Wednesday, August 27, 2008

Kekalahan Teruk BN di Permatang Pauh II: Suara Desakan Ku Li Meninggi!


Dalam kenyataan yang disiarkan di Rocky Bru, Ku Li bersuara dengan tegas. Berikut adalah sedutan-sedutan kenyataannya yang keluar malam tadi:

It is time to face the music: it is we who have been buried:

- Our leadership is rejected by the rakyat and, moreover, is rejected by our own members. BN’s vote count was less than the number of UMNO members in the constituency.
- Within and among our component parties we ran a poorly coordinated and listless campaign against a motivated Opposition.
- What scraps of credibility the Prime Minister and his Deputy had left after March 8 are gone
.

Tambahnya lagi:

...he does not have the minimal credibility needed to run the country day by day, let alone to take it in the new directions we need to go in a complex world. He may not have the credibility needed to keep the country together. This dangerous situation cannot continue, and it will not.
Adakah tinggal Ku Li sahaja yang berani terus menepuk rostrum dalam UMNO?

Kenyataan penuhnya yang diambil dari RockyBru2 dan terjemahan rasmi adalah seperti berikut:

------------------------------

Statement on the Result of the Permatang Pauh By-Election


26 August 26, 2008

YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Member of Parliament, Gua Musang
31 Jalan Langgak Golf
55000 Kuala Lumpur

Today, five months after we met with the biggest General Election loss in our history, UMNO has suffered a landslide loss at Permatang Pauh. This despite the mobilization of the entire leadership and resources of a party that has held the machinery of government without pause for fifty years. This despite a campaign that embarrassed and divided the nation with its ugliness. It is time to face the music: it is we who have been buried:

- Our leadership is rejected by the rakyat and, moreover, is rejected by our own members. BN’s vote count was less than the number of UMNO members in the constituency.
- Within and among our component parties we ran a poorly coordinated and listless campaign against a motivated Opposition.
- What scraps of credibility the Prime Minister and his Deputy had left after March 8 are gone.


Today’s report card, delivered to a Prime Minister who is accountable also as Liaison Chief of UMNO Penang and Chairman of BN, is impossible to hide: he does not have the minimal credibility needed to run the country day by day, let alone to take it in the new directions we need to go in a complex world. He may not have the credibility needed to keep the country together. This dangerous situation cannot continue, and it will not.

I appeal to the members of UMNO and of BN’s component parties to stand by UMNO in our hour of crisis, and to take a sober historical perspective. The people of Malaysia and along with them, Umno’s ordinary members, have found their democratic voice. They demand leadership that can be trusted to unite our people, to restore confidence in our institutions, and forge a clear national direction. Today is proof that this wave cannot be held back. UMNO must change. We must begin by renewing our Party leadership. I am confident that by December, we shall.


Tengku Razaleigh Hamzah


-------------------------------

Kenyataan Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

26 Ogos, 2008

YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen, Gua Musang
31 Jalan Langgak Golf
55000 Kuala Lumpur

Lima bulan lalu UMNO mengalami hakisan dominasi politik terburuk dalam sejarah menerusi Pilihanraya Umum yang menyaksikan kehilangan kuasa di lima buah negeri serta penguasaan dua pertiga kerusi Parlimen, dan kini ia berulang lagi melalui Pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Kekalahan ini begitu dirasai walaupun dengan mengerahkan seluruh kepimpinan dan menggunakan pelbagai sumber yang ada namun parti yang telah menerajui kerajaan selama lima puluh tahun kecundang juga akhirnya.

Disebalik pelbagai kempen walaupun hingga ketahap menghina dan memecah-belahkan perpaduan rakyat. ternyata kita tetap kalah Sewajarnya kita menerima hakikat sebenar: kita telah dikuburkan dan bukan kita menguburkan mereka:

* Kepimpinan Negara masa kini jelas telah ditolak oleh rakyat dan ahli-ahli kita sendiri. Kiraan undi untuk calon Barisan Nasional kurang daripada jumlah keseluruhan ahli UMNO di Permatang Pauh.
* Dikalangan parti-parti komponen, kempen kita bukan sahaja tidak bermaya, bahkan tidak diselaras dan diselia dengan baik.
* Keyakinan rakyat terhadap Perdana Menteri dan Timbalannya yang terhakis selepas pilihanraya umum 8 Mac 2008 kini terhapus dan lebur sama sekali.


Laporan yang dihantar kepada Perdana Menteri selaku Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Pengerusi BN, tidak mungkin mampu menyembunyikan kehilangan kredibiliti dirinya sebagaimana diperlukan untuk mengurus serta mentadbir Negara, apatah lagi bagi mengemudinya ke arah baru dalam dunia yang serba kompleks. Beliau tidak lagi mempunyai kredibiliti yang diperlukan kearah penyatuan Negara. Keadaan ini amat merbahaya dan tidak boleh dibiarkan berterusan: semestinya ia tidak akan berterusan.

Dalam kemelut sebegini, saya merayu kepada ahli-ahli UMNO dan parti-parti komponen BN supaya terus bersama UMNO saat menghadapi krisis ini. Rakyat Malaysia dan ahli akar umbi UMNO sudah melaungkan suara keramat menuntut kepimpinan yang boleh dipercayai dan diyakini mampu menyatukan mereka, untuk mengembalikan kepercayaan terhadap institusi kerajaan serta terus mara dengan wawasan yang jelas.

Hari ini membuktikan arah aliran serta suara kebangkitan rakyat dan ahli UMNO akar umbi tidak boleh dihalang. UMNO mesti berubah. Marilah kita mulakan dengan memulihkan kepimpinan Parti. Saya yakin bersama kehadiran Disember, kita mampu serta akan berbuat demikian.

Tengku Razaleigh Hamzah


Updated: 27/8/2008 4:45 pm

12 comments:

Conspiracy Theorist said...

Bro Voicey,

Gess wats gone is gone, wats important is to get YM Ku Li to b d PM by yr 2009,.. if dat fail den i gess it wun b long to c a chaotic Malaysia...wat can I say..heheh..(,")

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWar!!

Ismail N said...

Dear All,
I have had enough of Pak Lah. Time to start some action. I’m calling for a petition to request Pak Lah to step down as the President of UMNO and Prime Minister of Malaysia. Those who support this petition, kindly sign at http://malaysiannewsblog.whizz.net.in/?p=69 . Thank You.

Pujangga Ilmu said...

Main tukar-tukar pemimpin baru takde gunanya. Razaleigh dengan Rais Yatim jadi perdana menteri dengan timbalan pun sistem UMNO dan BN sama jer. Perkauman. Korupsi. Kroni. Keangkuhan.

Kalau nak perubahan yang sebenar, ubah falsafah, matlamat dan perjuangan UMNO. Kalau tidak, habislah UMNO terkubur. Maka kepada orang UMNO: bulan March dah kena tamparan, masih tak nak terima realiti. Sekarang kena tamparan kedua. Takkan masih nak cerita pasal tukar kepimipinan saja. Kena ada reformasi menyeluruh, baru laku.

modern youth said...

macam tak adil pula asyik-asyik minta Pak Lah je yang berhenti.orang lain tak kena jugak ke?.

Ku Li ada ke tak bagi sokongan semasa kempen dan hari di mengundi diPermatang Pauh?.kalau tiada,tidak usahlah banyak bicara.

nampak sangat Ku Li ada niat tersendiri dengan bagi kenyataan macam ni.ini semua gara-gara nak merebut jawatan presiden UMNO la ni.bila Ku Li dah dapat burukkan dan dapat sokongan untuk jatuhkan Pak Lah,maka senanglah lagi usaha Ku Li untuk bertakhta.

kenyataan yang dibuat dengan ada niat peribadi.

only said...

benda dah lepas.kita belajar saja dari kesalahan yang lepas.lagipun memang sudah sedia maklum Permatang Pauh tu kubu kuat Anwar dan PKR.jadi tak hairan Anwar boleh menang.Tambahan lagi Anwar seorang yang popular maka lagi senanglah dia untuk dia meraih sokongan.

tapi BN telah cuba sedaya upaya.tidak mengapa.yang penting ada usaha.

Ku Li tidak sepatutnya menyalahkan Pak Lah semata-mata.apa kena menang semua pilihanraya dan pertandingan yang ada?setiap yang menang pasti ada yang kalah jadi terima sajalah hakikat.

A Voice said...

Only

SIla baca dalam posting sebelum ini berikut ...

Pandangan Syed Imran, blog Kuda Ranggi dibawah ini begitu releven:

Seperti biasa, BN tidak mempelajari daripada kesilapan dengan menjadikan pembangunan sebagai umpan untuk mendapatkan undi. Muslihat ini sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi diterima oleh rakyat. Walau seluruh Kabinet turun ke Permatang Pauh dengan menaburkan 1001 macam bantuan dan membuat beratus-ratus janji, rakyat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh. Ini adalah taktik lapuk.

BN sebenarnya tidak peka dan tidak mengikuti arus perdana berbanding dengan PKR. Kempen yang dijalankan oleh BN tidak berkesan kerana isu yang dibangkitkan lebih mirip kepada serangan peribadi, sogokan pembangunan dan janji-janji manis berbanding dengan isu pokok yang dibawa oleh PKR iaitu kehidupan seharian rakyat.

Kehadiran sebegitu ramai orang UMNO yang berkampung sama ada di Permatang Pauh atau di Bukit Mertajam tidak memberi sebarang kesan kerana kebanykan mereka hanya melepak dan membuang masa. Ketua-ketua bahagian UMNO termasuk yang diterbangkan dari Sabah juga tidak membantu sama sekali. Kehadiran mereka hanya membazirkan wang sahaja.

Oleh kerana terlalu terdesak untuk menang, BN sanggup menggunakan taktik kurang sihat sedangkan kempen yang dijalankan oleh PKR jauh lebih teratur dan berkesan. Isu liwat dan sumpah laknat sebenarnya telah melaknatkan BN sendiri. Kehadiran tokoh-tokoh agama yang dihormati oleh masyarakat Melayu seperti Dr Haron Din, Datuk Seri Haji Hadi Awang, Dauk Seri Nik Aziz Nik Mat dan mantan mufti Wilayah Persekutuan Datuk Hashim Yahya dengan mudah mematahkan serangan BN itu.

Ismail N said...

Tak semestinya bila ditukar mesti Ku Li atau Rais Yatim. Yang penting ada pemilihan ketua yang baru. Ketua ini akan dapat mandat baru untuk mulakan sesuatu yang fresh.

Ismail N said...

pujangga ilmu, modern youth :

Apa masaalahnya pada falsafah dan matalamat perjuangan UMNO? Falsafah dan matalamat inilah yang digunakan oleh Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu dengan jayanya.

Apa yang racist pasal UMNO?
Salahkan seruan jika orang melayu bersatu? Masayarakat cina pun bersatu jugak. Tengoklah dalam urusan perniagaan sehari-hari - jual beli kebanyakkan dengan kaum sendiri sahaja. Itu hak mereka atau racist?

Perkaumankah BN bila ada dasar2 seperti NEP dsb. Kalau begitu China, US dsb pun racist jugak sebab mereka juga implement affirmative action(2A). 2A adalah bagi mengimbangkan 2 kumpulan tertentu yang tak sama padan. Kalau anda anak petani yg tinggal di kampung dengan keperluan tak cukup bersaing utk masuk universiti dgn anak ahli perniagaan kaya raya yg cukup dengan tuisyen, buku2 ulangkaji, online learning dsb. Adilkah persaingan sebegini?

Kalau ada pemimpin BN yg korup, jangan undi. Senang aje. Tiada pemimipin yang lebih besar dari parti dan ini termasuklah Pak Lah juga.

Pak Lah adalah KETUA. Ketua perlu bertanggungjawab. Tak bolehlah ambil kredit aje mcm masa election 2004. Kalau kalah terimalah hakikat orang tak mahu. Cari mandat baru kalau mampu.

Anonymous said...

HIMPUNAN MELAYU MUDA PERAK

SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-51

PADA 30 OGOS 2008
JAM 9 PAGI
BERTEMPAT DI ARENA SQUARE KUALA KANGSAR

SAUDARA-SAUDARI DIHARAP DAPAT MEMBERI PERHATIAN DAN SOKONGAN TERHADAP HIMPUNAN INI DEMI MENJAGA BANGSA KITA YANG SEMAKIN MERUNCING DICALAR-CALAR DAN DIROBEK-ROBEKKAN OLEH ORANG YANG MENGANGGAP KITA INI SUDAH LEMAH DAN SEMAKIN HAPUS DITELAN BUMI TANAH MELAYU KITA SENDIRI

DIJANGKAKAN TUANKU RAJA MUDA AKAN MENCEMAR DULI UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN HIMPUNAN MELAYU MUDA PERAK INI

DIHARAPKAN KITA AKAN MENYOKONG DAN BERSATU UNTUK MENJAYAKAN HIMPUNAN INI

DIINGATKAN DENGAN SECARA TEGASNYA BAHAWA HIMPUNAN INI BUKANLAH HIMPUNAN DENGAN BERTUJUANKAN POLITIK DAN BUKAN JUGA UNTUK TUJUAN PERSENDIRIAN

TULANG-TULANG BELAKANG HIMPUNAN INI TERDIRI DARIPADA GABUNGAN NGO-NGO YANG HANYA MENYOKONG UNTUK TUJUAN DASAR MENYELAMATKAN MELAYU KITA

HIMPUNAN YANG BERTUJUAN UNTUK MEMBERI AMARAN KEPADA MEREKA DILUAR SANA BAHAWA KAMI MELAYU MUDA ADALAH PERINTIS UNTUK MENYAMBUNG KERINGAT YANG TELAH DIJUANGKAN OLEH BAPAK-BAPAK DAN MAK-MAK KITA

SEDARLAH BAHAWA MELAYU MASIH ADA DAN WUJUD DI TANAH MELAYU INI

SAMA-SAMALAH KITA KE SANA,MEMERIAHKAN HIMPUNAN UNTUK MENGENANG KEMBALI SEJARAH YANG TELAH HAMPIR KITA LUPAKAN

JANGAN LUPA HEBAHKAN KEPADA TEMAN-TEMAN, KAWAN-KAWAN, IBU BAPA UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN HIMPUNAN INI

SEMOGA BUDI ANDA AKAN DIBALAS OLEH YANG MAHA ESA

SEKIAN...
SALAM...

BERSATU MEMBELA BANGSA,
HIDUP MELAYU MUDA.

joe said...

Salam Bro....

Kempen dan approach BN sudah ketinggalan zaman....sudah tidak relevan pada masa ini...kerana generasi baru adalah pengundi masa hadapan....kempen BN seumpana menyuruh rakyat mengikut kata dan kehendak pemimpin tertentu...tanpa mendengar rintihan dan permasalahan rakyat.....Pemimpin BN seperti berkempen untuk diri dan kepentingan sendiri dan bukannya rakyat.....percayalah pemikiran rakyat sekarang adalah jauh berbeza dari dahulu...yang baru akan menpengaruhi yang lama....

Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

carcoon

Anonymous said...

muhyuddin yassin saje yg layak jadi PM

BaitiBadarudin said...

umno perlu melakukan 360% 're-branding' dan ini akan menentukan pemimpin-pemimpin yang selari dengan misi, visi dan matlamat baru, sepertimana parti-parti conservative dan labour di UK lalui pada 1990an (sila rujuk http://flowtv.org)

My Say