Monday, September 14, 2009

Konspirasi terhadap Isa Samad: Prequel

Isa Samad selepas menerima berita pengantungannya pada Jun 24, 2005

SPR sudah umumkan hari penamaan calun untuk DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan pada Oktober 3hb, 2009, lebih kurang dua minggu selepas hari raya yang dijangka jatuh pada hari Ahad September 20hb, 2009. Manakala, hari pengundiaan undi jatuh pada Ahad, Oktober 11hb, 2009.

PAS dikhabarkan sudah ada tiga cadangan calun termasuk Zulkifli Omar, Ketua Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Pastinya, siapa saja calun mereka akan bergantung kepada pilihan UMNO untuk Bagan Pinang.

Mengikut kehendak UMNO Bahagian Telok Kemang, tiada lain pilihan melainkan ikon Telok Kemang, Tan Sri Isa Samad. Memilih Isa menimbulkan masaalah persepsinya sendiri. Kalau diikutkan, Isa telah menjalani hukuman dan sepatutnya diberi benefit of the doubt. Ada merasakan ia tidak memadai.

Samada Isa bertanding atau tidak, peristiwa sebenar disebalik hukuman terhadap Isa perlu didedahkan agar ia memuaskan pengundi-pengundi muda. Bagi orang-orang lama macam Isa, mereka tidak gemar mengungkit apa yang sudah lepas. Yang dah lepas tu, lepaslah. Rasmi orang muda lain pula. Kebenaran tidak harus terus disorok.

Walaupun namanya tercemar, digantung keahlian selama enam tahun dan dibuang dari jawatan Naib Presiden UMNO, Isa masih ada tempat dihati UMNO Telok Kemang. Tanpa susah payah, jawatan Ketua Bahagian dipulangkan kembali kepadany atanpa pertndingan pada awal tahun ini.

Semua pihak dalam UMNO memahami sentimen ahli UMNO Telok Kemang. Tidak ada isu kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatur rancangan untuk menahan bekas pesaingnya semasa bertanding untuk Naib Presiden UMNO pada tahun 2005. Kenyataan Naib Ketua Wanita, Dato Kamelia mencadangkan calun dari Wanita UMNO pun hanya permintaan biasa dari sayap Wanita.

Dalam ucapan Dato Seri Najib di Perhimpunan Agung MIC pada hari minggu, dia menyatakan yang penting bukan popular dengan ahli parti tetapi popular dengan rakyat. Kata-kata itu ditujukan kepada ahli-ahli MIC agar mereka bekerja lebih keras untuk diterima kembali rakyat. Kalau pengundi India memberi undi kepada BN, mudahlah cerita

Pesanan Pengerusi BN dan Presiden UMNO itu juga berkemungkinan mempunyai dwi-maksud untuk Bagan Pinang. Bagi Isa Samad yang kini tiada lagi jawatan dan kerusi wakil rakyat, samada di DUN atau Parlimen, popularitinya adalah adalah lebih berharga untuk UMNO.

Ada pula pihak melihat Isa Samad yang begitu popular dan disayangi di kalangan ahli UMNO Telok Kemang tidak tentu lagi popular dengan pengundi Telok Kemang, khususnya pengundi muda. Kelaziman orang muda ini mereka mudah bosan dengan sesuatu yang kebiasaan. Mereka sentiasa dahagalan benda dan orang baru yang boleh membawa ide dan sesuatu berbeza.

Orang muda pun agak hitam putih dalam penilaian moral. Mereka buat kesimpulan mudah bahawa Isa telah disabitkan salah melakukan politik wang, maka dia dianggap seorang perasuah. Panjang atau pendik hujah, mereka beranggapan UMNO tidak patut meletakkan seorang perasuah sebagai calun. Jika ini tidak diambilkira, maka akan berlaku seperti di Permatang Pasir di mana pengundi muda kurang turun. Mereka mahu undi UMNO tapi tidak berkenan dengan pilihan UMNO.

Pemikiran ini ada kebenarannya dan amat penting UMNO menunjukkan keseriusan untuk mengubah cara dan imej untuk menjauhkan diri dari mereka yang melakukan amalan politik wang dan rasuah. Tidak boleh ambil mudah dan ada sikap tidak apa.

Disebalik apa yang terpapar kepada awam oleh media massa, persepsi itu jauh dari kebenaran.

Media massa yang dikuasai semasa itu oleh Kalimullah, Brendan Pereira, Anuar Zaini, Kamal Khalid dan algojo Neo Con Malaysia telah membina imej yang sangat buruk terhadap Isa. Dia telah dikambinghitamkan dan diputarbelit sebagai kononnya nama UMNO sedang dibersih dari imej politik wang yang berleluasa hingga Dr Mahathir pernah menangis di atas podium. Penghukuman Isa itu tidak difahami umum.


Pada tahun ianya berlaku 2005, seorang lagi ahli UMNO melakukan politik wang tetapi Pak Lah lepaskan. Zaki Zahid, seorang ahli kumpulan yang digelar Tun Mahathir sebagai Tingkat 4, disah terlibat dengan politik wang. Sementang Zaki mengetuai Unit Polisi di pejabat Perdana Menteri dan juga kawan rapat Khairy, dia hanya diberi amaran sahaja. Sepatutnya dia telah dilucutkan dari jawatannya dan juga dipecat keahliannya.

Antara begitu banyak tindak tanduk dan tutur kata pelik dari Pak Lah semasa menjawat Perdana Menteri, ini salah satu darinya. Pak Lah bukan seorang yang adil dalam membuat keputusan. Asal keluarga dan orang yang rapat dengannya, mereka lepas dan boleh bermaharajalela.

Isa dihukum dengan satu hukuman yang sangat berat. Keahliannya digantung selama enam tahun kerana Isa perlu dipencenkan dari politik. Norehsanuddin yang ada membantu kempen Isa digantung keahlian selama tiga tahun kerana mengadakan kenduri kendara yang tidak ada kena mengena dengan politik. Dia dihukum berasaskan tuduhan tanpa diberi peluang mempertahankan diri.

Semua ini berlaku kerana Isa dilihat dan dipercayai oleh satu pihak dalam UMNO sebagai “orang” seseorang. Dia digeruni kerana latarbelakang Isa sebagai pemimpin akarumbi dan begitu popular. Selain Khir Toyo, Isa dilihat boleh menjadi rintangan kepada sebuah grand design untuk menaikkan seseorang dan mencapai dominasi kuasa yang total dalam UMNO.

Cerita dan butir disebalik konspirasi terhadap Isa Samad akan didedahkan. Ini agar anak-anak muda tidak tersilap membuat kesimpulan mudah terhadap seorang yang telah berjasa dalam parti. Bekas guru yang naik dalam UMNO dari bawah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun sedikit sebanyak ada meninggalkan jasa. Tidak adil untuk Isa diburukkan sekian rupa.

Tujuan sini bukan khusus untuk berkempen agar Isa dipilih sebagai calun untuk Bagan Pinang. Itu terpulang kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan. Asal PM membuat keputusan yang berdasarkan maklumat yang cukup dan semua aspek telah diambilkira dan diberi pertimbangan.

Bagi penulis, penting sekali kebenaran harus diketahui agar nama buruk yang telah dilakarkan terhadap Isa tidak berterusan lagi.

Jika tidak, ianya akan kekal macam khabar angin kononnya Najib ada hubungan intim dengan Ziana Zain. Cerita ini pun Isa tahu kerana Anwar Ibrahim tergila-gila menalipon Isa berkenaan ini. Bagi yang tidak tahu, Anwar Ibrahim adalah orang yang mengatur menyebar cerita bohong terhadap Najib. Saja menyebut perkara ini kerana penulis dapat rasa Anwar sedang merancang untuk menghidupkan pembohongan yang dia sendiri reka dahulu terhadap Najib.

Bukankah baik dia segerakan bicara mahlamah agar rakyat dapat dijelaskan bagaimana DNA Anwar dijumpai dalam dubur Saiful?

Bersambung besuk.

13 comments:

Batubater said...

saya setuju isa memang pemimpin akar umbi...orang putih kata people people..saya membesar di seremban semasa isa jadi mb...jasa isa pada rakyat n9 memang banyak...nak tulis pun tak cukup kertas...harap isa dapat jadi calon di bagan pinang

Anonymous said...

Sebagai org luar Bagan Pinang (BP), sy cadangkan TS Isa menarik diri dan memberi dua lagi nama org muda kepada MT.

Bila MT memilih calon, TS berjuang besama-sama berkempen utk calon yg dipilih utk membuktikan TS Isa masih ade pengaruh mengaut pengundi kepada BN.

Bila menang nanti, insya allah, bolehlah TS Isa bersedia utk kembali kepesada politik menghadapi PRU13.

Nani Cheras

MANTOL said...

Tak sabar nak tahu ni. Dedah jgn tak dedah. Tapi biar berfakta.

/MANTOL/

pisau said...

harap pimpinan atas tidak membuat kesilapan seperti pmtg pasir.

Kulup_Arapayung said...

Pembaharuan dlm umno. Orang yg bertanding mesti orang baru. Isa dikira orang lama. Isa perlu faham.

Anonymous said...

ala... kalau dedah dengan fakta pun PAS totok tu bukan nya nak pk ngan kepala sebab suka guna kepala lutut

Anonymous said...

Indians Killing Indians – A Slow Day

Death Toll : 1 only

PETALING JAYA: An elderly woman lost her life in what is believed to be a robbery-turned-murder involving RM100,000 worth of jewellery.

A. Kuppu, 73, was found dead by her neighbours in her home at Desa Mentari.

..the child saw a relative who visited the victim earlier that night. The relative later left with the jewellery. “We believe her head was smashed violently against the wall,” ACP Arjunaidi said.

Police have identified the relative and are trying to locate the person.

AMNOBODO said...

eHH..kat permatang pasir..UMNO buat silap ker?..silap pilih calon ker?..ler..yang mati-matian dok pertahankan calon hari tuh pasai apa...?..mana ada sialp pilih haa..mmg rohaizat paling baik yang UMNO ada apa kat permatang pasir....maksudnye....anggota UMNO permatang pasir lain...lebih teruk dari rohaizat laa..alahai ...bayangkan lah...

drMpower said...

mengikut Lembaga Disiplin UMNO, YB Isa digantung 6 tahun. Kamal Khalid kena amaran. itu tahun 2005 punya cerita.

cerita 2008, Khairy kena amaran. Ali Rustam kena gantung.

kalau nak dianalogikan dengan cara yang lebih senang dan berhumor, mungkin Khairy dan Kamal Khalid 'tikam 1 kali saja'.

Isa dengan Ali Rustam 'tikam banyak kali'.

tapi pendek kata, depa semua tikam.

ada cara yang bijaksana nak handle tali dalam tepung di Telok Kemang. saya sarankan PM Najib kena adjust betui2.

Kalau calonnya bukan Isa, teruk. teruk sebab telok kemang gelanggang dia. kalau calonnya Isa pun teruk. persepsi orang luaq terok sangat. orang dalam tau cerita. tapi still basisnya memilih calon sudah tentu mesti nampak bersih dan memang bersih.

saya fikir mungkin PM Najib buleh bagi Isa benda lain. benda yang Isa memang pakar. kita try clean image dia di situ. jadi kautim la dengan Isa utk dorong undi ke calon lain di Telok Kemang.

tapi saya tau dalam politik, tidak ada apa yg pasti. kalau ada la tu, mesti kena ambik la tu jugak.

Anonymous said...

Pilihan untuk Najib adalah mudah.

Calunkan Isa maka BN akan menang
Calunkan orang lain maka BN akan kalah

Dengar akar umbi jangan dijadikan slogan saja!

A Voice said...

drMPower

Maksud tuan bukankah Zaki Zahid? Rasanya bukan Kamal Khalid.

USD said...

Salam, Isa akan menang d BP sbb memang kwsn dia, Umno gembira kekalkan BP, tp berbaloikah dgn imej Umno yg akan terus dipandang rendah kerana ketandusan calon ?
Eloknya Isa bg chance org lain dulu kali ini, bg menang, then PRu nanti barulah jd calon...itu pun klu masih boleh. Next PRU Isa 63@64 th, masih relevan jd ADUN?

drMpower said...

maaf tuan blog.

salah watak.

My Say