Friday, June 27, 2008

Adakah Najib Memberi Isyarat?


Berhubung jawapan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak tentang pemilihan UMNO semasa sidang akhbar semalam, Jeanbara dari blog Depa Kata bertanya "Belum cadang atau belum buat keputusan?"

Mungkin persoalan itu timbul kerana frustasi atau kekecewaan ramai terhadap Najib yang kelihatan seolah-olah membiarkan sahaja Abdullah melakukan tindakan dan keputusan sesuka hati. Ramai yang begitu kecewa hingga memanggil Najib sebagai pengecut.

Apakah realiti disebalik persepsi? Adakah sesuatu disebalik jawapan sidang akhbar itu?

Dilema Najib

Cara permainan Dato Seri Anwar Ibrahim membuat tuduhan terhadap Najib dan Rosmah sejak pilihanraya kecil Ijok tahun lepas berkenaan kes Altantunya agak menyusahkan. Oleh kerana kes sedang berjalan, Najib tidak boleh memberikan sebarang kenyataan kerana ia kesalahan menghina mahkamah.

Akibat terlalu diasak Anwar, persepsi itu mula diterima sebagai realiti. Perkembangan terbaru pula menjadikan keadaan lebih besar penggemburannya.

Abdullah menyedari Najib adalah tentangann sebenarnya. Dia telah mengambil peluang untuk "mengunci" Najib dengan kenyataan Najib bersetuju dan menyerahkan kepadanya untuk menetapkan masa peralihan kuasa.

Peluang itu terbuka apabila media Abdullah memutarbelitkan kenyataan Najib mengenai "kesetiaan kepada parti" dengan pelajar-pelajar Malaysia di London.

Namun begitu, ramai tidak mempercayai kenyataan Abdullah kerana reputasinya yang suka berbohong. Abdullah pernah berbohong menafi mengarah Najib atau sesiapa ahli Majlis Tertinggi UMNO atau Kabinet untuk bertemu Tun Dr Mahathir.

Kenyataan itu pelik kerana Najib tidak mengiyakan dengan jelas kenyataan itu dan Abdullah masih mahu bertanding pada bulan Disember. Sumber-sumber yang boleh dipercayai berkata pertemuan itu tidak berlaku.

Kes Pembunuhan Altantunya

Ramai berpersepsi bahawa Najib dan Rosmah terlibat dengan kes pembunuhan Altantunya kerana dipengaruhi oleh pelbagai andaian dan teori-teori konspirasi.

Sehingga pelbagai tuduhan ini disertakan dengan bukti, ianya tidak boleh diterimapakai sebagai bukti. Bila terdedah pun, hanya mahkamah yang boleh menentukan bukti-bukti ini sahih. Mengikut pendapat seorang peguam, Deklarasi Berkanun yang dibuat Raja Petra tidak berasas kerana dia adalah orang ketiga dan ia masih berupa "hearsay".

Kes pembunuhan Altantunya adalah satu capital offense dan beban bukti untuk kes bunuh adalah begitu berat. Memandangkan hukuman boleh melibatkan hukum mati, bukti harus memenuhi kriteria "beyond reasonable doubt". Ia bermakna buktinya tidak ada langsung syak dan waham.

Ramai mengetepikan realiti undang-undang bahawa membuat komen dan kenyataan mengenai kes itu boleh dianggap mempengaruhi mahkamah dan adalah kesalahan menghina mahkamah (contempt of court). Jika Najib ingin menyaman sesiapa yang telah memalukannya pun, ianya hanya boleh dilakukan setelah prosiding mahkamah selesai.

Kes pembunuhan Altantunya ini mempunyai terlalu banyak elemen politik hingga susah untuk dipercayai apa sekali andaian dan teori konspirasi yang diajukan.

Dalam sehari dua selepas Abdul Razak Baginda ditangkap, perang psikoloji mengkaitkan Najib dengan kes ini melalui SMS telah tersebar. Buku Khairy Chronicle pernah menceritakan rancangan Khairy untuk membunh kerjaya politik Najib.

Walaupun Deklarasi Berkanun Raja Petra tidak dapat dilihat kesahihannya, namun menarik sekali kenyataan Abdullah menafikan pembabitan Najib dan Rosmah. Abdullah dan Khairy juga telah menafikan menerima surat laporan sulit tentera berkenaan kes ini.

Ramai bekas askar dan polis mengalami masaalah psikologi dari menembak mati musuh dan penjenayah. Adakah logik untuk Rosmah mendedahkan diri untuk menyaksikan pengeboman mayat manusia dan tidak merasai kesan psikologi pada dirinya?

Walaupun ada yang menganggap Deklarasi Berkanun itu hanya publicity stunt Raja Petra, perlu difahami dia sedang menghadapi tuduhan mahkamah dibawah Akta Hasutan dan ia perlukan lakukan sesuatu untuk kesnya.

Ramai melihat tuduhan terhadap Raja Petra yang akan dibicarakan pada awal bulan Oktober boleh dilihat sebagai usaha untuk menyusahkan kempen Najib dalam pemilihan UMNO pada bulan Disember kelak. Mengapa artikel itu yang digunakan untuk tuduhan hasutan, dan bukan artikel-artikel Raja Petra lain?

Disebaliknya, laporan polis oleh Pendakwa Raya terhadap Raja Petra pun mempunyai justifikasinya kerana kelihatan seolah-olah tindakan Raja Petra boleh mencampuri perjalanan prosiding mahkamah yang ada.

Kenyataan Sidang Akhbar

Selain masaalah persepsi yang perlu dihadapi Najib, ia berada dalam kedudukan yang agak serba salah dan terkekang oleh seorang bos yang tidak rasional dan berubah-ubah dalam membuat keputusan.

Abdullah, bukan sahaja menyerlah tetapi begitu kerap, membuat keputusan tanpa berbincang dengan kabinet. Sudah menjadi kelaziman untuk menginterpretasi sesuka hati dan melanggar undang-undang, peraturan-peraturan dan amalan-amalan terdahulu (precedent) parti dan kerajaan.

Keadaan bertambah buruk dengan budaya takut dan mengampu untuk kepentingan diri yang berleluasa di dalam Kabinet dan Majlis Tertinggi. Tentu sekali sebarang teguran dan penentangan tidak akan mendapat sokongan dan bantuan dari rakan-rakan lain.

Disebaliknya, jika Najib tidak menyahut panggilan berjuang oleh akar umbi dan desakan Dr Mahathir, dia sedar kerjaya politiknya akan berkubur bersama Abdullah. Najib terlalu dekat dengan Abdullah bagaikan degupan jantung untuk dapat melakukan apa-apa. Jika keadaan ini terus dibiarkan, kesalahan-kesalahan Abdullah akan dianggap sebagai kesalahannya juga.

Tetapi Abdullah tidak akan menerima Najib sebagai regu pertandingan kerana terlalu jelas keutamaannya adalah untuk meletakkan Khairy dalam kedudukkan untuk menggantinya. Pilihan Najib hanyalah untuk menentang Abdullah.

Pasti dia sedari harapan akar umbi kepadanya untuk menurunkan Abdullah kerana kedudukan politiknya yang lebih viable. Jika dia bergerak terlalu awal, dia bakal dikorbankan. Keadaan ini bagaikan menarik benang dari tepung yang tidak boleh terlerai.

Laporan Bernama bertarikh 27 Jun, 2008 menarik. Sedutannya adalah seperti berikut:

Najib Belum Cadang Bertanding Jawatan Presiden

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari Khamis berkata beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata belum tiba masa untuk beliau mengumumkan mengenai perkara itu.

"Saya akan buat ketetapan apabila sampai masanya, ada masa lagi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini Khamis malam.

Mengikut peraturan Umno, calon jawatan Presiden perlu mendapat pencalonan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keseluruhan bahagian Umno di seluruh negara. ...
Dengan mengatakan belum tiba masa untuk membuat pengumuman, adakah Najib sedang memberi isyarat kepada pengikut-pengikutnya?

Mungkin mereka sahaja yang faham.

Diharap demikian, kerana tataetika UMNO yang baru dikeluarkan oleh Majlis Tertinggi seolah-olah usaha untuk mengekang kemaraan Tengku Razaleigh dan Tan Sri Muhyiddin.

Bagi ramai orang, siapa pengganti Abdullah adalah isu kedua, kerana keutamaan adalah untuk memastikan Abdullah berundur segera. Jika ia berterusan, kita hanya akan terus mengalami huruhara dan kehancuran akibat kuncu-kuncu Abdullah yang berleluasa menggadaikan kedaulatan agama, bangsa dan negara.

3 comments:

AIDC said...

Anwar tak akan diredhaiNYA sampai kiamat walaupun bercita2 mahu jadi PM

Anwar mengakui hubungan dengan Yahudi

http://www.youtube.com/watch?v=je403BiF6Pc


Anwar kata NO to Negara Islam & Mahkamah Syariah

http://www.youtube.com/watch?v=b1xVDkj1Njw&feature=related

sumber :
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

Anonymous said...

Ada fakta menarik kenapa Anwar tidak boleh menjadi perdana menteri malaysia. "50 REASONS WHY ANWAR IBRAHIM CANNOT BECOME THE PRIME MINISTER OF MALAYSIA"
(From the book by Khalid Jafri originally written in Malay. This book is now banned in Malaysia. Now translated into English.)Boleh dapatkan maklumatnya di internet ataupun layari di laman blog (http://politicute.blogspot.com/).

Anonymous said...

Munculnya tataetika yang begitu terperinci dan ketat kandungannya membuktikan bahawa Umno semakin parah dalam mencari dirinya sendiri. Hanya Umno yang sudah tidak mempunyai akal budi untuk menilai baik buruk sesuatu yang memerlukan tataetika sebegitu. Garis panduan yang sebelumnya yang telah mendapati Zaid Ibrahim bersalah agaknya tidak cukup rapi sehingga memerlukan tataetika yang terkini.

Pengumuman Najib itu bukan isyarat tetapi hanya sebagai membalas isyarat yang telah lama ditunjukkan oleh akar umbi supaya dia bertanding presiden. Itu satu perkembangan positif bagi Umno memandangkan presidennya sudah semacam pekak dan tuli dari memahami isyarat yang diberikan oleh ahli dan rakyat supaya dia mengosongkan kerusi. Oleh sebab akar umbi semakin letih dengan kerenah pucuk pimpinan yang ada, eloklah pucuk pimpinan yang tidak mahu mengikut tradisi hari ini disingkirkan dengan cara yang juga memecah tradisi, hanya calonkan nama Najib atau Ku Li untuk presiden Umno pada pemilihan kali ini sebagai pengajaran kepada peneraju-peneraju akan datang.

My Say