Thursday, September 17, 2009

Konspirasi terhadap Isa Samad: Disebalik Tabir (Akhir)


Hari Raya sudah bertambah dekat. Orang yang sedar pun terasa hari penamaan calun pun bertambah dekat. Tak lama, seminggu lepas raya.

Macam-macam yang sedang dibincangkan mengenai Bagan Pinang. Samada Isa patut dicalunkan atau tidak. Tidak ada salah dan betul, hanya berdasarkan pendekatan yang lebih ditekankan masing-masing.

Sedikit demi sedikit, cerita konspirasi mengenakan Tan Sri Isa Samad dengan tuduhan politik wang sudah mula menjadi buah mulut orang. Kita pun sudah sampai ke siri terakhir tulisan Konspirasi Terhadap Isa Samad.

Dalam siri terakhir ini, penulis akan dedahkan kejadian belakang tabir yang menikam Isa dari dalam pucuk kepimpinan.

Mengulang kembali

Dalam prequel, penulis menyentuh mengenai dilemma yang dihadapi Barisan Nasional untuk memilih Isa. Pilihan untuk Dato Seri Najib untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang tinggal hanya antara Isa Samad atau kalah.

Penulis menjelaskan tujuan siri ini ditulis sebagai mengingatkan kembali peristiwa ini yang pasti akan diperkata ramai. Pada pandangan penulis, Isa sudah teraniaya terlalu lama dan kini masa yang sesuai untuk mendedahkan kebenaran. Tatkala nama Isa kembali menjadi sebutan ramai, pendedahan ini tepat masanya.

Pendedahan ini bermula dengan sandiwara yang dimainkan oleh Lembaga Disiplin. Kenyataan Pak Lah, Dato Radzi Sheikh Ahmad, dan Dato Syed Hamid Albar serta tindak tanduk Lembaga Disiplin yang agak pelik dan menimbulkan syak.

Kemudian semalam, penulis menceritakan peristiwa yang berlaku disebalik Pilihanraya 2004 yang telah mengkhayalkan Pak Lah hingga 2008. Maklumlah 90% "(wakil) rakyat" menyokongnya.

Semasa itu, Khairy ingin dicalunkan untuk kawasan baru Rembau tapi dihadang oleh Isa. Dendam Khairy terhadap Isa pun bermula. Seorang komentar pula memberitahu dendam Pak Lah terhadap Isa bermula sejak Isa tidak memberi sokongan kepada Team B dan kemudiannya Semangat 46.

Khairy tidak sabar

Tarikh penamaan sudah bertambah rapat. Khairy pun ikut tak sabar. Dia meminta nama calun diberitahu awal-awal.

Konon tidak sabar untuk menggerakkan jentera Pemuda. Masa PRK-PRK lain sebelum ini, jentera Pemuda begitu lembab sekali. Hanya boleh diharap pada sayap Wanita dan Puteri.

Orang boleh kata ini peluang untuk Khairy membuktikan kebolehan Pemuda. Khairy pun tidak mahu malu kalah di negeri angkatnya, Negeri Sembilan. Kenapa tidak di PRK lain yang susah untuk menang? Ada kata ramai mahu bersungguh-sungguh di Bagan Pinang untuk memperoleh kredit kerana peluang untuk menang ada.

Berbalik kepada kenyataan Khairy, apa perlu nak umumkan sekarang awal-awal. Spekulasi dalam UMNO itu perkara biasa. Apa helah disebalik kata-kata? Sudahlah orang mula syak dan rasa pelik mendengar Khairy mempertahankan Dr Mahathir dari dimalukan di Perhimpunan MIC.

Keadaan yang sedikit tegang dengan MIC menimbulkan persoalan samada pengundi India sebanyak 19% yang kebanyakan di estet-estet akan berikan undi kepada UMNO di Bagan Pinang. Ada mengatakan ini menguatkan alasan untuk Isa dicalunkan. Anaknya Najib sesuai tetapi keadaan sudah berubah. Calun Wanita tidak sesuai untuk pilihanraya kecil.

Puak-puak Khairy pun sudah mula mengatakan dia selalu bertemu Isa sebelum dan selepas Isa digantung di Telok Kemang. Mereka mengingatkan Salim yang menjadi Setiausaha Politik Isa di Kementeriaan Wilayah Persekutuan direkomen oleh Khairy.

Tanpa menuduh apa-apa terhadap Salim, Anwar Ibrahim dulu rekomen Dato Kamaruddin Jaafar menjadi Setiausaha Politik kepada arwah Tun Ghaffar Baba. Itu bukan alasan untuk membersihkan Khairy.

Percaturan

Pada malam Mac 21hb, 2004, kumpulan "inner circle" Pak Lah begitu kecewa dengan kejutan keputusan Naib Presiden. Bukan kerana Dato Seri Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menang. Tetapi kerana Isa menang teratas. Padahal Pak Lah berbuih-buih dan terbatuk-batuk bercakap panjang mengenai pertanian dalam ucapan utama Presiden untuk menaikkan Muhyiddin.

Kumpulan "inner circle" Pak Lah yang dimaksudkan adalah Pak Lah, Khairy, Azalina, Nori, Reezal Merican dan budak-budak Tingkat 4 seperti Zaki Zahid, Kamal Khalid dan lain-lain.

Mereka mengharapkan Muhyiddin yang menang. Ramai mengatakan kalau Tun Dr Mahathir tidak syaratkan Pak Lah pilih Najib sebagai Timbalan, Muhyiddin adalah pilihannya. Seorang lagi nama pilihan mereka untuk pelbagai peranan utama adalah Syed Hamid.

Malam itu bukan malam Muhyiddin. Sebelum peti undi terakhir dari Wilayah Persekutuan, kedudukannya adalah di nombor empat. Nasi beriani yang dihidang dirumahnya untuk penyokong-penyokong bagai tidak terjamah. Nasib baik Wilayah berikan Muhyiddin dan dapat dia mengalahkan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib untuk nombor tiga.

Sesampainya di rumah di Damansara, dia disambut oleh penyokong-penyokong. Kekecewaan dapat dilihat pada wajah mukanya. Dia cuba dilihat cool dan mengukit senyuman tetapi susah untuk ditutup.

Dia menyampaikan sepatah dua kata menyatakan kesyukuran masih dapat menang dalam pertandingan yang agak 'mencabar'. Masa untuk kita bersatu kembali dan bekerja membantu Pak Lah dan Najib.

Lepas majlis, Muhyiddin duduk bersembang dengan orang-orang kuatnya. Ada yang mencadangkan bahawa sesuatu perlu dilakukan mengenai politik wang yang dikatakan berleluas dalam pemilihan ini. Jawapan Muhyiddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin hanya perlu ada laporan baru boleh seseorang itu disiasat dan akhirnya didakwa oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Ditempat lain pada malam itu, orang-orang "inner circle" Pak Lah merancang untuk menjatuhkan Isa. Mereka sudah menganggap Isa sebagai "orang Najib" walhal pemimpin akarumbi seperti Isa bukan mudah untuk dikategorikan sebagai orang ini atau orang itu.

Kalau ikutkan orang yang rekomen Isa pertama kali bertanding dan kemudian menjadi Menteri Besar adalah Tengku Razaleigh. Masa pertembungan team A dan Team B yang kemudiannya menjadi pertembungan UMNO lawan Semangat 46, Isa memihak kepada Dr Mahathir dan UMNO. Pendik ceritanya, pemimpin akarumbi seperti Isa bukan sebenarnya orang sesiapa tetapi orang akarumbi yang setia kepada parti dan kepimpinan yang ada.

Orang-orang "inner circle" ini begitu kuat hingga Pak Lah boleh diatur dan disuruh tahan orang ini dan itu untuk bertanding dan naik orang yang tidak mahu bertanding naik. Macam buah catur mereka main suka hati letak-letak pemimpin.

Suka hati bapak mereka suruh Pak Lah atur Noraini yang tidak ada rancangan bertanding diletak sebagai Ketua Puteri. Suraya ADUN Sg Tiang yang mahu bertanding Ketua diatur sebagai Bendahari Puteri.

Satu lagi ia-lah meletakkan Khairy sebagai Naib Ketua Pemuda "terlantik" tanpa bertanding. Lain dari apa yang dikatakanb Pak Lah, sebenarnya Hishamuddin diarahkan meletakkan Khairy situ.

Orang-orang "inner circle" Pak Lah pula sudah ada rancangan untuk menumbangkan Najib. Rancangannya adalah untuk digantikan dengan Muhyiddin. Kini sudah susah untuk dilakukan dengan Muhyiddin berada nombor corot.

Perbincangan malam itu membuat keputusan bahawa Isa perlu dikorbankan. Alasan paling baik adalah politik wang.

Bermula

Esok hari pada Mac 22hb, Pak Lah ditanya mengenai politik wang dan dia memberi isyarat rancangan menjatuhkan Isa sudah bermula.

Katanya, "Yang salah, salah la... kemenangan tidak menghalalkan yang salah. Mandat telah diberikan tetapi saya juga mesti pastikan kita tidak ambil tindakan berasaskan tuduhan, ia tidak adil. Tetapi jika ada laporan mengenainya (politik wang) dan ia bertentangan dengan peraturan kita, maka tindakan akan diambil walaupun pemilihan telah berakhir."

Isyaratnya adalah cari orang untuk lapor dan mula cari saksi. Bagi pemerhati politik biasa, ini hanya kenyataan biasa. Pada hari itu juga, Nori anak Pak Lah yang dalam exco Puteri UMNO memberitahu Azlina Othman Said bahawa ISa akan dikenakan.

Pada hari juga, maklumat sampai kepada pasukan Isa mengenai rancangan ini. Itu yang Isa sebut dalam ucapan penggulungan saya sudah menang maka janganlah persoalkan lagi. Kalau ikutkan, kata Isa, yang sudah berjanji nak beri undi ada 2,000. Maka dia menyebut mereka yang dah janji tapi tak kasi, "kita jumpa di padang Mahsyar."

Kenyataan Isa ini hanya menimbulkan kekeliruan saja. Ada memahami kata-kata Isa sebagai siapa yang sudah terima duit tapi tidak memberi undi, saya tuntut di Padang Mahsyar.

Khabar angin mengenai Isa terus menjadi kencang hingga Isa terpaksa membuat kenyataan empat hari selepas pemilihan supaya hentikan khabar angin mengenainya.

Pihak "inner circle" yang berkonspirasi menghadapi masaalah. Tiada orang yang sedia membuat laporan. Budaya UMNO pada tahun 2004 adalah orang-orang UMNO tidak akan melaporkan salah laku orang UMNO lain. Itu yang selain dari Isa, tidak ada orang lain termasuk Ali Rustam yang dilaporkan.

Menurut cakap-cakap kedai kopi, hanya Dato Shahrir Samad saja antara calun-calun Naib Presiden yang mereka yakin tidak amalkan politik wang. Itu cakap-cakap kedai kopi yang tidak diketahui asal usul cerita. Tapi untuk menghukum seseorang, mestilah ada bukti.

Membuktikan Isa

Cari punya cari akhirnya mereka dapat jumpa seorang dari Sabah bernama Badel Khan yang sanggup buat laporan terhadap Isa. Menurut sumber maklumat, dia dibayar untuk memreka laporan.

Masuk saja laporan, maka bermulalah usaha untuk menyiasat program Isa dan cari saksi-saksi yang sedia 'bekerjasama'. Proses ini hinggalah Isa dihadapkan ke Lembaga Disiplin pada Jun 25hb, 2005 memakan masa 10 bulan. Sebanyak 40 orang saksi yang sedia 'bekerjasama' berjaya dikumpul.

Sambil itu, seorang Tan Sri dalam Lembaga Disiplin pun memainkan peranan untuk mengatur dan menggunakan kebolehannya sebagai peguam mempengaruhi keputusan dari dalam.

Tanpa menyebut namanya, Tan Sri ini adalah bekas wakil rakyat dan seorang peguam. Semasa zaman aktif dalam politik, dia ada persaingan politik dengan Isa satu masa dahulu.

Menurut seorang bekas Menteri Kanan zaman Dr Mahathir, Tan Sri ini makan dua belah. Sebelah Pak Lah pun dia ikut dan sebelah majlis Dr Mahathir pun dia turut tunjuk muka mengintip. Ada orang gambarkannya sebagai muka bercabang. Dia ingat orang tidak tahu.

Akhirnya setelah 10 bulan, baru mereka cukup 'cerita' untuk mengenakan Isa.

Ramai yang mempersoalkan mengenai masa yang terlalu lama ini bakal menimbulkan syak wasangka. Selain Setiausaha Agung, Dato Radzi Sheikh Ahmad dan (sekarang) Tan Sri Syed Hamid Albar, Dato Adnan Yaacob turut bersuara. Tapi Pak Lah berhelah keadilan perlu teliti dan tidak boleh bergopoh-gopoh.

Pasang orang

Dari sembilan pertuduhan, itu pun Isa hanya salah untuk lima pertuduhan. Sepuluh bulan merancang macam mana ada yang tidak kena?

Dari lima itu, salah satu mengaitkan kenduri di rumah Dato Shahirudin Abdul Moin, Ketua Bahagian Raub. Kenduri itu hanya kenduri biasa dan tidak ada ucapan atau apa-apa politik. Paling politik dalam Majlis itu hanyalah orang ramai bersalaman dan bertemu Isa.

Beberapa orang saksi dapat dipujuk untuk mengenakan Isa bagi Majlis ini. Salah seorang saksi adalah orang Dato Mohamd Hasan bernama Zubir Jamal. Mat Hasan adalah orang Pak Lah untuk Negeri Sembilan.

Shahirudin turut dihukum Lembaga Disiplin tetapi Tok Nan faham apa yang berlaku dan kekalkan Shahirudin sebagai exco negeri. Isa yang tidak nasib baik kerana Pak lah memang merancang untuk gugurkan Isa.

Antara lima kes-kes tersebut, ada yang mana Isa tidak berada langsung ditempat yang dikatakan. Rata-rata semua kes-kes melibatkan kenyataan yang konon Isa berada di sini situ atau buat ini itu. Semua saksi-saksi berdasarkan kenyataan bertulis.

Isa yang sudah lama tahu perancangan itu faham. Dia tidak mahu memanjangkan cerita. Bukan tidak boleh untuk diheret saksi-saksi untuk cross examine, tapi dia tahu ini boleh meyusahkan dia kembali akhirnya.

Ada pihak cuba bertemu Najib untuk memberitahu tentang apa yang sudah berlaku dan disampaikan kepada mereka selepas Isa diberi surat untuk menghadap. Najib terkejut dan kata dia tidak terdaya untuk melawan orang-orang "inner circle" ini. Dia pun sedar bahawa kedudukannya pun tidak selamat.

Ketika itu Pak Lah sedang mengganas menguakkan sayap kuasanya. Isa tahu bahawa lagi dilawan, lagi susah untuknya nanti. Isa hanya mengharap satu hari orang akan tahu cerita sebenar.

Semasa mengadap Lembaga Disiplin, Isa hanya membaca kenyataan bertulis untuk menafikan semua pertuduhan. Dalam masa 24 jam, dia digantung hak keahlian selama enam tahun dan dilucutkan jawatan Menteri yang dijanjikan dahulu, satu hukuman yang paling keras ke atas pemimpin tinggi UMNO.

Begitu cepatnya keputusan dibuat pun menimbulkan syak orang ramai.

Adakah Bagan Pinang akan menjadi tempat untuk Isa mendapat pengadilan dan membersihkan namanya? Kita tinggu dan lihat kerana ada pihak tak mahu berikan peluang itu kepada Isa. Satu wayang sedang dimainkan.

Wanita begitu beriya-iya mahukan kerusi itu. Kenyataan Khairy minta dicepatkan pilihan berbau sesuatu. Baunya busuk sekali.

16 comments:

Local Fighter said...

Salam bro,

Sesungguhnya DS Najib berada di dalam dilemma. Sama ada akur untuk meletakkan Isa Samad atau tidak, keputusan muktamad di tangan beliau.

Tapi saya pasti dan pasti, walau apa jua keputusan hatta tidak dipilih (anaknya juga tidak dipilih) Isa akan terus setia bersama UMNO. Percayalah!

Tidak ada perasaan kecewa dan merajuk apatah lagi nak mengkhianati UMNO dalam kamus hidupnya.

Mungkin orang diluar melihat bahawa Isa ingin membuat comeback semata-mata mengejar glamour dan kuasa, tapi bagi kami rakyat N.Sembilan, dia merupakan harapan untuk melenyapkan pengaruh Khairy dan Mat Hassan yang menjadi liabiliti UMNO N.Sembilan.

Isa punyai pengaruh bukan setakat di PD tapi di setiap pelusuk N.Sembilan. Dari Seremban hingga ke Jempol, dari Teluk Kemang sehingga ke Jelebu masih ramai setia bersama Isa.

Sebelum Mat Hassan naik sebagai MB, ahli UMNO di N.Sembilan hidup rukun. Yelah, diakui kadang2 ada ribut dalam kopi antara gang Isa dan Rais tapi tak tertonjol keluar seperti hari ini.

Ada rahmat disebalik kemunculan semula Isa Samad ini. Kumpulan menentang Khairy akan lebih berani kehadapan sekiranya terdapat otai yang sedia memberi tunjuk ajar. hehe..

kami akar umbi di Pemuda Rembau sangat-sangat bersetuju TS Isa menjadi wakil rakyat N31.

tak kisahlah duduk jauh dari kerusi MB di dewan undangan negeri tapi bila mencelah selit2kan lah sindiran tajam dan celoteh lucu Tan Sri.

apabila pembangkang cuba memainkan isu moral dan character assissination keatas TS, pasti undi simpati berlambak-lambak datang kepada TS sebab orang N.Sembilan amat benci dengan orang luar yang burukkan orang sendiri!

Anonymous said...

TS adalah Pengamal Tarikat Ahmadiah yg dapat bimbingan terus dari Arwah Sidi Rashid.
saya selalu perhati range rover Naa9 nya,dipetang petang tertentu ketika Arwah Sidi berada di masjid tanah ,melaka.


tak hairan jika TS seorang yg tenang dan tenteram .

corri.

NFH said...

Oh Itu ceritanya...

Selama ini saya selalu fikir dengan meletak TS Isa di N31 maka akan lenyaplah segala usaha untuk menjatuhkan si perasuah KJ akan menjadi sia-sia. Iyelah, kan TS Isa pun sabit kesalahan rasuah. Nanti Kj boleh jadikan modal untuk dia stay lama-lama. Isa boleh, dia pun boleh.

Tapi bila dah baca dari prequel sampai last episode ni memang tak syak lagi, TS Isa adalah calon terbaik. Di tambah pulak dengan comment local fighter yang saya andaikan memang orang nogori yang lebih paham kehendak orang sendiri.

Persoalannya sekarang, macamana nak jawab statement PM untuk tidak pilih pemimpin yang popular dalam parti tapi rakyat benci?

Nampak gaya TS Isa kena bersedia dengan semua cabaran ini.

Anonymous said...

Salam dan Selamat Hari Raya Idul Fitri.

DS Najib, percayalah bahawa untuk menang pilih lah pemain yang boleh memberi kemenangan . Jangan dilayan sikap hipokerit sesetengah manusia yang itu boleh dan itu tak boleh.

Jika kehendak ramai Bhg Teluk Kemang mahukan TS Isa endorsekan sahaja. Dari itu kita boleh melihat sejauh mana UMNO Negeri 9 bersatu dan tidak tikam menikam dari belakang. Jika benar ujud konspirasi menjatuhkan TS Isa dahulu sepeti yang dicakap-cakapkan jemput lah TS Isa , jemputlah TS Muhyidin berbincang dari hati kehati tanpa campur tangan orang lain. Itu jalan terbaik. Lakukan lah demi UMNO ..demi bangsa Melayu yang sedang berhadapan dengan perpecahan.

Kulup_Arapayung said...

Patut diberi kpd muka baru.Mulakan pembaharuan. Isa muka lama.Isa patut faham.

Anonymous said...

Bacalah sejarah Singapura Dilanggar Todak....budak kecil yang berjasa besar difitnah dan dilemparkan ke laut...itulah nasib ANWAR IBRAHIM dan ISA SAMAD...

Bagi UMNO...permata perlu dicampakkan keluar UMNO dan keluarkan pula duit seberapa banyak untuk gilapkan kaca murah yang ada dalam UMNO...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro,

Kawan ada menulis, "Isa bukan Pilihan Terbaik'. Kawan menulis atas kefahaman perkara-perkara yang berlaku di atas kertas. Dalam politik memang banyak cerita-cerita di bawah carpet dan cerita-cerita dalam kelambu yang tidak terdedah kepada umum. Jika benar, ianya suatu konspirasi maka di sinilah tempatnya untuk Isa membersihkan tohmahan terhadap dirinya. Nasib baik ada PRK Bagan Pinang, kalau tidak ,konspirasi ini tidak juga diketahui rakyat hingga ke hari kiamat.

Anonymous said...

Dr M kata jgn calonkn TS Isa.. So A Voice camna nih?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro,

Ini pandangan terbaru :

Pandangan Tun Mahathir

"Jangan letak Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.Bekas Perdana Menteri itu, berkata imej UMNO akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon."Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau UMNO letak dia juga bermakna bahawa UMNO tak ambil berat tentang kes macam ini.Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap UMNO," katanya dalam temuramah dengan Bernama.

Anonymous said...

Dear Voice,

U can call whatever 'cons' that u like in your stories of Isa Samad but in politics perception is the most important criteria. Having the best integrity and ethics will make half of the battle won for UMNO and BN. The rest depend on the strategy being adopted and Allah's will for Umno to win in Bagan Pinang.

Lets just forget about Isa Samad and move on. Get some new fresh candidate that is free of any skeleton in his or her closet.

And for Tan Sri Isa, pls excuse yourself gracefully and play the grander role of nurturing younger and capable band of leaders in Teluk Kemang. Allah may have a greater role and purpose for you 'demi agama, bangsa dan negara'. For whatever reason, just forgive and forget those who had implicated u 'if it is the truth'.

It is the best for u to 'muhasabah diri' and take the reflection of yourself. Maybe it is the time for u to let go for the sake of UMNO and our future generations to come.

A Voice said...

Anon 3:42 PM

Apa nak dicakap lagi?

Pandangan Dr M telah diperkatakan dalam entri Najib or Lost

Pandangan A Voice sudah diperkatakan dalam prequel.

Terpulang kepada penekanan mana yang pihak kepimpinan mahu putuskan.

A Voice said...

Anon 12:19 AM

The politics is perception is not to be denied.

But may I repeat again that these pieces are revelation for revelation sale.

A Voice said...

Sorry insecure setiakawan cybertroopers

Your bad mannered and unethical ways of giving comments will never get released.

Behave!

BONCI said...

Sepertimana Tun Mahathir ckp: Melayu mudah lupa. Semasa perancangan KJ jatuhkan TS ISA, Tun M sedang sibuk menangkis serangan bertalu-talu dari geng KJ termasuklah MB Negeri Sembilan Mat Hassan.

Mana Tun M nak perasan apa yang berlaku. Tun sebagai negarawan nak sewa dewan pun tak boleh.

Sekarang ni MB Negeri Sembilan boleh berlakon pulak konon menyokong Mahathir. Dulu, program Felda pun dia letak gambar dia dengan Pak Lah saja. Gambar Najib disuruhnya turunkan.

Bonci Den

Anonymous said...

YusofSelangor

Tuan tidak boleh samakan Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Isa Samad.

Anwar adalah seorang pengkhianat, kaki perempuan/ Lelaki (part lelaki ni biar mahkamah yang tentukan) dan hipokrit.

Anonymous said...

Salam idulfitri

sdr yusof selangor janganlah tertipu dgn sendiwara dsai, skrg vcd panas dsai tak munkin dikeluarkan untuk tatapan umum selagi dr m masih bernyawa, dr m adalah semulia manusia

My Say