Sunday, August 31, 2008

Malam Merdeka Yang Sunyi ...

Untuk tahun kedua berturut-turut, aku raikan Malam Perayaan Merdeka dengan kesunyian. Mungkin aku kepenatan dan kekurangan tidur dari malan sebelum itu untuk keluar membanjiri kota menyumbang kemeriahan.

Sebenarnya seperti tahun lepas, aku "tidak mahu bersekongkol dan hanyut dalam hipokrasi" untuk membantu memeriahkan kepimpinan negara yang ada. Tahun ini aku bersendirian di rumah cuba memejamkan mata - talipon ku tutup, TV tidak ku pasang, dan pintu dan tingkap ku tutup semua - tapi begitu susah sekali. Aku hanya berfikir persoalan-persoalan tahun lepas.



Pada tahun lepas, aku duduk seorang diri dalam kegelapan malam di pinggir padang bersejarah Kelab Melayu Batu Pahat, tempat ditubuhkan UMO yang kemudian dijadikan UMNO. Ya, tempat bersejarah itu sunyi sesunyinya pada Malam Merdeka jika tidak ada suara jerit pekik ibu-ibu kepada anak-anak yang berlari-lari di taman berdekatan.

Aku merenung, memikir dan melegarkan persoalan. Berapa lama kemelut ini akan berlarutan? Bilakah akan tidak timbul "Hang Tuah" yang konon akan timbul apabila Melayu dalam bahaya? Aku bertanya juga berapa lama aku upaya teruskan perjuangan ini dengan sumber yang serba kekurangan?

Akhirnya aku terdaya rumuskan bahawa ada yang lebih penting dari memikirkan mengenai diri ku ...

Tahun ini, ramai juga yang mula bersama merasakan kesunyian yang pernah ku rasai. Jika tahun lepas ku ceritakan mengenai padang yang bersejarah itu, tahun ini aku hidangkan suara weblog Patek 1472:

Aku menangis pada Hari Merdeka
(I am Crying on Merdeka (Independence) Day)


1. Aku menangis kerana rakyat Malaysia telah hilang kegembiraan dan perasaan terhadap masa hadapan negara yang diimpiankan dan tidak seperti semasa Allahyarham Tunku Abdul Rahman melaungkan “Merdeka!”.

(I cry because Malaysians have lost the joy and hope of a future Malaysia as wished for unlike the times when the late Tunku Abdul Rahman shouted "Merdeka". )

2. Aku menanggis memikirkan ada rakyat Malaysia sendiri yang bercakap, berfikir dan bertindak memecahbelahkan rakyat dengan penuh perasaan perkauman dan keagamaan masing-masing tampa ada perasaan kebangsaan dan kesahabatan.

(I cry thinking of some Malaysians who talk, think and act to divide the citizens with their own racists and religious thoughts without a care for nationalism and friendships.)

3. Aku menangis memikirkan ada rakyat Malaysia yang lebih mementingkan sendiri dari negara apabila timbul isu-isu parti, jawatan, habuan, kuasa, kawan, kesahabatan dan keadilan.

(I cry thinking of some Malaysians who care more of themselves rather than the Nation when it comes to issues of party, posts, rewards, power, friends, relationship and fairness.)

4. Aku menangis memikirkan ada rakyat dan keluarga mereka yang masih belum mendapat keadilan sewaktu dipenjarakan, ditindas, dirompak, diugut, didiskriminasikan dan tidak juga dibenarkan bersuara.

(I cry thinking of some citizens and their families who have not obtain justice while being imprisoned, oppressed, robbed, threatened, discriminated and not even allowed the freedom of speech.)

5. Aku menangis memikirkan ada rakyat Malaysia yang masih hidup Kias Pagi, Makan Pagi; Kias Petang Makan Petang walaupun Malaysia sudah 50 tahun merdeka.

(I cry thinking there are still Malaysians who still live from Hand to Mouth everyday, even though Malaysia has already achieved 50 years of Independence.)

No comments:

My Say