
TANGGAL 31 Ogos genaplah 53 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Kejayaan menumbangkan Malayan Union adalah perjuangan awal bangsa ke arah kebebasan seterusnya kepada gerakan mencapai kemerdekaan.
Keputusan memperjuangkan kemerdekaan secara aman yang tidak melibatkan keganasan dan pertumpahan darah terbukti telah membuahkan hasil yang positif.
Memetik kata-kata Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, “kita berjuang bersungguh-sungguh bukan sekadar berpolitik untuk memberi tempat atau kedudukan.”
Berdasarkan kata-kata azimat tersebut, jelas bahawa perjuangan UMNO bukanlah sekadar mendapatkan kuasa untuk memerintah semata-mata sebaliknya ia mendukung tanggungjawab mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.
Kemerdekaan yang dicapai tetap dipelihara selaras dengan matlamat perpaduan antara kaum yang telah dimetrai rapi, disimpul mati dengan harapan tiada perselisihan yang akan berlaku dan tiada sengketa akan tercetus walaupun Malaysia memiliki warga pelbagai kaum.
Atas kesedaran ini maka hak dan keistimewaan orang Melayu dipelihara dan kontrak sosial diikat. Dalam menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, dasar untuk melindungi masa depan orang Melayu sebagai kaum peribumi dijadikan sebagai perkara utama.
Persetujuan ke atas Perlembagaan Persekutuan diperoleh berdasarkan kepada kerukunan diantara kaum termasuklah rakan-rakan bukan Melayu yang lain dan bukan dibuat secara sewenang-wenangnya malah ketika pembentukannya semua kaum mengakui hak istimewa bagi bangsa Melayu. Justeru, ia tidak boleh dipertikaikan!
Menyusur semula perundingan berkaitan kemerdekaan, pada 23 Ogos 1955, satu memorandum untuk mendapatkan kemerdekaan telah dihantar oleh Tunku kepada Lennox Royd, Setiausaha Tanah Jajahan yang baru sewaktu persidangan Majlis Undangan Persekutuan. Boyd telah datang ke Tanah Melayu untuk menyaksikan perkembangan politik ketika itu. Memorandum itu mengandungi dua permintaan penting:
Sejajar dengan itu, pada 29 September 1955 melalui Persidangan Raja-raja Melayu yang bertujuan untuk mendapatkan persetujuan mengenai perubahan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah berlangsung di Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu dan juga Ketua Menteri Kerajaan Perikatan Tunku Abdul Rahman.
Persidangan ini memutuskan bahawa ketiga-tiga pihak yang akan mengadakan rundingan berkaitan perubahan Perlembagaan Persekutuan ialah Raja-raja Melayu, pihak Kerajaan Baginda Queen dan pihak Kerajaan Perikatan. Raja-raja Melayu telah melantik wakil-wakil baginda bagi menghadiri persidangan itu.
Hasilnya perjanjian kemerdekaan telah ditandatangani di Lancester House, London pada 8 Februari 1956. Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri Tanah Melayu menandatangani bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu dan Mr. Alan Lennox Boyd, Setiausaha Negara dan tarikh 31 Ogos bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Berikutan persetujuan tersebut, sebuah suruhanjaya bebas yang diketuai oleh Lord Reid dibentuk bagi menyediakan draf perlembagaan Tanah Melayu merdeka. Anggota-anggota suruhanjaya yang lain termasuk Ivor Jennings sebagai wakil British, Sir William McKell wakil Australia, B. Malik wakil India dan Hakim Abdul Hamid wakil Pakistan.
Sebagai cadangan kepada Suruhanjaya Reid, Perikatan secara bersama mengemukakan satu memorandum yang mengandungi perkara-perkara berikut:
Memorandum ini telah diserah kepada Suruhanjaya Reid. Selain memorandum Perikatan, 130 memorandum lain turut dihantar oleh persatuan-persatuan, parti-parti politik dan orang perseorangan.
Bukan rakyat berumur 18 tahun ke atas, tetapi lahir di dalam negara dan telah menetap selama lima daripada tujuh tahun yang berakhir diterima menjadi rakyat tetapi mesti boleh bertutur bahasa Melayu. Mereka yang lahir di luar negara mesti memohon menjadi rakyat jika telah bermastautin selama lapan tahun dari 12 tahun yang terakhir.
Pada 7 Februari 1957, syor-syor Suruhanjaya tersebut telah disebarkan kepada umum dengan sebahagian besar kandungannya diambil dari memorandum Perikatan. Orang Melayu khasnya menyatakan tentangan dalam perkara-perkara seperti berikut:
Manakala orang-orang bukan Melayu pula di kalangan Cina di luar MCA mahukan bahasa Cina sebagai bahasa rasmi dan sekolah Cina sebagai sekolah kebangsaan.
Lantaran itu, bagi membincangkan laporan Suruhanjaya Reid yang sesetengah cadangannya membelakangkan kepentingan orang-orang Melayu, pucuk pimpinan parti telah mengambil kira pandangan-pandangan mereka itu dan membawanya kepada Jawatankuasa Kerja (working party) yang dibentuk oleh Kerajaan pada 28 Mac 1957.
Bagi menyatakan tentangan terhadap syor-syor Suruhanjaya Reid, Tunku telah berlepas sekali lagi ke London bersama Tun Abdul Razak, Ong Yoke Lin, VT Sambanthan dan wakil Raja-Raja Melayu pada 9 Mei 1957 untuk rundingan kemerdekaan yang terakhir dengan Kerajaan British.
Beberapa pindaan telah dibuat demi membantu mengemaskan Rang Undang-undang Perlembagaan Suruhanjaya Reid dan menubuhkan sebuah Perlembagaan yang memuaskan hati rakyat. Antara pindaan yang dibuat:
Selaras dengan perkembangan tersebut, Perhimpunan Agung UMNO yang bersidang pada 30 Jun 1957 sebulat suara menerima Kertas Putih sebagai rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang meliputi Perlembagaan Negeri-negeri Melaka dan Pulau Pinang. Ianya telah dibincangkan dalam perhimpunan ini sebelum diterbitkan di Persekutuan Tanah Melayu dan di London pada 2 Julai 1957.
Antara perkara-perkara yang terkandung dalam rangka Perlembagaan tersebut ialah:
Semasa perundingan di antara pemimpin-pemimpin kaum, persetujuan telah dicapai bagi melanjutkan hak-hak keistimewaan Melayu seperti yang terkandung dalam Memorandum Perikatan.
Berdasarkan memorandum ini, pemimpin-pemimpin bukan Melayu bersedia menerimanya kerana kedudukan orang Melayu dalam ekonomi dan pendidikan jauh ketinggalan.
Berkaitan dengan persetujuan tersebut maka lahirlah Fasal 153 dalam Perlembagaan yang memperincikan peruntukan yang berkaitan.
Justeru, orang Melayu diberi keutamaan dalam empat lapangan iaitu tanah simpanan, kuota untuk penerimaan ke dalam perkhidmatan awam, kuota dalam pengeluaran permit dan lessen untuk menjalankan perniagaan-perniagaan tertentu dan keutamaan yang berhubung dengan dana pelajaran dan bentuk-bentuk bantuan lain bagi maksud pendidikan.
Namun demikian, malangnya hak-hak keistimewaan dan konsep ketuanan Melayu tersebut seringkali dimanipulasi dan dijadikan sebagai isu propaganda kepada sesetengah pihak khususnya pembangkang yang tidak senang dengan kesejahteraan dan perpaduan masyarakat.
Perlu difahami bahawa kontrak sosial yang termaktub tersebut ialah persefahaman dan perjanjian tak bertulis antara masyarakat Melayu dengan masyarakat bukan Melayu pada awal pembentukan negara ini ketika mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957.
Sebahagian daripada kontrak sosial itu dikatakan telah dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang bertulis yang tidak boleh dipinda tanpa majoriti dua pertiga di Parlimen. Manakala sebahagian lagi kontrak sosial itu wujud dalam bentuk tidak bertulis, semacam konvensyen dalam tradisi British yang tidak mempunyai perlembagaan bertulisnya.
Menerusi Perlembagaan juga telah menetapkan bahawa Perkara 152 meletakkan bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu.
Hak dan keistimewaan orang Melayu tidak boleh diketepikan malah ia akan berkekalan sebagaimana yang telah terkandung dalam Perlembagaan.
Persetujuan ke atas Perlembagaan Persekutuan diperoleh berdasarkan kepada kerukunan diantara kaum termasuklah rakan-rakan bukan Melayu yang lain dan bukan dibuat secara sewenang-wenangnya malah ketika pembentukannya semua kaum mengakui hak istimewa bagi bangsa Melayu.
Justeru, ia tidak boleh dipertikaikan! – MediaUMNO
Terkini: Chong Wei cedera di final All England!
50 minutes ago
2 comments:
dan juga kita sama-sama memperjuangkan kemerdekaan sistem pendidikan negara ini dari elemen-elemen anti-nasional, demi anak bangsa.
MERDEKA!
Salam - membaca tulisan ABIW nampaknya semua dah terbela sama ada dari segi perlembagaan dan perundangan. Tetapi, bila di dunia nyata, kedudukan bangsa Melayu sanggat menyayat hati. Dari soal-soal kemiskinan sehinggalah ke soal tokoh korprat melayu (yang ramai kaparat) hinggalahlah ke agama dan aqidah Melayu - semuanya tak kena dan ternyata bangsa ini dalam keadaan d rundung malang dan terperangkap dalam perlembagaan itu sendiri. Kadang-kadang saya sering memikirkan perubahan hanya dapat dilakukan di atas air mata dan darah yang terpaksa ditumpahkan untuk kembali menjadi bangsa yang dihormati. Tapi, kalau bangsa yang sudah terkepung, masih adakah air mata, darah yang bakal ditumpah ataupun paling tidak harga diri untuk menyatakan kita masih berhak. Retorik lagi - mungkin itu saja yang mungkin dapat kita lakukan.
Post a Comment