagak macam berkuasa gila

Anonymous said...

Dalam Islam di benarkan derhaka pada kepada pemimpin kalau pemimpin zalim ataupun tak adil. Saiditina Fatimah pernah membantah pada Abu Bakar didalam masjid. Sahabat wanita pernah membantah pada fatwa Umar. Saidina Ali pernah engkar pada perintah Usman dan banyak lagi. Hanya orang UMNO ni bodoh sikit asyik looping pada ayat an-nisa sahaja tanpa merujuk case of laws.

Anonymous said...

Kalau dah kaduk naik junjung, apapun alasan tidak boleh diterima..mereka
sahaja yang betul... Dasar manusia lupa daratan..Rajapun senang diderhaka inikan pula mahkamah.

Polong Siang said...

Kalau komen Hanipa salah, komen siapa yang betul?

Komen hang, A Voice?

Komen Hanipa tu dibuat dari sudut perundangan dari kacamatanya sendiri, tapi komen hang tu main hentam je - bukannya ada fakta atau point langsung.

mohahz said...

2 keputusan tu cukup utk membenarkan 8 pengisytiharan lain?atas dasar apa hang ckp mcm tu?bukan kah ke 10 perintah pengisytiharan tu berlainan sifatnya?lgpon itu hanya perintah pengisytiharan.Hang tak tau pasal undang2,tp hang kritik peguam watpa?
rang undang2 belom jd undang2 lg la wei...peguam negara jugak kena semak dulu sebelum dibwk ke dewan utk dibahas.
tak payah la dok kata org lain derhaka,hangpa yg derhaka terang2 tak nak mengaku.pandai manipulasi keadaan.

Anonymous said...

Kalu N N N & S berhenti derhaka, sudah menjadi "the impossible dream "nampak nya.
Mereka tidak akan lupa dan tidak akan diam diri sampai 7 keturunan.
Anak anak merka akan ambil alih ,sekarang dah mula belajar jadi peguam.
Satu perkara yang sudah pasti dan menjadi kenyataan:Mereka sudah pekak kapada apa saja yang di titahkan olih DYMM Al Sultan Perak dan juga DYMM Raja Nazrin.
Mase teman di sekolah dulu, guru Inggeris teman menyifatkan mereka
N N N dan S sebagai "incorrigible".
changkat lobak
arjuna waspada

luah fikiran said...

Kalau dah bawa kes ke mahkmah, maksudnya kita serahkan kepada mahkamah untuk buat sebarang keputusan. Tak kiralah siapa yang bawa kes tersebut kerana dalam mahkamah biasanya kedua-dua pihak diwakili oleh peguam masing-masing. Dan bila mahkamah buat keputusan, tak kiralah memihak ke mana, maka kita kena akur. Kalau kita masih nak persoalkan, sampai bila benda-benda macam ini tak selesai. Orang-orang politik suka tetapi rakyat majoriti (silent majority) tak suka.

rozana said...

Undang2 manusia dibuat berlandaskan kepentingan semasa dan yang berkuasa. contoh, dulu bila kena batang hidung setuju undang anti lompat parti untuk kestabilan politik & negara, sekarang tak bersetuju atas alasan hak individu berpersatuan. Manusia akan terus bertelagah hingga kiamat. Mahkamah yang maha adil kelak pasti ada. Kita tengok siapa yang kena. Semuanya akan recap & re-drama semula.

A Voice said...

Anon 12:17,

Bila kalah, salah Mahkamah.
Bila menang, dia betul.

Cuba kalah, salahkan diri sendiri, muhasah dan tingkatkan ilmu.

Orang menyalahkan orang selalu pejenis orang tak berpelajaran dan baring tengah jalanraya.


Anon 12:57 & Polong Siang

Kalau SMS itu datang dari hakim, apa kau nak kata?

Tak tahu jgn buat pandai. Bodoh jadinya. Orang PAS dan PR byk pandai. Yg komen sini pulak yg bodoh2.


Anon 1:30 PM

Jgnlah membuat pengakuan atas Islam, disebalik anonimity mana aku tahu kau Islam atau tidak?

Byk orang yang masuk neraka adalah orang yg hidupnya mcm alim ulamak.

Islam tak suruh menderhaka, tapi menghormati dan setia pada pemimpin.

Dari peristiwa kenaikkan saidina abu bakar, Islam suruh tegur menegur. Tapi Islam tak suruh bawak huru hara di dunai dan merusuh macam setan.

Cuba cakap jangan bawak2 ugama untuk justifikasi. Bentangkan fakta dan hujah. Isu tak ada kena mengena dengan bab ugama.

Anonymous said...

Hujah SMS jerk?..wakakaka!! anak aku pun pandai gak.. aku dah letih tunggu hujah2 bernas dari geng2 UBN.. tiap2 kali depa hujah buat geli usus besar aku jerk..

askar melayu said...

MHA Hamzah
Jadi keputusan Federal Court melepaskan Anwar dari main buntut tu salah ke?

Kira macam ni lah, kita terbalikkan lah keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ni. Kira Perak punya hal ni Mahkamah silap dan PR masih boleh memerintah kerajaan negeri Perak.

Dan dengan itu juga keputusan Mahkamah Persekutuan melepaskan Anwar juga silap dan sahlah Anwar main buntut dan dikehendaki beliau masuk balik dalam penjara.

Amacam, boleh Yop?

berasiam said...

Pelik juga sikap Speaker seekor ni. Nampak nama dan rupa, kaum dialah yang paling suka bersidang. Kalau jumpa tengah simpang pun, sempat berhenti untuk bersidang. Dua orang pun cukup untuk dia berhenti dan bersidang di tengah simpang. Orang nak lalu lalang pun susah dibuat dek kaumnya yang suka sangat bersidang. Tapi dia ni marah pulak bila orang yang ditugaskan panggil dewan bersidang. Patutnya dia suka sebab dia boleh menjalankan tugasnya dengan bergaya. Memang sungguh pelik bila dia macam tak suka nak bersidang macam kebanyakan kaum dia yang lain.

Kaum lain yang sokong dia ni pun sama peliknya dengan dia. Ada ke nak kaitkan persoalan ini dengan Islam. Agaknya dalam Islam depa ada ajaran iaitu boleh taatkan pemimpin bukan Islam melebihi pemimpin Islam. Sebab itulah kena pertahankan pemimpin bukan Islam walaupun pemimpin Islam sudah pun dipilih untuk menjawat jawatannya oleh pihak yang berwajib. Hebat sungguh politik Islam mereka ini.

Bila orang bukan Islam membaca ayat Qur'an, bukan main bangga mereka. Macam-macam pendapat ulamak dikemukakan untuk halalkan tindakan itu. Tapi sedikitpun mereka tidak menyebutkan wujudnya ayat di penghujung surah Al Waqi'ah tentang adab dengan Al Qur'an, bahawa yang boleh menyentuh Al Qur'an hanyalah yang suci sahaja. Tidak juga mereka menyebut bahawa orang-orang kafir adalah najis sepertimana yang ditetapkan dalam Al Qur'an. Sebaliknya dalam khutbah Jumaat, mereka melaungkan bahawa Lim Guan Eng dan puaknya akan masuk Islam.

Mudahnya mereka ditipu, macam mana nak memimpin......

Anonymous said...

Sivakumar... DAP- DEMOCRATIC Action Party... Show us which part that he is acting on is DEMOCRATIC? He suspends and sack people at his whims and fancies.. Anybody who deos not agree with will face his wrath! Does he understand the meaning of democracy? Does DAP understand the word democracy? If they rules the country, what will happen to the rakyat that does not agree with them? They should change their name to DEMONIC ACTION PARTY!!!

mohahz said...

askar melayu...
bila masa aku kata keputusan mahkamah persekutuan silap?dan apa kaitan kes liwat anwar tu dgn kes ni?hakim semak sesuatu kes ikut suka nak amik keputusan kes2 lepas ke?

mohahz said...

Cucu Tok Selampit...

nak isytihar darurat apa cucu tok selampit oi...?isytihar bubar DUN la...ini la dia Umno yg tinggal saki baki tulang belulang,modal terakhir...DARURAT!!!MELAYU DIHINA!!!JGN HINA RAJA MELAYU!!

askar melayu said...

MHA Hamzah

Maknanya don't be selectivelah. Bila UMNO diharamkan, mahkamah itu adil. Bila Raja Petra dilepaskan, mahkamah semakin liberal. Bila Anwar dilepaskan, tiada campurtangan eksekutif.

Tetapi ..... tak payah cakaplah. Julai nanti bila Anwar kena masuk balik sebab main buntut, mahkamah akan kembali tidak adil.

mohahz said...

askar melayu

tak.maknanya hakim tak boleh lari dr peruntukan undang2.
cek blk apa yg diputuskan hakim mahkamah tinggi supaya dibawa kes nizar ke mahkamah persekutuan,dan apa pula ulasan hakim mahkamah persekutuan terhadap hakim mahkamah tinggi yg buat keputusan tu,hingga akhirnya,kes itu disahkan boleh dibicarakan di mahkamah tinggi kembali.
judiciary,menyemak undang2.Jd sapa pula yg menyemak mereka?Rakyat la..

My Say