Wednesday, June 25, 2008

Tembelang Khalid Bocor


Baru hari minggu lepas, kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh PKR meraikan 100 pertamanya. Kini kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sudah dipersoalkan oleh ahli-ahli PKR dan juga ADUN-ADUN PKR.

Sebenarnya petanda tidak baik sudah mula timbul semasa perayaan 100 hari yang digembur-gemburkan sebagai meraikan 100 hari untuk kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Perjumpaan yang menjanjikan 100,000 kedatangan terasa amat dingin dan sepi. Ia hanya menarik dalam 10-15,000 orang saja. Jumlah ini hanya menyerupai perhimpunan Black 14 pada April 14hb, 2008 di Kampung Baru. Mungkinkah cara PKR memonopoli pentas dan perayaan telah menyinggung penggiat-penggiat PAS?

Jika dilihat, Presiden PAS dan MB-MB PAS yang diwar-warkan hadhir tidak pula hadhir. Dato Dr Hasan Ali yang sepatutnya berucap bersama-sama Lim Kit Siang tidak berucap. Yang jelas kelihatan, hanya bendera-bendera PKR di sana sini dan Anwar Ibrahim berucap.

Kini sudah terdedah wang sumbangan dari pihak swasta tidak dimasukkan di dalam akaun kerajaan negeri tetapi akaun PKR. Pemuda PAS sudah menyuarakan kekecewaan terhadap insiden ini.

Sekarang timbul pula, isu terbaru. Sebagaimana yang telah jurublog ini tulis sebelum ini, perasaan tidak puashati sudah timbul dari penyokong reformasi asal. Mereka mula menyatakan Khalid sedang berusaha mengetepikan penggiat reformasi dalam perlantikan kounselar-kounselar tempatan.

Perkara ini berlaku ikutan terdedahnya peranan Khalid dalam laporan polis yang dibuat oleh empat ahli PKR terhadap Yahya Saari, Setiausaha Khasnya sendiri. Rupanya abang Khalid sendiri, Hajiman Ibrahim yang telah mengarahkan Remy Iskandar mengator laporan tersebut.

Di dalam sidang akhbar sebelum ini, Khalid telah menyatakan penyiasatan awal menunjukkan tiada kes. Kenyataan ini pelik kerana seolah-olah Khalid bertindak sebagai jurucakap BPR. Dua hari lepas, Khalid pula mengumumkan Yahya digantung selama dua bulan menunggu penyiasatan siap.

Modus operandi Khalid ini menyerupai cara lamanya semasa memegang jawatan CEO Guthrie dan di PNB. Seorang penulis di MyKMU mendedahkan Khalid pernah melakukan cara yang sama di Guthrie. Dia memberi tekanan hingga seorang Pengurus terpaksa bukan sahaja berhenti tetapi hingga berhijrah ke New Zealand untuk mencari nafkah bagi keluarganya.

Mungkinkah salahlaku yang menyebabkan Yahya digantung itu adalah arahan Khalid sendiri? Semalam, akhbar Sinar Harian telah menyiarkan penafian Khalid dalam caption.

Yahya yang mengetahui mengenai rancangan Khalid disebalik tabir telah bertindak untuk meletak jawatan. Ramai akar umbi dan pemegang jawatan yang tidak puas hati terhadap cara penggantungan telah menyokong Yahya.

Malam semalam, sekumpulan ahli PKR berdemonstrasi menuntut Khalid meletakkan jawatan di hadapan kediaman rasmi MB di Shah Alam. Ketidak puasanhati terhadap kepimpinan Khalid yang mengikut cara pengurusan lamanya yang “self centered”, otokratik dan memaksa mula terbongkar.


Tunggu masa, mereka mungkin akan sedar cara bergerak Khalid yang penuh dengan hasad dengki yang pernah menyebabkan semua peneroka awal PNB meninggalkan organisasi itu. Kesemua mereka itu adalah orang-orang berwibawa. Rasmi Khalid sentiasa mencemburu mereka yang lebih cerdik, bijak dan berkebolehan darinya.

Lama kelamaan mereka mungkin akan sedar akan amalan kronisma Khalid yang telah jurublog dedahkan. Sumber-sumber yang boleh dipercayai dari kalangan ahli-ahli perniagaan Cina menyatakan mereka tidak puas dengan persekongkolan Khalid dengan Dato Lim Kim Hong.

Sumber-sumber yang juga boleh dipercayai menyatakan Khalid sedang menghadapai masaalah dengan bank dalam lingkungan jumlah RM1.8 juta. Dia perlu menampal balik lubang di Bank tersebut agar ianya tidak menjejaskan jawatannya dalam politik.

Alah bisa tegal biasa. Sebagaimana yang pernah dilakukan, Khalid sedang merancang untuk melencongkan projek dan kontrak kepada rakan baiknya Lim.

Apa pula peranan ahli-ahli korporat ternama di dalam PKR sekarang? Ini pun menjadi isu yang sedang ditimbulkan oleh akar umbi PKR yang melihat mereka sebagai opportunis.

Semalam Yahya berjumpa Dato Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan empat mata. Apa yang harus Anwar lakukan? Kita jangan lupa pula kata-kata Anwar semasa berkempen untuk Khalid di pilihanraya kecil Ijok. Dia menyatakan mengenali Khalid lama dan yakin dengan kejujuran dan kebolehannya.

Bagi yang mengetahui dan mengenali Anwar, mereka tidak akan menerima bulat-bulat kata-kata Anwar yang sentiasa bercambah dan bercanggah.

Pakatan Rakyat mungkin tidak berpecah hanya kerana insiden ini, walaupun pihak pembangkang Selangor berharap demikian. Namun, agak tidak adil kepada pengundi, jika cepat sangat Selangor kembali kepada pentadbiran BN/UMNO.

Mungkinkah lebih baik, PAS sahaja yang menerajui Selangor? Cuba pula Dato Dr Hasan Ali. Mungkin janji manis mu boleh dikotakan. Jangan marah.

6 comments:

Anonymous said...

better khalid than khir toyo ....

Panglima Perang Cyber said...

Bagus artikel tuan !

salam perjuangan...

kita gempur dan bongkar lagi dengan nama Tuhan yang Maha Penyayang..

Biar rakyat nampak siapa mereka yang berpura pura menjadi juara rakyat tetapi menipu mereka dengan sengaja.

Moga tiada lagi perpecahan antara bangsa melayu Islam.

Salam....

Ted Torrence said...

Just wanna inform you this blog have been officially nominated as a candidate for …
Cuma nak beritahu saudara telah dipilih sebagai calon untuk …

The Greatest Malaysian Blog – ANONYMOUS (Bahasa)
Blog Malaysia Yang Paling Bagus – SAMARAN (Bahasa)
(http://thexopinions.blogspot.com/2008/06/greatest-malaysian-blog-anonymous-bm.html)

YOUR OPINION COUNTS!

Message from:
the X opinions (http://thexopinions.blogspot.com/)

Ted Torrence said...

Just wanna inform you this blog has been officially nominated as a candidate for …

The Greatest Malaysian Blog – ANONYMOUS (English) A
(http://thexopinions.blogspot.com/2008/06/greatest-malaysian-blog-anonymous_19.html)

YOUR OPINION COUNTS!

Message from:
the X opinions (http://thexopinions.blogspot.com/)

Ted Torrence said...

Sorry, wrong link, this is the correct one ...

The Greatest Malaysian Blog – ANONYMOUS (English) A
(http://thexopinions.blogspot.com/2008/06/greatest-malaysian-blog-anonymous_19.html)

YOUR OPINION COUNTS!

Unknown said...

Sama aje BN dgn PR. Bezanya, BN dah 50 tahun kelentong rakyat, PR baru 100 hari kelentong rakyat. Kesimpulannya, rakyat telah dikelentong selama 50 tahun 3 bulan dan 10 hari.

PRU13 nanti kita ada 2 pilihan saja (1)tak payah gi mengundi, atau (2)buat undi rosak, sebab BN & PR, dua-dua pihak tak boleh pakai.

My Say