Selepas PRU12 8 Mac 2008. Atas alasan BN memperolehi 28 kerusi berbanding DAP 18, PKR 7 dan PAS 6.
Dato Tajol Rosli telah mengadap DYMM Tuanku Sultan Perak memohon BN membentuk kerajaan. Baginda menolaknya, kemudian Dato Tajol memohon pembubaran Dewan atas alasan tiada parti yang mempunyai majoriti! Tuanku Sultan Perak telah menolak!
Maka Dato Tajol berkata adalah tidak adil jika Tuanku Sultan membubarkan Dewan sekarang ini di atas tuntutan DAP, PKR & PAS yang mempunyai hanya 28 kerusi sahaja, sedangkan kita semua tahu BN + Bebas = 31 kerusi (Majoriti mudah).
Maka YB Dato Dr Zambry berkata adalah menjadi tanggungjawab BN untuk mempertahankan hak majoriti rakyat melalui persidangan Dewan! BN
tidak gentar menghadapi pilihanraya. Persoalannya sekarang kenapa kita harus memohon dewan dibubarkan pada ketika BN mempunyai majoriti?
Lagipun pilihanraya akan hanya membazirkan wang rakyat dan menyusahkan kehidupan rakyat sahaja.
Kembalilah Kepada Rakyat. Pertahankan Hak Majoriti Rakyat di Dewan Undangan Negeri Perak!
Sekian.
Dato Hamdi Abu Bakar
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
Adakah adil pihak yang mempunyai majoriti patut memberikan kuasa kepada monoriti?
Jika Pairin boleh mengundur dengan terhormat, kenapa Nizar tidak boleh lakukan yang sama? Kenapa Sivakumar perlu sewenang-wenang menggantung ahli Dewan Undangan untuk menafikan majoriti memerintah?
Andainya keputusan mahkamah hari Isnan kekal dan Sivakumar kekal sebagai Speaker adakah mereka akan menghormati artikel 42(3) Perlembagaan Persekutuan dalam persidangan tergempat Dewan Undangan Negeri untuk diadakan undi tidak percaya?
Dari keengganan Nizar meletak jawatan dan lain-lain kerenah pihaknya dan DAP, adakah dia akan bersikap terhormat? Adakah Nizar selalu bercakap benar?
10 comments:
Saya bimbang jika kemelut ini mengundang KERMURKAAN SULTAN. Tetapi ELOKLAH juga jika Sultan murka, agar GENTAR sedikit penderhaka-penderhaka yang semakin bermaharajalela masa kini. Bicara Raja Muda yang sedikit itu sudah mampu meredakan DUN Perak yang lalu, apatah lagi dengan kemurkaan baginda Sultan sendiri.
Ampun tuanku, patik salah seorang rakyat di negeri tuanku memohon agar dihumban sahaja penderhaka-penderhaka ini ke tempat lain jauh dari bumi Perak. Biar mereka tahu bahawa Sultan masih berkuasa. Terlalu ramai sangat yang ingin menjadi LAWYER, sampai menginterpretasi perlembagaan mengikut suka hati mak bapak mereka sahaja.Rakyat biasa Perak bukan peduli dan arif sangatpun tentang undang-undang. Peratusan mengikut membabi buta lebih ramai daripada yang tahu apa itu perlembangaan. Kami serahkan soal perlembagaan di tangan tuanku kerana tuanku adalah di antara orang-orang yang SANGAT ARIF TENTANG PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG. Yang banyak memberi komen dan mengkritik, semua mereka ini hanya MENGERUHKAN lagi suasana.
Ampun tuanku !!!
Memanglah ditolak permohonan Si tajol tu, ngok! Dia mohon bubar atas kapasiti apa? Menteri Besar? Hakikatnya selepas keputusan PRU 12, si tajol tu BUKAN MB lagi. Sultan hanya boleh pertimbang permohonan pembubaran dari seorang MB.Itu jelas dalam perlembagaan negeri. Tiada parti yg mempunyai majoriti juga bukan alasan untuk pembubaran. Yg mustahak adalah persoalan adakah terdapat individu yang boleh mendapat kepercayaan majoriti ADUN untuk menjadi MB dan membentuk kerajaan negeri. Di Perak selepas PRU 12, individu sedemikian ada, dimana majoriti kepercayaannya didapati dari gabungan ADUN PAS, DAP & PKR iaitu Pakatan Rakyat.
bn Perak ada majoriti? Betul ke? kedudukan 3 orang ADUN yg melompat itu masih lagi boleh dipertikaikan dan sememangnya masih kes mahkamah. Pertama, isu surat resignation mereka. Hanya di Bolehland shj yg tak semena-mena, SPR pula yang menetapkan sama ada ADUN itu sudah resign atau tidak. Umum sedar sekiranya ADUN 3 orang itu orang BN yg nak melompat ke PR dan sudah ada pula resignation letter mereka yg sudah ditandatangani dan speaker pula orang BN, sudah pasti keputusan speaker itu yg mereka sudah resign diterima sebulat-bulatnya oleh SPR. Kedua,sekiranya kawasan 3 orang tersebut diadakan PRK, besar kemungkinan PR akan menang. Jadi majoriti apa yg Zambry nak laung-laungkan?
Punca krisis sekarang ini adalah kegelojohan dan kegopohan bn untuk mengambil alih jawatan MB hingga menyuruh Sultan untuk menyuruh Nizar letak jawatan. Itu bukan saya cakap. Itu Mahathir, bintang pujaan umno, yg cakap! Tidak ada peruntukan perlembagaan negeri untuk Sultan memberhentikan MB - sila lihat keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei 2009. Zambry juga dilantik MB tanpa ada undi tak percaya terhadap Nizar terlebih dahulu - sila lihat keputusan Mahkamah Tinggi yang serupa. Begitulah gelojohnya orang umno. Dan Grand Prize bagi kebodohan dan kelalaian orang umno adalah berbuat semua di atas tanpa menyemak dan meyelidik terlebih dahulu akan kedudukan dan kuasa yang terdapat di tangan speaker.
Tajol Rosli, Hamdi Abu Bakar dan Zambry adalah contoh menyerlah menunjukkan kebodohan dan buta undang-undangnya barisan pimpinan umno negeri. Semua mereka ingat, termasuklah sekali Najib dan Zahid Hamidi, kalau MB dah bertukar ke orang BN, game over lah bagi PR. Realitinya jelas tidak begitu.
Buat akhir kata, semakin lama BN menidakkan perlunya diadakan pilihanraya negeri, semakin parahlah imej BN di mata pengundi. Parti politik jenis apa yg kecut perut dan tiada teloq untuk berhadapan dengan pengundi?
Jentera Penerangan UMNO perlu bekerja keras sekarang untuk memastikan rakyat Perak mendapat gambaran sebenar mengenai krisis yang berlaku. Jentera Penerangan ini perlu digerakkan pada peringkat akar umbi dan menyebarkan maklumat sebenar serta lebih penting, menjawab segala tohmahan yang diutarakan oleh pihak pembangkang mengenai krisis politik Perak. Ini bukan masa untuk berdiam diri dan membiarkan media massa perdana menggalas tugas menyampaikan maklumat untuk pihak UMNO. Pendekatan secara bersemuka perlu dilakukan seluas mungkin dengan kumpulan sasaran yang tertentu. Jentera Penerangan UMNO Perak perlu menjalankan gerakan 24 jam sehari bagi memastikan persepsi orang Melayu menyebelahi UMNO. Jangan berpeluk tubuh dan menunggu sehingga DUN dibubarkan untuk memulakan langkah. Segalanya tidak pasti dan berkemungkinan. Oleh itu, UMNO Perak perlu sentiasa bersedia menghadapi apa sahaja.
Saya bukan pakar undang-undang. Difahamkan hanya Sultan Perak yang berhak dan mempunyai kata penentu samada DUN Perak akan dibubar atau tidak. Begitu juga dalam perkara siapa yang memegang jawatan Menteri Besar. Katakan Sultan Perak perkenan DUN dibubarkan, dan kemudian Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya. Perlu diingat YB Nizar tidak semestinya akan dilantik menjadi MB Perak. Sultan yang akan menentukan berdasarkan kepada beberapa calon nama yang dicadangkan. Dalam situasi yang berlaku sekarang ini yang turut melibatkan Baginda Sultan, apakah Sultan akan perkenan Nizar menjadi MB Perak? Jawab sendiri. Kita mesti ingat, seandainya pilihanraya berlaku, mana-mana parti boleh meletakkan calon Melayu Islam untuk bertanding. Calon ini, kalau menang, akan layak dipertimbangkan untuk menjadi MB baru.
Saya ada buat ulasan sedikit dalam posting saya "KALAU DUN DIBUBAR, NIZAR TAK SEMESTI JADI MB". Orang Perak kena ambilkira kemenangan tersurat dan kemenangan yang tersirat!
Salam,
Kudeta di bolehkan? Peristiwa ini akan menjadi sejarah hitam buat rakyat malaysia dengan menghalalkan cara.
15 May 2009
BONGKAR : Hakim Mahkamah Rayuan tempohari adalah 'correct..correct.. correct '
Terbongkar : Hakim Mahkamah Rayuan Kes MB Perak Adalah Lantikan Linggam
Hakim Mahkamah Rayuan Kes MB Perak Adalah Lantikan Linggam
Patutlah tak sampai beberapa jam dah boleh bagi "stay of execution". Itu pun dia bagi penghakiman yang begitu tidak jelas sehingga sekarang ini hakikat sebenarnya MB Haram, Zambery sedang melakukan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh MB sah yakni Nizar.
Ramly Mohd Ali ini yang dinamakan oleh VK Linggam dalam perbualan yang direkodkan oleh MP Kelana Jaya tempohari.
Mengikut perbualan itu, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. Mereka adalah Datuk Heliliah Mohd Yusof, Datuk Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002.
Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini:
Juga, mengikut Jeff Ooi, Hakim Ramly ini baru menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April 2009, yakni 27 hari sebelum Zambery merayu kes itu di mahkamah.
Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan. Dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini.
Dan kita pun nampak betapa mudahnya Hakim Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambery MB Haram. Mungkin Hakim Ramly ini terhutang budi dgn UMNO. Apa pun beliau bukan seorang hakim yang boleh diyakini sebagai tidak memihak kerana perlantikan beliau sebagai hakim adalah atas ihsan UMNO.
Apabila Nizar merayu, terpaksa menunggu 5 hari dan terpaksa berhadapan dengan panel 3 hakim pula. Heran, heran heran. (Correct, Correct, Correct)
Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari 3 orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama. Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.
Malangnya, kes rayuan Zambery ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK LInggam (Correct, Correct, Correct).
Inilah dia rupa keadilan Malaysia. UMNO telah berjaya melacurkan mahkamah di Malaysia untuk menjadi pelacur kelas satu kepada UMNO
- Tulang Besi
ADMIN - KedahLaNie TIME - 2:36 PM
Labels: Isu Semasa, PERAK
ARKIB : 20/03/2008
Hilang pedoman punca empayar jatuh - Nazrin
20/03/2008 3:00pm
IPOH 20 Mac – Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, sikap pemimpin yang hilang pedoman ketika berkuasa adalah punca kejatuhan sesebuah empayar dan negara sebagaimana yang tercatat dalam sejarah.
Menurut baginda, sejarah turut mencatatkan ramai insan yang mendapat peluang menjadi pemimpin tetapi hanya sedikit di kalangan mereka yang berjaya mencipta sejarah dan membina tamadun bangsa.
``Ada di antaranya yang terleka, ada yang tersalah haluan, ada yang tersalah diberi nasihat, ada yang tersalah langkah dan ada yang tersalah perkiraan.
``Justeru, sejarah berkaitan kepimpinan dan pemimpin itu sewajibnya dijadikan asas rujukan oleh ummah hari ini bagi mempelajari daripada kesalahan dan menjauhi daripada mengulangi kesilapan yang sama,'' titah baginda semasa merasmikan sambutan Maulidur Rasul di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. – Utusan.
letih layan alasan putar belit penagih PAKATAN RAKYAT @ MIN YUEN yang nak sangat merasa jadi MB pastu jual negara. 999 yop!...kemain uruaniaga MIN YUEN ni.
melayu yang sokong depa ni bukan melayu perak tetapi melayu BERAK!
Rakyat tak undi calon lompat parti.
BN ada majoriti sekarang ialah majoriti DUN. Majoriti ini bukan kehendak rakyat.
Kalau nak kata kembalikan kepada rakyat, bubarkan lah 3 DUN lompat parti dan jugak kalau nak 1 DUN yang lompat depan lompat belakang balik tu.
Pakatan mintak bubar DUN bukan nya kesemua DUN dalam negeri Perak, yob oii. Pakatan mintak bukar DUN lompat tu jer...
Post a Comment