Tuesday, June 02, 2009

Lim Kit Siang cuba fitnah MARA berhenti beri biasiswa

Pada waktu tengahhari, saya berjumpa seorang teman untuk makan tengahhari. Oleh kerana, kawan saya sudah makan, maka saya yang makan seorang. Banyak yang kami sembangkan, tetapi saya tersentak diberitahu khabar MARA membekukan biasiswa pelajar Institiut Pelajaran Tinggi (IPT).

Petang tadi, saya diberitahu mengenai penulisan blog terbaru YB Lim Kit Siang yang bertanya adakah MARA sudah kehabisan dana untuk memberi penuntut Melayu IPT biasiswa.

Blog LKS memang dalam bloglist untuk dipantau. Memang benar pun beliau menulis mengenai biasiswa MARA di sini.

Terus saya hantar SMS kepada beberapa orang dan YB yang ada kaitan dengan MARA dan hel ehwal pendidikan. Wakil rakyat hometown saya menafikan dan memberitahu Dato Seri Najib memberitahu Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bahawa RM500 juta telah diperuntukkan kepada MARA untuk biasiswa.

LKS telah menerbitkan e-mel yang diterima dari seorang pelajar Melayu yang tidak dinyatakan nama dan belajar di sebuah IPT Swasta (IPTS) tempatan yang juga tidak dinyatakan nama. Pelajar ini menyatakan dirinya layak untuk mendapatkan biasiswa MARA tetapi tidak mendapat respon yang segera dari MARA.

LKS terus mempersoalkan samada MARA menghadapi masaalah kewangan. Lantas beliau dengan caranya yang selalu gopoh dan provokatif, terus mempersoalkan bagaimana boleh berlaku skandal sedemikian?

Jarang-jarang dan kaddang-kaddang bagi LKS menunjukkan keprihatinan terhadap pelajaran dan ekonomi orang Melayu. Inikan pula biasiswa untuk pelajar Melayu. Saya tidak dapat meneka motif LKS tetapi masih tidak yakin dia ikhlas. Dia hanya berpolitik.

Perjuangannya sepanjang hayat adalah untuk 'sama rata, sama rasa' dan hanya meritokrasi. Kalau caranya meritokrasi, orang Melayu yang ketinggalan akan teruslah ketinggalan. Malaysian dalam pandangan matanya tidak diambilkira langsung penduduk asal negara ini. Dia menuntut persamaan antara kaum bukan untuk persamaan yang hakiki tetapi untuk kepentingan kaum Cina. Lainnya retorik politik.

Hairan dia begitu prihatin dengan urusan MARA. Padahal, kalau boleh, mahu ditutup MARA dan dihapuskan Akta MARA. Biar tak adalah lagi biasiswa MARA untuk orang Bumiputera dan Melayu.

Ikutkan kehendak LKS, Artikel 153 dihapuskan. Tak kira dia, Raja-Raja Melayu akan tolak jika Parlimen luluskan undang-undang itu. Entah dia sedar atau tidak, peruntukkan yang sama ada dalam Perlembagaan Singapura di bawah Artikel 152.

Kemungkin besar LKS hanya nak membesar-besarkan isu. Tidak hairan dia mahu menangguk air yang keruh. Dia mungkin hendak menggambarkan kerajaan UMNO tidak membela kaum Bumiputera dan Melayu lagi.

Akarumbi Melayu yang tidak faham sedang berasa agak resah dengan beberapa langkah Najib yang dilihat tolak ansur kepada tuntutan orang Cina. Biasiswa JPA untuk anak-anak Melayu dikurangkan (bukan dikekalkan) untuk menampung anak-anak bukan Bumiputera.

Tapi untuk kata pembekuan biasiswa bukan boleh main-main. Berdasarkan semangat artikel 153, sebarang pengurangan peruntukkan di bawah artikel 153 perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja sebagai penjaga (guardian) kepada kaum Bumiputera.

Satu lagi keresahan kaum Bumiputera adalah penutupan MeCD. Pada saya, penutupan MeCD mungkin ada sebab tertentu dan ada pendekatan program baru yang ingin dibawa Najib. MeCD bukan pun membawa kesan luar biasa pada peningkatan keusahawanan Bumiputera tetapi hanya tambahan birokrasi kepada agensi-agensi yang ada.

Berbalik kepada e-mel anak Melayu kepada LKS, saya rasa banyak butiran mengenai masaalah anak Melayu yang menulis kepada LKS tidak diketahui. Mungkin ada sebab tertentu dia lambat mendapat kelulusan permohonan biasiswa. Adakah benar dia memenuhi kriteria yang ditetapkan MARA?

Kalau boleh menjadi sebab, sebab yang mungkin adalah sedikit kelambatan kerana perubahan Kementeriaan. Kalau mahu merungut pun, saya tahu anak orang kaya dan Melayu kelas menengah yang dah mampu pun banyak ambil peluang.

Namun saya tak yakin anak orang tak mampu diketepikan tanpa sebab.

18 comments:

Anonymous said...

at least he got the balls to highlight the issues man.........plis be matured la wif ur writing

sembangbengang said...

YBhg Dato'

Tindakan pelajar tersebut mengadu kpd LKS mungkin kurang wajar tetapi saya pun pernah terfikir juga untuk berbuat demikian apabila rayuan untuk mendapatkan pinjaman pendidikan anak saya kepada YB menteri, YB tim. Menteri langsung tidak mendapat layanan samaada dapat ataupun tidak. Wakil rakyat kami sudah menjadi terlalu sibuk apabila telah dilantik menjadi menteri!

bro brotherhood, said...

As-Salam Bro Voicey,..heheh,..wat else can I say,..bro Lim Kit Siang dh verify ke yg antaq email tu Melayu ke Cina ke or India ke or cud even b a mat salleh Malaysia yg mungkin create email account guna nama Melayu? atau betul ke dia dapat email tu,..sory le coz gue click link lu sebut tu dh kaur error 404,..wakaka..dia dh delete kot so gue tak tau le ape dia tulis,..heheh..neway I sincerely hope I'm wrong dat bro DSN is not being controlled by bro PLah/KJ as he is putting dos link to d former as key people in d economic recovery plan.. wats wth bro Omar Ong in Petronas & possibly bro S.Hamid as Chairman,.. wat about bro Amirsyam heading d NEC?? duh.., it looks as d rumours about a collaboration between bro PLah & bro DSN is showing sum truth to me,..heheh,..we r in deeper s**t den.. apo nak dikato,..(,")

arah said...

Salam

Apa nak di hairankan, dulu pun Kerajaan hentikan bantuan kesemua Sekolah Agama Rakyat (SAR). Banyak sekolah Agama Rakyat terpaksa gulung tikar dan tak bermaya hingga hari ini.

Manusabahkan orang Islam sekat bantuan ke sekolah Agama?

OOP mungkin kerajaan ade strategi lain kot!!

Anonymous said...

AAiiik,

Biasiswa IPTS MARA? Anak aku ambik LOAN MARA masuk IPTS, itu pun macam2 kerenah yang perlu dilalui;

1. Results SPM dia
2. Jurusan yang dia ambil adakah di iktiraf MARA dan LAN
3. Kena ada penjamin umur 50ke bawah yang bergaji tetap so and so

Haiya.. anak aku anak yatim, bapa dah meninggal 12tahun, pun tak automatic dapat pinjam SEMUDAH ITU DENGAN MARA.

PINJAM, bukan SCHOLARSHIP! PINJAM BERMAKNA KENA BAYAR BALIK!

Lu orang ingat Bumi semudah itu nak dapat scholarship ker? Semua lain orang bayar, mereka juga kena bayar, dulu nak dapat buku pinjaman pun ELEK, hanya bila semua rakyat dapat, baru mereka dapat! Berjela2 borang perlu di isi pun, permohonan ditolak!

Kalau begitu mudah, tolong bantu aku tunjuk cara mudah sikit, anak aku 5orang, sorang lagi, next year nak masuk Kolej nih!

Lebih 60% dari golongan Bumiputra, lu olang ingat semua dapat kemudahan dengan begitu senang ker?

IbuTunggal

No to Taliban Edu said...

Arah

Dulu Sekolah Ugama Rakyat digunakan untuk tujuan politik PAS dan membina banyak2 Taliban.

Ini tidak membawa perkembangan minda dan kemajuan ummah.

Memang betul kerajaan buat.

Tertutup SAR diganti dengan lebih banyak sekolah ugama persekutuan yang bersyllabus ugama dan conventional.

Sekolah2 Taliban mendatangkan kerana terlampau banyak keluaran ugama dari Universiti yang tak boleh dapat kerja melainkan jadi guru ugama.

Akhirnya terpaksa kerajaan buat program memberi guru2 ugama ini kepakaran lain untuk boleh hidup,

PAS bukan fikir bendda2 begini.

Anonymous said...

To Ibu Tunggal :

Bongok la lu Ibu Tunggal. Takkan kau nak bagi duit senang2 jer kat orang. Mestilah kena ada pengesahan daripada LAN, kena ada penjamin apa semua.

Kalau MARA bagi duit mudah sangat, nanti bila apa2 jadi.. kena tipu, mara rugi, orang tak bayar duit... aper semua.. saper nak tanggung?

Kang silap2 MARA jadi macam PTPTN.. kena bayar bunga sekali bila nak pinjam duit...sebab nak galakkan peminjam bayar balik cepat...

haiyaaa...

Orang suker condemn jer...

tapi tak nak bagi suggestion, apa yang MARA patut buat...

MARA stop SEKEJAB bagi pinjaman sebab diorang nak restructure balik. Kan MECD kena bubar...

haiyaa....

Kalau kau nak pinjam duit senang2..

kau pergi pinjam kat Ahlong tu.

BONGOK!

PIKIR TU KENA LA PANJANG SKET... BARU LA TAK NAMPAK KEBODOHAN KORANG.

Anonymous said...

ORANG MELAYU ni memang banyak kerenah....

KENA ISI BORANG BANYAK PUN BISING!

ISI JE LAH...

SUSAH SANGAT KER ORANG MELAYU OI??

Noor Hasilah Ismail said...

dear kawan,
kalau kita mahukan sesuatu, kita seharusnya berusaha dan bukannya mengharap benda itu datang bergolek kepada kita. begitu juga halnya mendapatkan biasiswa. mengisi borang serta menyediakan maklumat yang perlu adalah prosedur biasa. tak kan orang nak bagi biasiswa macam itu sahaja tanpa dokumen yang relevan. pada pendapat saya, MARA adalah antara institusi yang lebih baik jika dibandingkan oleh PTPTN (yang konsepnya sama macam bank atau ceti). mungkin ramai yang tidak tahu, sekiranya seorang pemegang biasiswa mara mendapat keputusan cemerlang yang konsisten (3.5 ke atas), apabila dia tamat pengajian, biasiswa itu akan dikira "burn" dan dia tidak perlu membayarnya kembali. sekiranya pemegang biasiswa itu setakat lulus (2.5 ke atas), dia hanya perlu membayar balik separuh. sekiranya keputusan itu di bawah 2.5 atau gagal, dia dikehendakki membayar semula. suami saya dan anak saudara saya mendapat biasiswa mara. berdasarkan keputusan mereka, salah seorang tidak perlu membayar balik kerana keputusan sentiasa cemerlang dan seorang lagi hanya dikehendaki membayar balik separuh daripada pinjaman itu. saya rasa this is fair. sistem yang dikenakan oleh MARA ini menggalakkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan cemerlang. malah, MARA tidak mengenakan sebarang faedah langsung. Contohnya jika kita berhutang RM10,000 kita bayar RM10,000. Tidak seperti PTPTN yang mengamalkan sistem seperti pinjaman bank yang mengenakan interest setiap kali kita bayar lewat.

A Voice said...

Entah ye atau tidak.

Mungkin LKS hendak memanaskan isu biasiswa yang dimualakan baru-baru ini oleh Bakri Musa sini.

Jelaslah bila LKS menyambung dengan menuntut dihentikan program ACCA di luar negara sini.

Nawaitu Kafir Harbi ini dari dulu nak mansuhkan program biasiswa menolong bumiputera. Maka dilakukan sikit demi sikit dengan isu-isu kecil-kecilan.

Untuk menulis dengan kononnya matang pada Anon 9:18 PM, adakah saya perlu butakan mata dari nawaitu sedimikian yang jelas dapat saya lihat?

Anda mahu benda ini disorokkankah? Mana ketelusan dan demokrasi macam begitu?

Chairman Kaga said...

Peruntukan RM 500j? Peruntukkan setahun dah lebih RM 200 billion, ni tak sampai 0.25%.
Eleh, kerajaan dah janji nak "labur" 20x peruntukkan tersebut untuk menjayakan hasrat dan mimpi kroni depa seperti dalam projek Pelabuhan Kelang tu. Itu yang sepatutnya dibanggakan. Hidup Kroni, biar kita sekadar jadi hamba kepada mereka. Kalau ada anak perempuan yang puteh dan berseri, mungkin kita ada peluang nak kahwin dengan kerabat dia orang. tu ajelah. UMNO. Cis, meluat aku tengok kao orang!

Anonymous said...

you write-up seems to confirm what is posted at LKS's blog. Allow me to comment on part of your posting:

1) You stated "RM500 juta telah diperuntukkan kepada MARA untuk biasiswa."
If so, MARA was really out of fund!

2) You said "menerbitkan e-mel yang diterima dari seorang pelajar Melayu yang tidak dinyatakan nama ..."
Very well, but why did you not name who your "beberapa orang dan YB yang ada kaitan dengan MARA dan hel ehwal pendidikan" are?

3) Why did you not specify when "Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bahawa RM500 juta telah diperuntukkan kepada MARA untuk biasiswa." If it was recently,
it merely re-confirm my 1st point.

A Voice said...

Anon 1:36 PM

You are just playing with words. Thats a spin.

Anonymous said...

LKS may have the balls but he's impotent. not fertile enough after all his stupidity genes went to guan eng. now he has become even more stupid and too "bachul" to highlight more important issues than MARA scholarships.

On the subject of scholarships, why don't we all stop for a while and think about Malaysian Chinese companies that award scholarships to students based on merit and race (on the pretext that you have to able to speak and write in Mandarin. Fluency in Cantonese is an additional advantage). How come LKS never highlight this issue? Of course lah, LKS is Chinese right? So, he's racist isn't he?

ajimsan said...

Bro... I've also heard the rumour that MARA stopped giving scholarship and loans. It got me worried as I already got a place for a masters degree in UK. But I just go ahead and applied for some financial help from MARA... ada rezeki ada la funding... hope your source are true coz I really need the funding...

me said...

What's the big deal about that? ape die pnye kelulusan? result die bagus ke x? standard r cmtuh.. not all who applied akan automatik dapat. I'm a MARA scholar and my MARA officer informed me that MARA is indeed FINANCIALLY UNSTABLE. kate pn kegawatan. dulu kegawatan '98, byk je kne tarik blk tetibe even y tgh blajar di oversea. Today, a much worst recession hitting us, that probability is sumthing to be aware of. Including aku y still tgh study nih. ITS NORMAL.

Anonymous said...

Anonymous 4:06 AM:

What companies are those? I have long suspected this but I can't find proof! Glad if you could help.

HD said...

500Juta!?
hmm...depa pandai korek noo?

My Say