Sunday, August 23, 2009

Yusri rasa bersalah dan 'akui' diguna PR burukkan Rohaizat

Yusri Isahak, rakankongsi kepada calun Barisan Nasional di Permatang Pasir, Rohaizat Osman dalam firma Saif Ariff dan Rohaizat telah datang dari Pulau Pinang untuk memberi sidang akhbar di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur pada pukul 5 petang tadi.

Dalam kenyataan beliau, Yusri menyatakan penyesalan ke atas pelbagai tomahan telah dilontarkan yang menyimpang dari tujuan asal kenyataan akhbar dibuat.

Beliau meluahkan rasa sedih diatas serangan-serangan peribadi yang dilakukan terhadap Rohaizat. Disamping itu, beliau turut meluahkan penyesalan telah dibabitkan sama di dalam usaha memburukkan Rohaizat.

Baru Ogos 20hb hari Khamis lepas, beliau telah bercakap di atas pentas PKR kononnya membersihkan diri dari dikambinghitamkan berhubung dengan pembabitan bekas firma guamnya dengan Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang.

Sidang akhbar hari ini agak anih dan pelik kerana Yusri seolah-olah menyesal menjadi sebab rakannya diburuk-burukkan. Beliau menyatakan pihak pembangkang bersalah melakukan serangan peribadi tetapi tidak menyatakan kesalahan pihak pembangkang.

Setelah disoal bertubi-tubi, terungkai beliau adalah peguam yang menguruskan segala urusan perundangan Koperasi. Mereka boleh dianggap sebagai klien peribadinya.

Buat kenyataan kerana marah?

Kenyataan ini agak pelik dan anih kerana Yusri seolah-olah mahu melakarkan dirinya sebagai seorang yang naif akan akibat dari membuat sidang akhbar di pejabat parti pembangkang.

Apabila ditanya kenapa beliau perlu membuat sidang akhbar di pejabat PKR, beliau berkata kerana beliau tidak ada platform. Hairannya hari ini beliau boleh dengan sendiri mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel jauh dari Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur.

Yusri menegaskan Rohaizat telah menyelesaikan masaalah dengan Koperasi dan pihak Koperasi telah menarikbalik tuntutan mereka. Perkara ini sepatutnya langsung tidak jadi isu. Apa yang terjadi sepatutnya, kata Yusri tidak jadi hukuman tetapi satu tauladan.

Beliau juga mengakui bahawa beliau telah tampil ke hadapan sebelum ini kerana marah dan kecewa.

Semasa difitnah oleh pembangkang pada hari pertama penamaan calun, Rohaizat telah menjelaskan beliau adalah mangsa keadaan dan akaun ini adalah akaun rakankongsi. Rakankongsi telah meninggalkannya dan membiarkan beliau menyelesaikan sendiri.

Mengaku Koperasi pelanggannya

Apabila diminta untuk mengesahkan beliau adalah peguam yang menandatangani perjanjian jual beli sebagai saksi, beliau memperakui. Beliau juga mengakui bahawa beliau peguam yang menguruskan hal ehwal undang-undang Koperasi. (Sila lihat perjanjian di bawah.)


Bila ditanya adakah Koperasi tersebut 'fail' beliau, Yusri cuba menafikan dengan menyatakan Koperasi adalah akaun firma.

Apabila dikatakan amalan firma-firma guaman adalah membagi-bagi fail antara peguam dan hanya beliau sahaja yang tahu dan berurusan dengan Koperasi, beliau tidak memberi jawapan yang jelas. Penafian beliau tidak cukup untuk menafikan kenyataan bahawa Koperasi adalah 'fail' dan akaun beliau.

Baru menyesal kawan diburukkan?

Yusri menyatakan beliau tidak ditawarkan ganjaran untuk tampil memberi kenyataan. Beliau memohon kesemua pihak bermuhasabah dan hentikan sengketa.

Rayuan dan penyesalan Yusri agak lambat kerana beliau telah memberi peluru dan digunakan oleh pihak PAS untuk mengadakan kempen peribadi terhadap Rohaizat. Kempen peribadi telah mencapai tahap membabitkan perkahwinan Rohaizat.

Agak lambat bagi Yusri untuk baru mengatakan Rohaizat seorang kawan, mengenali hati budinya dan anak jati Permatang Pasir yang boleh membawa perubahan yang baik kepada masyarakat setempat.

Nama Rohaizat telah diburuk-burukkan di dalam pilihanraya Permatang Pasir. Isu-isu telah lari dan kedua-dua belah pihak telah berbalas serangan peribadi dan melampau calun.

Adakah Yusri bertanggungjawab terhadap pembocoran perkara ini kepada pihak lain? Nampak sangat Majlis Peguam bersekongkol dengan Peguam Pro-Pakatan membantu menjadi perkara ini satu isu kempen.

Adakah Yusri ikhlas dengan penyesalan dan mata hampir mahu melinangkan air? Yusri masih seolah-olah masih mahu memutarbelit untuk tidak mengaku tanggungjawab dan kesalahan dirinya sendiri?

Mustahil Yusri tidak faham perkara peribadi dan tidak benar pun sanggup digunakan pembangkang untuk menjatuhkan lawan.

22 comments:

Kumbang said...

Salam
baru tahu perkara ini di buletin utama tadi..

harap tolong ulas juga ya isu PRK Permatang Pasir agenda peribadi Anwar Ibrahim
http://analisisringan.blogspot.com/2009/08/prk-permatang-pasir-agenda-peribadi.html

terima kasih hehe

Anonymous said...

Saya mengenali Rohaizat dan Yusri secara peribadi dan professional. Saya mengenali Yusri sebagai seorang Peguam yang amanah dan bertanggungjawab dan apabila kenyataan buruk dikeluarkan terhadap beliau saya berasa amat sedih dan terkilan. Walaupun Yusri telah menyaksikan perjanjian Koperasi tersebut itu tidak bermakna beliau bersalah dan menyeleweng. Pihak awam sepatutnya mengkaji kes ini secara objektif. Pihak Majlis Peguam tidak akan sewenang-wenangnya menyingkirkan seorang Peguam tanpa sebab yang munasabah apatah lagi mereka adalah golongan professional. Kes ini telah lama disiasat dan Rohaizat baru saja disingkirkan tahun lepas, ini juga bermakna pihak Majlis Peguam telah mengkaji kes ini secara teliti dan mendalam sebelum menyingkirkannya. Pihak Mahkamah juga telah menolak rayuan Rohaizat. Sekiranya ada salah laku di pihak Yusri nescaya beliau juga akan turut disingkirkan. Memang aneh "retraction" statement yang dibuat oleh Yusri dan saya rasa mungkin beliau berbuat demikian di atas "desakan" pihak pihak tertentu. Di bulan Ramadhan ini saya merasa amat sedih kerana seorang sahabat baik seperti Yusri dikambinghitamkan sebegini.

pun lawyer juga..opis dikedai kopi said...

nama pun lawyer..mana ada dalam dunia lawyer yang cakap betoi.. lawyer mahkamah syariah pun pusing-pusing...

Anonymous said...

Bar Council dan Peguam Syarie perlu beli cermin terbesar untuk menyuluh diri mereka.

Benar kata kata pun lawyer juga..opis dikedai kopi..

Memang kaki belit, nak dapat sijil faraid pun dibelit2 tanpa segan silu sekadar nak songlap wang ANAK2 YATIM PIATU!

Berbulan2 tak dapat sijil, naik turun Mahkamah, tiap kali turun, tiap kali bisik mintak bayaran! Cis

Crazy lawyers!

YATIM PIATU

donplaypuks® said...

Bro

It doesn't matter which partner signed the legal documents. What matters are:

1. R was investiagted by the Independent Bar Disciplinary Council headed by a Malay Dato appointed by the Govt (not the Bar) and found guilty of CBT.

2. At his appeal to the High Court, the guily verdict by the BDC was upheld. Having been a qualified lawyer himself, he should have known exactly how to defend himself.

3. R had sufficient opportunity to present ALL the facts and clear his name. Why didn't he?

dpp
We all of 1 race, the Human Race.

Anak Perelih said...

PC ini aneh sebab dia dah dibawak jumpak Najib... baca ikut skrip... sebab tu dia dibawa dari Penang ke KL... padahal kalau nak buat PC di penang lagi banyak media sebab ada election... nampak sangat.... macam kes PI Bala dlm kes Altantuya... nampak tangan tangan Najib ni...

Anonymous said...

Dasar PAS tak guna yang kaki fitnah !!!! Akhirnya dibulan Mulia ini telah ditelanjangkan bagaimana PAS memainkan fitnah dan penipuan untuk kuasa.

- MAN

Panglima Perang Cyber said...

senjata makan tuan !

Anonymous said...

link to the video on youtube http://www.youtube.com/watch?v=5304dJmPOUc

mut said...

Si Yusri hanya membaca teks yang disediakan pihak tertentu untuk dibaca dalam press conference beliau yang kedua. Ada lihat bagaimana jumlah wartawan pun amat berkurangan? Macam terpaksa dan dirancang aje (ala kejadian yang membabtikan PI Bala dalam kes Altantuya, tapi mungkin itu hanya pengamatan saya)

Kalau nak lebih tepat, carikan prodising Majlis Peguam dan ikuti turutan kejadian dari awal dan akhir.

Siapa yang sebenarnya dibicarakan dalam hal tersebut? Yusri, Rohaizat, atau firma mereka? Apa pertuduhannya? Kenapa Rohaizat tidak hadir dan membela diri? Kenapa pula mahkamah tinggi menolak permohonan beliau menyemak semula keputusan Majlis Peguam? Kalau terjawab soalan yang diatas barulah boleh maju kedepan!

Kenapa pula Rohaizat yang dikatakan menggantikan wang tersebut sedangkan beliau dan pemimpin BN menyalahkan Yusri dalam hal ini? Rohaizat terlalu baik? Heh, heh sori la kawan.... ni nak jual kat orang ramai susah sket!

Kalau kita pandai menilai apa yang dibentangkan kepada kita dan menyoal soalan2 pokok yang boleh merungkaikan isu ini, insya Allah kita tak akan tertipu oleh mana-mana pihak.

mudz said...

Kalau UMNO ni cerdik, dari dulu ambil calon bersih ...tak jadi perkara macam ni...ada harapan menang besor...ni UMNO NGok.

BigDogDotCom said...

Many voices,

Tang dia buat, semua betul. Tumbuk rusuk, sepak scrotum...semua boleh! Semua halal!

Bila Yusri buat press conf cam semalam, kita tengok reaksi dan kesan pada kempen PAS dan Anwar "Mat King Leather" Ibrahim!

Tahniah, kerana membawa laporan penuh pengakuan Yusri yang digunakan PKR ini.

Biggum Dogmannsteinberg

Anonymous said...

Nasi dah jadi bubur. Kawan dah tolong ex-kawan jadi calon BN kena bunuh. Peluang menang nya tipis. Tak ada prinsip punya orang.

Anonymous said...

lanchemey said"....
Tak baik tuduh tangan-tangan najib yg paksa yusri buat PC mcm tu.Ada bukti ke??? Atau dh mmg sikap org PAS suka main tuduh2 ni. Ingat sikit bulan pose ni...jgn krn taksub pada politik sampai lupa hukum hakam ajaran Islam. Bygkan klu org yg menuduh Najib main peranan dlm hal pengakuan Yusri tp tak betoi,dan org tu mati hgga tak smpat minta maaf dgn Najib...bygkan dimana roh kamu berada? Dosa dgn Tuhan,tuhan ampunkan,Dosa dgn manusia, blum tentu diampunkan Tuhan.

Anonymous said...

Org pAS boleh main tuduh2 org lain sbb depa tentu dijamin masuk syurga oleh tok guru nik najis.Sbb tu dpa tak tkut buat dosa walaupun bulan ramadhan.
Bila mati..tuhan tak tanya hang parti apa...tuhan tanya..hang buat tak apa yg aku suruh.Penghulu umat islam ialah Nabi Muhammad s.aw,penghulu org islam PAS ialah nik najis.Nauzubillahminalik

abikhsan said...

Kat mana PI Bala sekarang... Ramlang Porigi... Lepas ni Yusri pun lesap jugak kot.... Konon gah ambik lawyer tapi Loya Buruk... Low Yatt lagi baik...

Peluang UBN nak menang amat cerah tapi salah pilih calon.... hampeh...

Anonymous said...

Korang tak nampak ke tangan najib atas kepala Yusri masa dia buat PC tuh...???

Bodoh punye UMNO!!!

Kubang Seman Boy

Kamarul Azmi said...

Saudara,

Adakah begitu susah bagi seorang pembaca yang waras dan berhati-hati untuk berfikir apabila membaca berita seperti ini? Khalayak pasti dengan mudah membuat kesimpulan bahawa beliau sudah di 'bersih'kan dan telah menerima sejumlah pulangan.. Semua mereka sama sahaja, kenyataan beliau tidak mudah diterima ramai. Menambah derita lagi ada.

kunyiil said...

salam...
yg pasti ada yg x amanah...hehehe

Anonymous said...

takdak pendirian punya orang! macam lalang!

buah kelapa turkey said...

Tu le Yusri, dlm bulan posa ni, kalau boleh jgn buat perkara-perkara yg seperti anda telah lakukan. Bertaubat le. Malu lah macam ni. Cakap pusing-pusing.

Anonymous said...

Yang aku tau, aku pernah kena dgn si Yusri ini, suruh aku buat projek dgn Iwara Sdn Bhd, konon2 payment depa sgt bagus. Sudahnya satu sen pun tak dapat. Sampai skrg aku dendam dgn dia tapi setakat simpan dlm hati je la. Tak guna punya lawyer.

My Say