Wednesday, March 03, 2010

1Malaysia: Rakyat diutamakan, Tol dikurangkan?


Jawapan kepada Surat Kepada Pengarang di Utusan Malaysia dari blog baru Suara Hati menarik perhatian penulis. Kemungkinan surat ini mendapat siaran Utusan Malaysia, namun ingin saya memberi publisiti pada surat ini.

Surat ini adalah suara rakyat yang tidak boleh diketepikan begitu saja jika intipati disebalik slogan 1Malaysia itu mengutamakan rakyat. Surat tersebut berikut:

SAYA ingin merujuk kepada tulisan saudara Razak Thamrin (Utusan Malaysia, 24 Feb 2010) yang meminta pengguna lebuh raya menerima hakikat akan kenaikan tol terutamanya di lebuh raya PLUS dalam masa terdekat ini.

Saudara Razak masih menggunakan pendekatan lama untuk "menghalalkan" kenaikan tol di Malaysia dengan membandingkan kadar tol di Indonesia, Bangladesh dan Filipina.

Kenapa memilih negara-negara ini? Kenapa tidak membandingkan Malaysia dengan negara-negara maju di dunia yang menyediakan lebuh raya percuma dan tol murah kepada rakyatnya?
Kita masih lagi mengulangi kesilapan dengan menggunakan alasan lapuk apabila ingin menaikkan harga barang atau tol.

Penulisan Saudara Razak sama ada secara kebetulan atau dirancang disiarkan hampir pada hari yang sama keuntungan PLUS diumumkan.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Plus mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.62 bilion bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 dan kononnya sebahagian daripada keuntungan Plus datangnya dari pelaburannya di India.

Siapa pemegang saham PLUS?

Menurut kenyataan Pengerusi PLUS yang disiarkan didalam laman webnya, 64 peratus saham PLUS dipegang oleh Khazanah Holdings Berhad sementara 20 peratus lagi adalah dipegang oleh KWSP, Perkeso, Permodalan Nasional Berhad, Kumpulan Wang Amanah Pencen, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Tabung Haji. 10 peratus dipegang oleh pelabur asing dan selebihnya 6 peratus dipegang pelabur awam.

Maknanya, PLUS adalah syarikat milik kerajaan dengan pegangan 84 peratus saham. Dengan kata lain, PLUS, sebuah syarikat kerajaan, mendapat keuntungan dengan mengutip berbilion ringgit dari rakyat dengan mengutip tol dilebuhraya. PLUS juga membayar dividen berjumlah hampir RM800 juta pada 2008 kepada syarikat-syarikat kerajaan ini. Begitu kayanya PLUS sebagai sebuah syarikat kerajaan. (Lihat laman web Plus)

Pada tahun 2008, kutipan tol PLUS berjumlah RM2.2 bilion, yang tertinggi dalam sejarah. Keuntungan yang berbilion ini sesuatu yang 'obscene' atau memilukan ketika rakyat mengharungi suasana ekonomi yang mencabar ini.

Perlukah sebuah syarikat kerajaan mengutip tol berbilion ringgit dari rakyatnya sendiri? PLUS mungkin akan merujuk kepada perjanjian konsesi dengan kerajaan mengenai jadual kenaikan tol. Tetapi ini perkara mudah kerana kerajaan adalah pemilik PLUS.

Saudara Razak perlu ingat bahawa bukan faktor "tol kita rendah, tol negara lain tinggi" sahaja perlu dijadikan landasan untuk menaikkan tol. Rakyat Malaysia sudah berubah. Yang perlu menjadi pertimbangan ialah apakah rakyat dapat menerima satu kenaikan tol ketika kos hidup meningkat? Apakah pertimbangan politik kita untuk menaikkan tol?

Mungkin kenaikan tol sebanyak 10 peratus satu jumlah yang kecil kepada Saudara Razak atau golongan yang berharta. Kepada saya yang mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja, lima orang anak yang berada di universiti dan perlu menggunakan lebuh raya bertol untuk ke tempat kerja, ia satu beban yang amat berat untuk keluarga.

Oleh itu, fikirlah semasak-masaknya sebelum menaikkan tol demi kebaikan rakyat.

ISMAIL MAT
Rawang
Kos tol sudah mencapai tahap yang membebankan kepada rakyat dan suatu kaedah perlu dicari untuk menyelesaikan masaalah ini dalam kekangan dan perjanjian yang ada.

Semasa dibuat memang perlu dibuat pelbagai kaedah pembiayaan kerana ianya memakan belanja yang banyak. Rasanya sudah terlalu banyak sangat lebuhraya bertol dibina, terutama di pusat-pusat bandar seperti di Lembah Klang hingga sudah membebankan.

Yang menjadikan ianya suatu yang membebankan adalah jalan alternatif tanpa tol dalam pusat perbandaran bukan sahaja tidak memudahkan tetapi berkurangan. Beban ini ditambahkan dengan sistem minyak tanpa subsidi yang mahu diperkenalkan.

Sesuatu perlu difikirkan dan segera. Jangan sampai isu tol menjadi ahli komponen parti Pakatan Rakyat yang akan mengalahkan Barisan Nasional?

Tak sayangkah hilang kuasa, wahai pemimpin!

10 comments:

PUTRA MERDEKA said...

tol nak naik! elektrik ditangguhkan kenaikannya, ikan di pasar tetap naik harganya sama ada guna tong atau tak! barang-barang naik sejak gula naik 20 sen 1hb Januari yang lalu kerana penguatkuasaan yang GAGAL! khabarnya minyak akan ada harga baru hari buruh nanti...
apa cerita kerajaan 1Malaysia
terima kasih
salam
rojak n kuar

Aspan Alias said...

Bro, you are good. You pick up issues which are related to the public interest and I bet your reliability in your posting make person like me feel good.

Thnx

Anonymous said...

dicadangkan supaya Lembaga Lebuhraya Malaysia kembali ambil alih semua urusan lebuhraya, dan hanya mengenakan tol yang minima. Ps: juga dicadangkan TNB ambil alih semua urusan penjanaan kuasa elektrik di Malaysia... frm kg boy

Anonymous said...

PLUS is gomen.. gomen is PLUS.. let them do what they wish... lagi pun GE13... sure they'll be vote again by those rakyat... siapa lantik mereka sekarang ni? Rakyat bukan... so let rakyat tanggung pemerintah yang telah mereka pilih..Dont ask Najib or Azman Mokhtar... just let them tapau everything... Macam Mahathir cakap... apa takut.... Melayu selalu lupa... Kasi gula2 20 sen... dia gadai maruah dia... dont worry be happy.. so.. bila ada sesetengah rakyat yang tahu arus perubahan sebenar dah muak... mereka2 ini akan mula main jalan belakang untuk memancung... hehehe.. adiosss...

Anonymous said...

pasal isu kenaikan tol ini, semua perjanjian telah di buat semasa PLUS mula operasi di awal 90an lagi, iaitu semasa zaman Dato Ikmal Hijaz sebagai MD/CEO. Dia punya pasal, mangkuk ayun pikir pasal diri dia hendak jadi popular, rakyat malaysia terpaksa bayar tol tidak tentu pasal. Tidak sedar diri punya orang tua, kaki betina pulak, pekerja perempuan yang dahi licin, semua dia hendak try, bini sudah ada tiga pun tidak cukup? Babi punya melayu.

Anonymous said...

Anon 5.25,

i totally agree with you. ikmal hijas is a well-known kaki betina. his "port" is hyatt spore. he will bring his bitches in irda after office hour. another MCKKrap, a good example of what kind of moron is running GLC nowadays.

Anonymous said...

U guys talking as though that Ikmal Hijaz is so powerful. He is just one of the goverment puppet overthere la...
Pasal kaki betina, all men r like that. Don't tell me u guys don't like betina??? some of them prefer guys/ gays some more.
Jaga kubur masing masing cukup la.

Anonymous said...

U guys talking as though that Ikmal Hijaz is so powerful during his time @ PLUS. He is also one of the goverment puppet overthere la...
Pasal kaki betina, all men r like that. Don't tell me u guys don't like betina??? some of them prefer guys/ gays some more.
Jaga kubur masing masing cukup.

Anonymous said...

Helloooo..
U guys talking as though that DIHH is so powerful during his time at PLUS. He's only one of the puppet overthere. Beside that he is a good boss although we don't open our zip for him.
Womanizer... biasa lah tu. Don't tell me u guys don't like betina. Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Some of them prefer gays. Lagi haru.
So, bila bercakap tu tlg guna akal ok... jangan sampai digelar moron juga.
Mak bapak u all tak ajar manners ke... dok maki orang sesuka hati.
Bahasa Menunjukkan Bangsa.
Sungguh Memalukan.

Anonymous said...

For ur info, 99% pekerja PLUS dari bangsa Melayu, agama islam. Gomen ke .. swasta ke.. u all sakit kat mana?? pekerja PLUS pun bila lalu tol kena bayar macam u all. Ikmal Hijaz tu puppet saja.. decision maker is not him l.o.l Walaupun begitu Ikmal Hijaz adalah seorang ketua yang bagus. kalau la dia tak womanizer, rezeki dia akan lagi bagus. Ramai yang berdahi licin kerja kat PLUS dulu tapi belum pernah ada satu pun kes rogol yang dibuat terhadap Ikmal Hijaz. Yang layan tu .. tak lah cantik mana pun tapi dah suka sama suka. Tepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi.Perempuan kat irda tu .. masih bini orang & dalam proses nak bercerai. Tengok muka pun tak lalu.. gua cakap lu. Report saja dkt pencegah maksiat bukan susah!!

My Say