Oleh Jamaluddin Muhammad
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Sifat kemelayuan dalam UMNO tidak berkurangan jika parti itu menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia dan ia juga akan mampu menarik pengundi muda yang tidak berminat dengan politik perkauman, menurut penganalisis politik.
Mereka juga berpendapat dengan menjaga kebajikan semua rakyat sebagai rakan utama dalam gagasan Barisan Nasional (BN), ia tidak lagi dilihat sebagai parti perkauman malah akan menjadi daya tarikan kepada semua rakyat Malaysia.
Penganalisis tersebut mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa sudah tiba masa bagi UMNO, dalam mengharungi proses pembaharuan, mempelopori kebajikan dan kesejahteraan bukan sahaja orang Melayu tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya.
Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohamed Mustaffa Ishak, berkata UMNO mampu menterjemahkan sokongan semua penduduk kepada undi jika parti itu menunaikan janji untuk memperjuangkan bagi membela kebajikan mereka.
Transformasi UMNO kepada parti politik utama bagi semua rakyat Malaysia akan menjana minat baru di kalangan bukan Melayu dan menyedarkan mereka bahawa UMNO kini melalui proses pembaharuan semangat dan perjuangan, katanya.
Katanya Najib bertindak pantas dan tepat dalam bacaan politiknya dengan memperkenalkan pembaharuan dalam UMNO berikutan transformasi landskap politik negara selepas pilihan raya umum 2008.
Prof Mohamed Mustaffa berkata UMNO memerlukan sokongan bukan Melayu jika ingin terus menjadi tulang belakang kerajaan BN dan menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan penuh keyakinan.
Katanya parti itu akan menunjukkan dan memimpin dalam menggalakkan konsep 1Malaysia iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' jika ia dapat memenuhi aspirasi rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Katanya pendekatan baru UMNO boleh menarik pengundi generasi muda kerana golongan itu tidak berminat pada politik perkauman.
Prof Mohamed Mustaffa juga berkata orang Melayu dan Bumiputera tidak akan hilang apa-apa jika UMNO mengambil keputusan untuk mewakili semua rakyat Malaysia kerana hak dan keistimewaan mereka termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Sifat kemelayuan UMNO tidak berkurangan ia menjaga kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhan," katanya.
Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata UMNO tidak lagi dilihat sebagai parti perkauman jika ia menjaga kebajikan semua penduduk negara ini.
"UMNO sudah pasti akan mendapat sokongan rakyat jika ia menjaga perut, poket, pendidikan, kesihatan, keselamatan dan pengangkutan," katanya sambil menjelaskan parti itu mudah mendapat sokongan semua rakyat Malaysia selagi penduduk menjalani kehidupan dengan selesa.
"Ia tidak kisah sama ada negara mengamalkan sistem demokrasi atau autokrasi atau pemerintahan beraja...rakyat akan memberi sokongan selagi mereka selesa," katanya.
"Isu-isu lain termasuk persoalan mengenai sistem keadilan akan hanya menjadi perkara kedua jika rakyat hidup dengan selesa khususnya apabila keperluan asas mereka ditangani," katanya.
Bagaimanapun, Mohammad Agus memberi amaran bahawa UMNO tidak lagi boleh berbicara dengan nada berbeza di pentas berasingan jika ia serius untuk memperjuangkan nasib semua orang tanpa mengira kaum.
"UMNO harus menangani persepsi rakyat serta maklum balas mereka dengan amat baik sekali.
"Ia perlu mendengar rintihan rakyat. Ia tidak harus dibelenggu sindrom penafian dan tidak menganggap mereka yang memberi komen membina sebagai anti kerajaan," katanya.
... tapi tak perlulah sampai sebut fakta salah bahawa Melayu dan Bumiputera tidak ada hak istimewa bawah Perlembagaan.
Tatakala Hak Melayu, status Islam dipersoalkan, institusi Melayu dihina, bahasa Melayu disamakan dengan bahasa asing dan instutusi-instusi kerajaan diserang dan diperlekehkan, jangan pula ada bahalol kata Melayu kena buang seige mentality.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Say
-
▼
2009
(285)
-
▼
October
(38)
- War Crime Commission Hearing: Statutory Declaratio...
- War Crime Commission Hearing: Statutory Declaratio...
- War Crime Commission Hearing: Statutory Declaratio...
- War Crime Commission Hearing: Statutory Declaratio...
- War Crime Commission Hearing: Statutory Declaratio...
- War Crime Commission Hearing: Statutory Declaratio...
- War Crime Commission Hearing: Statutory Declaratio...
- War Criminal Conference: Last Day Exhibition Tomorrow
- Criminalise War Conference: Harrowing atrocities o...
- Criminalise War Conference: Civil society as "the ...
- Criminalise War Conference: Dr Mahathir asked why ...
- Criminalise War Conference 28-30 October PWTC
- IJN should be spared the "the second wave of priva...
- Did Amokh picked IRDA's Harun Johari for his MCOBA...
- IJN: Is there really a threat of takeover?
- Ibrahim Ali tertarik dengan keterbukaan UMNO kepad...
- Kalau masih berhingus, budak KJ usah menyibuk poli...
- Azmin's seige mentality, Another missed opportunity
- Khairy 'konon' adamant, Dr M dismisses seige menta...
- Happy Deepavali
- Juarai kebajikan rakyat - Najib
- Lahir pemimpin berwibawa - Muhyiddin
- Pindaan Perlembagaan
- Pak Lah tidak hadir perasmian, tapi lepak Bangsar ...
- Ucaptama Najib dan pindaan Perlembagaan
- Hambar menunggu ucaptama Presiden
- Sifat Kemelayuan Umno Tidak Jejas Dengan Bela Semu...
- KJ ask Malay to shed seige mentality, Claim Malay ...
- UMNO perlu berubah dan mengekalkan releven - Muhyi...
- Pindaan Perlembagaan Umno Boleh Hapuskan Politik W...
- Ku Li's speaks on New Politics
- It is sweet, but keep celebration short
- May not be Waterloo yet
- "Baru setahun setongah, Dah banyak cerita rasuah"
- UMNO should use attack as the best defense
- Team Isa strive on as PAS take it to the third phase
- More than a "One-on-One" in Bagan Pinang
- PAS didesak tukarkan calun Zulkifli Omar?
-
▼
October
(38)
No comments:
Post a Comment