Friday, October 02, 2009

PAS didesak tukarkan calun Zulkifli Omar?

Esok adalah hari penamaan calun untuk Pilihanraya Kecil di Bagan Pinang. Bagi pihak Barisan Nasional, calunnya jelas ada Tan Sri Isa Samad. Pengumuman calun menarik lebih dari 10,000 orang pada Isnin lepas.

Hari malamnya PAS pun turut mengumumkan calun mereka, ia-itu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang bernama Zulkifli Omar. Zulkifli pernah bertanding tiga kali untuk ADUN Lenggeng. Pasti isu yang bakal berlegar terhadap Zulkifli adalah isu bukan anak tempatan.

Ada pihak menyatakan keperibadian Zulkifli bukan seorang yang sesuai untuk jadi wakil rakyat. Zulkifli dan pengundi Bagan Pinang bakal menghadapi masaalah untuk berurus dengan kawasan yang dia tidak kenal. Ini tentu memberi kelebihan kepada anak jati dan bekas Menteri Besar dari Bagan Pinang, Isa Samad.

Menari-menarikah apa, Zulkifli dengan Lim Kit Siang?

Menurut maklumat dari Bagan Pinang, ada suara-suara protes terhadap pencalunan Zulkifli Omar. Ada pihak-pihak dalam PKR tidak puashati dengan Zulkifli walaupun dia mendapat perkenankan Anwar Ibrahim.

Mereka agak kecewa dengan kesungguhan Zulkifli sebagai calun. Dia telah dua malam tidak menghadhirkan diri untuk ceramah.

Ahli-ahli PKR yang agak aggresif dalam berkempen telah mahukan seorang ahli PKR bernama Shahruddin untuk bertanding sebagai bebas. Ada pihak menganggap ini sebagai cuba memecahkan undi Melayu tetapi ia juga boleh memecahkan undi Pakatan Rakyat.

Shahruddin adalah orang Dato Kamarul Baharin Abas, wakil rakyat Telok Kemang dan kawan rapat Anwar Irahim di MCKK. Adakah Kamarul juga tidak puashati dengan Zulkifli pilihan Anwar?

Sementara itu, ada ura-ura PAS akan menukarkan calun pada saat terakhir kepada bekas calun Bagan Pinang, Haji Ramli bin Ismail. Ramli yang berasal dari Kelantan adalah bekas tentera yang telah menetap lama di Port Dickson setelah bersara. Dia kini tinggal di Bandar Spring Hill.

Kehadhirannya semasa pilihanraya umum lepas dapat memperolehkan PAS undi tentera sebanyak 1,600. Pakatan Rakyat begitu yakin sekali mereka boleh meningkatkan undi tentera. Ini yang menimbulkan desakan diletak kembali Haji Ramli.

Disamping itu, ada pihak dalam PAS Lenggeng juga menyuarakan tidak senang hati dengan Zulkifli kerana telah pergi ke kawasan yang bukan kawasannya padahal dikawasannya di Lenggeng dia sendiri kalah tiga kali.

Penamaan calun tinggal 10 jam. Samada desas desus ini ada kebenaran, besok adalah hari penentu. Macam mana boleh timbul desas dsus demikian, kalau tidak ada yang tiup pokoknya? Siapa yang meniup pula?


Terkini 10:23 AM Okt 3hb, 2009: Pertandingan satu lawan satu antara Mohd Isa Samad dari BN dan Zulkefly Omar dari PAS; Calun bebas Shahruddin gagal dapatkan pencadang.

4 comments:

poning2 said...

kesian tengok..gambar syed husin ali yg kempunan jadi MP sblm mamp*s..

Digesa agar PR mempertimbangkan
tukar calon kpd

syed husin ali.
(pernah menjadi calon paling polular jadi PM ke 5 dlm cyber vote 1999)

Kembara Politik said...

Salam A Voice,

Brader Anwar Bin Ibrahim guna taktik suruh peguam suruhannya untuk tulis buku propaganda agar raih simpati dan mempengaruhi rakyat semata-mata perbicaraan kes liwatnya semakin hampir.

http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/10/buku-propaganda-anwar-di-kala.html

Jeffry said...
This comment has been removed by a blog administrator.
A Voice said...

Jeffrey

Kalau tak ada adab, tak payah komen di sini.

Tapi saya jawab kamu.

Memang betul Isa lahir di Melaka. Zul di Negeri Sembilan.

Isa pergi sekolah rendah di Telok Kemang. Rumah orang tua Isa di Telok Kemang.

Dia ada rumah di PD. Zul rumah di mana?

My Say