KUALA LUMPUR 15 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pindaan yang dilakukan terhadap Perlembagaan UMNO akan membantu dalam melahirkan pemimpin yang lebih berwibawa dan mampu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
Menurut Timbalan Presiden UMNO itu, proses pemilihan tersebut sendiri yang diserahkan kepada 146,500 perwakilan parti untuk membuat keputusan, akan membolehkan hanya yang terbaik bakal dipilih sebagai pemimpin.
"Pemimpin yang terpilih mesti membuktikan dia adalah yang terbaik, mesti bergerak ke bawah, bekerja untuk rakyat dan parti serta aktif selalu.
"Pemimpin seperti itu apabila tiba waktu pemilihan, pasti dia akan dipilih" katanya pada sidang akhbar selepas pindaan perlembagaan UMNO dibentang dan diluluskan pada Perhimpunan Agung Khas UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Perhimpunan meluluskan pindaan tujuh perkara penting dalam perlembagaan parti iaitu jumlah perwakilan ditambah sehingga 140,000 orang, penghapusan kuota, penambahan bilangan Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi (MT), bahagian dan cawangan lantikan, penubuhan Jawatankuasa Pemilihan UMNO, penghapusan yuran tahunan, pendaftaran keahlian dan pengiktirafan kepada Setiausaha Bahagian.
Muhyiddin berkata, jika ada pemimpin parti yang tidak membuat kerja dan ada pemimpin yang lebih elok daripadanya maka proses pemilihan parti akan menentukan kedudukan pemimpin tersebut.
Proses itu jelas beliau, sama seperti yang dilakukan selama ini kecuali jumlah yang akan membuat keputusan adalah lebih besar dan diturunkan sehingga ke peringkat bahagian.
Malah katanya, mereka yang berhasrat menjadi pemimpin juga menyedari bahawa penilaian terhadap kepimpinan mereka akan dibuat sepanjang masa oleh lebih ramai ahli UMNO.
"Jika mahu terpilih kena bekerjalah, itu makna kesan daripada proses pindaan perlembagaan tersebut," katanya
Dalam pada itu Muhyiddin gembira dengan keputusan perwakilan yang memberi sokongan sebulat suara terhadap pindaan tersebut kerana ia akan menyegarkan semula UMNO sekali gus dapat menarik kembali sokongan daripada rakyat.
Beliau yakin pindaan itu akan menjadikan UMNO lebih demokratik daripada parti politik lain, lebih inklusif dan terbuka.
Malah langkah itu juga katanya, dapat membantu dalam menyelesaikan masalah politik wang kerana proses menentukan kepimpinan melibatkan jumlah ahli yang lebih ramai berbanding 2,500 orang sebelum ini.
Ditanya sama ada perubahan terhadap perlembagaan UMNO itu akan melibatkan sama parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN), Muhyiddin berkata, UMNO sebagai parti teras perlu memulakan langkah perubahan tersebut.
"Seperti saya nyatakan semalam, jika rakyat mahu terima BN maka proses perubahan serupa mesti berlaku juga dalam komponen baik dalam kepimpinan, corak politik dan soal integriti serta hubungan mesra dengan rakyat," katanya.
Menurut beliau, UMNO dan parti komponen BN yang lain tidak boleh dilihat mempunyai peranan yang berasingan.
"Jika kita berubah, komponen BN tidak berubah maka orang kata kita tidak berubah," tegasnya.
Sumber: Utusan Malaysia
... betul. Proses pemilihan memang patut dimudahkan. Tapi ingatlah bahawa pemimpin bukan town board council atau pegawai daerah.
Pendekatan pemilihan saja usah diharapkan untuk menimbulkan pemimpin. Kena ada talent scouting. Pemimpin dan veteran perlu memainkan peranan sebagai mentor. Pendidikan dan latihan perlu dipertingkatkan dalam UMNO.
Pastikan ideologi dan aspirasi perjuangan parti berkekalan dan tidak diubah oleh orang-orang baru yang memandai.
Macam-macam boleh dilakukan tapi yang selalu tak ikut adalah orang atas sendiri. Transformasi kena bermula dari atas. Bawah kurang sangat masaalah dan boleh ikut kalau mereka percaya dan diyakini.
Friday, October 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Say
-
▼
2009
(285)
-
▼
October
(38)
- War Crime Commission Hearing: Statutory Declaratio...
- War Crime Commission Hearing: Statutory Declaratio...
- War Crime Commission Hearing: Statutory Declaratio...
- War Crime Commission Hearing: Statutory Declaratio...
- War Crime Commission Hearing: Statutory Declaratio...
- War Crime Commission Hearing: Statutory Declaratio...
- War Crime Commission Hearing: Statutory Declaratio...
- War Criminal Conference: Last Day Exhibition Tomorrow
- Criminalise War Conference: Harrowing atrocities o...
- Criminalise War Conference: Civil society as "the ...
- Criminalise War Conference: Dr Mahathir asked why ...
- Criminalise War Conference 28-30 October PWTC
- IJN should be spared the "the second wave of priva...
- Did Amokh picked IRDA's Harun Johari for his MCOBA...
- IJN: Is there really a threat of takeover?
- Ibrahim Ali tertarik dengan keterbukaan UMNO kepad...
- Kalau masih berhingus, budak KJ usah menyibuk poli...
- Azmin's seige mentality, Another missed opportunity
- Khairy 'konon' adamant, Dr M dismisses seige menta...
- Happy Deepavali
- Juarai kebajikan rakyat - Najib
- Lahir pemimpin berwibawa - Muhyiddin
- Pindaan Perlembagaan
- Pak Lah tidak hadir perasmian, tapi lepak Bangsar ...
- Ucaptama Najib dan pindaan Perlembagaan
- Hambar menunggu ucaptama Presiden
- Sifat Kemelayuan Umno Tidak Jejas Dengan Bela Semu...
- KJ ask Malay to shed seige mentality, Claim Malay ...
- UMNO perlu berubah dan mengekalkan releven - Muhyi...
- Pindaan Perlembagaan Umno Boleh Hapuskan Politik W...
- Ku Li's speaks on New Politics
- It is sweet, but keep celebration short
- May not be Waterloo yet
- "Baru setahun setongah, Dah banyak cerita rasuah"
- UMNO should use attack as the best defense
- Team Isa strive on as PAS take it to the third phase
- More than a "One-on-One" in Bagan Pinang
- PAS didesak tukarkan calun Zulkifli Omar?
-
▼
October
(38)
No comments:
Post a Comment