Di perjumpaan hari Sabtu di Crystal Crown, Petaling Jaya, Dr Mahathir terus menuntut pengunduran Abdullah.
Perjumpaan yang anjurkan oleh ahli-ahli UMNO di bawah naungan pertubuhan-pertubuhan NGO - MMK, KECAM dan Arena PJS - adalah perjumpaan pertama Dr Mahathir selepas mengundur diri dari UMNO.
Dr Mahathir menyentuh mengenai pengunduran beliau dari UMNO dan kemasukkan Ezam ke dalam UMNO. Sekali lagi, beliau menerangkan strategi yang boleh diambil oleh ahli Parlimen BN untuk menuntut pengunduran Abdullah.
Kini khabar angin terbaru menyatakan Khairy Jamaluddin, seorang Timbalan Menteri muda, dan sekumpulan ahli BN akan keluar menjadi Bebas jika Abdullah disingkir melalui undi tidak percaya.
Politik UMNO kini dalam keadaan yang sentiasa berubah-ubah.
Suntikan Semangat Satria
Dato Ruhanie Ahmad, Moderator Mohd Zakhir dan Dato Sazmi Meah
(dari kiri ke kanan)
Dato Ruhanie memberi tekanan kepada ketirisan strategik politik geoglobal yang dipengaruhi anasir-anasir luar. Menurut beliau, Asia Tenggara ini dicemburui Amerika kerana sumber minyak dan lautnya untuk laluan minyak. Abdullah telah mengadaikan negara kepada hegemoni kuasa-kuasa barat.
Dengan berbekalkan pelbagai fakta, beliau menerangkan implikasi tindakan Abdullah membatalkan jambatan Johor, pembangunan WPI, berlabuhnya kapal perang Amerika bernuklear di Pelabuhan Kelang dan lain-lain tindakan Singapura kepada pertahanan, kepentingan dan kedaulatan negara. (sila baca tulisan beliau siri 1, siri 2, siri 3, seterusnya)
Dato Sazmi Meah yang berani menghadhirkan diri untuk hadhir kerana percaya perlunya mendengar sendiri suara akar umbi untuk disampaikan kepada kepimpinan Pemuda dan parti. Beliau dihujani dengan pelbagai soalan, teguran dan cadangan dari para hadirin.
Mengikut beliau, kepimpinan parti tidak mengetahui keadaan sebenar. Kata beliau, “Apabila atas goncang, di bawah susah.” Perubahan dari dalam sangat diperlukan.
Dato Sazmi juga menyuarakan keresahan terhadap keadaan dan tekanan politik yang boleh meleraikan ikatan politik Barisan Nasional, hubungan antara kaum, hak-hak kaum, politik Melayu, dan lain-lain.
Terus Bersuara
Ucapan Dr Mahathir di bermula dengan mengulang perspektif sejarah UMNO yang terdapat peristiwa-peristiwa yang mana pemimpin perlu mengundur diri apabila perjuangan mereka yang telah menyimpang dari perjuangan dan tidak diterima lagi oleh akar umbi.
Sehubungan dengan itu, beliau menerangkan keputusan beliau untuk keluar dari parti adalah kerana UMNO sudah menyimpang. Tegurannya telah dikekang hingga berlaku peristiwa membeli undi untuk menafikan beliau menjadi perwakilan. Ini juga sebab belia memulakan blognya sendiri yang sudah mencecah 1 juta hit dalam sebulan.
UMNO kini, katanya, sudah berbalik kepada zaman feudal yang meletakkan taat setia membuta tulis kepada Presiden parti. Parti itu sudah menjadi parti peribadi untuk Abdullah dan keluarganya.
Lompat BN
Dr Mahathir menyentuh mengenai usaha menarik ahli Parlimen Barisan Nasional untuk lompat parti. Beliau tidak yakin Anwar berupaya untuk menarik MP BN untuk lompat parti dan mengambilalih kuasa.
Beliau mengatakan bahawa adalah lebih baik MP ini menjadi ahli Bebas dan memberi tekanan untuk Abdullah turun. Mengikut Dr Mahathir, dengan hanya 35 orang, Abdullah sudah tidak mendapat majoriti dan terpaksa mengundur. Ahli Bebas ini tidak perlu melompat ke parti lawan.
Walaupun ada maklumat mengatakan sudah ada 43 ahli parlimen yang sedia lakukan sedemikian, ianya hanya perang psikologi yang tidak berjaya lagi. Hingga hari ini, Anwar masih mengubah-ubah tarikh melompat parti itu.
Mesej perang psikologi kini sudah berubah kepada pilihanaraya sekali lagi. Jika ini berlaku sebelum bulan September, ura-ura Anwar akan bertanding dalam pilihanraya kecil di Kelana Jaya atau Petaling Jaya Selatan tidak mungkin berlaku. Professor Aziz Bari dalam kenytaannya berkata Agong tidak akan memperkenankan.
Sementara itu, khabar angin yang terbaru mengatakan 47 orang ahli Parlimen yang diterajui oleh Khairy Jamaluddin akan keluar BN secara sekelompok sekiranya Abdullah disingkir melalui undi tidak percaya dan bukan melalui proses pemilihan dalam UMNO.
Abdullah Dengan Anwar?
Dr Mahathir turut memberi amaran supaya berhati-hati dengan permohonan Ezam untuk masuk UMNO. Perbuatan Ezam itu bagaikan katak dan tidak semestinya boleh berubah menjadi putera raja.
Kemasukkan Ezam menimbulkan pelbagai anggapan, tetapi sebenarnya Ezam bukan seorang ahli politik yang luar biasa hebat yang boleh menguatkan UMNO. Ezam tidak pernah menang pilihanraya.
Kedudokannya sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan hanya sebagai peneroka. Di dalam UMNO, jawatan yangdiperolehi hanya atas perlantikan dan di helikopter ke Bahagian Petaling Jaya Selatan oleh Anwar Ibrahim. Disamping itu, Ezam mempunyai pertalian melalui perkahwinan dengan Ketua Bahagian. Pemecatannya dari UMNO tidak menarik pengikut lain untuk keluar bersama.
Di dalam desperado Abdullah untuk menyelamatkan politik dan imejnya dengan tindakan yang cetek pandangan, kenyataan Ezam menyokong reformasi Abdullah dilihat satu hipokrasi.
Walaupun suara pembangkang anihnya tidak keras mengecam, beberapa laporan di Harakahdaily menunjukkan Ezam mempunyai agenda tertentu untuk masuk UMNO dan sudah ada tanda-tanda seiring sekongkol dengan gerak politik Khairy.
Najib, Muhyiddin, Rafidah dan Hishamuddin terang tidak senang dengan kehadhiran dan kenyataan Ezam. Perlembagaan UMNO 20.10 begitu jelas bahawa mereka yang pernah bertanding melawan UMNo di pilihanraya tidak boleh diterima masuk seumor hidup. Ezam pernah bertanding di bawah bendera Keadilan pada tahun 1999 di Shah Alam.
Publisiti berlebih-lebihan yang diberikan kepada kemasukan Ezam mempunyai “udang disebalik batu”. Walaupun dalam perjumpaan tertutup Ezam mengaku apa yang dikata Dr Mahathir mengenai Anwar sebagai benar, pemerhati politik masih melihat kehadhiran Ezam untuk membantu Khairy dan "kuda Trojan" untuk kemasukkan Anwar Ibrahim ke UMNO.
Perkembangan-perkembangan terbaru ini hanya menguatkan lagi khabar bahawa Abdullah, Khairy dan Anwar Ibrahim bersekongkol.
Bukan Kad Perkauman
Seorang hadirin menegur media supaya berlaku adil dan tidak memutarbelit dalam membincangkan isu orang MelayuDalam menyentuh kenyataan Nazri berkenaan perubahan peratus biasiswa kerajaan kepada bukan Bumiputera dan Bumipuetra, Dr Mahathir mengingatkan orang Melayu yang kononnya yakin boleh bersaing tanpa DEB supaya melihat keadaan sekeliling.
Mereka mendapat pelajaran, pekerjaan, juga perniagaan dan pelbagai pencapaian hasil bantuan DEB. Bagaimana mereka mengatakan mereka sudah boleh bersaing, jika mereka sendiri tidak pernah bersaing? Perlu ditanya adakah orang Melayu rata-rata sudah sedia bersaing?
Dr Mahathir menyarankan apa yang ada perlu dipertahankan hingga kita benar-benar boleh bersaing.
Dalam membalas tuduhan perkauman sesetangah pihak terhadapnya dan orang Melayu, beliau berkata, apabila orang Melayu berbincang sesama mereka untuk memajukan orang Melayu, itu dipanggil perkauman. Namun, apabila mereka membuat tuntutan untuk kaum mereka, ianya tidak dianggap perkauman.
7 comments:
Saya teringat zaman Tunku Abdul Rahman yang sentiasa mengungkapkan kata kata `takpaa biarkan mereka buat apa mereka nak buat.'Kalau mereka nak nak berdamai kita berdamai, dan kalau mereka tak mahu berdamai apaa boleh kita nak buat..'
Tualang3
Apa pun rationale dan alasan yang diterima ramai, selain jasa dalam negotiation utk merdeka, saya tidak perakui kehebatan Tunku.
Tunku Abdul Rahman seorang pengecut yang tidak berani melakukan sesuatu ke atas Lee Kuan Yew yg bermain politik kaum.
Tun Dr Ismail berhenti dari kerajaan kerana Tunku takut untuk sumbat LKY masuk penjara.
Oleh kerana Tunku tidak pandai control LKY dan tidak berupaya handle LKY, maka dia mengambil jalan mudah untuk keluarkan Singapura dari Malaysia. Padahal Singapura itu tanah orang johor.
Kenapa tidak keluarkan Penang yg merupakan sebahagian tanah Kedah?
Kalau sikap Tunku ABdul Rahman yang dibawa2 oleh Abdullah, maka akhirnya siang2 kita sudah lihat Yahudi Mata Sepet ini menjadi ancaman kepada kita.
Pulau Batu Puteh telah jatuh kepada permainan Yahudi dan WPI diberi percuma oleh Abdullah utk Singapura meluaskan kawasan. Johor lagi?
Orang utara lagi memandai2 dalam kawasan negeri Johor. Nasib baik Dr Mahathir perjuangkan Johor.
Setuju dgn anda, A Voice.
Gara2 PM pertama kita yg lemah dan berskandal, bodoh2 sahaja Singapura di 'jual'. Siapa Lee Kuan Yew? Semasa itu komunis se Malaya pun kita mampu gempur. Masakan si Lee Kuan Yew samseng dan bapa ayam sorang tu.
Mungkin tak di gempur kerana Lee Kuan Yew ini dahulu mempunyai ramai ayam-ayam yang Tunku takut. Tunku allergic kat ayam kot.
Perkembangan-perkembangan terbaru ini hanya menguatkan lagi khabar bahawa Abdullah, Khairy dan Anwar Ibrahim bersekongkol...
Kita renungkan bersama...
- Pembedahan Anwar diaturkan oleh Ezam
- Pasport Anwar diuruskan oleh Khairy
- Kebebasan Anwar dipersetujui Pak Lah
The rakyat knows... Up to Ahli2 UMNO to decide.. ONLY IF THEY ARE WISE...
If the answer to any questions/difficulty is to sumbat someone into jail, then it shows how mature we are.
Anonymous
In reply to yr comment, Tun Dr Ismail is the Home Minister before reverting back to medical practise and eventually return back after Mei 13.
If you care to read the NOC Report which is available at the public library, Lee Kuan Yew is involved in instigating racial riots with the new revived slogan Malayan for Malayan as Malaysian Malaysia.
According to the law on ISA, the police has the right to hold him for 60 days for questioning and subsequently by the power of the Minister hold im for 2 years subject to renewal.
If you care to read the report, LKY is behind some 4 major racial riots all over the country before culminating into 13 Mei 1969 that occur after Spore left in 1965. He even questioned Malay historical right over this land in parliament.
If Tunku heed Tun dr ISmail, we will not have seen the breakup of this Johor land.
Siapa ekk....Tok Uban yang menegur media dengan mukadimmah yang sebegitu panjang itu????
Post a Comment