Saturday, August 16, 2008

Saiful bersumpah, Berserah kepada Allah

>
Mohd Saiful Bukhari Azlan melakukan sumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan pada petang tadi Jumaat, Ogos 15hb, 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur seperti berikut:

"Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 14 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

A’uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 haribulan 8 2008 ... (dibetulkan) 26 haribulan 6 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam.”
Mungkin ada akan mengatakan sumpahan dilakukan atas motif politik. Sebelum ini, sudah ada perbezaan pendapat antara ulama mengenai perbuatan mubahalah. Terpulang kepada masing-masing untuk terus membuat hujah.

Panjang atau pendik hujah tersebut, di akhir kalam yang perlu diakui Saiful telah melakukan bersumpah atas nama Allah, di dalam rumah suci, disaksikan ramai dan merelakan untuk dihukum tuhan, jika ia berdusta.

Kini bukan lagi urusan kita membuat sebarang pandangan terhadapnya tetapi urusan Allah untuk menentukan keadilan. Bukan kebolehan kita untuk mempersoalkan tindakan Saiful dan membuat andaian menentukan apa tersirat dihati Saiful, kerana bahawa sesungguhnya hati itu hanya urusan Allah.

Sebarang sangka buruk, fitnah dan tomahan ke atasnya harus dihentikan. Setakat ini, Saiful tidak membuat sebarang sangka buruk, fitnah dan tomahan ke atas orang lain pun.

Harap yang dituduh, Dato Seri Anwar Ibrahim lakukan juga sumpah yang sama agar terhenti segala perbuatan sangka buruk, fitnah, dan tomahan ke atasnya. Ia atau wakil-wakilnya pun turut berhenti membuat sebarang andaian, sangka buruk, fitnah dan tomahan ke atas orang lain, pihak berkuasa dan mahkamah.

Jika Anwar menafikan, penentu hakiki adalah Allah jua dan kita yang tidak mengetahui tiada hak lagi untuk mempersoalkan.

Walaupun proses keadilan di dunia terpaksa berjalan mengikut caranya, sumpah yang dibuat membolehkan semua ini berjalan dengan aman dan tenteram tanpa menimbulkan keresahan orang ramai.

Jika kedua-dua telah merelakan keadilan hakiki daripada Allah, keputusan mahkamah atau apa sekali pandangan sudah tidak lagi penting. Allah juga yang amat mengetahui.

Wallahualam bissawwab.

20 comments:

Cucu Tok Selampit said...

Saudara,

Tulisan yang adil dan bijaksana. Seharusnya penyokong membuta tuli Saudara Anwar perlu berfikir dengan waras kerana Anwar Ibrahim bukannya maksum.

Wallahualam.

Jurublog said...

Saya orang baru dalam penulisan blog.

Saya percaya Anwar akan meneruskan strategi pembicaraan melalui media untuk mengelak daripada tuduhan tersebut.

http://jurublog.blogspot.com/2008/08/sodomy-gambit.html

ayor lemuju said...

Saiful bersumpah mengakui perbuatan itu berlaku. Niat dan matlamat hanya Allah yang mengetahui. Anwar pula rasa saya tidak menafikan perkara itu berlaku. Cuma dia mendakwa pendedahan ini suatu perangkap untuk menyekat cita-cita rakusnya.

Bagi pemerhati seperti saya, yang penting untuk diketahui apakah Anwar benar-benar begitu sikapnya. Jika sudah terbukti maka fitnah terhadap orang lain sebelum ini yang dituduh menganiayai beliau juga telah terhapus.

Semoga Allah mengampuni kita semua terutama kita yang percaya kepada kepalsuan.

Tony said...

I think anwar has the most to gain by accepting this challenge as it will prove beyond reasonable doubt for the Muslim voters in PP that he is a victim of a conspiracy. Why did saiful do this on the eve of nomination when anwar can so easily use it to his political advantage once he swears his side of the retaliatory challenge? Maybe this is all a trick by PKR to gain the moral high ground, since the mere acceptance of this challenge is enough to gain tremendous moral points for anwar's side.

Anonymous said...

Binggung semua ! SD pun boleh dijual beli, diperakukan dan boleh ditarik balik.... Kini sumpah berhadapan tuhan yang esa... Apalah nak jadi wahai kaum ku..
..Wahai para pemimpin, pimpin lah rakyat mu ke arah kecemerlangan bukan kearah kehancuran.

Anonymous said...

Saya ingin mendengar sumpah ini,daripada Pemimpin UMNO, terutama dari Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak.

Dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:



A’uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi. Saya bersumpah bahawa saya, Abdullah Ahmad Badawi,Perdana Menteri malaysia /saya Najib Razak Timbalan Perdana Menteri malaysia,semasa memegang jawatan dalam kerajaan, tidak pernah terlibat dengan Rasuah dan Maksiat iaitu Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam.

-Makangaji.

sheppard said...

Saudara

Firaun pun bersumpah. Mengaku dirinya Tuhan.

Setiap pertuduhan memerlukan saksi dan bukti. Ini menjadi asas kepada hukum didalam Islam.

Perbuatan bersumpah depan AlQuran seperti ini menampakan kelemahan Islam.

Kepada Saudara Anwar, jangan pedulikan sumpah orang-orang munafik seperti ini.

Inilah Bukti orang yang menjualkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit.

Anonymous said...

Nak tengok jugak mamat yang sorang lagi ada telor tak untuk bersumpah.

Tak usah lah nak berdolak-dalik, Kalau kata tak ada buat, bersumpahlah kalau berani

Bukan senang untuk melakukan seperti Saiful ni,dahlah mengaku telah diliwat dan kemudian sanggup bersumpah pulak.

Team Pemuda UMNO said...

KOMEN PERIBADI.

SEMALAM SAYA TENGOK KAT WARTA JAM 8 RTM1, SAIFUL MCM TERSASUR SEBUT TARIKH JE :)

BERDEBAR KOT ;)


SAYA DOAKAN SAIFUL DAN ANWAR, BAIK2 SELALU...AMIN :)


KOMEN TERAKHIR SAYA..
NAK JEMPUT MASUK KE THREAD FORUM SAYA. (( 'POYO' BETUL ;) ))

LAYARI http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Anonymous said...

Haiiiii Semua Pandai Beragama dan berarabi....Tin Kosong biasanya berbunyi lebih bising dari tin berisi.

Saiful akan DiSuruh Bersumpah diatas koran yang dia bercakap benar DiMahkamah Apabila menjadi Saksi dalam Kes Sodomi Anwar Kelak. Tak Payah Bersumpah dihadapan Pemberita dan Wartawan Berkamera sebelum itu terutama sekali dihari pencalonan Anwar!

Kesimpulan? Sudah Tentu dia disuruh.....

DalaiLlama

Anonymous said...

1 1998 gua sokong sama lu Anwar.
2 Gua sian pasal media hantam sama lu kow-kow. Gua kesian la sama lu punya family.
3 Tapi itu dulu, sekarang Mahathir pun sudah keluar UMNO
4 Gua cek balik lama2 punya story, (eg arsenik & HIV injection), gua ingat lu pun ada tipu jugak maa
5 Itu Saiful sudah sumpah, apasat lu tak mau sumpah ma, lagi bilang political gimmick
6 Wa cakap lu ah, lu lagi manyak gimmik meh
7 Lu lali sana embassy, kata ada olang mau bunuh bukan gimik ah?
8 Lagi wa ada ingat, lu tunjuk bullet proof vest olang kasi lu for protection, itu bukan gimik ah?
9 Itu Bala SD, itu Pusrawi report itu semua apa meh?
10 Jangan lebih2 maa. Nanti olang talak suka sama lu.

"ada masa, semua olang lu bole tipu;
ada olang, semua masa lu bole tipu;
tak bole tipu semua olang semua masa." - lincoln

Anonymous said...

Jika saya menjengok hiudp dan umur saya seusia Saiful, pemikiran saya tidaklah sebegitu jauh...

ayor lemuju said...

Anwar Ibrahim ni, kalau dia berani bersumpah mubahalah dalam sehari dua ni menyatakan dia suci bersih tidak meliwat dan terlewat, Insya-Allah dia menang besar dalam piliharanraya kecil Permatang Pauh ni. Biarpun sumpah palsu macam kononnya sumpah "palsu" Saiful. Buat cara Kristian dalam masjid junjung Quran dan bersaksikan pegawai masjid, pegawai agama dan ahli keluarga, mengucap tiga kali, baca Fatihah, dsb. Macam cara Kristian tu lah, seperti dakwaan "ulama" PAS, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi. Kalau dia berani buat, Insya-Allah, dia akan jadi Perdana Menteri pada September ni. Tak payah putar belit dan dolak dalik lagi. Kalau betul-betul tak salah dan suci bersih takkan Tuhan tersilap pulak nak hantar halilintar memanah kamu?

Ilusi Dalang said...

Kalau dia dah jumpa najib, sumpah atas Quran takde hal. cam main mainkan Islam untuk politik.
sah sah kerje umno.

Anonymous said...

Susah sangat ke Anwar nak bersumpah? rasanya ambik masa 2 minit ajer..

Kalau saiful boleh sumpah untuk memberatkan pertuduhan. Anwar juga harus bersumpah untuk meringankan tuduhan..

Sama ada si saiful itu munafik ker, atau alim ke.. itu bukan kerja kita... itu antara Allah dengan dia..

Payah la kalau camni.. semua benda nak di kaitkan dengan politik..
konspirasi la konon...
Tidur semalaman dalam penjara aje dah komplen sakit belakang.. Jalan merata-rata bagi ceramah tak sakit belakang pulak? Sapa yang main konspirasi? Anwar sendiri atau orang lain?

Nampak gaya orang-orang PKR dah terlebih taksub dengan Anwar.. apa yang mereka dapat agaknya? projek juta-juta?

Andaikata mereka sokong anwar kerana dah benci dengan Umno, janganla pula sampai hilang kewarasan akal fikiran!!

oleh
menyampah.

Anonymous said...

suruh Rahim Thamby Zakar Kecik bersumpah jugak ....

Anonymous said...

Saiful juga perlu keadilan. Beliau terlalu lemah bila berhadapan dengan pemimpin yang besar seperti Anwar.

Anonymous said...

Semoga Allah tunjukkan kebenaran....aminnn

PleoMax said...

Hah! Saiful dah buat...Anwar apa cerita?

Anonymous said...

makan gaji,

Rasa-rasanya Najib ada mengaku dengan nama Allah (TV3) berkenaan wanita Mongolia.

Shephard,

Firaoun tu bersumpah atas nama dia atau Allah, kalau dia mengaku dia Tuhan.


Pokoknya Saiful dah menyebut nama Allah dan sememangnya memadai, sedangkan Anwar ketika ini masih enggan.

Sekarang siapa nak berhujah untuk mempertahankan keengganan Anwar bersumpah?

Tuan Guru Nik Aziz? Haji HAdi?

MM

My Say