Wednesday, June 11, 2008

"Perjanjian Pangkor II": Haru Biru Melayu di Perak

Rakan setiakawan blogger perindu bulan, Penarik Beca berkali-kali menulis mengenai "Perjanjian Pangkor" II dari seawal posting Mac 31hb, 2008 tapi tidak saya hiraukan. Apabila rakan "berkeris", Tamingsari pun menulis kemelut politik Perak yang sama, sudah perlu diketengahkan menjelang 100 hari kerajaan-kerajaan baru ini.

Sejarah Perjanjian Pangkor Berulang?

TamingSari, MyKMU


Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari, 1874 antara Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Abdullah ibni Sultan Ja'afar Mua'azzam Shah. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak.

Dengan perjanjian ini ianya telah membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ditandatangani di atas sebuah kapal yang dinamakan HMS Pluto di Selat Dinding iaitu di kawasan perairan antara Lumut dan Pulau Pangkor.

Setelah perjanjian ditandatangani kemudiannya Gabenor Sir Andrew Clarke dengan berani telah bertindak menurunkan Sultan Ismail yang bersemayam di Tanjong Belanja, Parit dari pangkat Sultan dan membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" sahaja dengan memberi pencen seribu ringgit tiap-tiap bulan.

Manakala Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut. Ini adalah kesan dari Perjanjian Pangkor yang pertama.

Bagaimana pula dengan Perjanjian Pangkor Kedua?

Setelah UNMO dan Barisan Nasional (BN) tewas di negeri Perak, Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP telah membuat satu perjanjian dengan Pas mengenai perlantikan Menteri Besar.

Ianya adalah surat perjanjian antara DAP dan wakil Pas bagi membolehkan Pas menjadi Menteri Besar. Ini adalah disebabkan mengikut adat istiadat negeri Perak, Menteri Besar hendaklah dilantik dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

Menurut beberapa orang penyokong Pas, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (MB Perak) telah menandatangani surat ini secara terpaksa. Di kalangan pemimpin Pas yang tahu tentang surat perjanjian ini enggan mengulas lanjut tentang perjanjian ini kerana ianya memalukan pihak Pas sendiri.

Kalau Perjanjian Pangkor pertama ditandatangani di atas sebuah kapal Inggeris di perairan Selat Dinding, di mana pula “Perjanjian Pangkor Kedua” ini ditandatangani dan mengambil tempat? Mungkinkah di atas bekas kapal korek lombong bijih yang ada berselerak di Lembah Kinta? Hanya Pas dan DAP sahaja yang tahu.

Perjanjian Pangkor Kedua ini ditandatangani di antara Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dengan Mohd. Nizar Jamaluddin (DUN Pasir Panjang).

Walaupun ada wakil Melayu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi mengapa beliau tidak dilantik untuk menjadi Menteri Besar? Adakah disebabkan tidak mendapat perkenan Sultan Perak atau DAP sendiri yang tak berkenan.

Antara isi kandungan “Perjanjian Pangkor 2”, Menteri Besar tidak boleh:

1. Menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.
2. Menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain lain lagi.
3. Membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB, sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.

Mohd Nizar Jamaluddin dilantik Menteri Besar dan pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 wakil Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil Pas. DAP juga menuntut Speaker DUN Perak dari wakil DAP.

Menteri Besar atau DAP Memegang Kuasa?


Jika dilihat perkembangan politik di Perak sekarang siapakah yang sebenarnya berkuasa? Menteri Besar atau DAP?

Lihatlah apa yang telah berlaku apabila bila Karpal Singh (Pengerusi DAP) telah mula berani mencabar Sultan dan tidak menghiraukan lagi undang-undang.

Sehingga sekarang Karpal Singh masih berdegil untuk memohon maaf kepada Sultan Perak malah mencabar rakyat untuk membuat seberapa banyak laporan polis jika mereka suka.

Beliau dengan riak dan bangganya mempertahankan apa yang beliau telah buat. Apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahan kenyataan Karpal Singh membuatkan beliau lebih naik “tocang“.

Apa yang Menteri Besar, Mohd. Nizar buat? Hanya berdiam diri kerana sudah terikat dengan perjanjian? Di mana letaknya maruah sebagai Menteri Besar?

Rakyat tahu keris sebagai simbol tanah melayu yang mempunyai kuasa beraja dan sultan. Kalau Datuk Seri Hishammuddin boleh mohon maaf kerana menghunus keris semasa perhimpunan Agong UMNO, mengapa Karpal Singh yang menghina Sultan ini tidak boleh mohon maaf?

Bukankah tindakan Karpal ini lebih “racist” dari itu? Adakah Mohd. Nizar sedar yang beliau adalah Menteri Besar boneka dipergunakan oleh DAP demi kepentingan politik mereka.

Contohnya pemberian geran kepada beberapa kampung baru (walaupun dah lama) dilihat satu tindakan proaktif oleh sebuah kerajaan yang baru dibentuk.

Tapi hakikatnya, siapa yang memperolehi untung yang lebih. Berapa kerat Melayu yang dapat?

Kuota hartanah orang Melayu dirampas adalah yang terbaru. Menteri Besar Perak mengumumkan untuk menjual semua kuota-kuota hartanah Melayu yang tidak terjual di semua kawasan perumahan di Perak. Adakah ini gara-gara dari desakan DAP? Di pulau Pinang banyak status tanah telah ditukarkan kepada "freehold", di Perak dan Selangor pula bila agaknya?

Selepas ini apa lagi?

Inilah terjadi apabila kuasa diletak di hadapan, Pas sanggup menggadai perjuangan asal Islam dan sanggup duduk semeja, tidur sebantal dengan DAP, janji boleh kuasa walaupun hanya sebagai boneka.

Inilah yg berlaku sekarang. Apakah Pakatan Rakyat terus akan berkuasa dan seterusnya membolehkan DAP bermaharajalela di bumi Dato Maharajalela ini?

Tepuk dada tanya selera. Hanya rakyat negeri Perak sahaja yang tahu akan jawapannya.

[Jika teringin baca tulisan rakan bulan untuk mendapat persepktif sebelah sana, sila buka di sini. Hanya awas kuasa centrifuge sahabat saya yang tidak berkuasa nuklear :)]

7 comments:

Piggy Singh said...

A voice, UMNO bergantung kepada agenda Melayu sebagai asas perjuangan untuk mendapat sokongan. Konsep ini dikecam habis-habisan oleh PAS dengan menuduh perjuangan berasaskan melayu bersifat asssobiyah.

Tetapi lebih hina jika PAS menggunakan agama sebagai modal politik untuk mendapat sokongan, namun di sebalik tabir PAS sendiri telahpun menggadai hala tuju perjuangan, seperti dalam perjanjian pangkor 2.

Khabar sebegini memang tidak diketahui oleh penyokong PAS kerana tidak didedahkan oleh media mereka seperti Harakah dan Siasah. Jika BN dituduh menggunakan MSM sebagai alat penyebar agenda, PAS pula apa kurangnya, melacur Harakah dan Siasah untuk menyebar propaganda.

Kini ustaz dan penceramah PAS dengan bangganya menyebarkan berita Lim Guan Eng ingin mencontohi Kalifah Umar Abdul Aziz. Bagi saya keadilan wujud dalam diri Khalifah Umar kerana roh Islamnya. Namun menegakkan keadilan dengan mengambil contoh perbuatan bukanlah satu yang genuine.

Atas tujuan apa berita sebegini disebarkan, jika tidak untuk memberi impression kepada penyokong PAS bahawa DAP juga sedang menuju ke arah Islam. Dan para penyokong PAS mula lupa bahawa dahulunya ada seorang benggali DAP pernah berkata "over my dead body".

Anonymous said...

Tak guna la ko nak cerita yg orang ni tak betul... org ni tak bagus.. ko ingat.. ko tu bagus sangat ke??

Anonymous said...

ko pun sebagai pencacai najis semua parti politik... tak kira BN atau PR... berapa yg ko dapat utk tulisan semua ini?? 10k, 50k, 100k dan kkkkkk.. kembalilah kepada pegangan asal manusia dan ingat... sekarang ni negara kita tak ubah seperti di Zaman Jahilliyah kerana malaysia menggunakan sistem yahudi dan bukanlah sistem dari Allah s.w.t

Anonymous said...

just the another racist idealism article.. bull shit...

org melayu baru said...

bull shit le bro, mana ada perjanjian2 lagi. lu & gua tahu, atuk nenak moyang kita semua bukannya asal perak, moyang lu pun dtg dari india ke indon ke, apa kisah perjanjian2 ni, meyu ke cina ke, yahudi ke. Eh brp, kalu yahudi jadi sultan Perak pun tapi boleh maju kan semua kaum, pi mampus le, kita ramai2 sokong yahudi

A Voice said...

Tiga anonymous commentator berkata:

1. ko tu bagus sangat ke??

2. ko pun sebagai pencacai najis semua parti politik... tak kira BN atau PR... berapa yg ko dapat utk tulisan semua ini?? 10k, 50k, 100k dan kkkkkk..

3. just the another racist idealism article

Semua jawapan tidak menokok nambah kepada isu yg telah dibentang.

Rakan saya mungkin telah memenangi jackpot. Untuk kawan yang rindukan bulan, entah bagaimana repons di sana.

Saya tersenyum gembira berjaya menarik kecaman yang kosong isinya.

Ini petanda kebenaran dlm apa yg dihujah di sini.

Bagi yg menunjukkan jari telunjuk rasis, ingat jari hantu, manis dan kelenkeng dlm diam2 menunjuk pada anda.

Ingat dlm konon2 tidak rasis DAP, ia tidak mempunyai tujuan kepentingan rasis?

Kenapa DAP hanya berkempen dan bercakap utk para penuntun bukan melayu saja?

Anonymous said...

Betulke ada perjanjian? kalau ada, legal tak perjanjian tu. Kalau buat perjanjian tp tak legal tak de masalah lah kalau MB Perak sekarang ni. Tp kalau setakat kapal sigh bg pendapat pun nak bising masa Peguam Negara bg pendapat berkenaan isu MB terengganu mana suara2 tu hilang.

Tp yang penting masa BN memerintah apa yg pemimpin melayu buat untuk orang kampung and orang susah? Bila dah PR ambil alih dia bg tanah kat org kampung pun nak bising bukan bg kat org kaya tak kisahlah cina ke melayu ke india ke yg penting org kampung n orang susah.

My Say