Monday, August 11, 2008

Poetic Interlude: Bumi Ini


Bumi ini bakal tumpah darahnya oleh tangan-tangan manusia
Luluh tulang temulang anak-anak yang tidak berdosa
Nyawa yang tidak lebih beharga dari setitik kuasa
Ketamakkan tidak mengenal budi dan etika

Bumi ini bakal luka dan binasa
Oleh pemimpin yang buta dan durjana
Dibuai nafsu serakah dunia
Amanah dipikul hanya pada nama
Tiada dosa, tiada pahala
Boneka

Bumi ini akan menangisi kematian
Bila penipuan dijual sebagai kebenaran
Oleh manusia angkuh pilihan Tuhan
Didalam manis ada belati tajam yang menjadi tusukan
Tiada lagi nilai kesaksamaan tiada lagi belas ehsan

Bumi ini bakal pupus nilai ketuhanan
Bila manusia ingin menjadi Tuhan
Berbekal ilmu jauh kehadapan
ilmu yang sudah boleh mencipta kehidupan

Bumi ini penyaksi lakonan
Umat-umat nabi pilihan
Yang membuang semua nilai ajaran
Kerana menyangka menyangka tentang ketuhanan
lalu berbunuh bunuhan atas nama kebenaran
Halal menghalal darah untuk menegakkan sangkaan
Yang mempunyai berbagai tafsiran

dan bumi ini masih belum bersuara...

Ahad
10.08.2008

Di ambil dari
blog Kalam Jauhari

2 comments:

azlan said...

Tugas manusia khususnya pemimpin memelihara kemakmuran bumi. Malah adab dalam berperang, idak boleh membuat kerosakan terhadap bumi. Apa yang dibuat hari ini adalah untuk kesejahteraan generasi berikutnya.

Samsudin said...

Manusia merupakan khalifah di muka bumi kerana manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah SWT. Manusia dikurniakan akal fikiran supaya dapat digunakan sebaik mungkin dalam mentadbir bumi. Amanah yang diberi harus dijaga sebaik mungkin agar tidak merosakkan muka bumi dengan pelbagai keburukan-keburukan angkar kerakusan manusia-manusia yang lupa pada Tuhannya...

My Say