Friday, August 29, 2008

Kempen Derma Darah ANSARA Untuk Hadapi Kekurangan Bulan Puasa


Setiap bulan puasa, hospital menghadapi masaalah kekurangan darah. Atas kesedaran ini, ANSARA untuk tahun kedua berturut-turut akan mengadakan kempen derma darah pra Ramadhan di hampir semua pusat-pusat membeli belah Jusco di seluruh negara bermula hari ini.

Acara ini adalah usahasama ANSARA, AEON Jusco dan Pusat Darah Negara. Selain itu, turut terlibat adalah Utusan Melayu, TraxxFM, Alumni-Alumni, Institusi-Institusi dan Pertubuan-Pertubuhan lain.

Kempen ini adalah untuk tiga hari dari Jumaat 29hb Ogos ke Ahad 31hb Ogos. Bulan puasa dijangka bermula pada hari Isnin. Selamat berpuasa. Sebelum itu sila lawatilah semua cawangan AEON Jusco di seluroh negara untuk menderma darah. Untuk maklumat sila lawati laman web ANSARA di http://www.ansara.org.my

Berikut adalah laporan mengenai acara ini yang disedut dari blog Bigdogdotcom:

Persatuan Pelajar Lepasan MRSM (ANSARA) akan menganjurkan Kempen Derma Darah Pra-Ramadhan sekali lagi tahun ini, bagi membantu Tabung Darah Negara sempena musim perayaan Aidil Fitri bermula hujung September ini.

Saban tahun, kerana pergerakan kenderaan dan pengunaan trafik semasa musim perayaan meningkat, maka keperluan darah juga meningkat. Memandangkan kurang dermawan darah dalam bulan Ramadhan kerana ibadah puasa, maka kempen ini diusahakan pra-Ramadhan bagi menentukan kekurangan bekalan semasa Ramadhan berjaya ditampung.

Kempen tahun lepas berjaya mengumpul lebih 2,200 pint darah dengan kerjasama Jaya Jusco, Utusan Malaysia dan NGO lain.

Walaupun kempen pra-Ramadhan ini berjaya, namun pertengahan bulan Ramadhan 1428H lepas, Tabung Darah Negara menghubungi wakil ANSARA untuk membantu menganjurkan kempen kecil, bagi menampung kekurangan darah. Oleh demikian, satu lagi kempen mengejut diusahakan pada 8 Oktober 2007 diperkarangan Masjid Jamek Kampung Baru.

Kempen lagi ini adalah lebih besar dan akan membabitkan lebih banyak NGO di 30 lokasi seluruh Negara.

No comments:

My Say