Friday, October 16, 2009

Pak Lah tidak hadir perasmian, tapi lepak Bangsar malam-malam?

Tertanya-tanya orang semalam di The Mall, kenapa Pak Lah tidak datang ke perasmian Persidangan Agung UMNO semalam.

Padahal UMNO sudah membuat kenyataan yang mengesahkan kehadhiran Tun Dr Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad serta Tun-Tun isteri.

Pak Lah yang akhir-akhir ini tidak henti-henti mendapat anugerah kehormat kedoktoran dikatakan demam dan tidak dapat hadhir. Tinggal Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah yang ada.

Bukan saja perasmian yang Pak Lah tidak hadhir, tetapi juga suatu majlis bersama orang Kepala Batas yang dijadualkan di Hotel Ancasa depan Pudu pada pukul 8 malam pun batal. Pasti kecewa 7 bas orang Kepala Batas yang mai.

Seorang rakan memberitahu Pak Lah mahu bersemuka dan sedia ditanya dalam majlis itu tentang pelbagai cerita-cerita lepas mengenai pentadbirannya. Boleh diagak dia mahu menafikan fitnah dan tomahan terhadapnya. Tak kisahlah tu. Agak terlambat tapi tidak ada salahnya pun.

Dia pun dok kata-kata pada orang-orang yang berjumpa dnegannya dia akan dedahkan apa yang sebenarnya? Adakah dia sedia dedahkan cerita sebenar?

Penulis nak juga dengar sendiri dari mulut Pak Lah sendiri tetapi masaalahnya ada orang-orang tertentu Kepala Batas kenal. Nanti Pak Lah clamp up dan tidak mahu cerita pula. Tidak hadhir pun tak apa, tahu juga kita apa yang diberitahu nanti.

Dalam orang ingat Pak Lah demam, ada pula sebuah blog menjumpai kereta Pak Lah WCH13 dan kereta Khairy KJ10Q di depan Bangsar Village dalam pukul 9 malam.




Kenapa pula Pak Lah berada di Bangsar Village siap dengan pengawal peribadi pula?

Tak baiklah menghampakan orang yang datang jauh-jauh. Orang yang dihampakan bukan sebarang orang tapi penyokong kuat. Di Kepala Batas, Pak Lah adalah seperti Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dan Isa Samad di Bagan Pinang.

Penulis sudah henti 'main-mainkan' Pak Lah pasal tidor dalam majlis, terlupa, ucapan yang merapu dan macam-macam aksi lawak Pak Lah lagi. Dia bukan lagi Perdana Menteri dan kalau dia nak buat kalut, biaq pi lah.

Cuma teringat tekaan satu blog (tengah cari blog tu untuk dipautkan). Betoi dia kata yang kata Pak Lah tak mai ke perasmian kalau Tun Dr Mahathir ada. Kita tengok pula masa penutup. Kalau penutup hari ini Tun Dr Mahathir tak mai tapi Pak Lah mai, sahlah teori blog itu.

Apalah dah tua-tua dan berpolitik berdekad-dekad lama masih nak sensitif benda macam ini? Gentlemen lah.

Tak kan Pak Lah main wayang nak buat comeback gut?

8 comments:

Kerel Bort said...

sape ajar parking tengah jalan tu? walaupun bukan korang yg drivernye tapi elok-eloklah tegor driver tu... jgn nak kasik sesak jalan yg dah sedia sesak, parking pun VIP vallet. takkan aa nak letak tengah2 jalan lagik kot?

Anonymous said...

pertama kita semua harus bersangka baik samada Paklah atau orang lain malam tadi tuh. perkara ini telah pun dibincangkan dengan rakan umno malam tadi "Siapakah yang harus menegur kesilapan ini". Nampak seperti Paklah bersalah namun yg cerita sudah lama di ketahui,ada satu bhg UMNO di WP telah mengadakan majlis dan bercadang untuk menjemput dua mantan PM ni. Jemputan kepada Paklah tidak dihantar sebab Mahathir nak datang sebab syaratnya begitu.Jangan buat Paklah begitu sebab masih ada yang suka dengannya yang bukan kuku besi.

Anonymous said...

Salam Bro:
Mulut bole berkata dan menipu, tetapi hati tahu mana yg benar atau fitnah. Berani kerana benar takut kerana salah. Bukan apa kalau mata bertentang mata, yg bersalah akan takut dan cair. Jadi sudah terang lagi bersuloh yg pembohong dan bersalah koner lah. Pikiq2 lah ye. Kita tahu apa yg Pak Lah buat sewaktu belau jadi PM, melantik Zaid kaki togok air sejuk hanya untuk menari kesilapan dan rancangan kotor hendak memalukan TDM, tetapi akhirnya, kesilapn yg sunggih bahalul dilakukan oleh Zaid kaki togok dan akhir buat alasan letak jawatan. Sungguh busok dan najis sebenar hati naluri Pak Lahap, samalah Aljuburi Yahudi yg hanya menungu waktu untuk membalas geram ke atas TDM. Tetapi Aljuburi tak berkesempatan, mungkin disuroh barua nya si Zaid kaki togok itu melakukan, Tetapi Allah maha berkuasa, orang yg beriman dan jujor seperti TDM senantiasa di pelihara.
Hidup Tun !!! Hidup UMNO !! Hidup bangsa Melayu !!!

Man Dego Kg. Bendera said...

Jangan benarkan dia buat comeback nanti hurihara dibuatnya.

UMNO Sejati said...

Walaupun Pak Lah yang mendapat PhD dari berbagai universiti kerana thesis hebatnya bertajuk 'Rahsia bekerja sambil tidur' bukan lagi Presiden UMNO tetapi menantunya masih ada. Sekarang cuba mendapatkan sebuah bank untuk dijadikan alat meraih sokongan pemuda kepadanya. Mungkin ia belajar dari Bro. Anwar Al Juburi yang ada Hong Leong Bank dan Phileo Allied Bank satu masa dulu sebagai alat penyokong kewangan dia.

Hati hati Najib, UMNO ada musuh dalam selimut yang masih bersekongkol dengan Al Juburi. Musuh ini pandai berlakun . Lulusan Oxfordlah katakan.

PARPUKARI said...

Woi anon bodoh bahalol, yang kat ancasa tu pak lah punya majlis, buat apa tun dr m nak pi, ni cybertrooper si KJ gampang la ni, semua bodoh nak mampos , nak cover pun tak reti!

Pak Lah dan KJ memang penipu!

Anonymous said...

"Anonymous said...

pertama kita semua harus bersangka baik samada Paklah atau orang lain malam tadi tuh. "....


Jangan jadi bodo macam Dollah. Kalau Dollah tiada dalam kereta tersebut, pengawal peribadi dari PDRM tidak boleh ada sebab protokol. Ada faham?

Dengan Dollah, saya tidah langsung mahu "bersangka baik" kerana dia dan menantu dia pengkhianat orang2 melayu kerana menyerahkan Pulau Batu Putih dan cuba menjahanamkan UMNO.

Anonymous said...

Salam....

Hangpa semua nie lagi bodo...double bodo.....triple bodo.

Yang pi sibuk hal depa pasai apa? Rumah hangpa kurang beras, hangpa mengadu truih kat depa ka?

Baik KJ...Tun M & A....semua sama ja..

Kita nie usaha untuk jaga anak bini sendiri...iman serta amal depa....Yang tentukan semua adalah Allah Yang Maha Berkuasa atas segalanya.

My Say