Semasa meluncur di Internet pagi ini, saya tersempak bancian yang telah di buat oleh mSTAR yang bertanya kebolehan Ezam membantu UMNO. Bancian mudah ini menunjukkan 83% tidak percaya Ezam boleh membantu.
Kenapa ada usaha yang beriya-iya mahu memasukkan seorang yang bukan hebat sangat dan bukan boleh membantu pun? Kenapa Ezam mahu masuk kembali ke parti yang dia sendiri pernah mengatakan, "tunjukkan saya orang yang masuk Umno itu ikhlas"?
Adakah Ezam begitu bodoh percaya kata-kata Abdullah yang sering ditangkap berbohong bahawa dia benar-benar melakukan reform?
Suruhanjaya Diraja berkenaan kes VK Lingam hanya permainan media untuk memburuk-burukkan orang yang akhirnya tidak boleh mendakwa. Suruhanjaya Kehakiman hanya temberang yang sebenarnya kuasa masih padanya dan masaalah sebenar masih dirinya. Kes rasuah tidak didakwa kerana dia sendiri menahan dua pendakwaan yang telah diserahkan oleh Dr Mahathir.
Percayakah Ezam kepada Abdullah yang berlinang dengan rasuah, salah guna kuasa dan guna kuasa untuk menahan penyiasatan terhadap salahlaku Kalimullah, Kamaluddin, Khairy, Patrick Lim, dan lain-lain?
Banyak lagi perkara yang sepatutnya tidak memberi keyakinan akan keikhlasan Ezam untuk kembali kepada UMNO. Apakah "agenda sendiri" yang Ezam sebut kepada rakannya, Idris Ahmad (PAS). Memandangkan tiada anih sangat kutukan dan kritikan dari phak PKR, malah ada yang mengucapkannya "good luck", mungkinkah dia benar-benar "trojan horse"?
Saya menulis artikel ini sebagai peringatan bahawa antara Khairy dan Ezam, serta Norza dan Azmin ada satu pakatan yang sedang dilakukan. Berhati-hati kita.
Khairy Sokong Kemasukkan Ezam
Saya juga terjumpa sebuah blog yang mana satu tulisan bertarikh Jun 3hb, 2008 mempunyai nama pengarang sebagai Khairy. Tempat asal artikel ini tidak diketahui tetapi cara dan gaya tulisan boleh dikatakan "looks like, talks like and tricky like" Khairy.
Artikel Khairy itu berkata masuk dan keluar keahlian UMNO seharusnya poros. Masuk dan keluar seharusnya boleh dilakukan sesuka hati, tidak ada sekatan, dan tanpa bersyarat. Apa pula kata kata Rais berkenaan Semangat 46 perlu melalui proses untuk kembali semula? Bagaimana pula yang disebut Mukhriz bahawa mereka yang ikhlas mengambil masa 6 tahun untuk dapat jadi ahli, tetapi Ezam boleh mahu kembali dengan mudah?
Paling anih mengenai pendiriannya adalah memandangkan Perlembagaan UMNO artikel 20.10 begitu jelas ahli UMNO yang keluar dan bertanding melawan UMNO tidak boleh diterima balik seumor hidup. Kata-kata nesta Ezam dan tindak tanduknya semasa diluar seolah-olah tiada langsung batasan. Bagaimana Khairy begitu mudah boleh menyokong, jika Khairy tidak ada "agenda tersembunyinya"?
Di dalam artikel itu, Khairy hanya berupaya menafikan sahaja tuduhan terhadapnya tanpa memberi fakta atau rasional yang meyakinkan. Khairy berkonon mengatakan Anwar Ibrahim sudah jauh menyimpang dan jika Ezam seorang Trojan Horse Anwar, dialah orang yang pertama akan membakar kuda tersebut.
Mungkin Khairy perlu sangkal dahulu bahawa agenda free market, globalisasi, demokrasi ala barat, dan hubungan antarabangsa yang dibisik dan diikuti buta oleh Abdullah Badawi sama dengan agenda Anwar Ibrahim?
Khairy Lama Berkerjasama Dengan Ezam
Sehingga hari ini, Khairy masih tidak dapat meyakinkan bagaimana seorang pegawai biasa boleh pergi mengambil paslot dan hantar ke rumah Anwar Ibrahim. Mengapa perlu dia datang untuk menghantar paspot dan penghantaran paspot bermakna melanggar peraturan?
Dalam temuramah dengan Malaysiakini.com Mei 31st, 2008 bertajuk “Ezam: PM must prove himself by next GE” menceritakan perhubungannya dengan Khairy. Sedutan seperti berikut:
“After the 2004 election, Anwar’s health got worse. BN won big and Dr Wan Azizah (Wan Ismail) then asked me to work on getting Anwar out and to open negotiations. We tried all sorts of ways. I met with Rahmah Osman (former deputy minister) who was then close to Abdullah and who was sympathetic to us. We sent a group of people to see the Muslim muftis (clerics) and Umno leaders close to the PM but the message did not reach him.Saya serahkan pada pembaca untuk merumuskan dan mempercayai penafian Ezam berkenaan hubungannya dengan Khairy seterusnya. Hairankan Khairy begitu bersunggoh-sunggoh menyokong kemasukkan Ezam!
One day, a foreign reporter told me, ‘if you want to get to the PM, you get Khairy (Jamaluddin)’. I didn’t know Khairy. I must put this on record since there are so many allegations about me and him. This was about May or June 2004. So I tried to find Khairy through contacts in London and in the end I got it and I met him. That’s where my relationship with Khairy started.”
“I still met with Khairy after that to get Anwar overseas medical treatment. Khairy tried and there was an agreement to send Anwar for treatment in Singapore instead of Germany.
At first Wan Azizah did not agree, but when I met Anwar, he said 'okay'. According to Khairy, Abdullah agreed to this but the attorney-general challenged that it was against the provisions of the laws. So it did not materialise.
After a while, the court fixed a date for the appeal so we ceased discussions until the judgment. As it turned out, Anwar was released so as a courtesy I told Khairy about it and he asked if there was anything else he could do. I asked Anwar and Anwar said he wanted his passport back. So I told Khairy, and that night alone, Khairy came over to Anwar’s house with the passport. So that was the incident when Khairy visited Anwar’s house.
I want to stress - the entire process was about saving Anwar’s life, not about any deal. I thought Anwar would come to my defence when people linked me to Khairy because they all knew. In fact, I rejected all offers and remained steadfast to get Anwar out. After Anwar was free, there were no more dealings. I did not meet Khairy again. In fact, he was afraid to see me because he was suffering from fierce criticisms at that time. We ceased our relationship.”
Pertalian Norza
Sebagaimana yang diketahui ramai, Norza dan Khairy adalah sekutu lama. Ezam dan Azmin pula seolah-olah sedang berperang kerana Ezam tidak mendapat perhatian Anwar. Sunggohkah?
Kebanyakan pemerhati dan aktivis politik sudah lama mengetahui kaitan Khairy, Ezam, Norza dan Azmin. Ada yang sudah melihat perjumpaan mereka di tempat-tempat dan pejabat-pejabat yang tersorok. Tidak mungkin, merek apernah berjumpa di laur negara yang susah untuk diekori.
Jangan lupa bekas-bekas aktivis reformasi seperti Rozabil, dan lain-lain yang kini berada di dalam rangkaian terdekat Khairy.
Sejurus selepas PRU12 dan di tengah-tengah juak-juak Pak Lah sedang berusaha menganjur kononnya perjumpaan perpaduan Melayu, semasa itu juga Norza mengumumkan mengenai usaha pemuafakatan politik Melayu yang melibatkan Salahuddin Ayub (PAS) dan Azmin Ali (PKR).
Dengan pendirian Azmin yang begitu jelas menentang perjuangan UMNO dan kononnya ia kini tidak percaya kepada perjuangan berasaskan bangsa, bagaimanakah Norza boleh begitu segera mendapatkan persetujuan Azmin untuk suatu pemuafakatan politik Melayu?
Bagaimanakah begitu segera pemuafakatan itu boleh diumumkan dalam masa yang cepat selepas PRU12?
Jangan kata ia perkara yang straight forward, kerana dari perspektif politik ianya tidak.
Ezam Membantu Khairy
Sebenarnya Ezam lama sudah membantu Khairy. Harakahdaily baru-baru ini menulis suatu peristiwa yang mana Ezam bergegas dan bertegas mahu bertemu editor Harakah, Lutfi pada suatu hari Ahad, sebelum Ezam mengumumkan pengunduran dari PKR.
Kenapa ia begitu beriya-iya mahu berjumpa hari Ahad menjadi tandatanya dalam tulisan Harakah itu? Hanya yang boleh diagak, Ezam tidak mahu dilihat ramai.
Dalam pertemuan itu, Ezam meminta bantuan untuk mendapatkan dokumen untuk kononnya salah laku Dr Khir Toyo. Lutfi yang hairan dengan permintaan dan cara pertemuan itu enggan memberikan. Kemudian Lutfi diberitahu oleh aktivsi PKR bahawa Ezam sudah berpaling tadah.
Permintaan Ezam yang khusus untuk mencari salahlaku Dr Khir hanya menimbulkan satu syak yang jelas. Umum mengetahui Dr Khir adalah target Khairy dan kritikan yang dihala oleh khususnya TV3 hingga menjadi antara penyebab utama kejatuhan Selangor. Hingga hari ini, tidak ada lagi salahlaku Dr Khir yang dapat dibuktikan dan dapat cukup asas untuk didakwa di mahkamah melainkan hanya permainan media.
Walaupun kita tidak perlu mempercayai laporan Harakah, tetapi laporan ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana ia memberi petanda yang menimbulkan syak terhadap nawaitu juak-juak ini.
Pendik kata
Pendik kata, Khairy dan Ezam tidak boleh dikatakan tidak ada mempunyai perhubungan, kerjasama dan mungkin sekali persefahaman. Penafian mudah oleh Ezam dan/atau Khairy tidak mencukupi untuk diterima bulat-bulat.
Majlis Tertigggi UMNO seharusnya mengenakan probation ke atas keahlian Ezam dan rakan-rakannya. Semasa waktu probation ini, mereka perlu menunjukkan komitmen dan kesungguhan untuk membantu memperkukuhkan UMNO.
Selain itu, Ezam yang masih belum menyesali tindak tanduknya yang lepas masih belum mengaku secara terbuka kesilapan yang lepas dan meminta maaf, terutama kepada Tun Dr Mahathir.
Saya menunggu pengakuan-pengakuan terbukanya dan adakah dia sanggup hingga disaman Anwar di mahkamah?
11 comments:
Well.. Well.. Mostly what u wrote are true to a great degree.
Im sure Pemuda UMNO grassroots are not out of touch about this game..
Khairy has begun to make popular statements now (todays news)since he realised that he is not that popular with the grassroots..
The power struggle here is.. A STRUGGLE BETWEEN ANWAR AND NAJIB.. and PakLah is playing safe at both ends..
Bro Voicy, lets start our own movement to get PLah to step down...if ur game den i 've got a way whch i gess will workout as advise by my fellow fren frm d Europe..after deliberating d idea wth my fellow locals we feel its workable provided we r able to band most bloggers 2gethr..no harm in trying..heheh...wat can I say..(",)
SAY NO TO NWO!!
p.s. if ur game do acknowledge dis comment..ciao bro..(,")
KJ+Ezam+Azmin+Norza+PLah+AnWar =Illuminati+New World Order = Hanchoq, punah ranah Malaysia...
Apo nak dikato..heheh..(,")
SAY NO TO NWO!!
"Majlis Tertigggi UMNO seharusnya mengenakan probation ke atas keahlian Ezam dan rakan-rakannya. Semasa waktu probation ini,...."
probation apa lagi apabila,
"Perlembagaan UMNO artikel 20.10 begitu jelas ahli UMNO yang keluar dan bertanding melawan UMNO tidak boleh diterima balik seumor hidup."
Kalau nak cantas, elok cantas terus, jangan ada akar atau pucuknya sedikit pun. Macam mana menulis dua perkara yang bertentangan dalam satu artikel begini.
UMNO hendaklah menolak permohonan menjadi ahli Ezam [nokhtah]
Khairy is a personality in politics. So is Ezam. Much stories has been said about them. From my experience and reading in politics, regardless of the negative things being said and written on them, whether topics on the so-called good, bad or evil for that matter, they are the one who would one day be the leaders of tomorrow. When comes to leadership, history has been always for the brave and the vocal ones...
Roger conspirasist theretician.
Berasiam, yes, abide with the constitution. Next week we will see if they do.
Interersting perspective, tualang3.
I think the peopel have no problem abt the brave and vocal, but abt good vs evil, sincere vs conniving, ...
Saya tak rasa akan wujud sebarang pakatan antara mereka berempat (KJ, Ezam, Norza dan Azmin) walaupun tidak saya nafikan tentang pertalian yang kuat antara KJ dan Norza, begitu juga Ezam dan Azmin. Saya membacanya dari aspek KUASA.
Saya yakin, EPISOD CINTA KJ-NORZA akan berakhir sekiranya Pak Lah gagal berada lagi sebagai Presiden UMNO atau kiranya KJ gagal nanti di percubaan beliau untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. YA. KJ kemungkinan besar akan bertanding Ketua Pemuda UMNO.
Hubungan EZAM-AZMIN yang sebenarnya sudah lama PARAH, bukan lagi rahsia umum. Sebagaimana hebat cerita kemelut UMNO dijaja di merata tempat, begitu jugalah sama hebatnya cerita kemelut PKR dijaja orang. Semuanya berpunca di hari pergabungan Keadilan-PRM pada April 2005.
Ini cuma pandangan dan analisa peribadi saya.
Bro Voicy,
I'm trying to get hold of Biggy(BigDog) if he's game to me meet up with us..I'll get bac to you once he replied my comments on his blog.. Hopefully we can implement dis strategy to get PLah 2 step down... Dis strategy will be fool proof if we can get "The One" to participate but if we cant den its gonna b a bit slow, heheh..wat can I say..(,")
SAY NO TO NWO!!
p.s. I'll call or email u once Biggy get back to my comment..ciao bro..
Voice,
If you cannot fight them, join them.
Itu yang Ezam lakukan. Dia nak kongsi sama kekayaan yang dilimpahkan oleh Dollah pada KJ and the Geng. Lihat siapa dapat 1,200 AP untuk kereta hybrid (courtesy rocky's bru).
Cakap pasal menentang rasuah tu lakonan aje. Macam Dollah dengan Islam Hadhari dan reform kehakiman - nak tunjuk baik.
Bro Voicy,
were jst planning but now d plan is open by a blogger thru d UMNO's way,heheh..wat can I say..neway dat one way whch is gud..chck it out..http://novandri.blogspot.com/2008/06/presiden-dan-mt-umno-boleh-dilucutkan.html
here's my simple theory. this 2-faced twat has used up all his fund and what better ways to get rich quickly than to be acquainted with kery.
or...
he's simply an assh**e.
Post a Comment