Thursday, July 30, 2009

Kenapa keputusan Najib untuk tidak pilih Azalina itu sangat tepat?

Satu-satu orang yang saya sokong sepenuhnya keputusan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak untuk tidak memilih sebagai Menteri adalah wakil Rakyat Pengerang, Datuk Azalina Othman Said.

Dia adalah satu-satunya pemimpin muda yang berpotensi dan dibuka laluan untuknya naik tetapi telah lari jauh menyimpang dari segi sifat keperibadian, semangat perjuangan dan kesetiakawanan UMNO.

Masaalah Azalina bukan kerana naluri semulajadinya tetapi dia tidak mahu mengikuti sifat kepimpinan yang siddeq, amanah, tabligh dan fatanah.

Azalina telah menganiayakan bekas Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato Mirza Mohd Taiyab untuk fix satu pertuduhan rasuah kononnya melibatkan rawatan gigi berjumlah RM13,860. Saya telah menulis beberapa artikel tentang perkara ini. Kini adalah pendedahan terbaru dari e-mel lama yang baru dihantar seorang rakan.

Pertama kali saya menulis adalah pada September 4hb, 2008 semasa kes itu timbul. Saya dedahkan apa disebalik pertuduhan itu. Doktor gigi yang terbabit adalah Dr Kamsiah dan kini isteri baru kepada Din Merican, seorang penasikat di pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim.

Antara pendedahan saya, kes itu ada kaitan dengan penentangan Mirza pada ide untuk melantik Dato Michelle Yeoh sebagai Duta Pelancongan Malaysia. Kemudiannya terdedah maklumat tersebut di Parlimen pada tahun ini tetapi cuma kekasih Michelle, Dato Jean Todt yang dilantik. Boleh di baca dalam tulisan saya bertarikh June 25hb 2009.

Semasa itu saya difahami kes Mirza telah diubah pertuduhan. Baru-baru ini, Mahkamah Sesi Kuala Lumpur telah melepaskan pertuduhan terhadapnya. Alhamdulillah, dia dilepaskan. Ini memang satu kezaliman Azalina terhadap seorang insan hanya untuk kepentingan dan ketamakan dirinya. Dalam beberapa hari lepas, saya percaya orang-orangnya telah menganiayakan seorang rakan saya.

Sesebuah Kementeriaan boleh berjalan dengan lancar jika pihak pengerusan itu bersih, cekap dan amanah. Selalu menjadi masaalah apabila Pak Menteri tidak sedia mendengar nasihat, dan tidak menghargai kepakaran pengurusan Kementeriaan serta cuba memandai di luar kemampuannya sendiri. Apatah lagi jika memandai untuk melakukan penyelewengan.

Seorang rakan telah menghantar satu tulisan mengenai Azalina melalui e-mail dan setelah saya selidik, saya tahu siapa penulisnya. Dari apa yang ditulis, Azalina tidak layak untuk kekal sebagai seorang pemimpin lagi. Jika ia terus kekal, satu hari dia akan muncul naik semula. Masaalahnya jika ia muncul balik, ia akan menyusahkan UMNO sahaja.

Pihak pengurusan UMNO tidak boleh berkompromi dengan rasuah dalam parti, kerajaan, korporat dan kehidupan harian rakyat. Selagi tiada kepala yang dipancung kerana rasuah dalam UMNO, rakyat susah untuk diyakinkan. Sebagai sumbangan perlu kepada UMNO walaupun boleh dijadikan peluru kepada pembangkang, saya dedahkan pertuduhan terhadap Azalina dalam e-mel itu tanpa perkara peribadinya.

Seperti biasa, jika Azalina ada memberi respons saya akan siarkan di sini. Namun jika SPRM terbaca tulisan ini, maka Azalina perlu jawab dengan SPRM jugalah. Sebagai peguam dia harus faham bahawa the law is supreme and it has to be allowed to take its course.

----------------------------

Kepada Rakyat Malaysia....

Datuk Azalina Othman Said merupakan Menteri Pelancongan Malaysia kini. Beliau juga pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan. Datuk Azalina telah dilahirkan di Johor Bahru pada 31 Disember 1963. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 1988. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di London School of Economics and Political Science, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Undang-Undang pada tahun 1990.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Undang-Undang di Messr Raja Darryl & Loh (1988-1989, 1991-1994). Setelah menimba pengalaman, beliau menjadi rakan kongsi di syarikat guaman Azalina Chan & Chia (1994-2001) dan kemudiannya Messrs Skine (2001-2002). Pada tahun 2002 sehingga kini, beliau menjadi rakan kongsi di Messrs Zaid Ibrahim & Co. dan kemudiannya Zaid Ibrahim & Co. LLP, Singapore mulai tahun 2003. Beliau pernah menjadi pengacara dalam rancangan Dateline Malaysia di NTV7.

Pada Pilihan Raya Umum ke-11 dan ke-12, beliau telah menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Pengerang. Para peneroka di parlimen Azalina amat kecewa kerana calon PAS telah berjaya dibeli oleh Azalina. Amat goyah calon PAS itu. Atau adakah calon PAS itu sekadar dummy?

1. Azalina sebenarnya tak buat kerja membela rakyat tapi sibuk kaut duit rakyat buat harta sendiri. Buktinya, Azalina telah menganjurkan pesta sempena sambutan hari jadi anak angkatnya, Azareena yg ke-6 pada 17 Mei 2008 di rumah mewah milik xxxx, Puan Sri Sharifah Sabrina Syed Akil semasa rakyat sedang bergelut dengan masalah banjir besar di Johor. Isu ini sangat jelas dan telah buat Tengku Mahkota Johor amat marah. Tengku sendiri tahu dengan isu ini.

2. Semasa menjadi Menteri Belia dan Sukan, Azalina telah melenyapkan jumlah wang yang besar atas alasan membina stadium bolasepak di UK. Projek yang bernilai RM 70 juta itu, akhirnya tidak menjadi kenyataan tetapi berjuta wang rakyat Malaysia telah diselewengkan. Dia merupakan pengkhianat rakyat Malaysia tetapi kita sering menyalahkan mereka yang berpangkat rendah sedangkan ternyata kesalahan itu sepatutnya terletak di bahu Azalina yang terbukti tidak kompeten sebagai seorang Menteri.

3. Manakala kontrak di bawah Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) yang dikenali sebagai "SISTEM PERLAKSANAAN LOGISTIK DAN PERMARKAHAN BERSEPADU UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA (untuk Sukan SUKMA)" pula tidak dilakukan oleh syarikat yang mendapatkan tender tender tersebut secara yang sah tetapi sebenarnya telah diberikan kepada individu iaitu seorang staf MSN bernama OMAR. Syarikat yang memenangi tawaran tender hanya akan datang untuk mesyuarat sebagai memenuhi syarat. Kos projek hanyalah RM 6 bil tetapi dinaikkan kepada RM 11 bil! Sebagai tanda penghargaan, Azalina sepatutnya diberi ‘hadiah’ sebanyak RM 2 juta. Tapi pada kebiasaannya, bila ianya melibatkan menteri semuanya lepas. Yang kena adalah orang bawahan saja. (Projek tersebut juga gagal dan mendapat publisiti dalam akhbar harian). Azalina mengamuk kerana kegagalan projek ini (malah KSU & TKSU tahu akan kejadian ini) dan bila syarikat yang mendapat tender tidak membayar Azalina, sebuah syarikat lain dipaksa membayar Azalina wang ini apabila mendapat kontrak "PROJEK UNTUK MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH KOMPUTER DAN PERALATAN ICT BAGI IBU PEJABAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) DAN PEJABAT-PEJABAT CAWANGAN KBS DI SELURUH MALAYSIA. NO TENDER: KBS.S.4-14/39(T.20.2006)". Kos projek dalam lingkungan RM 13 juta.

Objektif untuk menyeleweng wang tidak berhenti di Kementerian Belia dan Sukan saja, malah berterusan apabila Azalina dilantik menjadi Menteri Pelancongan Malaysia.

4. Pelancongan adalah agenda nasional dan kejayaan sektor ini memerlukan dedikasi sepenuhnya seorang menteri. Campurtangan politik hanya memenuhi agenda persendirian (personal agenda). Bila Azalina menjadi Menteri Pelancongan, dia bertekad intuk membawa 20 pekerja persendirian yang dibayar gaji oleh Kementerian Pelancongan. Peraturan Khidmat Sivil (Civil Service rule) hanya sebenarnya hanya membenarkan seseorang Menteri mempunyai 4 pekerja persendirian. Azalina meminta kroninya menubuhkan sebuah syarikat dan syarikat ini diberi kontrak mengendalikan slot pengiklanan Kementerian Pelancongan di saluran TV RTM. Wang yang dibayar kepada syarikat kroni ini digunakan sebagai gaji pekerja persendirian yang dibawa oleh Azalina. Beginilah cara seorang Menteri yang ‘bertanggungjawab’ menjalankan amanat rakyat yang diamanahkan kepadanya.

5. Ayah Azalina pula meminta anaknya memberikan kontrak untuk membuka gerai Tourism Malaysia (Malaysia Tourism Kiosk) di Beijing semasa sukan olimpik. Kontrak itu bernilai RM 10 juta. Ini tidak menjadi kenyataan bila terdapat banyak bantahan daripada staf-staf Kementerian.

6. Laman web Kementerian Pelancongan bernilai RM36 juta!!! Dalam pembentangan kertas kerja Azalina bagi kelulusan kabinet, dia menyatakan RM 36 juta tesebut mampu mempertingkatkan sektor pelancongan di Malaysia dalam masa 3 tahun. Maknanya, kira-kira RM 1 juta diperlukan sebulan hanya semata-mata untuk kerja penyelenggaraan laman web ini?? Sama ada Azalina bodoh ataupun dia beranggapan rakyat Malaysia semuanya yang bodoh??!

7. Pada 25 Oktober 2008, Menteri Pelancongan xxxxxx telah membawa sekumpulan pengikutnya ke Paris menaiki pesawat serba baru, Boeing 777-300ER. Mereka mengambil perjalanan jauh ke Paris dari Singapura (penerbangan SQ334 SIN-Paris) dan membazirkan lebih banyak wang untuk penerbangan tersebut daripada mengambil penerbangan terus dari KL ke Paris. Ini kerana pesawat MAS tidak mempunyai tempat duduk Kelas 1 yang mewah. Untuk makluman semua, tambang tempat duduk kelas 1 adalah dalam lingkungan RM 25,000 seorang! Beginilah cara seorang Menteri yang dipilih oleh rakyat membuang duit rakyat untuk kepentingan diri sendiri.

8. Malah semasa Azalina menjadi Ketua Puteri UMNO, dia telah menyalahgunakan wang tabungan Puteri Umno untuk membeli kereta mewah bernilai RM300,000 untuk xxxnya, Sharifah Sabrina yang merupakan isteri kepada Dato’ Seri Syed Johan Syed Nasir (jutawan ternama dan pemilik Hard Rock Café). Untuk makluman semua, Azalina xxxxx xxxx xxxxxx xxxx xxxx (xxxxxxx).

9. Azalina pernah ada xxxx dengan Erma Fatima, Elly Zalilah Yusof (bekas pembantu Azalina) dan banyak lagi. Pernah terjadi satu peristiwa di mana Azalina ditendang hingga jatuh ke dalam longkang di depan sebuah hotel terkemuka xxx xxxx xxxxx xxxxx xxxxxxx xxxxxx. Erma Fatima kemudiannya mambawa Azalina ke hotel OneWorld untuk merawat muka Azalina yang cedera. Cerita ini boleh disahkan oleh Erma Fatima. Sungguh memalukan bukan? Beginikan kelakuan seorang menteri di kabinet Malaysia?

10. Azalina juga pernah tinggal sebilik dengan xxxx lamanya, Sabrina semasa lawatan rasminya sebagai Menteri Pelancongan baru ke Russia pada 17-19 Julai 2008. Peristiwa ini diketahui oleh semua para pegawai dan peserta rombongan tersebut. Sebagai seorang yang terhormat dan seorang yang dikenali ramai selain jawatannya sebagai seorang menteri, Azalina sepatutnya menjaga etika kerja dan peradabannya. Apa yang berlaku dalam kehidupan peribadinya, sepatutnya dijaga dan ditutup dari perhatian ramai, apalagi memandangkan dia seorang wanita beragama Islam xxxx xxxxxxxx xxx xxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxx xxxx xxxxxxxxx xxxxxxxxx xxxxxx xxxx xxx. Bukankah lebih baik jika dia xxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxx xxxx xxxxxxx xxxxxx xxxxxxxxx xxx xxxxxx xxxxxxxxx?

11. Setiap kali Azalina pergi ke luar negara untuk tujuan rasmi, pasti ramai para pegawai yang dipertanggungjawabkan mengatur segala urusan perjalanannya akan merungut sakit hati dan pening kepala. Bukan sahaja dia cukup terkenal dengan sikap ”fickle-minded”nya yang suka mengubah-ubah aturcara perjalanan dan program-program yang telah dirancang berkali-kali sehingga ke saat terakhir lalu menyusah dan menyukarkan tugasan mereka untuk membuat perancangan baru (Azalina dikatakan pernah merajuk tidak mahu pergi ke satu majlis rasmi yang telah diuruskan oleh pegawai bertugas semasa lawatan ke Russia tersebut, hanya kerana permintaannya untuk pergi ke suatu tempat lain untuk tujuan peribadi tidak dilayani dan dipenuhi oleh pegawai tersebut) dia juga suka mengajukan permintaan yang mengarut-ngarut seperti meminta pegawai Tourism Malaysia yang bertugas di negara tertentu menyiapkan sajian nasi lemak sambal sotong kegemaran beliau untuk dimakan bersama ”rakan-rakannya” yang menyertai rombongan lawatan walaupun jika beliau dalam transit untuk waktu yang amat pendek sebelum meneruskan perjalanan seterusnya. Maka terkejar-kejarlah pegawai-pegawai luar negara tersebut termasuk dari Pejabat Kedutaan Malaysia yang berdekatan untuk membuat persediaan terutamanya untuk ”memujuk” pihak pengurusan keselamatan lapangan terbang tempatan memberi kelepasan khas untuk membawa masuk makanan tersebut ke dalam bilik menunggu VIP. Bukan setakat makan di bilik itu sahaja, pegawai khas Azalina akan memesan ”bekalan” untuk dibawa naik ke pesawat untuk dimakan kemudian oleh beliau. Bukankah itu telah melanggar protokol dan eraturan keselamatan dan kesihatan penerbangan antarabangsa? Pernahkan Azalina terfikir akibatnya jika bekalan makanan yang dibawa masuk ke pesawat telah dicemari oleh bakteria merbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan penumpang-penumpang lain? Agaknya pihak MAS amat ”masak” dengan perbuatan Azalina yang hanya mementingkan diri sendiri dan tekak beliau tanpa memikirkan hal orang lain...

Tidak cukup dengan hal-hal dan projek jutaan ringgit yang menguntungkan Azalina dan kroni-kroninya selama ini, kini timbul pula cerita usaha beliau untuk mengekalkan ”kepentingannya” di Kementerian Pelancongan dalam mengaut seberapa banyak keuntungan yang boleh sebelum beliau ”dilenyapkan” dari senarai kabinet baru apabila peralihan kuasa di antara Pak Lah dan Datuk Seri Najib terlaksana selepas persidangan UMNO pada bulan Mac ini. Menurut pegawai-pegawai di Kementerian, satu ”arahan khas” telah dikeluarkan oleh pejabatnya agar semua projek-projeknya diberikan kelulusan dan dilaksanakan dengan SEGERA.

12. Cerita baru kali ini adalah berkaitan dengan ketelusan dalam perlantikan Agensi Pengiklanan untuk Tourism Malaysia. Terdapat 9 buah syarikat pengiklanan yang telah ditawarkan 8 kontrak pada 14 Januari 2007 (salah-satu syarikat tersebut telah memenangi dua kontrak) untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kepada pasaran tempatan and luar negara selama 3 tahun sehingga 31 Disember 2010. Untuk makluman semua, semua syarikat pengiklanan berjaya telah melalui proses tender terbuka yang berakhir pada 20 September 2007 iaitu semasa Dato Seri Tengku Adnan menjadi Menteri Pelancongannya. Sudah pasti, Azalina tidak berapa gembira dengan keputusan tersebut bila beliau “menaiki takhta” Kementerian Pelancongan pada bulan April 2008 kerana segala urusan perlantikan dan kontrak telah dilaksanakan hanya beberapa bulan sebelum beliau masuk ke Kementerian tersebut. Sudah pasti rasa tidak puashatinya meluap-luap dan tidak berakhir di situ sahaja. Malah berbagai-bagai strategi diatur untuk memastikan hanya ”mereka-mereka yang tertentu” terus berurusan dengan Kementerian terutamanya yang memberi kepentingan kepadanya. Untuk memberi tekanan kepada agensi-agensi bukan pilihannya, dalam bulan Ogos tahun lepas, Azalina telah memanggil kesemua pengarah bahagian yang terlibat secara langsung dengan perlaksanaan kempen pengiklanan di pasaran tertentu untuk mengambil sebahagian peruntukan yang telah diberikan kepada setiap agensi untuk pembelian pengiklanan online atau internet di MSN dan Yahoo! melalui satu lagi kroninya iaitu Yellow Brick Road. Jumlah yang telah dijanjikan kepada pemiliknya iaitu Pete Yoong adalah RM 12 juta. Masalahnya, segala peruntukan tahunan setiap agensi telah digunakan malah pelan kempen media mereka telah diluluskan seawal April dan Mei 2008 dan sedang dalam proses perlaksanaan kempen pada ketika itu. Adalah tidak adil bagi agensi-agensi yang terpaksa menyalurkan sejumlah wang yang besar dengan membatalkan komitmen pembelian pengiklanan dengan syarikat media lain yang telahpun dipersetujui seawal tahun. Ini semua hanya untuk memenuhi kehendak Azalina yang melampau itu. Mana-mana agensi yang tidak menuruti perintahnya dilihat sebagai ”dalang”.

13. Dalam pada itu, tidak cukup dengan pertukaran pegawai-pegawai kanan di Tourism Malaysia, Azalina juga telah melaksanakan pengstukturan organisasi yang besar di mana beberapa bahagian digabungkan menjadi satu dan hanya pengarah-pengarah yang beliau pastikan boleh mengikut telunjuk dan perintahnya di kekalkan. Ini dilakukan oleh beliau pada 3 Oktober 2008 tatkala hampir ¾ dari wargakerja Tourism Malaysia sedang bercuti panjang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Berlakulah keadaang kelam-kabut dan kacau-bilau dalam segala urusan pentadbiran di Tourism Malaysia apabila kebanyakan staf-staf Tourism Malaysia mula pulang ke tempat kerja setelah lama bercuti. Mereka tidak tahu di bahagian mana tugasan baru mereka sedangkan banyak kerja dan projek-projek sedang berjalan lancar sebelum cuti yang hanya menunggu perlaksaan selepas mereka pulang bekerja.

Inilah cara Azalina untuk memastikan perancangan perlaksanaan pentadbiran ”kuku besi”nya terlaksana. Mana projek atau program yang beliau tidak suka kerana tidak menguntungkannya termasuk para pegawai kanan yang dilihatkan tidak boleh ”bekerjasama” dengannya dapat ”dilenyapkan” dengan begitu sahaja (terdapat ramai para pegawai yang sering bertelagah atau mempersoalkan tindakan beliau dan sengaja memperlambatkan proses kelulusan ditukar ke pejabat Tourism Malaysia negeri sebagai langkah menyekat dan menghukum mereka).

14. Berbalik kepada kes agensi pengiklanan yang terlantik tersebut, Azalina bertekad untuk menamatkan kontrak 7 daripada 9 agensi pengiklanan dan hanya mengekalkan 2 sahaja yang terbukti mampu menjaga kepentigan Azalina. Kedua-dua agensi ini adalah milik kroni Azalina. SEN Media Sdn Bhd yang telah pun dilantik untuk mengendalikan pasaran Asia Timur dan Barat dan Afrika yang kontrak 3 tahunnya bernilai hampir RM 78 juta kini ”diberi” tugas mengendalikan pasan seluruh Asia termasuk pasaran tempatan dan Kempen Acara-acara Khas yang sebelum ini dipertanggungjawabkan kepada 4 agensi yang lain! Manakala ISC-TBWA yang sebelum ini hanya menjaga pasaran Eropah, telah dijanjikan kesemua pasaran negara-negara ”orang putih” iaitu pasaran Amerika dan Oceania termasuk Kempen MICE yang sepatutnya dikendalikan kempennya oleh 3 lagi agensi pengiklanan yang berjaya dalam tender 2007 tersebut. Pada 9 Februari 2009, kedua-dua agensi kesayangan Azalina telah ”dijemput” oleh beliau untuk mengadakan pembentangan cadangan kempen pengiklanan mereka bagi tahun 2009 di Berjaya Hotel & Resort Langkawi untuk membincangkan pelan mereka. SEN Media telah mengemukan cadangan dan meminta peruntukan sebanyak RM 75 juta manakala ISC-TBWA meminta RM 35 juta untuk tujuan perlaksanaan kempen pengiklanan mereka. Sedangkan 7 agensi-agensi pengiklanan yang dilantik seolah-olah telah dianaktirikan dan dipulau. Sejak awal tahun ini, mereka tidak lagi diberi apa-apa tugasan oleh Tourism Malaysia selaku klien mereka. Segala kertas cadangan yang dikemukakan untuk perhatian klien ditolak atau tiada langsung ”feedback” diberi. Sikap hanya berdiam diri pihak pengurusan Tourism Malaysia juga dilihat sebagai tidak professional langsung walhal sebelum ini, mereka sering bertemu untuk membincangkan ide-ide atau perlaksanaan kempen media dan kreatif tahunan yang baru yang sepatutnya sedang ligat berjalan pada ketika ini seperti tahun-tahun sebelumnya.

15. Lebih menggemparkan lagi, pemilik SEN Media, Ruzi Sekh Ahamad dikatakan orang yang telah membayar calon PAS di kawasan Pengerang (patutlah Azalina menang tanpa bertanding untuk 2 penggal berturut-turut) sedangkan SEN Media hanya merupakan agensi media dan kurang pengalaman dalam bidang pengiklanan untuk menguruskan pasaran seluruh Asia iaitu satu tanggungjawab yang amat penting dan berat. Keberkesanan kempen pengiklanan yang hendak dilaksanakan bagi suatu pasaran bergantung kepada pengalaman mendalam sesebuah agensi dalam selok-belok bidang pengiklanan dan kefahaman sesebuah negara yang cukup dalam memastikan hanya strategi pemasaran dan promosi terbaik dipilih. Ini memandangkan keadaan kegawatan ekonomi masa kini yang sudah pasti akan menjejaskan kemajuan sektor pelancongan Malaysia yang juga merupakan tunggak utama dalam peransangan ekonomi negara. Jikalau pengalaman dan kemampuan sesebuah agensi pengiklanan bukan lagi menjadi kayu pengukur, apakah kriteria untuk pemilihan mereka kalau bukan rasuah?!

16. Adakah tindakan Azalina ini dengan memberi layanan istimewa kepada Ruzi, selain dari ”membalas budi” kerana memastikan kemenangan dalam pilihanraya umum yang lalu adalah sebahagian daripada perancangan jangkamasa panjang untuk kerjaya politiknya yang dirasai oleh orang ramai sebagai ”telur di hujung tanduk”? Ini kerana Ruzi, yang juga dikatakan mempunyai ”hubungan amat baik” dengan bakal Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib mungkin telah menjanjikan kedudukan yang selesa dalam senarai kabinet baru Perdana Menteri ke-6 Malaysia buat Cik Azalina walaupun isteri YAB, Datin Seri Rosmah amat membenci beliau?

17. Selain dari itu, Azalina juga telah memberi layanan istimewa kepada seorang lagi kroninya iaitu Datuk Vincent Lee yang merupakan pengerusi 4As dan pemilik bersama agensi pengiklanan Naga DDB (salah-satu bekas agensi pengiklanan Tourism Malaysia yang kalah dalam tender 2007) dan juga DDB International yang kini dikenali dengan nama baru Milk+Co yang mengendalikan pasaran MICE. Dato Vincent sebenarnya juga mempunyai sebuah lagi agensi pengiklanan yang bertaraf bumiputra (bagaimana ini terjadi memandangkan dia berbangsa Cina sukar dijelaskan) bernama Virtual Independence (VI). VI juga merupakan bekas agensi pengiklanan Tourism Malaysia mengendalikan pasaran Asia tetapi telah terkeluar dari senarai semasa proses tender tahun 2005 dulu lagi. Tiada lagi yang ”impossible” di dunia Malaysia ini. VI yang merupakan sebuah agensi pengiklanan telah memenangi tawaran sebagai satu-satunya agensi perhubungan awam (public relations) bagi peringkat global untuk Kementerian Pelancongan melalui Tourism Malaysia tanpa melalui proses tender seperti yang diperlukan bernilai jutaan ringgit.

18. Ini adalah habuan bagi Datuk Vincent yang telah diarahkan oleh Azalina untuk merasuah Nadeswaran (penulis ruang Citizen Nades dalam akhbar The Sun). Harga yang ditetapkan untuk Nadeswaran ialah RM 10 juta. Sebagai balasan, Dato Vincent diberi kontrak pengurusan PR global oleh Kementerian Pelancongan. Walau bagaimanapun, Nadeswaran dikatakan telah menolak tawaran tersebut. Patutlah Datuk Vincent langsung tidak buat bising tentang tindakan klien untuk menamatkan perkhidmatan kontraknya untuk pasaran MICE mahupun membantu nasib ahli-ahli 4As yang lain sedangkan beliau merupakan pengerusinya!

19. Begitu juga dengan proses penawaran kontrak Pasaran Global di mana proses tender secara terbuka nan telus (kononnya). Ianya hanya wayang semata-matanya! Kontraknya sebenarnya telahpun dijanjikan kepada agensi Kingfisher, salah-seorang lagi kroni Azalina yang setia dan sering dilihat mengikuti rombongan beliau ke luar negara. Agensi ini rupa-rupanya telah berganding bahu dengan sebuah syarikat produksi milik kawan baik Azalina iaitu Filmpoint Sdn Bhd. Filmpoint telah bekerjasama dengan Azalina sejak beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan melalui projek Rakan Mudanya. Malah, sebaik sahaja Azalina dimahkotakan oleh Pak Lah sebagai Menteri Pelancongan baru, beliau telah memaksa ISC-TBWA untuk melantik Filmpoint sebagai syarikat produksi untuk pembikinan iklan TV bagi peringkat global bernilai RM 4 juta.

Ternyata sikap berani lagi dahsyat Azalina patut diberi tepukan gemeruh. Sebagai seorang peguam yang terbukti hebat, beliau juga bijak mengatur segala tindak-tanduknya. Walaupun ura-ura keinginan Azalina melalui Tourism Malaysia untuk menamatkan perkhidmatan 7 agensi-agensi yang malang itu dan secara langsung pemansuhkan kontrak mereka telah kedengaran sebelum cuti Tahun Baru Cina, namun sehingga ini surat penamatan kontrak belum lagi dikeluarkan. Ini menyulitkan lagi keadaan bagi mereka yang mungkin mahu melapor kepada pihak tertentu atau merujuk kepada penasihat undang-undang mereka untuk tindakan selanjutnya ke atas klien mereka. Sedangkan 2 agensi kroninya telah mula menjalankan tugasan-tugasan mereka dalam melaksanakan kempen masing-masing seperti biasa. Cepat kerja dilaksanakan, cepatlah inbois-inbois dihantar kepada klien untuk pembayaran, lagi cepatlah imbuhan diterima oleh Azalina dan kuncu-kuncunya!

Apakah nasib pekerja-pekerja agensi-agensi yang 7 itu? Hanya Tuhan yang tahu. Kebanyakan mereka ini hanya bergantung kepada kontrak Tourism Malaysia sebagai satu-satunya klien mereka. Dalam masa kegawatan ekonomi nasib mereka tidak menentu. Azalina memang tidak berhati perut, asalkan matlamat dia tercapai. Apatah lagi, bagi setiap projek yang dikemukan dan diluluskan Azalina akan menerima 30% daripada keuntungan sepertimana yang bakil diterima dari SEN Media dan ISC-TBWA. Dia untung manakala yang lain merana. Inilah Menteri Pelancoangan Malaysia.

Inilah karenah Menteri Pelancongan Malaysia, seorang menteri xxxxxx yang menduduki kabinet Malaysia. Sungguh memalukan. Segala bukti akan kelakuan Azalina ada dalam bentuk gambar, perbualan (audio dan video), pengakuan staf-staf Kementerian Belia dan Sukan, dan Kementerian Pelancongan. Semua bukti-bukti ini akan di sebarkan untuk perhatian umum dalam masa yang singkat.

MALAYSIA BOLEH, AZALINA LAGI BOLEH!!!
----------------------------

Saya hanya tertanya apa pula kompensasi kepada mangsa kezaliman Azalina, seperti Dato Mirza dan peniaga-peniaga yang diputuskan kontrak sesuaka hatinya? Tidakkah negara kerugian apabila seorang yang berkebolehan terpinggir kerana dianiayakan begitu sahaja? Berapa banyak orang berkebolehan di Malaysia dan anatara bangsa kita yang terpinggir dan teraniaya kerana kelakuan sedemikian? Akhirnya besar kerugian keapda negara akibat rasuah dan salahguna kuasa.

Terima kasih Dato Najib kerana tidak mengambilnya sebagai Menteri.

11 comments:

Anonymous said...

Fuu laamak !
Sampai tak terkata.
Terima Kasih ,dari,
changkat lobak.
arjuna waspada.

George Choo said...

Voicey,you sangat tepat dalam perkara ini.Rememeber the program SPORTSCENTER MALAYSIA over Astro,a program which does not benefit any of us,millions was spend by the LESBIAN on this program and rm 1 MILLION was given as BUTA GAJI to TODT as a tourism ambasador who did nothing.I wrote this on my blog and they is no objection on this which shows that i am right.

~MataHatiJohor~ said...

Dahsyat sungguh. Inilah yang merosakkan UMNO. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Bagaimana pula tindakan Azalina sewaktu menjadi Menteri Belia & Sukan yang mengaut jutaan wang kerajaan yang disamun menggunakan beberapa persatuan belia di Parlimen Pengerang (1 Persatuan RM200 ribu)kemudian dikeluarkan semula dan sebagai ganjarannya Persatuan tersebut mendapat upah sebanyak RM3000.00

Bagaimana pula isu Kementerian Belia & Sukan dan Kementerian Pelancongan yang pening kepala kerana buntu memikirkan wang dari mana untuk membayar sewa helikopter yang digunakan oleh Menteri mereka yang tidak ada kelayakan untuk menggunakan helikopter.

Hermmmm patutlah dalam setiap ucapan bersama rakyat di Pengerang, Azalina sering membangkitkan kemarahan ahli UMNO & rakyat terhadap DS Najib.

Kita tunggu Persidangan UMNO Bahagian Pengerang pada 1hb Ogos nanti. Apa isi ucapan Azalina sebagai Ketua Bahagian yg telah kehilangan jawatan Menteri & MKT...

megat said...

jika benar apa yg di ceritakan,harap ds najib mengambil tindakan.harap selepas ni azalina dihapus terus dari arena politik.hadapkan ke makhamah,SPRM jangan pilih bulu

www.pisau.net

Anonymous said...

Bukan sahaja Azilina yg buat kerja macam itu kakitangan kerajaan pun sama juga.Saya bekerja di Jabatan Kaya Raya. Prosidur Sebutharga yg. ditetapkan begitu mudah digodan oleh bos-bos saya.Peruntukkan Rangsang Ekonomi bagaikan durian runtuh kepada mereka.Kakitagan bawahan digalakkan mengambil kerja sebagai Sub-Kontrak.Semua yg membuat kerja ini adalah kumpl. Pengurusan

Anonymous said...

Yang ribu2 SPRM kejar di selangor. Berjuta2 ni mesti kasi kantol dan sampai sumbat masuk penjara wanita.

Pasti Baby happy bersama wanita saja. Dapat lesbo prisoner lain dalam penjara wanita.

Anonymous said...

Kenapa MACC tidak betindak?? adakah sebab tak cukup bukti atau sebab Azalina bekas Menteri atau sebab dia ada "connection" dengan org dalam MACC. Kenapa tindakan yang sama tidak diambil keatas Azalina seperti apa yang telah dilalui oleh bekas KP Tourism Malaysia - ditahan dan disiasat.
Its seems that MACC would not investigate VIPs, only those who dont wear VIP Tag will be investigate. What a wierd way of doing things. MALAYSIA BOLEH!! MACC pun boleh!! The big whale are the one who always get away.

Anonymous said...

Bro ...

Betullah nak pancung top brass kalau nak make an example tapi sebenarnya kalau nak eradicate rasuah ...orang macam Ruzi tu kena tangkap bro ..orang nilah yang rosakkan orang UMNO and all the senior government officers. Now aku tengok, dia dah kecek Sabery Chik pulak dah. Thats typical Ruzi. Makan commission besar bro and beli orang. That is his speciality ...hehhehehe

Anonymous said...

Mengapa SPRM tidak dapat membuktikan kesalahan rasuah minah/mamat ni...musykil sungguh rasanya?Inilah antara orang yang
merosakkan Umno...wakil rakyat mengerang.Teringat cadangannya untuk mengujudkan komplek sukan di Ukay semasa beliau menjadi Menteri
belia dan sukan yang bernilai beratus juta apakah agendanya?Ini puteri ke putera kena selak kain nak bukti? Rosak Umno jika lesbian berkuasa....

Sinatra_Z said...

gila hebat Din Merican

Average Joe said...

Salam all...

Agreed. Lagi satu, dah berapa pertubuhan sukan kebangsaan jadi macam "parti politik" sepanjang Azalina menerajui KBS? sesetengahnya masih berlarutan sampai ke hari ini?

My Say