Tuesday, April 08, 2008

Fikir-Fikirkan: Abdullah Perancang Pengharaman UMNO 1988


Semua kritikan dan persoalan dalam perayaan Mahathir Bashing II telah dijawab pada Majlis Fikir-Fikirkan di Hotel De Palma pada hari Ahad, April 6hb 2008 baru-baru ini. Liputan kepada Majlis ini boleh diperolehi di media perdana dan alternatif.

Namun, jawapan Dr Mahathir terhadap tuduhan Dato Ahmad Shaberry Cheek sengaja dilepas pandang oleh media.

Tuduhan Shabery

Dalam kenyataan di suatu Majlis, Shaberry, Menteri Penerangan baru menuduh Dr Mahathir sebagai penyebab UMNO diharamkan di mahkamah pada tahun 1988.

Semasa Majlis Fikir-Fikirkan, Dr Mahathir mengatakan serangan Mahathir Bashing II terbaru begitu tersusun dan bagaikan ada arahan. Selepas “Shah Berry”, merujuk kepada Ahmad Shabery, menyampaikan syarahannya di Majlis Kementerian Penerangan, serangan terhadap Tun bagaikan ada pakat-pakat. Katanya, perkara yang berpakat-pakat selalunya “ada yang tidak kena.”

Shabery telah menuduh Dr Mahathir 'dicekik dan dilemaskan' UMNO hingga menyebabkan pengharamanannya pada tahun 1988.

Kata beliau yang dipetik oleh Media Perdana, “Ketika kepemimpinan Dr Tun Dr. Mahathir, UMNO mati, musnah, dibatalkan pendaftarannya dan terus mati lagi dalam bentuk yang lain ... kita tidak mahu UMNO yang menjadi parti keramat orang Melayu ini sekali lagi mati hanya kerana Dr Tun Dr. Mahathir.

"UMNO pernah diharamkan pada zaman beliau dan kita tak mahu perkara ini berlaku lagi. Semua perkara ini saya percaya orang Melayu tak lupa, tetapi mungkin Tun Dr. Mahathir sendiri lupa mengenai apa yang pernah dilakukannya ketika memimpin UMNO.”

UMNO Baru Menyatukan

Dalam jawapan Dr Mahathir, beliau menyatakan Shabery sendiri terlibat dalam usaha memecahbelahkan UMNO. Dia terlibat menubuhkan Parti Semangat 46 dan menarik diri dari “UMNO”.

Mengikut Dr Mahathir, UMNO yang asal telah diharamkan oleh pihak mahkamah dalam saman yang telah dilakukan oleh 11 orang dari kelompok yang Shabery terlibat. Dr Mahathir bertanya, “Bila haram, siapa pulihkan?”

UMNO Baru dapat dihidupkan kembali tetapi kelompok ini enggan menyertai UMNO. Mereka menubuhkan S46 dan bersekongkol dengan parti pembangkang yang lain untuk menentang UMNO. Ini menjadikan UMNO berpecah seketika.

Namun, UMNO Baru mendapat sokongan dan dapat menyatupadukan ahli-ahli UMNO semula. Akhirnya mereka-mereka seperti Shabery kembali semula kepada UMNO setelah menyedari pengaruh mereka menurun dan perjuangan mereka itu sia-sia.

Penglibatan Abdullah Badawi

Sebenarnya diketahui ramai dikalangan mereka yang terbabit dalam Parti S46 bahawa usaha menyaman UMNO adalah dirancang oleh Dato Seri Abdullah Badawi sendiri.

Mesyuarat pertama untuk membincang usaha ini dilakukan di rumahnya di Jalan Medan Kapas, Bangsar, Kuala Lumpur. Antara yang hadhir adalah Marina Yusof, Dato Radzi Shiekh Ahmad, Zawawi Zin, dan lain-lain.

Di dalam mesyaurat itu yang dihadhiri oleh mereka-mereka yang boleh digelar sebagai orang-orang Musa (Hitam) dan orang-orang Dolah, Abdullah sendiri yang membuat keputusan untuk menyaman UMNO di mahkamah dan dipersetujui oleh mereka yang hadhir.

Berikutan mesyuarat pertama, mesyuarat kedua diadakan di rumah Puan Marina Yusof di Ampang Hilir.

Penggerak utama rancangan ini adalah mantan terbaru Setiausaha Agong UMNO, Radzi Sheikh Ahmad sendiri. Sepanjang penyediaan kes dan setiap hari perbicaraan. Kesebelasan mereka yang menyaman UMNO berkumpul dan berbincang di rumah Radzi.

Mengikut sumber-sumber terdekat Tengku Razaleigh, Ku Li tidak dilibatkan langsung dan sedang berada di luar negara selama dua bulan semasa perancangan tersebut.

Untuk kepastian, cuba ditanyakan pengikut-pengikut setia Ku Li yang terlibat dalam peristiwa itu seperti Dato Manan Osman, Aspan Alias, Dr Hasan Ali, dan lain-lain. Mungkin boleh ditanya Dato Radzi sendiri yang sudah teramat kecewa dengan pentadbiran Abdullah badawi hingga meletakkan jawatan.

Walaupun kekalahan kelompok Musa, Abdullah Badawi masih menang jawatan Naib Presiden pada tahun 1987. Abdullah tidak masuk Parti S46 tetapi kekal dalam UMNO. Malah Abdullah ditawarkan sebagai Naib Presiden Protem UMNO Baru.

Disebabkan penglibatan dalam pengharaman UMNO, Abdullah dianggap sebagai musuh dalam selimut dan terpaksa dipecat dari jawatan Menteri Pertahanan. Walaupun dipecat, mengikut Dr Mahathir dalam Majlis itu, Abdullah telah ditawarkan jawatan dalam Petronas. Sumber-sumber Hicom pun memberitahu, dia telah di tawarkan jawatan sebagai Pengerusi Hicom.

Akhirnya atas gesaan arwah isterinya Datin Seri Hendon, Abdullah akhirnya berjumpa Dr Mahathir untuk mengaku tidak ada kebolehan dalam dunia perniagaan dan korporat dan memohon kembali ke dalam jemaah Menteri.

Akhirnya dia diberikan jawatan Menteri Pertahanan pada tahun 1991. Malah dia masih dikekalkan di dalam jemaah Kabinet, walaupun kalah Naib Presiden pada tahun 1993.

Siapa yang baik dan siapa yang jahat?

Cerita Lapuk Yang Ketinggalan Zaman

Peristiwa pengharaman UMNO pun mempunyai kaitan dengan penyingkiran Tun Salleh Abbas sebagai Presiden Mahkamah Persekutuan. Peristiwa ini menjadi asas tuduhan bahawa Dr Mahathir bertanggungjawab dalam ketirisan Institusi Kehakiman yang dibuat oleh Abdullah pada hari Ahad lepas dalam Majlis Amanat Presiden kepada Ketua-ketua Penerangan UMNO.

Menjawab perkara ini, Dr Mahathir menyatakan penyingkiran Tun Salleh pada rasminya dilakukan oleh Tribunal dan anggota Tribunal bukan diatur olehnya. Mungkin perkara ini perlu dihuraikan di posting yang lain.

Perkara pokok yang perlu dihayati sini adalah mereka-mereka yang kembali kepada UMNO telah kembali kepada UMNO tanpa syarat. Setelah diterima kembali dalam UMNO dan diberi peranan semula, mereka-mereka yang menyerah kalah sepatutnya tidak menimbulkan perkara lapuk yang tidak releven dan desperado menyalahkan sana sini untuk memberi justifikasi kelemahan kepada pentadbiran Abdullah.

Bagi pengundi-pengundi dan ahli-ahli UMNO yang sekarang berumor dalam 30 tahun, semasa peristiwa ini berlaku umor mereka adalah 10 tahun. Peristiwa-peristiwa yang melibatan pergeseran lama pada tahun-tahun awal pentadbiran Dr Mahathir sudah tidak releven kepada senario politik, dan pembangunan ekonomi dan sosial sekarang.

Masaalahnya sekarang yang menjadi kegusaran rakyat adalah kepimpinan Abdullah Badawi yang lemah.

Dari kenyataan-kenyataan, penafian-penafian dan alasan-alasan yang diberi oleh Abdullah Badawi pada Majlis Hari Ahad, ia hanya membuka lagi pekong dadanya kepada rakyat Malaysia dan ahli UMNO semuanya.

Abdullah hanya menyalahkan orang lain dan tidak mahu menerima kenyataan bahawa dirinya dan menantunya, Khairy adalah penyebab dan pencetus utama kekalahan BN. Kesemua anak-anak muda Tingkat 4 masih dikekalkan lagi. Itu untuk huraian di lain masa.

Menyentuh mengenai kenyataan Dato Zahid Hamidi, Menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, yang berkata jangan membuang batu di dalam rumah kaca, mungkin nasihat itu perlu di sampaikan kepada Abdullah sendiri dan rakan-rakan Chorus Girl Zahid. Memang perlu kita semua bermuhasabah, terutama Zahid sendiri.

Masa dan sejarah akan mengadili, tunggu dan lihatlah … tak lama.

6 comments:

Anonymous said...

setuju dgn pendapat yang disiarkan dlm blog raja petra..
"forget mahathir..he is history..dollah is present n future"

Unknown said...

you should get my wallpapper on this matter. very nice one. you should not miss it. take it here.


http://tbsbidayuh.blogspot.com

eddy said...

Si Dollah ini rupanya pandai gak tapi pandai pusing sampai putar alam sekali. Maka benarlah kata-kata orang selama ini yang Si Dolah yang seorang dari konspirator yang mensabotaj UMNO dengan membawa UMNO ke mahkamah dan akibatnya UMNO di haramkan.

Keparat sungguh si Shabery ini, masuk cabinet jadi Menteri Penerangan cakap berkobar-kobar macam membawa angin baru rupanya Minister of Disinformation sama taraf dengan Joseph Goebbel lah hang ni Shabery. Dollah angkat hang jadi Menteri sama dengan Zahid tu agaknya kalau Dolah letak punggung dia depan kau berdua dan kentut kat muka hang pun hang kata wonderful boss Can you do it again please.

Walaubagaimanapun memang besar jiwa orang bernama Mahathir ini, saya tabik spring kat Tun sebab ambil balik Dolah ni selepas UMNO baru ditubuhkan. Kalau orang berjiwa kerdil macam saya ni saya dah lama balun siDollah ni biar dia balik ke Kepala Batas jual tiket bas sahja daripada mengangkat orang yang langsung tak gerti malu dan tiada ber budi bahasa menghormati orang yang mengangkat dia dari longkang dan naikkan dia sampai jadi PM Malaysia ke=5.

Selepas PRU11 2004, bukan main gah si Dollah ni. Beli Kapalterbang baru, buat PM office dia macam office Presiden Amerika siap dengan penasihat2 pandai dari Oxford di tingkat 4, pergi holiday bagai nak rak sampai masa banjir besar di Johor singgah sekejap je sebab nak buka kedai nasi kandar di Australia,menyalah gunakan wang ehsan terengganu sampai DYMM Sultan Murka.

Bila Dr Mahathir kritik bukan main marah dengan Dr Mahathir. Bila pengundi kata NO DOLLAH we have had enough of your inept and weak leadership tak boleh terima, kata pulak salah saboteur UMNO, Dr Mahathir dan Ku Li yang berjasa tak terhingga kepada UMNO pun salah tapi dia tidak salah.

Dollah kami tak kan cakap lagi kalau hang sayang UMNO hang akan undur sebab sejarah menunjukkan yang hang cuma sayangkan diri hang dan keluarga dan anak menantu hang. Maka orang macam hang ni terpaksa lah di paksa undur oleh akar umbi UMNO yang sememangnya sayangkan UMNO nak harapkan Majlis Tertinggi malam lah, mereka ni pun sama 2 kali lima dengan Dollah lebih sayang kat diri mereka dari UMNO kita.

Anonymous said...

i believe u should get your fact right on this one boss. i attached the media statement of Abdul Rahim Abd Rahman the representative of the 'Gang 11' or 'UMNO 11'.

Kenyataan Media

Saya ABDUL RAHIM BIN ABDUL RAHMAN ialah salah seorang daripada plaintif kes tuntutan yang dibuat terhadap UMNO Malaysia pada tahun 1988. Dalam rekod Malaysia Law Journal (MLJ) kes berkenaan disebut sebagai Mohd Noor Othman & Ors vs Mohd Yusof Jaafar & Ors (KL Civil Suit No. R8-22-28-1988). Mohd Noor bin Othman & Ors juga dikenali sebagai Kumpulan 11.

Sebagai seorang ahli UMNO yang bertanggungjawab terhadap parti, say berterima kasih atas beberapa usaha dan langkah yng diambil oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi merangkap Presiden UMNO Malaysia untuk memulihkan keyakinan rakya khususny berhubang kepercayan terhadap system kehakiman Malaysa.

Selama hamper dua dekad, badan kehakiman Negara mengalami kemelut campur tangan pihak eksekutif khususnya Mantan Perdana Menteri Malaysia (TMM). Selama dua dekad juga banyak sejarah atau fakta sejarah sama ada tidak ditulis dengan betul atau tidak diberitahu dengan betul oleh pihak Mantan Perdana Menteri (TMM) khususnya mengenai;

1. Kes pengharaman parti UMNO
2. Kes pemecatan Ketua hakim Negara dan jug Hakim-hakim Kanan pada tahun 1988,

Sebagai ahli UMNO dan orang melayu, selama dua puluh tahun juga saya mengambil pendirian tidak menulis sebarang buku atau memoir bagi tujuan menyanggah apa juga fakta atau kenyataan oleh TMM dan UMNO kerana saya menaruh harapan tinggi bahawa UMNO akan pulih seperti sediakala terutama pada tahun 1996 bila mana UMNO Baru bertukar wajah dan kembali kepad asal dengan pembubaran Parti Melayu Semangat 46 dan UMNO kembali menjadi satu.

Walau bagaimanapun, harapan saya meleset apabila Mantan Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia (TMM) sama ada secara sedar atau sengaja membangkitkan banyak isu berkaitan kepimpinan Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, orang yang beliau tunjuk menggantikannya sebagai Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Soalannya, apakah beliau merupakan “THE SAINT” yang tidak terlepas daripada kesalahan dan dosa? Soalannya, apakah beliau lupa bahawa banyak kesalahan dan dosa beliau terhadap ahli-ahli UMNO dan juga rakya masih belum ditebus?

Sejak kebelakangan ini TMM dengan lantang dan tanpa segan silu mempertikaikan, menyalahkan serta memomokkan segala perkara yang berlaku dalam UMNO, Barisan Nasional dan juga Kerajaan Malaysia. Pada hemat saya, beliau sengaja melemparkan kritikan-kritikan pedas serta memperkecilkan YAB Perdana Menteri kerana tergugat oleh ketelusan YAB Perdana Menteri serta didorong rasa takut bahawa kesalahan-kesalahan beliau akan terdedah satu demi satu.

Isu terbaru yang semakin mendapat perhatian rakyat ialah kes berkaitan pemecatan bekas Ketua hakim Negara Tun Salleh Abbas dan Hakim-hakim Kanan lain pada 1988. Terbaru pada 17 April 2008, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembersihan (exoneration) krisis kehakiman 1988. Sejarah hitam inilah yang telah menyebabkan Kerajaan Malaysia sentiasa dianggap tidak telus dan tidak adil selama ini bukan sahaja oleh rakyt sendiri tetapi juga pada mata dunia.

Saya ingin menyorot peristiwa bagaimana bekas Ketua hakim Negara dan hakim-hakim Kanan lain menjadi mangsa kerakusan kuasa TMM.

Apabila Kumpulan 11 merayu kepada ibu pejabat UMNO supaya siasatan dibuat dan memohon pertimbangan terhadap beberapa kes di mana cawangan-cawangan dan perwakilan UMNO pada peringkat bahagian didapati tidak sah, TMM selaku Presiden UMNO dan Tan Sri Sanusi Junid sebagai Setiausaha Agung UMNO bersikap amat tidak demokratik kerana rayuan tersebut tidak dilayan dan dijawab dengan betul. Semua kes tersebut dicatitkan dalam perbicaraan (sila rujuk penghakiman kes berkenaan). Sebelum itu tidak seorang pun berani mempertikaikan tingkah laku TMM dan juga Tan Sri Sanusi Junid yang dengan sewenang-wenangnya mentadbir parti mengikut acuan dan citarasa mereka.

Antara kes yang jelas ialah;

1. Penipuan Perwakilan Pemuda UMNO Malaysia yang melebihi had umur ke Perhimpunan Agung UMNO.
2. Beberapa bahagian UMNO terutamanya Pasir Putih dan Nibong Tebal yang dengan sendirinya telah mengeluarkan notis arahan mesyuarat semula Perhimpunan Perwakilan Bahagian tersebut diadakan, tetapi UMNO Malaysia menerima keputusan mesyuarat yang tidak sah itu sebagai sah hanya menerusi telegram.
3. Banyak cawangan dalam beberapa bahagian yang didapati tidak sah seperti Pekan dan Kuantan. Malah satu keputusan telah dibuat supaya bahagian Kuantan mengadakan semula mesyuarat. Kenapa?

Apabila Kumpulan 11 mengemukakan rayuan terhadap penghakiman pertama Hakim Harun Hashim, memohon satu deklarasi bahawa perhimpunan perwakilan ke 37 UMNO tersebut tidak sah dan supaya perhimpunan semula perwakilan tersebut diadakan, TMM berasa amat gusar dan takut terhadap tuntutan tersebut. Disitulah bermulanya episod The “Grand” Design of Mahathir.

Seterusnya Kumpulan 11 tlah merayu ke Mahkamah Agung supaya penghakiman pertama Hakim Harun Hashim dibatalkan bagi mengelakkan UMNO diharamkan dan menuntut supaya pemilihan semula perwakilan diadakan. Malangnya, TMM selaku Presiden UMNO dan Tan Sri Sanusi Junid sebagai Setiausaha Agung UMNO pada ketika itu telah memohon supaya UMNO Malaysia diharamkan.

 Disinilah bermulanya the “Grand” Design Mahathir untuk memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas beserta Hakim-hakim Kanan lain yang berpunca daripada rasa takut tersebut. Ini kerana berdasarkan fakta-fakta kes, TMM telah diberitahu dan yakin bahawa Ketua Hakim Negara serta Hakim-hakim Kanan lain akan membuat penghakiman membenarkan rayuan oleh kumpulan 11 itu.


ABDUL RAHIM BIN ABD RAHMAN
Mewakili sahabat-sahabat lain.
Kuala Lumpur.
10.00 pagi
19 April 2008.

hanee said...

You are absolutely correct. I salute you. The real culprit is TMM. Sebenarnya TMM yang mahu UMNO di haramkan kerana takut. Mahkamah tak haramkan. Fakta ada dilapurkan dalam MLJ. Kesian rakyat Malaysia di tipu.

hanee said...

You are very correct. Thanks for publishing the truth. The real culprit is TMM. Dia yang mau UMNO diharamkan kerana takut. Fakta ada dilapurkan dalam MLJ. Mahkamah tak haramkan UMNO cuma kata perjalanan mesyuarat tak ikut peraturan. Kesian rakyat kena tipu dan kurang membaca dan siasat.

My Say