Tuesday, April 29, 2008

Apa disebalik larangan EGM oleh Abdullah?


Ia sebenarnya enggan meletakkan tempoh masa untuk Pelan Peralihan Kuasa.

Baru sahaja 3 Bahagian mengadakan EGM, Abdullah sudah membuat perintah larangan dihentikan EGM.

Adakah ini keterbukaan dan reformisasi yang konon bersandarkan demokrasi yang mahu dibawa? Adakah Abdullah boleh tergugat dengan hanya baru 3 EGM dari 191 Bahagian? Bukankah pembodek dan pengampu juga yang berkata tidak risau kerana EGM yang akan diadakan tidak sampai 50%untuk memaksa MKT memanggil EGM?

Dua respons yang saya dapat dari kenyataan Presiden parti. Respons pertama berbunyi:

EGM adalah hak keputusan ahli UMNO bukan Pak Lah atau Majlis Tertinggi.
Abdullah atau mungkin penasihatnya sedang mencerminkan Pak Lah sebagai seorang demokrat dengan kononnya mempertingkatkan kehakiman dan memberi kebebasan kepada BPR.

Permintaan pihak PKR untuk mendapatkan lesen akhbar telah diluluskan setelah 10 tahun memohon. Makkal Osai yang membakar kemarahan rakyat dan bersekongkol dengan tindakan menghasut pemimpin Hindraf pula hanya digantung sekejap sahaja.

Suratkhabar-suratkhabar, melainkan NST dan Berita Harian yang masih tidak boleh buang kebiasaaan memutar fakta, nampak agak bebas memberi liputan untuk kegiatan dan kenyataan parti pembangkang.

Jangan hairan, sekiranya Abdullah akan akhirnya tunduk kepada tuntutan de facto Menteri Kehakiman yang superliberal, Dato Zaid Ibrahim untuk dimansuhkan ISA, mempermudahkan hak untuk murtad, dan menubuhkan Interfaith Commission.

Perkembangan-perkembangan ini ada yang baik, ada yang belum boleh dipuji baik dan ada yang agak kurang bijak. Isunya di sini, jika tuntutan demokrasi pihak pembangkang dan rakyat boleh dilayani, kenapa tidak dibenarkan kepimpinan cawangan, bahagian, ahli dan akar umbi UMNO dibenarkan?

Adakah demokrasi itu untuk orang lain dan bukan ahli UMNO sendiri? Bukankah sudah dikatakan kehancuran demokrasi yang telah membawa kehancuran kepada UMNO? Bukankah sebagai pemimpin ia seharusnya "practise what he preach"!

Ahli masih mengingat lagi tindakan sabotaj dan kasar yang dilakukan dengan persetujuan Pak Lah. Dr Mahathir dikalahkan dengan menggunakan rasuah dan ugutan supaya tidak terpilih untuk menjadi perwakilan Kubang Pasu. Sebelum itu, Abdullah sendiri mengarah Dr Mahathri di tahan dari berucap dan di spray dengan ubat di lapangan terbang Kota Baru pada tahun 2006.

Baru-baru ini, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mengugut menahan ahli UMNO dari mendengar Forum MyKMU. Beliau terlibat mensabotaj majlis Tengku Razaleigh pada hari Ahad lepas. Dalam Majlis Penerangan di PWTC dan Majlis UMNO Selangor, dia telah memanipulasi supaya tiada soalan dari bawah dan memanipulasi pandangan yang akan ditimbulkan dari bawah.

Bukankah ini hipokrasi?

Itu yang satu lagi respons berkenaan larangan Abdullah berkata:

Itulah kesan EGM. Dia rasa bahangnya. Sebab itu suruh henti.
Sebenarnya usah kita asik tertipu lagi dengan tingkah laku dan kenyataan Abdullah. Walaupun dia berkata akan mengundur tetapi apabila sampai masanya, sebenarnya dia tidak mahu mengundur. Dia hanya mahu membeli masa kononnya dia akan lakukan sesuatu untuk parti dan rakyat.

Itu pembohongan.

Sudah lebih sebulan berahirnya pilihanraya, tidak ada tindakan dan kenyataan yang berakal darinya atau pun Ketua Penerangan UMNO dan "Ketua Penerangan" Kerajaan.

Abdullah hanya mahu kekal berkuasa.

Mengikut seorang ahli Forum dalam Majlis Persatuan Anak Melayu Johor pada malam Jumaat lepas, ia mahu melakukan peralihan kuasa pada tahun 2010 atas alasan mengurangkan kemiskinan. Siapa yang bakal miskin ni, Pak Lah? Patrick Lim? Kamaluddin?

Sekarang apa yang dilakukan adalah taktik memujuk. Kita akan mendengar program seperti "UMNO di Hati Ku". Program itu telah dijalankan buat di UMNO Bahagian Lembah Pantai dan Bahagian Muar.

Majlis Perpaduan Melayu di PWTC dan di JB hari minggu ini disebaliknya adalah usaha memujuk ini. Di belakang yang terlibat adalah kroni-kroni Pak Lah seperti Dato Mat Din, UTAS travel, Tuan Haji Hasan Hamzah, Persatuan Kontraktor Buku, Hj Osman Abu Bakar, UMNO Pasir Salak, Jeneral Fauzi Ujang, Jeneral Salleh, dan lain-lain. Gapena sebagai Sekretariat adalah suatu organisasi yang sudha lama dikompromi perjuangannya.

Secara halus, Majlis Perpaduan Melayu diiringi dengan taktik hentam Dr Mahathir untuk Pak Lah kelihatan hebat Pak Lah. Selari dengan ini, Dr Mahathir sedang dicaci hebat oleh bekas aktivis Semangat 46 dan bantuan parti-parti pembangkang.

Dari awal bulan Mei ini, sedang dirancang pulohan ribu Ketua-Ketua Cawangan akan diusung seribu sekali ke Seri Perdana untuk bertemu mesra dengan Pak Lah di kediamannya yang beralat sekuriti pulohan juta harganya. Dengan bulan Sepetember dan Oktober adalah bulan Ramadhan dan Syawal, mereka mengharapkan kemarahan sudah reda.

Malah bloger-bloger pun nampak gaya sedang cuba di neutralise. RTM 1 telah menyiarkan dua orang bloger utama; Dato A Kadir Jasin dan Raja Petra Kamaruddin dengan manipulasi yang minima (lebih kepada pengacara yang kurang articulate dan berpengetahuan).

Disamping itu, lihat betapa kencang serangan peribadi ke atas Dato Najib dibiar dilakukan oleh pembangkang, tanpa ada suara UMNO mempertahankan.

Tuduhan Anwar kononnya komisyen RM930 juta untuk pembelian Sukhoi dan Scorpene ditertawakan pengamal industri ketenteraan dunia. Mustahil boleh berlaku dan sebanyak itu! Tuduhan pembabitan dalam pembunuhan Altantunya dilakukan sewenang-wenangnya. Padahal ini merupakan tindakan "contempt of court".

Masaalahnya, siapa boleh membantu sekiranya Najib sendiri enggan melakukan apa-apa. Malah, penasihat dan pembantunya begitu angkuh seolah-olah tidak perlu dibantu.

Selepas memenangi jawatan Presiden UMNO nanti, Abdullah akan berdalih untuk melambat-lambatkan pelan peralihan kuasa hingga akhirnya orang penat dan lupa. Itu yang dia enggan diadakan EGM supaya ia tidak boleh terjebak untuk meletakkan kommitmen masa untuk undur.

Lihat kenyataan semalam yang kononnya kesemua 19 Bahagian UMNO Pulau Pinang mencalunkan Abdullah dan Najib sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. Bukankah itu petanda ia degil tidka mahu mengundur sebelum Desimber.

Khairy Jamaluddin mula menunjukkan cita-cita untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO, walaupun dibenci ramai. Ada lagi Ketua-Ketua Pemuda Negeri bacul yang sanggup menyatakan sokongan kepadanya. Lihat bagaimana akhbar dan media sedang hebat mengerjakan Dr Khir Toyo.

Sekiranya puas hati mereka, Mukhriz juga akan ditelanjangkan dengan fitnah. Gerakan memfitnah secara siber telah pun bermula. Apalah Mukhriz, jika ayahnya boleh dicerca begitu gaya oleh Ahmad Shaberry dan dibantu oleh pihak pembangkang dan aktivis sosial.

Inilah demokrasi ala Pak Lah. Ikut suka hatinya. Penuh dengan pembohongan.

13 comments:

phillix-starscreamer said...

hi, nama saya phillip dan saya dari subang..saya nak komen sikit..

saya rasa EGM tu tidak perlu - elections are only a few months away. kalau kita percayai demokrasi, member-member UMNO patut tunggu untuk pilihanraya UMNO, lepas itu baru suarakan isu-isu mereka.

why waste time doing what is redundant when now is the time for UMNO and BN to concentrate on serving the rakyat!

pipitart said...

He is the PM of Malaysia and whatever decision he is making will entirely be for the good of Malaysia. We dont need an explanation WHY he decided it, but we'll just wait and see what wonders can be derived from his actions.

Anonymous said...

What's the point of having the EGM? UMNO and BN should be concentrating on serving the people.

SRP is over. Let democracy rule. All UMNO members, you just got to wait for the UMNO election and contest in the next few month time!

berasiam said...

di sebaliknya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menmbuktikan wujudnya selubung ketakutan pemimpin pertengahan umno dalam menyanggah kesalahan pemimpin atasan.

"si luncai terjun dengan labu-labunya"

"biarkan, biarkan".

dalam suasana beginilah sepatutnya lebih banyak egm dilangsungkan bagi membuktikan keberanian para pemimpin pertengahan umno bertindak demi masa hadapan parti. dr. md khir toyo sebagai ketua bahagian sepatutnya memanggil egm bahagiannya selaras dengan kelantangannya bersuara mengenai peralihan kepimpinan. cakap kenalah serupa bikin, dr.

A Voice said...

AN EGM is a specific purpose meeting towards reviving UMNO by a thorough, honest and dedicated analysis on the GE 2008 result and the step forward.

Did someone said trust Pak Lah to do something right?

We haven't learn our lesson yet have we? How much more wreckage do you wnat him to do?

Thus far he and the MKT is in denial. What Pak Lah has described is it is becasue of sabotage?

Pak Lah's boys are saying it is not becasue of UMNO members and supporters giving votes to oppositions.

Mat Taib, out of spite to Khir Toyo on behalf of Khairy, is saying it is becasue of penyapu and kuil.

Do you have faith in the MKT to honestly understand the reasons for the loses?

I don't. They still did not acknowledge the family, KJ and Pak Lah weak leadership factor. THe tingkat 4 boys are still having a 8:15 to 4:15 work routine.

People have decided on their votes a year before the GE. NONE of the UMNO people realised it, except bloggers who have been alerting with critical pieces. Tapi SI LEMBIK NI DEGIL ya rabbi! Tak mahu dengar. In fact, it is his arrogance that resulted in UMNO's loss.

Thsu far, he is not only in denial, but do not want to be accountable nor responsible. HE is just a completely incompetent buffoon.

What he has done in more than 1 month? Just a camouflage of press freedom, judiciary apology, promises of independent ACA and curtail police.

Are those the major issues? NO!

Its the economy, stupid! He wreck the economy with foolish and ridiculous reforsm and catastropic implementation.

Doing a party election without a clearly planned out reform will not serve anyting. Same mistake will occur.

The party election will be undemocratic and filled with corruption and insiduous moves. An EGM shd serve to correct things becasue UMNO must start to be democratic to revive itself.

The argumenst by few comentators is fundamentally flawed and typical propaganda argument I am quite familiar with. Democrasy does not begin and end at elections. A general electiosn involving the whole poplulation can't be equated with a party election. Do distinguish the difference between right and practise!

SO better excuse plse!

farzain said...

for as long as there is no other leader that is capable of taking over abdullah's position, as it is he is still our PM.

Unless they have found someone of his calibre and integrity to be the right person for the post, is it so difficult to just stay united as a nation and give support to our leaders? Pak Lah has waken up and the only way to make everything work is to give him a chance to rectify his mistakes.

Fa So La Ti Do said...

Farzain

Almost everyone is better than Pak Lah, including the lembu grazing in the fields and the two goat he lost.

We are not short of choices - Najib, Mahyuddin, T Razaleigh, Rais, Rafidah, Shahrizat, Hishamuddin, Mukhriz, Gani, etc.

Pak Lah Integrity?

You forgot ECM Libra? New Jet? Yatch? Pulau Duyng? Patrick Lim? SComi? BSA Tahir? Many highways not known to EPU and parliament? KJ SIL placed as Naib Pemuda? Airasia? PKFZ? Cabinet and staff convicted of corruption - Zaid, Mat Taib, Zaki Zaid, etc. etc etc ......

Pak Lah capable?

Tying his shoe lace yes. Nothing more than that.

Pak Lah awaken?

Will see. If Kamal Khalid is not harrasing people, photographers will get him eventually sleeping.

He will slack and become arrogant again. Do we wait till he slack again?

We can't afford that!!!

Pesanan said...

Pak Lah tidak boleh buat keputusan, lambat buat keputusan, keputusan bertukar2, dan terlupa buat keputusan.

Pak Lah tidak terbuka. DIa takut disoal dalam majlis. DIa tahan suratkhabar dari soal. Bila disoal, dia marah2 atau tak jawab atau jawab kelain.

Dia bukan pemimpin tetapi dipimpin. Macam mana nak memimpin kita semua?

Pencen dan tidolah dolah.

farzain said...

hmm. all i can see after my comments are emotional (sometimes unverified) statements. Maybe it's just me, but to comment using realistic judgements and not merely making accusations and personal attacks to the man himself. But however it is, there are still a handful of us who still believe in pak lah's way of doing things. and the things being emotionally thrown is not enough to convince us otherwise.

Danialz said...

Ada logiknya Pak Lah buat larangan. Kan dah umumkan nak buat AGM tak lama lagi dalam masa beberapa bulan je. Bukannya nak kena tunggu sampai 2-3 tahun.

Nak bincang dan nak suarakan pendapat masing-masing salurkanlah masa AGM. Sana-sini sibuk buat EGM tak ke buang masa dan buang duit. Duit rakyat tuh tau tak?

Kalau sibuk buat EGM, bila nak start keje? Bila nak cermin diri masing-masing? Lupa kah dunia sedang menghadapi krisis ekonomi dan krisis makanan? Betapa banyak negara yang sudah mula jatuh lantaran krisis makanan dalam negara?

Apa perancangan Malaysia? Ada nak pikir? Mengata dan membongkar kesilapan antara satu sama lain memang seronok. Tapi itu semua taraf pemikiran ala surat khabar tabloid. Pilihanraya dah habis. So, semua kena start buat keje boleh tak?

A Voice said...

Farzain and Danialz

Hehehe ... everyone after him sound semotional. Well scripted. So they are not emotional and so they are perceived as having more more steady view.

These two cyber troopers will refuse to acknowledge anything written. They script is clearly that they want to send the message that:

1. Tak apa, thats the past lets forget abut it and move on.

2. Kasi second chance pak lah, give more chance he will do better.

3. He will be a great leader if given more time.

4. Mari move forward, kita ada banyak problem yang perlu dilakukan.

Do we notice the pattern? The common factor is lets keep the idiot around and make the opposition happy so they can easily knock off BN in the next PRU13.

His personality and ability will not be able to command the respect of the people ever.

How about Pak Lah do spontaneous live press conferen where people can phone in? It will do wonder for him!

Maybe it is high time they start answering and responding to my answers than allowing their scripted comments get published.

Anonymous said...

Dear The Voice,

Dulu anda sayang sangat Pak Lah. Sekarang benci sungguh kamu dengan Pak Lah.

Cakap tak serupa bikin !

A Voice said...

Anonymous 3:05 PM

Maybe you can quote anything from this blog and quoted with the right understanding, where did I "sayang sangat" Pak Lah.

Maybe early in his admiration I had some hope for a new broom to do its job well and do something well.

But never to say I "sayang sangat". Its more "berharap sangat".

However should I be considered guilty to stop hoping for him if "selling" our sovereignty??? Does it diminish my argument to go up agst him now?

I await yr reply.

My Say