Bila kalah, kita bersabar dan tidak menjerit terlolong. Bila menang, kita bersyukur dan tidak terlalu gembira. Itulah sifat kesabaran, kematangan dan kebijaksanaan untuk layak memerintah.
Saman yang dibuat oleh bekas Menteri Besar Perak Dato Seri Muhammad Nizar terhadap Menteri Besar Dato Dr Zambry Kadir secara tidak langsung adalah saman terhadap DYMM Sultan Perak. Ini kerana Nizar mempersolkan kebijaksanaan keputusan Tuanku Sultan Perak dalam menolak permintaan membubar DUN, dan menyingkirnya lalu melantik Zambry sebagai Menteri Besar.
Inilah intipati saman Nizar dan inilah intipati yang mahu dipertahankan oleh UMNO. Pohon diketepikan semua sandiwara Pakatan Rakyat yang suka melempar tuduhan mengenai mahkamah sebagai tidak adil atau berat sebelah atau ada campur tangan pihak kerajaan pusat. Kalau tidak ada bukti dan fakta, usah diambilkira pelbagai teori konspirasi dan tuduhan melulu yang dibuat.
Selalunya, Pakatan Rakyat kalah kerana disebabkan mereka tidak bersedia, singkat kebolehan teknikal, dan cetek pengalaman dalam pentadbiran. Mereka hanya berdaya cakap kosong yang dipenuhi dengan retorik dan klise untuk tujuan memainkan sentimen rakyat.
Yang sedihnya, ada pula antara kita yang terikut-ikut dengan retorik pembangkang dan apologis kepada kepentingan mereka. Ada mengaku penyokong UMNO yang mahu memenangkan UMNO (baca di sini) tetapi pendirian yang diambil akan mengalahkan UMNO (baca di sini). Harap rakan kita sedar dari lamunan dari sanjungan dan penghormatan yang diterima dari aktivis kumpulan pinggiran (fringe group) yang bertujuan dan berkepentingan sempit.
Berbalik kita kepada isu yang ingin dibincangkan. Kenapa Nizar kalah dalam samannya terhadap "Sultan" di peringkat Mahkamah Rayuan? Apakah alasan yang ditimbulkan peguam Pakatan Rakyat, Sulaiman Abdullah? Apa jawapan peguam Barisan Nasional, Dato Hafarizam pula? Ayuh dilihat fakta sebenarnya. Secara kesimpulan mudah, asas keputusan mahkamah yang membuat Nizar kalah adalah sebab berikut:
- Nizar sepatutnya meletakkan jawatan pada Februari 4hb, 2009 semasa mengadap Tuanku Sultan Perak kerana dia sudah tidak punya majoriti.
- Artikel 16(6) Undang-Undang Tubuh Perak Negeri menuntut Nizar meletakkan jawatan dan jika dia enggan, dianggap sebagai telah mengosongkan secara perlembagan.
- Penentuan kehilangan majoriti tidak memerlukan cara undi tidak percaya di DUN saja.
- Disamping itu, Sultan berhak untuk tidak membubarkan DUN.
Hujah Sulaiman Abdullah untuk Pakatan Rakyat adalah berikut:
- Berdasarkan kes Stephen Kalong Ningkan, hujah beliau adalah hanya "undi tidak percaya" di Dewan saja untuk Ketua Menteri boleh di turunkan. Dia cuba mengetepikan kes Akintola (1963) yang dikemukakan dalam hujah BN.
- Nizar mengadap dalam keadaan 'deadlock' maka artikel 36(2) Undang-Undang Tubuh Negeri menghendaki pembubaran DUN.
- Ayat ‘remove the Prime Minister from office’ dalam Perlembagaan Malaya 36(2) tidak kedapatan dalam Artikel 43(4) Perlembagaan Persekutuan bermaksud Agong atau Sultan tidak boleh memecat Perdana Menteri atau Menteri Besar.
- Surat Nizar kepada Tuanku Sultan jelas menunjukkan beliau telah hilang kepercayaan. Kes Amir Kahar 1995 yang mana ada keterangan lain lebih tepat.
- Alasan artikel 36(2) untuk bubar DUN tidak sesuai kerana belum tempoh untuk pilihanraya umum.
- Peruntukkan yang disebut adalah 'superfluous' (berlebihan dari yang diperlu). Ketiadaan telah digantikan dengan ‘melainkan jika atas permintaannya DYMM Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan Negeri, Menteri Besar mestilah meletakkan jawatannya’.
Kata Nizar selepas kalah di Mahkamah Rayuan, dia meminta penyokong bertenang. Tetapi seperti yang pernah dikatakan di blog ini di sini, apabila tidak bersedia dan gerakan dapat dipintas, Pakatan rakyat akan hanya tahu merusuh, berbohong dan putarbelit, dan lakunkan sandiwara bodoh.
Buat Nizar yang sedang buat kerja bodoh mengikut DAP mogok lapar tiga hari (baca di sini), harap ingat hukum Islam menuntut berbuka dan bersahur dalam amalan berpuasa. Sambil-sambil itu, banyakkan astaghfar dan baca rayuan rakyat Perak dalam e-mail di sini yang minta dihentikan drama gila kuasa ini.
17 comments:
Kerana BN bertindak teruk lagi dari PONDAN.
Adakah wakil rakyat yang melompat parti dan jadi wakil rakyat "BEBAS" boleh dikira sebagai "menyokong" BN?
Adakah "BEBAS" itu sudah dikira sebagai komponen BN?
Berdasarkan undang-undang, adakah "pengakuan lisan" yang dibuat di luar DUN oleh wakil rakyat "BEBAS" itu sudah boleh dikira sebagai "menyokong" BN dan memberi "majoriti" kepada BN?
yang sebenar mereka tahu mereka akan kalah ,tetapi olih kerana mereka tahu bab undang2 ni kebanyakkan rakyat kurang arif,it needs a strong minds to understand law ,mereka tahu tahap pemkiran rakyaat biasa amat lemah ,so,mereka putar faktor untuk menghasut,dan mainkan imosi..sebab manusia yang lemah pemikiran,senang di hasut,sebab pengikut pr(HARAM)KEBANYAKAN ADALAH SIMPLETON
Anon 12:09
Terima kasih dengan kata-kata kesat anda.
Ini hanya menunjukkan kecetekan pemikiran dan tahap intelek penyokong Pakatan Rakyat.
Komen sedemikian akan menyedarkan rakyat akan kepalsuan pengikut brader anwar bin ibrahim.
Anon 12:32
Sila baca balik artikel2 lama.
Anda tertinggal bas di perhentian stadium hoki kl.
Kami dah di ipoh sedang makan nasi kandar vengeh.
Kenapa Hanipa Maidin, pengerusi Lajnah Undang-undang PAS yang begitu pandai berhujah di dalam blog tidak menjadi lead counsel kepada Nizar di mahkamah? Kenapa diberikan tanggungjawab kepada Sulaiman Abdullah? Bukankah Nizar dan Hanipa Maidin kedua-duanya hero PAS?
Nizar gagal dalam samannya kerana tiada fakta dari awal lagi yang boleh memenangkannya. Cuma sifat bongkaknya dan egoistiknya sahaja yang berkata dia boleh menang.
Lagi pula Nizar sanggup menipu dan berbohong dalam affidavitnya kepada mahkamah tinggi yang memberi kemenangan sementara kepadanya. Hakim itu pun terkhilaf samada sengaja atau tidak telah menolak affidavit SLA yang bercanggah fakta dengan affidavit fabrikasi Nizar. Sila rujuk tulisan Nizar dalam blognya menerangkan pertemuannya dengan Sultan Perak pada 4&5 Februari yang menyatakan dengan jelas pengetahuannya berhubung kedudukan adun-adun yang dipertikaikan dan sembah derhakanya berbanding dengan Affidavitnya ke mahkamah tinggi.
Adalah agak pelik seseorang yang berkuasa melantik tidak mempunyai kuasa untuk memecat. Sulaiman Abdullah hanya merujuk kepada perkara berhubung kuasa melantik tetapi terlepas pandang kuasa untuk memecat yang berada dibawah peruntukan lain.
Nizar dapat nasihat guaman dari Ngeh dan Nga sebelum saman sultan, mungkin juga dari Sivakumar. Kalau ketiga-tiga mereka ini peguam hebat tak payahlah jadi wakil rakyat. Boleh cari makan jadi peguam saja. Pasal tak boleh cari makan jadi peguamla masuk politik untuk cari makan.
Khabar ceritanya Pakatan Rakyat di Perak nak adakan mogok lapar bersabit dengan keputusan mahkamah rayuan. Saya timbulkan persoalan berikut:
1. Apakah kita tidak boleh menerima keputusan ini sebagai ketentuan Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui? Mungkin ada hikmahnya yang tersendiri yang kita tidak ketahui?
2. Mengapa persoalkan keputusan mahkamah kalau sudah menyatakan bersikap terbuka dan menghormati keputusan mahkamah?
3. Kalau dah beritahu nak buat rayuan ke Mahkamah Persekutuan, mengapa perlu dilakukan tindakan seperti mogok lapar ini? Mengapa tidak menunggu sehingga keputusan rayuan diketahui?
4. Sedar atau tidak , mogok lapar ini boleh menimbulkan keresahan rakyat dan menganggu perjalanan pentadbiran kerajaan negeri? Ringkasnya, rakyat yang menjadi mangsa akibat kemelut politik pemimpin-pemimpin parti.
Sila layari posting terbaru "Kata Nak Buat Rayuan, Mengapa Pula Nak Mogok Lapar?" blog luahfikiran. Tkasih
Hi,
Ini Dia Doa yang di suarakan dalam gambar Anda;
"Ya Allah Tolong Lah Kami, Kami sekarang dalam keadaan tenat, munkin akan kehilangan kuasa,"
"Ya Allah, ampunilah kami kerana telah banyak berdosa, kerana telah merompak dan menyamun rakyat yang tidak berdosa"
"Ya Allah berikan lah kami petunjuk supaya kami dapat menahan dari dahaga kuasa dan wang ringgit."
" Ya Allah berikanlah kami kuasa untuk berdepan dengan yang mulia Dato' Nik Aziz dan rakan rakan nya di Manek Urai, kerana kami tahu mereka lebeh kuat dari kami."
Repent Repent Repent..etc etc etc
Joe Black
Inilah ajaran demokrasi yang terbaik kepada rakyat malaysia. BN is digging its own braveyard for its final demise in the coming GE. It will not only lose the Perak but the federal administration. Rakyat will never be forgetful in this episode of dirty tricks played by BN in particular UMNO.
SYABAS BLOGGER UMNO. LAWYER UMNO NI SEMUANYA KUAT KUAT BELAKA. SAMPAI ADA YANG BOLEH MENGATUR SIAPA NAIK, SIAPA KECUNDANG. MEMANG KITA KIRA TAK ARIFLAH DALAM HAL UNDANG UNDANG. KITA ARIF TENGOK TV, DAN MAKA TERSELITLAH SUATU KISAH YANG MENCERITAKAN BAGAIMANA SEORANG LAWYAR HINDU DAPAT MENENTUKAN SIAPA BOLEH JADI HAKIM MAK-A-MAH TINGGI. MESKIPUN SEDEMIKIAN, HUJAH SAUDARA NI SEMUANYA CUKUP LOGIK. KEPUTUSAN TAK BERDASARKAN REKOD MAKHAMAH , ADA ORANG KATA obida dicta, AKU X PAHAM. MAKA KITA PUN RASA SIMPATI, SETAHU KITA PUAK united malays national organization KALAU NAK BERENETAP DI PETI UNDI, GERENTI KALAH. SO KENALAH PENANG DI MAK-A-MAH. KALAU ASYIK KALAH JE, NI MCM LAWAN DENGAN KUCING DAN BUKANNYA SINGA KODOMO.
(TERIMA KASIH KERANA TIDAK KASI TAPIS KOMEN TUAN HAMBA NI. TAPI KALAO TAPIS, TAPISLAH. UMNO TETAP KECUNDANG)
Salam, saudara2 dalam kita dok gaherah komen2 ni biar kita selamat dunia akhirat.tak kira belah mana kita, BN ke @ PR ke janji komen kita tak sentuh pribadi terus begitu,adab jaga2 insaAllah kits selamat.ws
Tiba-tiba manusia bernama Nizar menjadi main player dalam politik mutakhir Malaysia. Nizar jadi MB sat jauh dari sangkaan semua orang. Ketika kalut bilut, tiba-tiba berlaku kematian, Nizar jadi MP Bukit Gantang pulak dengan penuh tafsiran politik. Tiba-tiba berlaku lagi by-election di Manek Urai. Banyak sangat perancangan diluar rancangan. Then, don't be cocky and arrogant. Banyak tiba-tiba akan muncul lagi...
Anonymous said...
Adakah wakil rakyat yang melompat parti dan jadi wakil rakyat "BEBAS" boleh dikira sebagai "menyokong" BN?
Adakah "BEBAS" itu sudah dikira sebagai komponen BN?
Berdasarkan undang-undang, adakah "pengakuan lisan" yang dibuat di luar DUN oleh wakil rakyat "BEBAS" itu sudah boleh dikira sebagai "menyokong" BN dan memberi "majoriti" kepada BN?
12:32 PM
KOMEN SY TO ANON 12.32.
BERKAITAN BEBAS BOLEH DIKIRA MEYOKONG BN?
SULTAN TELAH MAMNGGIL KE SEMUA 31 ADUN TERSEBUT, DAN MERKA MENERANGKAN MEREKA MENYOKONG BN..KIRA TIDAK MENYOKONH JUGAK KE??JADI NAK MENYOKONG KENE BUAT MCM MANE? SERAHKAN TUBUH MCM ANWAR BUAT???
Dear Anon 12:09 PM, Anon 12:32 PM, Chairman Kaga,
Just a piece of my mind...
Kalau betul memperjuangkan hak dan kebenaran, jangan lah double standard. Ni, kalau dia rampas kerajaan ikut pintu belakang-HALAL, orang lain buat-HARAM, kalau BN lompat ke PKR-HALAL, kalau sebaliknya-HARAM lak?
Berpijak lah pada bumi yang nyata. Sudah-sudah lah hidup di awan-awangan. Kalau keputusan tak memihak anda, ada saja teori konspirasi, campur tangan kerajaan, niat jahat dan sebagainya. Itu lah, terlalu taksub dan dimomokkan dengan benda yang mengarut2 dari idola anda. Waktu keputusan berpihak kepada anda, senyap pulak ye?
Konspirasi... kalau betul ada, why bother nak tunggu sampai Mahkamah Rayuan? Baik cantas dari awal lagi.
Nak bubar DUN? Nak buat apa? Rakyat dah pun membuat pilihan... muka2 yang bergaduh dalam DUN itu lah pilihan diaorg. Kenapa nak menyusahkan rakyat Perak mengundi lagi? BN ada kuasa penuh di Perak, semua bertanding atas tiket BN.. bukan politik muafakat Pakatan Rakyat yang tidak berdaftar! Tanding atas tiket parti masing2 dan bila menang baru nak muafakat. Siapa yang memerintah Penang? DAP ye tak, bukan Pakatan Rakyat. Siapa yang memerintah Kedah dan Kelantan? Pas ye tak, bukan Pakatan Rakyat. Kenapa di Perak dipanggil kerajaan Pakatan Rakyat? There is no such thing as Pakatan Rakyat. Sebab PR bukan pakatan yang sah, maka why question 3 ADUN bebas boleh sokong BN atau tak?
Lagi satu, insaflah sikit wahai Nizar, kalau takde peruntukan MB mesti orang Islam, jangan harap ler kau nak jadi MB, sure Nga atau Ngeh. Abis tu kenapa syok sendiri claim kata kau MB pilihan rakyat? P-L-E-A-S-E! Kau tu MB atas budi bicara Tuanku Sultan, ingat sikit. Sembah derhaka konon.. what a joke.
Semenjak bila Pakatan Rakyat ini didaftarkan sebagai parti pembangkang????Adakah ianya sah?????atau hanya pakatan yang tidak berdaftar????
Gua sedey tengok Nizar jadi puppet pada DAP, parti anti-islam se-Malaysia. Wahai Nizar, aku doakan agar kamu balik ke pangkal jalan dan segerakan kebijaksanaan kembali ke akal kamu, kerana kamu dah jauh terpesong dari yg benar. Amin.
Dalam kalia menafsir pergolakan politik khususnya UMNO dan PAS..
aku saudara mu, mengingatkan diri ini dan kalian, sesungguhnya dalam percaturan ini ada Percaturan yang lebih Tinggi iaitu percaturan Tuhan..
bawa istighfar kita semua.. sebijak-bijak kita mencatr hebat Tuhan lagi caturan Tuhan..
Demokrasi tidak lain melainkan jarum halus Musuh memusnahkan Kesatuan Ummah dan mengharu birukan masyarakat.
Kembali kepada Tuhanmu.. Masanya sudah semakin hampir..
jemput ke www.heliconia.wordpress.com
Salam kasih sayang.
Post a Comment