Khairy baru saja cukup jumlah pencalunan dan kini sudah balik kepada kebiasaannya hendak tunjuk angkuh dan lagaknya. Sudah lupa dia menyembah-nyembah perwakilan-perwakilan Pemuda Bandar Tun Abdul Razak meminta pencalunan.
Sekejap lagi, semua orang yang dia jumpa dia akan tanya, "Kau kenal aku siapa? Aku layak bertanding Ketua Pemuda UMNO. Kalau menang aku jadi Menteri!"
Ini bukan ajak debat tetapi mahu memalukan dan mengaibkan orang. Di Amerika, orang mengamal demokrasi secara debat bukan cara macam kanak-kanak belum baligh cabar mencabar main gasing dan ejek mengejek.
Baru saja sebut pasal debat, dia sudah guna Ketua Pemuda Tanjung Malim, Muhammad Yadzan Mohamad untuk melakarkan Mukhriz sebagai pengecut. Tukang sporak dari kroni-kroni Khairy termasuk pebayar bilnya, Ketua Pemuda Perlis Rozabil Abdul Rahman, Ketua Pemuda Pahang Khairuddin Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Senator Wan Farid, Naib Ketua Pemuda Putrajaya Mohd Hishamuddin Yahaya dan lain-lain. Agendadaily yang jadi pemberita pula tidak perlu jadi batu api.
Kalau Mukhriz pengecut, kenapa Khairy beriya-iya hendak 'tanam' Mukhriz di dalam Mesyuarat menggunakan kuncu-kuncu setiap kali Mukhriz "tersalah cakap"? Hanya orang Pengecut yang suka cari sebab dan tidak berani berdepan dengan kenyataan.
Kalau Mukhriz pengecut, kenapa dia berani kata ucapan Perdana Menteri tidak ada isi baru dan berani sekali boleh tuntut Perdana Menteri supaya berundur? Jangan cerita sekarang mengenai Muhyiddin yang mulakan langkah untuk tuntut Abdullah Badawi berundur. Mukhriz buat sendiri tanpa perlu atur dan pakat dengan sesiapa.
Janganlah nak panggil orang pengecut! Bertaktik dan berhati-hati itu bukan pengecut.
Mukhriz tidak takut kalah dan tidak kasi wang. Mukhriz tidak takut tak dapat jadi Menteri kalau dipilih ketua Pemuda UMNO. Hendakkah Khairy tolak tawaran jadi Menteri kalau menang Ketua Pemuda?
Orang Melayu sentiasa bersopan dan berbudi pekerti, tetapi bukan bermakna pengecut. Kalau hanya hebat berdegar-degar dan cabar-mencabar, itu bukan berani tetapi tiada adab, dan kadang kala biadap.
Macam begitukah nak jadi pemimpin orang Melayu? Perlu kurang ajar?
Kematangan
Kalau dilihat alasan Mukhriz tidak mahu berdebat, ada kematangannya. Malah bukan dia seorang yang kata demikian - Tok Pa, Syed Ali, dan banyak lain percaya perkara yang sama. Politik UMNO belum matang untuk menilai isi kandung debat.
Lihat debat antara Anwar dan Shaberry. Masing-masing mengaku menang tetapi sebenarnya dua-dua hopeless. Anwar dengan fakta cetek dan fakta yang asas ekonomi salah, manakala Shaberry dengan kritikan peribadi.
Akhirnya siapa yang orang kata akan menang? Pemidato yang hebat menang tapi apa yang dikata tak boleh pakai. Ini hanya akan mengulang sejarah memilih pemimpin semacam Anwar Ibrahim yang Khairy patut tanam di Permatang Pauh baru-baru ini.
Cewah ... konon Khairy kata tidak akan berpecah dan bercakar-cakar. Siang-siang kita mengaku cakap, Khairy memang pemidato yang lebih hebat dari Mukhriz. Nah 10 sen kasi hadiah. Persoalannya, adakah kepimpinan akan diberi kepada pemidato yang lebih baik?
Usah Khairy kata perwakilan sudah matang. Selagi duit, penipuan mesyuarat dan ugutan masih boleh mendapatkan percalunan, apa matangnya?
Dikala UMNO perlu pemimpin yang boleh membawa transformasi, adakah kita hanya pemimpin berkarisma yang hanya hebat berdebat seperti Anwar Ibrahim? Atau pemimpin transaksi yang lebih kepada politik wang? Atau pemimpin halsca yang hanya pandai memfitnah dan menggunakan teknik Niccolo Machiavelli dalam "divide and rule".
Selama Khairy menyandang Naib Pemuda, apa matangnya Khairy dalam berdemokrasi menahan Mukhriz dan memaksa dirinya dijemput merata membuka Mesyuarat Pemuda Bahagian?
Apa matangnya Khairy bila Mukhriz ditahan dan diblok dari melakukan apa-apa inisiatif? Apabila Aceh tsunami, dia pula nak ambilalih kerja-kerja di Aceh untuk publisiti? Tapi dihanya berada di Aceh selama dua jam untuk ambil gambar!
Debat tajuk apa?
Kalau debat mengenai tajuk "politik wang", Mukhriz patut terlibat. Biarkan soalan dari bawah dan talipon dari orang ramai tanpa ditahan-tahan.
Sedap hendak dengar soalan dari kontraktor-kontraktor yang masuk tender dengan BLT Sdn Bhd dan menjadi mangsa putarbelit dan panggilan Khairy kepada CEO BLT . Soalan jurublog hanya berkenaan Merger ECM Libra dan Avenue Asset dan 13 muka panjangnya.
Sebelum itu, ketiga-tiga mesti tandatangan "Letter of Indemnity" supaya jangan saman siapa-siapa!
Pasti Dr Khir hendak tajuk "Salahguna media". Dengar-dengar ada dua jilid panjang isu-isu Karam Singh Walia si pariah dan TV3 menjatuhkan imej Barisan Nasional di Selangor hingga dikuasai oleh Pakatan rakyat.
Yang hairannya kenapa Khairy hendak debat sekarang.
Sebelum Raya, temuramah Utusan pun Khairy takut. Utusan Malaysia mahu tanyakan soalan-soalan yang sama dan diterbit pada masa yang sama dengan Khairy, Dr Khir dan Mukhriz. Khairy tak suka dan editor pun takut datang arahan dari Putrajaya dipecat.
Khairy kaki lari dari debat
Tahun ini bila sudah terdesak baru Khairy hendak debat. Buat apa duduk ditangah? Dari segi psikologi, dia kelihatan di hempit Tony Pua dan Nik Nazmi
Pada Jun 16 2002, Khairy sepatutnya mewakili Pemuda UMNO dan sudah diumum akan berdebat menentang Adlan Benan Omar dari Parti Keadilan Nasional dan Dr Dzulkifly Ahmad di atas tajuk 'Cabaran ekonomi Malaysia Selepas September 11". Tidak tahu kenapa dia suruh Affendi Zahari.
Mungkin dia kenal betapa hebat Adlan yang sama-sama menulis di dalam majallah Ethos yang diterajui Khairy. Dan kemungkinan dia seram hendak hadapi Adlan yang merupakan Juara Debat di Britain mewakili Cambridge Univeristy dan seorang graduan yang cekap dengan fakta sejarah dan undang-undang. Takut Oxford malu kalah dengan Cambridge.
Sebelum itu, Khairy dijemput sebagai ahli panel dalam Majlis anjuran The Johns Hopkins Paul H. Nitze School of Advanced International Studies (SAIS) pada Nov 8hb, 2001 bertajuk "Post-Crisis Malaysia: The Political and Economic Aftermath" di University John Hopkins, Washington.
Bersama-sama dengan Khairy dalam sesi tersebut adalah Ti Lian Ker(MCA), Dr. Syed Azman Syed Ahmad (PAS), Adlan Benan Omar (PKN), dan Lim Guan Eng (DAP). Itu kali pertama, Khairy lari takut berdebat dengan Adlan Benan Omar. Tidak percaya tanya pada ahli-ahli panel lain, selain dari Adlan yang sudah meninggal dunia.
Selepas itu, tiga kali pemimpin PAS ajak berdebat dengan budak yang hanya dikenali sebagai genius yang belajar di Oxford tetapi tidak pernah ada kerjaya bekerja dimana-mana melainkan lompat sana sini. Itu mungkin kriteria hendak jadi pemimpin.
Kali pertama, Khairy menolak cabaran berdebat yang keluar di SIASAH pada bulan pertengahan Disember 2005. Husam Musa ajak Khairy berdebat mengenai mempertahankan Ketuanan Melayu di bumi bertuah ini. Tak jadi. Mungkin topik dia tidak mahir atau dia tidak percaya pada Ketuanan melayu.
Kali kedua, Harakahdaily melaporkan pada Ogos 8hb, 2008 di mana Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) ajak berdebat mengenai tajuk 'Malaysia sebuah Negara Islam'. Bukan susahkan, gunalah Perlembagaan. Tidak pula dia terima. Mungkin tajuk tak sedap pasal dia suka negara liberal yang boleh minum arak, melawat kelab malam dan bergaul bebas dengan wanita lain walaupun dia sudah berkahwin.
Kali ketiga yang jurublog tahu dan dilaporkan Harakahdaily pada September 6hb, 2007, Khairy dicabar oleh Ustaz Nasruddin Tantawi juga. Khairy diajak berdebat dalam isu kemerdekaan negara dalam erti kata sebenar. Tidak juga dia mahu. Hahaha ... mungkin dia sebenarnya tidak mahu merdeka tetapi mahu kita dijajah Singapura dan Amerika.
Penakut
Jelas Khairy penakut dan hanya berdebat dengan orang yang tidak pandai debat.
Tujuan dia hanya untuk mengaburi perwakilan Pemuda UMNO yang kurang cekap menilai kepimpinan dan mudah dikaburi dengan hanya kecekapan berpidato. Budak Pemuda ini banyak pejenis bongok yang boleh asyik dengan kehandalan berdebat, bukan pengisian debat, dan kehandalan debat menjadi pengukur kepimpinan.
Orang yang dia hendak diajak debat adalah Mukhriz. Malah, Dr Mahathir akui Mukhriz akan kalah dalam berdebat. Seperti bapanya, dia bukan pemidato dan lebih berfikir secara teratur dan berhati-hati semacam pemimpin transformasi. Tun Abdul Razak pun bukan seorang yang hebat berpidato dan berdebat tetapi hebat merancang dan bekerja.
Kalau dilayan Khairy dengan propaganda dan psywar, jahanam alif ba dan ta. Kalau tidak mahu bercakar-cakar, tak payah berdebat. Buat rancangan di TV dan ketiga-tiga dijemput untuk berdialog. Tenteram dan aman.
Ini bukan pasal hebat debat, tapi pasal bijak, matang, dan PERJUANGAN.
* Edit 28/10/2008 9.00 pm
19 comments:
http://chegubard.blogspot.com/2008/10/khairy-melalak-nak-berdebat-dengan.html
jemput baca link itu...
setuju bro... pandai temberang nak buat apa... walk the talk, bukan talk cock...
byk occasion khairy lari dari debat.
dia desperate kerana khir toyo dah sama pencalunan dgn dia.
bagus mukhriz tidak layan. biar nombor dua dan nombor tiga.
Saya ahli UMNO tapi saya akui.. Allahyarham Adlan Benan Omar is a legend... jurubicara yang sangat hebat ... Al-Fatihah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan soleh.
KJ ni mula mula setia kawan kemudian ketuanan rakyat
ketika Tun Dr M keluar drp UMNO, Mukhriz tidak pun ikut
ia tetap dlm UMNO kerana pendiriannya sendiri untuk membawa perubahan drp dalam UMNO
bijak berdebat ni saperti yg seorang lagi tu bukan ukuran bagi jatidiri seseorang pemimpin
berdekar2 membuat macam2 janji - tak tunai satu pun, malah lepas satu helah kpd satu helah diberi
rakyat ternganga ...
Budak bangsat ni kalau berpolitik kat Filipina atau negeri Thai....memang dah lama kena tanam!
Orang tua2 dulu ada berkata....perangai sebegini di-katakan "termakan lalat"...ya itu sampai bila2 pun tidak akan ADA perasaan malu!
Salam Blogger,
Datuk Mukhriz orangnya matang dan pandang ke hadapan, saya yakin beliau dapat menghidu tektik-tektik kotor Khairy Jamaluddin yang dilihat ingin menjadi hero dalam pemilihan ketua pemuda ini.
KJ ingin pemuda lihat beliau sbg orang yang lantang, berani dan hero dalam memperjuangkan pergerakan pemuda. Namun, dia lupa apabila dia juga cuba menjadi hero di Kelantan ketika PRU 12 dan di Permatang Pauh ketika PRK Permatang Pauh dulu telah menyebabkan BN kalah teruk dalam kedua-dua pilihanraya tersebut.
Kali ini, KJ akan kalah dalam pemilihan ini jika dia tidak menggunakan wang untuk mengaut undi perwakilan.
Terima Kasih.
Sarfarizmal Saad
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com
Debat ni hanya untuk Pilihanraya Umum je. Antara penyokong dan pembangkang. Ini satu parti, apa ke jadahnya nak berdebat?
Aku harap Khir Toyo akan berjaya meninggalkan dia di belakang.
KJ nak berdebat atau nak hantammm dan memburuk2kan Mukriz tetapi dengan yang lain2 tak berani. Sejak penampilan KJ dalam politik Malaysia dalam event2 tertentu, kita nampak dan kita tahu siapa dia, ikhlas atau tidak, cakap serupa bikin atau tidak. Yang pasti - boleh menang OSCAR
wei...wei...
Sapa kata kalau Khairy menang KP UMNO, jawatan Menteri tu wajib bagi kat dia?
Zahid Hamidi dulu jadi KP UMNO pun tak merasa jadi Menteri. Nasib baik jadi Pengerusi BSN saja.
Kalau Khairy menang KP UMNO, aku syor Tok Najib lantik Khairy jadi pengerusi:
1. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) - sebab Khairy ni contoh terbaik keluarga bahagia.
atau
2. Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia - sebab Khairy suka makan nenas.
atau
3. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) - sebab Khairy bela banyak anak ikan.
Terima kasih.
amos
Tak salah KJ ajak berdebat sebab dia memang kaki betengkaq.
Mukhrij tidak ada kelebihan kecuali kalau berjalan malam, dia pakai kepala suluh jalan, cerah masa depan kita..
Masalahnya kalau Khir Toyo berdebat dengan KJ, dia cakap jawa, paham ke malaun tu..
Maaf saudara, pembetulan sedikit. KJ sebenarnya hadir di forum anjuran Johns Hopkins tersebut, tetapi dibelasah teruk oleh Adlan Benan Omar. Mungkin kerana itulah beliau langsung lari dari mana-mana jemputan berdebat dengan Adlan malah menyekat Adlan dari diterima balik ke pangkuan UMNO selesai taubat Adlan dari zaman PKR-nya.
Apa yg dia nak debat sangat. Setakat cakap berbunga-bunga saja org dah tak mahu dengar.
Elok buat Forum supaya hadirin boleh tanya apa saja soalan yg berkaitan. BAru bagi penjelasan.
Perjuangan semangat setiakawang konon.
www.mykmutara.net
Ben taubat dari politik Ezam.
Beliau masih hadir dalam program bersama teman2 Reformasi dan hadir ketika Anwar balik dari Munich - terlepas dari persoalan arwah subscribe sepenuhnya pendirian PKR. Ben adalah contoh Melayu yang berani bersaing sebab itu arwah sedia bersama PKR dan bergelut dengan argumentasi dan bukan sentimen.
Pada saya dakwaan Anwar menang retorik adalah dangkal dan melihat Anwar sebagai tidak berupaya dengan fakta juga tidak sepenuhnya tepat. Ia membayangkan seolah2 semua yang mendengar ucapan beliau di peringkat antarabangsa sebagai bodoh dan hanya sdr dan orang UMNO saja pandai.
Kalau dah takut dengan retorik Anwar, panggil saja Sanusi Junid berdebat dengan Anwar. Kenapa perlu takut dengan cara mengekang media?
Pada saya adalah penting juga Mukhriz mengasah bakat pidatonya. Suka atau tidak simpati pada Mukhriz didorong oleh pengaruh Tun Dr Mahathir dan Mukhriz dilihat mencedok peluang semasa Perdana Menteri dilihat lemah meskipun banyak asas politik Malaysia yang buruk adalah warisan Mahathir.
Kenapa tidak sokong agenda Pak Lah membebaskan kehakiman dan kita tengok sama ada Mahathir sedia atau tidak?
Komen saya, pada bila-bila masa pun tentang Khairy ialah...dia sakit dan berpenyakit!
Dalam keadaan seperti sekarang, apabila payung 'orang tua' tu dah semakin tak boleh dipakai, penyakitnya akan lebih menjadi-jadi. Dia seperti orang lemas, akan cuba bergayut walaupun pada sehelai rambut.
tengok aje posting Babi Negara di youtube, baru tahu dia handal pidato atau tak. Atau pandai menjerit je.
Mukhriz pun bukannya pandai public speaking pun
yg dok kutuk2 org lain tu hebat sgt ke? KJ, mukhriz or khir toyo masing2 ada kelebihan dan kekurangan utk menjadi KP UMNO..siapa yg terbaik pasti akan menang, kekuasaan ALLAH melebihi dan menjangkau pemikiran akal kita yg cetek ini..sama ada KJ, mukhriz atau khir toyo yg bakal menjadi KP UMNO, kita haruslah tetap bersama dalam menentang musuh yg satu iaitu pkr dan sekutunya dap..ini musuh kita, ini punca keretakan dan kejatuhan negara, mereka yg perlu ditentang, mereka yg perlu di gempur..salam setia kawan..
debat lah,apa nak takut...x kira siapa,d amerika nak jadi presiden pun berdebat,sekurang2nya x mengumpat,mata bertemu mata.....buku bertemu ruas,
Mesti berani.. menang x semestinya dgn petah bercakap dan kalah x semestinya kerana x bijak bercakap, perwakilan sudah matang utk buat keputusan...
Post a Comment