Tuesday, June 24, 2008
Pak Lah Dikritik Akar Umbi UMNO Johor
Pada hari Ahad lepas, Jun 22hb, 2008, satu lagi siri perjumpaan dengan Ketua-Ketua Cawangan diadakan di PWTC, Kuala Lumpur yang dipanggil Majlis Ramah Mesra melibatkan UMNO Johor bersama Pak Lah.
Dari 2,000 yang dijemput, adalah dalam 1,000 yang hadhir. Dalam suasana ekonomi yang sedang menyuram, siapa pula yang belanja begitu besar untuk membawa begitu ramai Ketua-Ketua Cawangan.
Kata sumber-sumber dari Johor, mereka ditempatkan di Hotel Vistana berbintang tiga. Setiap seorang dihadiahkan sehelai kain pelikat cap jenama Wali Songo dari seorang Menteri dari Perak dan wang jajan (duit berbelanja) sebanyak RM100 seorang.
Setelah teruk dibelasah akarumbi dalam sesi-sesi sebelum ini, harus disanjungi kecekalan Pak Lah untuk meneruskan program ini yang hanya akan mengulang kritikan dan kecaman terhadap kepimpinannya.
Namun, majlis untuk negeri Johor yang dihadhiri oleh Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Sri Khalid Nordin, dan Datuk Seri Adnan bertindak sebagai Juruacara tidak jauh berbeza. Malah, lebih terus terang dan tegas mereka menuntutnya mengundur.
Menurut MyKMU Johor, usul dari seorang ketua cawangan menuntut Pak Lah segera melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri mendapat sorakan kuat dari para hadhirin. Alasan mereka adalah susah untuk ahli-ahli UMNO akar umbi mempertahankan Pak Lah dari dikritik oleh rakyat Johor.
Isu-isu lain yang begitu lantang disuarakan adalah isu kenaikan harga barang yang tidak dapat kawal oleh kerajaan, isu pemencilan orang-orang Melayu Johor di Iskandar Malaysia, dan isu ketuanan dan hak-hak masyarakat Melayu di Iskandar Malaysia.
Satu usul mengenai Iskandar Malaysia yang mendapat sorakan hadhirin adalah menuntut dikajisemula pelaksanaannya yang rata-rata dilihat menyebelahi Singapura dan menjadikan Iskandar Malaysia sebagai "Woodland" kedua.
Kebanyakan usul dan pertanyaan dari para hadirin begitu jelas perasaan ketidak puasan hati ahli-ahli akarumbi UMNO di Johor.
Melainkan Ketua-Ketua Cawangan dari Bahagian UMNO Pasir Gudang yang diketuai oleh Dato Khaled Nordin, boleh dianggap rata-rata akar umbi Johor menolak kepimpinan Pak Lah dan inginkan peralihan kuasa disegerakan.
Pak Lah sudah perlu berhenti mempercayai nombor 13 itu nombor bertuah untuknya lagi. Jika akarumbi UMNO Johor, negeri yang begitu pekat kesetiaannya kepada UMNO sudah menolaknya, begitu jugalah orangramai di Johor.
Mengekalkan Pak Lah untuk PRU13, tidak menjanjikan kemenangan untuk UMNO. Janganlah berdegil lagi dan memutarbelit di suratkhabar seolah-olah ada sokongan, kerana sebenarnya tidak ada sokongan. Baik berundur sahajalah kalau sayangkan UMNO.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Say
-
▼
2008
(343)
-
▼
June
(35)
- Is this Anwar's face saving or final assault?
- Why is Anwar looking "takut kerana salah"?
- Zaid Ibrahim Chicken Out!
- Will Zaid Dare call a Royal Commission or Tribunal...
- Adakah Najib Memberi Isyarat?
- Tembelang Khalid Bocor
- Pak Lah Dikritik Akar Umbi UMNO Johor
- Kepimpinan Khalid Dipersoalkan Penggiat PKR
- BSA Tahir Freed?
- Cadangan Hub Petroleum Oleh Ku Li Di Parlimen Pada...
- A Trader's Hunch on the Recent Petrol Oil Hike
- The Greatest Fool
- Bolehkah Dinafi Pertalian Khairy dan Ezam?
- Kedurjanaan Ezam Di Dalam dan Di Luar UMNO
- Menjelang 100 Hari Khalid Sudah Amal Kronisme
- Matthias Blast Justice Chin, Exposed Unethical Jud...
- Hubungan Khalid Dengan Lim Kim Hong Sah!
- Khalid Ibrahim Menjawab Blog Ini
- "Perjanjian Pangkor II": Haru Biru Melayu di Perak
- Bekas Murid UIA Dalang Pemecatan Sanusi Junid
- Weblog Media Saka Bangsa: Kesediaan Pemuda UMNO Me...
- Bingkisan SMS: Pak Lah Politik Wang?
- Hubungan Rahsia Khalid Ibrahim dan Lim Kim Hong
- Oil Hike: Pictoral Prequel to a Perspective
- Hisham tak tarik 'handbrake'
- Ringankan beban rakyat? Pak Lah hanya cakap saja ...
- Speak Up or Forever Hold Your Peace, Tun Salleh
- Sticky: Debat UMNO-PKR; Dialog Mukhriz
- Oil Hike Reactions
- Sanusi Enggan Undur
- Majlis Tertinggi UMNO Retreat
- Oil Price Hike: It’s Not The Best of Effort, Pak Lah
- Shahrir the Market Alarmist
- Adakah Mengurangkan Biasiswa Bumiputera Mendapat P...
- Dr Mahathir Terus Bersuara
-
▼
June
(35)
8 comments:
Salam..
Sungguh kah bagai dikata?
Rakyat akan tunggu dan lihat kesungguhan UMNO Johor mempertahankan UMNO di peta Malaysia..
Keep the rakyat update!
Susah kalau tak faham signal. Bagi signal kanan, dia pergi belok kiri. Lampu merah dah menyala, ehh degil, jalan juga. Patut digantung lesen orang macam ni,
Salam perjuangan,
Sememangnya itulah suara sebenar ahli-ahli UMNO.
"Retak PKR"
http://umnodu.blogspot.com
Dari ahli akar umbi UMNO D.U
Ahli UMNO Johor dah bersuara. Bila pula Ketua - Ketua UMNO Johor nak ambil tindakan untuk memaksa Pak Lah mengundurkan diri?
Muhyiddin Yassin dan Abdul Ghani takkan nak jadi tunggul lagi??
UMNO Johor merasa rugi bila Jambatan bengkok dihentikan.
Cakap berdegar-degar. UMNO Cawangan dan Bahagian kalau benar dan berani, sila lah dalam mesyuarat cawangan dan bahagian mendatang ini, calunkan orang lain sebagai Presiden UMNO. Kita cabar UMNO Johor sekelian. Jangan hanya retorik saja.!
Saya berani bertaruh segala harta yang saya ada bahawa UMNO Johor tetap akan mencalunkan Abdullah sebagai Presiden UMNO nanti.
baguslah umno johor brani bersuara..harap2nya akan diteruskan..apa nak heran dgn pasir gudang...sapa ketuanya? kan tu anak didik sharir n musa hitam...maka nampak lah hasilya
baguslah..cepat2 lah dia turun...dia tu sedang merosakkan malaysia
Pak Lah awal-awal telah melanggar etika buku nerahnya kerana berselindung disebalik JASA dengan menganjurkan majlis ramah mesra bersama pak lah
Bas disediakan
Penginapan di sediakan , Vistana Hotel, Legend, Grand Season.
Makan Minum juga disediakan
Wang saku berbeza-beza RM100, RM130,RM150
Kain Pelikat seorang sehelai
Yang seronoknya apabila suara sebenar rakyat berkumandang, tanpa prejudis, tanpa kepentingan.
Berbeza dengan perhimpunan agung UMNO dimana hanya suara-suara berunsur mengampu sahaja yang kedengaran.
Mesej jelas telah disampaikan oleh rakyat akar umbi PAK LAH BERUNDUR
Tapi aku kurang yakin perubahan akan berlaku kerana ramai perwakilan UMNO masih bersultankan duit
Post a Comment