Thursday, July 15, 2010

Day in Parliament for Hamzah & Innovation Associates


This blog had raised the issue of Dato Dr Hamzah Kassim and Innovation Associates (IA) this morning around 10:30 am. By noon, a friend in Parliament alerted me that YB Wee Choo Keong of Wangsa Maju raised about the conflict between Hamzah's positions and businesses.

The following is the excerpt Wee had slipped into his debate speech:
Dato Hamzah Kassim, pengarah syarikat Innovation Associate, seorang ahli jawatankuasa NEAC, dan seorang pakar sumber manusia yang menasihat kepada kerajaan mengenai modal insan. Beliau juga adalah penasihat kepada kerajaan berkenaan Talent Corporation dalam RMK10. Beliau seorang ahli penasihat MACC/SPRM. Dato Hamzah Kassim juga mendapat banyak projek-projek Kementerian Pendidekan, Kementerian Sumber Malaysia, NCIA, IRDA dan Khazanah Holdings Bhd dan juga memburu projek baru. Apa yang telah terjadi kepada kerajaan 1Malaysia dengan peminpin-peminpin yang begini tamak dan rakus. Ahli-Ahli yang Berhormat tahu sama tahu dalam contoh-contoh, tak payah saya sebutkan nama orang tertentu di Dewan Yang Mulia ini.

Dengan semua fakta konflik kepentingan ini, Dato Hamzah Kassim tidak layak menjadi penasihat kepada kerajaan dan ahli jawatankuasa MACC. MACC harus menjalankan siasatan terhadap beliau dalam projek-projek yang dianugerahkan kepada syarikat beliau iaitu Innovation Associate.
Only this morning, this blog had advised IA to not do an elegence silence, as described by supposed to leave Sime Darby Chairman, Tun Musa Hitam, practiced by SC Chairperson, Tan Sri Zarinah Anwar in the press.

Silence does not help because this blog is monitored by journalist for issues. But the speed issues in this blog reached Parliament only shows that now Members of Parliaments is taking issues from this blog to the Dewan Rakyat.

Watch out all you abusers of power, corrupt, and self interest rent seekers. In this pursuit, let us all work together and put aside cheap childish politicking.

The full speech by Wee is available on his blog here but the part we should be interested is below:

Tuan Yang Di-Pertua,

Izinkan saya memberikan beberapa contoh ketiadaan atau kelemahan penguatkuasaan dan/atau penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak berkuasa.

Saya telah 4 kali mendedahkan di Dewan Yang Mulia ini mengenai kes rasuah terhadap Encik Hasbie Satar, setiausaha Politik yang gah dan hebat kepadamantan Menteri Kewangan II, YB Tasek Gelugur, (kini YB Menteri EPU) yang telah disiasat oleh SPRM dan didapati mempunyai 48 buah peti besi didalam rumah kediamannya, jutaan ringgit tunai, ditambah dengan beberapa buah kondo mewah dan beliau masih lagi bebas. Kalau seorang setiausaha boleh memiliki 48 buah peti besi, bossnya mesti memiliki sekurang-kurangnya 100 buah peti besi. Sudah 8 bulan dan langsung tidak ada tindakan untuk mendakwa beliau di Mahkamah dan menjalankan sesiatan terhadap mantan Menteri Kewangan II, YB Tasek Gelugor. Tidak ada pihak berkuasa termasuk SPRM yang berani menyentuh mereka. Mereka menjadi orang yang begitu kebal! Apa guna pindaan dan penambahan penalty ini jika sikap pihak berkuasa tiada berubah? Apa gunanya jika pihak saperti SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti contohnya tidak menjalankan tanggungjawab dan kuasa yang diberikan kepada mereka?

Tuan Yang Di-Pertua,

Terdapat banyak kes yang diketahui umum dimana tiada sebarang penguatkuasaan atau pendakwaan tidak dibawa terhadap kes-kes amalan rasuah dan salahguna kuasa contohnya:

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Yg Bhg Tan Sri Zarinah Anwar, dan siasatan ala-samseng keatas 4 orang wartawan perniagaan berkaitan penjualan sahamKenmark Industrial Co (M) Bhd melibatkan Datuk Ishak Ismail. Kita tahu bahawa gangguan terhadap 4 orang wartawan ini adalah bertujuan untuk menutup skandal-skandal Tan Sri Zarinah dan suaminya, Dato Azizan Abdul Rhaman.

Satu lagi salahguna kuasa dan undang-undang Suruhanjaya Sekuriti jelas berlaku didalam kes pengambilan alih Pantai Hospital oleh Parkway Holdings Ltd, syarikat Singapura.

Sebelum saya melanjutkan bahas, kita semua sedia maklum akan peraturan bahawa kelulusan Jawatankuasa Pelaburan Asing atau FIC adalah mandatori sebelum sesuatu syarikat asing boleh mengambil alih sesebuah syarikat tempatan.

Kita perlu ambil perhatian bahawa Hospital Pantai telah diberikan konsesi mengendalikan Fomema dan Medivest oleh Kerajaan. Kedua-dua konsesi ini melibatkan perkhidmatan utama (essential services) dengan izin, kepentingan negara. Kalau adapun permohonan sedemikian, Suruhanjaya Sekuriti tidak sepatutnya meluluskannya atas kepentingan negara. Tetapi didalam kes ini, langsung tidak ada permohonan oleh Parkway tetapi Suruhanjaya Sekuriti membenarkan Parkway mengambil alih Hospital Pantai! MENGAPA?!

Parkway membayar RM312 juta pada tahun 2005 untuk mengambil alih Hospital Pantai. Pada 13 Ogos 2006 mantan PM Tun Abdullah Badawi mengakui didalam akhbar The Star saperti berikut:-

“He said the matter was being looked at by the Treasury after realising that it had become a problem as it was related to the concessions for the supply of hospital requirements. The share sale has become a problem, as it involves several matters related to the concessions given to Pantai Holdings that has a contract to supply hospital requirements.”

He said the government had always hoped that the equity would remain with Malaysians but unfortunately it had gone into the hands of foreigners. The concessions have changed hands, and it has gone to other people and (we) hope it will remain with the Malaysian side, and held by Malaysian citizens, he said.”

Kita tidak boleh menyalahkan matan PM memang beliau tidak tahu mengenai perkara ini. Akan tetapi Tan Sri Zarinah Anwar, sebagai pengurusi Suruhanjaya Sekuriti, harus mengambil tindakan untuk berhentikan transaksi ini yang terlibat essential services, dengan izin, dan kepentigan negara telah dilapurkan dalam surat khabar dan internet.

Selepas kenyataan mantan PM tersebut, Khazanah Holdings Bhd diarah untuk bailout Hospital Pantai. Ini adalah satu cover-up skandal kumpulan tertentu.

Inilah lawak terbesar abad ini. Pada 30 Ogos 2006, The Edge melapurkan bahawa mantan Menteri Kewangan II, YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, menyatakan bahawa tindakan Khazanah Nasional Bhd mengambil alih penguasaan keatas Pantai Holdings Berhad adalah untuk membantu. (Membantu siapa? Kumpulan beliau kah?). Saya memetik:

“This is not a bailout. This is a market-driven problem where there is a willing-buyer, willing-seller. Pantai is seen to be in an industry which is viewed as sensitive as it holds 2 concessions. It (Khazanah’s taking control) has resolved the issue of this sensitive sector.”

Ini adalah satu kenyataan mantan Mentri Kewangan II yang meperbodohkan atau meperbudakan rakyat Malaysia! Khazanah terpaksa membayar RM800 juta untuk mengambil alih Pantai daripada Parkway. Tidak semena-mena sebuah syarikat asing membuat keuntungan sebanyak RM500 juta daripada wang rakyat. Dan yang lebih teruk, Khazanah tidak mengurus Hospital Pantai, sebaliknya melantik Parkway Holdings untuk menguruskannya!Parkway dibayar fee pengurusan yang amat tinggi sekali. MENGAPA?! Untuk agenda kumpulan Tingakt 4 dan/atau Singapore operatives atau barua-barua Singapura.

Sebabnya mudah. Ini kerana “barua-barua” Singapura yang terlibat. Saya percaya ini berlaku dengan pengetahuan mantan Menteri Kewangan II (atau “he will be deemed to have known the actual facts, dengan izin), dan sudah tentu, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Tan Sri Zarinah Anwar, seorang lantikan atau appointee “kumpulan Tingkat 4.”

Jika mereka berdua tidak tahu pada semua masa yang material bahawa Hospital Pantai memegang dua konsessi essential, mereka tidak layak memegang jawatan Menteri dan Pengurusi Suruhanjay Sekuriti pada masa sekarang. Perdana Menteri bertangung jawab untuk menjaga kepentigan negara dan beliau tiada ada pilahan lain kecuali memecat mereka daripada jawatan masing-masing dengan segara demi kepentingan negara. Jika tidak berbuat demikian, maka PM “will be seen as to condone such acts of anti-national”, dengan izin.

Adalah jelas seluruh pentadbiran Barisan Nasional masa itu mengambil sikap menutup mata terhadap pengambilan alih jahat Pantai Holdings oleh syarikat Singapura Parkway dan pembelian semula oleh Khazanah kemungkinan besar sekumpulan mereka ada kepentingan.

Terlalu banyak contoh melibatkan barua dan balaci Singapura menjual kepentingan negara kepada Singapura. Pelupusan 10% saham Telekomkepada Temasek Holdings. Pembelian saham Temasek di dalam Bank International Indonesia oleh Maybank pada nilai 4.6 kali ganda daripada nilai buku, dan banyak lagi.

Tuan Yang Di-Pertua,

Telekom Bhd adalah syarikat monopoli dan “a profit making company”, dengan izin, maka ia tidak perlu menjual 10% sahamnya kepada Temasek Holdings, satu syarikat dimiliki oleh Kerajaan Singapura, atau sesiapapun apatahlagi Temasek Holdings. Maybank tidak semestinya membeli saham Bank International Indonesia dari Temasek Holdings dengan harga yang amat tinggi (4.6 time the book value) kerana dengan harga tersebut Maybank ada perluang membeli saham bank yang lain di Indonesia atau negara lain.

Yang amat aneh adalah kenapa kedua-dua transaksi ini terlibat Temasek Holdings dan tiada ada apa-apa tidakan dari Suruhanjaya Sekuriti dan mantan Menteri Kewangan II. Jika ini bukan satu konspirasi yang terlibat kedua-dua pihak tersebut dan Singapore Operatives tertentu, apa lagi?

Layanan istimewa kepada AirAsia iaitu membenarkan mereka berhutang daripada membayar cukai lapangan terbang kepada MAHB yang bernilai beratus juta ringgit dari hari AirAsia memulakan operasinya. MAHB tidak berani mengambil tindakan walaupun airport tax tidak bayar selama 8 tahun. Ada semua masa yang material, matan Menteri Kewangan II yang sama yang bertangung jawab.

Tuan Yang Di-Pertua,

Ada lagi banyak contoh penglibatan mantan Menteri Kewangan II (sekaragn Menteri EPU) dengan syarikat bernama Mun Loong, yang kemudian menjadiAbrar Corporation. Fakta-fakta contoh ini menuju kita kepada satu arah sahaja. Kemana Ahli-Ahli yang Berhormat tahu sama tahu tak payah saya sebutkan nama orang tertentu di Dewan Yang Mulia ini.

Dato Hamzah Kassim, pengarah syarikat Innovation Associate, seorang ahli jawatankuasa NEAC, dan seorang pakar sumber manusia yang menasihat kepada kerajaan mengenai modal insan. Beliau juga adalah penasihat kepada kerajaan berkenaan Talent Corporation dalam RMK10. Beliau seorang ahli penasihat MACC/SPRM. Dato Hamzah Kassim juga mendapat banyak projek-projek Kementerian Pendidekan, Kementerian Sumber Malaysia, NCIA, IRDAdan Khazanah Holdings Bhd dan juga memburu projek baru. Apa yang telah terjadi kepada kerajaan 1Malaysia dengan peminpin-peminpin yang begini tamak dan rakus. Ahli-Ahli yang Berhormat tahu sama tahu dalam contoh-contoh, tak payah saya sebutkan nama orang tertentu di Dewan Yang Mulia ini.

Dengan semua fakta konflik kepentingan ini, Dato Hamzah Kassim tidak layak menjadi penasihat kepada kerajaan dan ahli jawatankuasa MACC. MACC harus menjalankan siasatan terhadap beliau dalam projek-projek yang dianugerahkan kepada syarikat beliau iaitu Innovation Associate.

Dato’ Mohd. Bakke Salleh, pengarah eksekutif baru Sime Darby, yang telah menyebabkan Felda kerugian pelaburan antarabangsa yang berjumlah lebih kurang RM300 juta, adalah sahabat karib Dato Hamzah Kassim. Apa sudah jadi kepada kerajaan 1Malaysia semua pegawai atasan yang lantik terlipat dalam skandal kewangan dan bersangkut-pauh antara satu sama lain — semua suku sakat skandal kewangan yang di kepalahi oleh peminpin tertentu.

Tuan Yang Di-Pertua,

Kesemua kes-kes tersebut adalah jelas membuktikan kegiatan “cover-ups” (dengan izin) dan sikap membutakan mata secara sengaja oleh Suruhanjaya Sekuriti, dan Kerajaan Barisan Nasional untuk semata-mata melindungungipengkianat dan pengrompakan Negara. Ini adalah contoh klasik kepada peribahasa Melayu harapkan pagar, pagar makan padi. Inikah ciri pentadbiran kerajaan dengan slogan “Rakyat Didahulukan” lebih tepat projek-projek didahulukan kepada Umnoputra yang bersangkut-paut dengan Tingkat 4.

Jika pihak-pihak berkuasa termasuk, SPRM, Suruhanjaya Sekuriti, Menteri-Menteri masih seperti diatas, apa-apa Rang Udang-Undang diluluskan oleh Dewan Yang Mulia ini adalah tidak bermakna dan mesyurat Dewan Yang Mulia adalah membazirkan wang rakyat.

Akhirnya, saya menyeru kepada Menteri berkenaan dan Perdana Menteri, supaya meneliti kes-kes yang saya bangkitkan dan mengambil tindakan dengan segara demi kepentigan negara supaya mesyurat Dewan Yang Mulia mempunyai makna dan nilai.

Terima kasih, Tuan Yang Di-Pertua.

7 comments:

George Choo said...

Voicey,this are all the reasons why MALAYSIA IS BANKRUPT.Malaysia is BANKRUPT because the govt of UMNO and BN consists of "KAKI RASUAH YANG BUAT KERJA TIPU" and the KAKI RASUAH have promoted themselves to become KAKI CURI,KAKI CURI ENJIN.This is what I said when i was speaking in the sudsidy forum organised by Idris Jala at the KLCC Convention centre.

House PK said...

Bro, lu memang terbaik! I am with you on this brother! Lets teach this bastards all who are robbing our country's asset!

Jail Them All!

Anonymous said...

Dalam pembelian Pantai Holding oleh Parkway Singapore, Peraturan Practice Note 2.4, Code on Take Overs and Mergers tidak dipatuhi walaupun dengan jelasnya perkara- perkara dibawah menwajibkan Parkway membuat General Offer kepada pemegang saham yang tidak di beli oleh Parkway:-

i) harga pembelian Parkway dari satu Dato TY LIm adalah RM2.45 sesaham walahal harga pasaran masa itu (pada September 2005) hanyalah RM1.60 sahaja. Mengapakah SC tidak mengenakan Parkway membuat tawaran GO kepada pemegang saham minority pada harga RM2.45 sesaham?

ii) Perubahan and penukaran penguasaan lembaga pengarah di Pantai dimana Parkway telah menukar komposisi seramai lima daripada tujuh ahli Lembaga Pengarah Pantai Holdings pada masa itu cukup terang sebagai petunjuk penukaran kuasa kepada Parkway? Oleh itu megapakan SC tidak mengenakan Parkway membuat tawaran GO kepada pemagang saham minority pada harga RM2.45 sesaham sperti yang telah dijual oleh Dato TY Lim? Siapa itu Dato TY Lim yang so special boleh menjual pada harga tinggi itu walhal minority tidak deberi hak yang sama rata?

Dalam situasi tersebut, seolah olah, Parkway mendapat "pertolongan" dari SC kita? Apa sudah jadi?

George Choo said...

Voicey,the govt have just announced that petrol Ron 95 and diesel prices will increased by 5 sen per litre with sugar price up by 25 Sen per Kilo. The budget for the PM Office in Putrajaya ffor the year is RM 4 BILLION. Macam mana Kerajaan TAK BANKERAP dengan sikap begini.If we get rid of corruption,we will have surplus in the budget every year.How can we justify the increase in petrol prices when MALAYSIA(NOT PETRONAS) is producing more oil than its consumption with a surplus of 55000 barrels per day.

Anonymous said...

Voice,

Keep it up!! Without Fear or Favour!!

Get them worms out of the Woodworks before they totally demolish our house!!

Don't listen to those who wants you to reamin silent because they are part of the Gravy Train!!






Joe Black

Terongpipit said...

Typical SlumberJack cronies... just play dumb!

Anonymous said...

George Choo

The really corrupt ones are Government servants and Corporate man.

Politicians merely taking a ride.

If Government man resist the politicians, it won't happen either.

Frankly George, Idris Jala is no angel when he was at MAS.

He had racial aspirations.

My Say