Thursday, August 27, 2009

Susah sangatkah hendak dengar cakap orang?

Kalau demikian, macam mana hendak utamakan rakyat?

Menurut rakan saya, Ab Jalil Abu Backer, siapa sekali diletakkan di Permatang Pasir, ia akan hadapi cabaran yang susah di kawasan Anwar Ibrahim.

Peringatan itu satu "reality check" yang baik agar kita tidak keterlaluan dalam menganalisa kekalahan di Permatang Pasir. Terutama sekali memandangkan sana sini pendapat tertumpu kepada kesilapan memilih calun. Seolah-olah kita tidak belajar dari Kuala Terengganu dan melihat Manek Urai.

Kesilapan ini sungguh mengecewakan kerana ianya seolah-olah pihak pengurusan parti cuai dalam membuat keputusan memilih calun. Yang paling mengecewakan adalah perkara ini bukan tidak ditegur dari bawah. Susah sangatkah hendak dengar cakap orang?

Pihak pengurusan parti macam masih tidak faham persekitaran politik sekarang sangat sensitif dengan calun-calun yang mempunyai rekod tercalar, khususnya calun baru.

Mereka ini tidak faham atau tidak tahu? Kalau tidak tahu, ia bermakna mereka tidak tahu kumpul dan cari maklumat. Kalau maklumat sudah diberi, mesti ada yang buta huruf atau goblok. Sebut goblok, jawa-jawa yang ditujukan patut faham.

Walaupun calun tidak sesuai, ahli-ahli tetap membantu memberikan sokongan semasa di "battlefield". Mereka berkorban masa dan wang ringgit untuk membantu parti. Tidakkah pihak atasan prihatin dengan kekecewaan orang yang terpaksa menanggung biawak hidup hasil kesilapan berulang mereka?

Nak tunggu orang fed-up?

Perancangan lemah!

SunTzu ada menulis dalam buku The Art of War bahawa "A battle is won before it is fought." Kepentingan persediaan dan perancangan itu jauh lebih penting dari pertaruangan itu sendiri. Citi utama dalam persediaan pada zaman sekarang adalah maklumat.

Pendedahan dan usaha yang telah dibuat oleh jurublog Cucu Tok Selampit dan Dato Shamsuddin Nawawi merupakan salah satu persediaan persediaan sebelum turun ke medan peperangan. Dalam dunia sekarang dimana maklumat boleh tersebar dengan segera, kita tidak boleh tidak dalam keadaan ketiadaan maklumat kerana pihak yang kita lawan boleh memperolehi pelbagai maklumat.

Dari usaha Cucu Tok Selampit memberitahu Dato Shamsuddin dan kemudian diusaha untuk disampaikan, maka maklumat mengenai latarbelakang calun telah diketahui pihak pengurusan parti. Yang jadi kemusykilan kami di bawah ini, kenapa maklumat ini tidak diambilkira?

Dari apa yang ditulis oleh saudara Ab Jalil, pilihan calun dibuat hanya berdasarkan timbalbalas dari sebuah agensi. Tanpa menyebut nama, boleh diagak pemimpin yang terlibat membuat kesalahan sedemikian adalah Pengerusi Perhubungan Pulau Pinang, Dato Ahmad Zahid Hamidi. Kalau tekaan itu salah, kesilapan ini mungkin dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO, Dato Ahmad Maslan yang berkait rapat dengan sebuah agensi lain.

Ini tentu sekali menghairankan. Selalunya pengumpulan maklumat dan timbalbalas dibuat begitu extensif sekali dan bukan berdasarkan satu sumber. Latarbelakang calun, rahsianya, urusniaganya, pengaruhnya, penerimaan pengundi dan ahli UMNO, dan yang paling penting adalah mana-mana rekod buruknya.

Degil dan Cuai!

Kalah itu tetap kalah, itu tidak menjadi hal. Bukanlah kalah sebelum pertarungan. Bukanlah bertanding hingga tidak dapat menguasai keadaan. Bukanlah asyik bertahan dan mesej kempen hilang sekali.

Jika akarumbi sedia berkerja keras dan mengetepikan persengketaan untuk bersatu, mereka menyedari ianya bukan mudah. Namun mereka mahu memperbaiki keputusan dan masih ada semangat enggan mudah menyerah kalah.

Campur tolak kali bagi, tanpa mereka UMNO tidak akan dapat bertanding dalam pilihanraya kecil. Pemimpin parti datang senang lenang. Mereka ini yang bergelumang dan sanggup menghadapi apa saja cabaran dan penghinaan. Bukan pemimpin yang dibaling batu tetapi pengikut dan penyokong yang sampai berdarah lengan dan perempuan mudanya diugut.

Mengapa pengurusan parti harus cuai dan akhirnya menghampakan mereka? Terfikirkah berapa lama orang bawah boleh bertoleransi dengan kealpaan sedemikian?

Kalau kerusi empuk dan bilik aircon untuk memudahkan mereka berfikir dan mengatur rancangan menjadi mereka menjadi cuai, itu bermakna mereka tidak layak diberikan kemudahan itu. Tolong jangan malu untuk main di padang saja.

Berslogan sedap. 1Malaysia: Rakyat diutamakan. Dato Najib unjurkan dan yang lain-lain ikut teriak dan agung-agungkan.

Jangan sekali-kali lupa. Kalau kita mahu laungkan "rakyat diutamakan!", kita kena tahu mendengar. Dato Najib pun sudah suruh belajar mendengar. Pemimpin tidak semesti tahu segala jawapan lagi.

Itu rakyat yang lagi banyak, lagi kompleks dan lagi berpelbagaian harapan dan tuntutan mereka. Masaalahnya, suara penyokong dan pengikut parti sendiri pun tidak mahu didengar dan dihindari peringatan mereka!

Kalau tidak tahu mendengar, Presiden, Timbalan, Naib, Perhubungan Negeri dan MKT parti baik belajar buat sendiri - dari panjat tiang, pasang bendera, dan pujuk pengundi.

Mengecewakan!

Banyak perkara yang sudah dijanji dan sudah diperkatakan. Pada akhir Perhimpunan Agong awal April, sudah dijanjikan tindakan keras akan dilakukan ke atas pengamal politik wang. Semua akui politik wang menghancurkan parti.

Sudah empat bulan hendak masuk lima bulan, bilakah langkah-langkah pembenterasan yang drastik akan dilakukan? Berbohong kalau dikatakan masih lagi sedang disiasat.

Suka atau tidak, rakyat melihat dan ahli tahu apa berlaku. Yang jelas sekali, ramai sekali terutama Ali Rustam dan Khairy terlibat dengan politik wang. Banyak lapuran telah dibuat. Kenapa masih dipengap atau cuba ditutup sesuatu yang sudah terdedah dan diketahui orang ramai?

Selagi perkara ini tidak diselesaikan, rakyat tidak akan percaya UMNO mahu berubah. Sebagaimana telah diulang kepada beberapa pemimpin utama UMNO, "head must roll before the people will ever give UMNO a listen."

Sesuatu yang sudah diketahui ramai, tidak boleh cuba didiamkan dengan harapan orang akan lupa. Maklumat di Internet akan kekal selama-lamanya, tiada ada lagi awam akan lupa!

Sekarang masa untuk memantapkan UMNO, tetapi setelah kalah pada Mac 2008 kita masih lagi terhegeh-hegeh dan macam tak peduli. Pemimpin, pemegang jawatan dan power broker macam tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.

Business as usual pula. Bila berkumpul, asyik menceritakan hal berniaga dan kererta terbaru. Tidak terdengar satu perbincangan serius. Apa lagi memikir untuk menguatkan parti. Tak habis-habis, merungut tak ada peruntukkan dan tak turun projek.

Tiadakah orang yang serious lagi dalam UMNO?! Kalau yang ada sudah tidak serius, jangan jadi kaki sibuk lagi.

Sedialah berundur untuk beri laluan untuk mereka yang serius dan mahu bergiat memainkan peranan. Sana sini diberi peranan yang kurang cerdik dan pengetahuan serta cetek pandangan dan pemikiran.

Ditanya mengenai pembenterasan politik wang, jawapannya hanya pindaan perlembagaan. Kalau kata mahu pinda Perlembagaan, kenapa terhegeh-hegeh susah hendak diselesai dan segerakan?

Dengar-dengar, terlalu banyak mahu dicapai. Tumpukanlah khusus untuk pemilihan kepemimpinan saja ...

Intipatinya pemimpin mesti dipilih dari beberapa pilihan. Mereka yang ingin menawarkan diri perlu dimudahkan. Janganlah ada pula syarat terlalu susah dan cuba-cuba untuk tahan orang mencuba jawatan tertentu. Paling menyampah, kalau dah ada usaha hendak atur orang tertentu jadi Perdana Menteri satu hari.

Apa salah dilibatkan sebanyak ahli yang upaya dalam parti? Kalau semua 3.2 juta itu susah, apa salahnya libatkan dalam 500,000 ahli yang serius dan aktif? Kenapa jumlahnya hanya 60,000? Jumlah purata satu bahagian itu masih boleh dibeli!

Apa pulak cerita memilih calun pilihanraya perlu dipertandingkan dalam parti? Otak sudah tidak berguna lagikah? Pastikah UMNO sentiasa tahu dahulu bila pilihanraya akan diadakan? Macam mana pula bagi kawasan yang UMNO tidak boleh bertanding? Adakah ini baik dari segi taktik pilhanraya? Hilanglah elemen kejutan ...

Tiada keprihatinan!

Sekarang ini, mengapakah polisi yang diumumkan asyik tidak jelas hingga dianggap menjejaskan kepentingan orang Melayu?

Tiap-tiap kali panjang sangat hendak diterangkan dan diperjelaskan. Belum habis satu polisi difahami orang Melayu, dikeluar satu lagi polisi untuk tambahkan kekeliruan. Setiap kali polisi baru, bertambah persepsi dibawah menganggap UMNO sudah tidak bela orang Melayu.

Dalam bela nasib Bumiputera, kita dahulu boleh imbang kepentingan orang bukan Bumiputera. Sesuatu polisi itu mudah difahami orang kebanyakkan. Kenapa kita tidak boleh lakukan sekarang lagi?

Inilah bila terlalu percaya sangat pada penasihat cilik dan penasihat sepet Oxford. Kalau asyik terlalu percaya pada konsultan antarabangsa, bila otak kita sendiri akan dilatihdan diguna? Dia orang ini tahu semuakah? Atau kita yang tidak tahu apa keupayaan mereka dan apa yang mereka tidak tahu? Adakah common sense sudah tidak lumrah dan jadi koman?

Tengah geram ini. Banyak lagi hendak dicakap. Banyak lagi hendak diluahkan.

Belum lagi cerita pasal kehidupan rakyat yang bertambah susah. Pemimpin tahu pandai cakap saja. Masa minyak hendak dinaikan 78 sen, ada Tan Sri boleh kata tak berapa sangat dalam mesyuarat? Itu betul orang tidak sedar dan asal usul diri. Sudahlah pendatang Minang dan diteri jadi orang Johor, ingat rakyat kaya dan mewah macam dirinya? Beli Bank seberang sampai begitu mahal? Sudahlah itu, boleh pula diberikan jawatan lagi?

Macam mana rakyat akan didahului, dengan orang macam ini yang akan merancang ekonomi?

Cukuplah setakat ini.

27 comments:

Anonymous said...

Bravo!

Sayang parti, tegur-tegurkan.

Agaknya memang sudah resam, lagi tinggi kedudukan, lagi kita menjadi lebih pekak.

Ehh, Zahid..senyap jer?

-E.G.

Anonymous said...

Marah nampak blogger ni. Tapi marah yang bertempat.
Perubahan kapada kerajaan Najib ini menampakkan yang ' kerajaan ' lebih mementingkan career mereka dari masa depan Bumiputra.Tidak salah mementingkan career , tapi jangan di sacrifice perceived rights bumiputera.
Kalau dulu ada vision 2020 - the way forward ..sekarang asyik berjoget saja..satu malaysia lah, rakyat diutamakan lah dan macam-macam lagi useless slogan.Orang cakap pasal jamabatan ganti causeway , dia nak buat jambatan ketiga..MARA dah luput, ASB dan lenyap...
Tapi yang saya hairan tu ialah siapakah yang menjadi consultant kapada Najib dan mnacai-macai nya ?
Namapk sangat PM banyak membuat langkah langkah yang mengelirukan dan membimbangkan.
Yang mengundi dan menentukan kerajaan adalah orang-orang luarbandar orang-orang kampung yang mengharapkan perlindungan..
Cerita " the king's new clothes " sekarang sedang dimainkan dan Najib tak lama lagi telanjang dikerjakan pengampu-pengampunya..
Saya setuju yang kerajaan sekarang menghadapi masalah pekak dan bodoh..high time to buat major overhaul..

Anonymous said...

Marah nampak blogger ni. Tapi marah yang bertempat.
Perubahan kapada kerajaan Najib ini menampakkan yang ' kerajaan ' lebih mementingkan career mereka dari masa depan Bumiputra.Tidak salah mementingkan career , tapi jangan di sacrifice perceived rights bumiputera.
Kalau dulu ada vision 2020 - the way forward ..sekarang asyik berjoget saja..satu malaysia lah, rakyat diutamakan lah dan macam-macam lagi useless slogan.Orang cakap pasal jamabatan ganti causeway , dia nak buat jambatan ketiga..MARA dah luput, ASB dan lenyap...
Tapi yang saya hairan tu ialah siapakah yang menjadi consultant kapada Najib dan mnacai-macai nya ?
Namapk sangat PM banyak membuat langkah langkah yang mengelirukan dan membimbangkan.
Yang mengundi dan menentukan kerajaan adalah orang-orang luarbandar orang-orang kampung yang mengharapkan perlindungan..
Cerita " the king's new clothes " sekarang sedang dimainkan dan Najib tak lama lagi telanjang dikerjakan pengampu-pengampunya..
Saya setuju yang kerajaan sekarang menghadapi masalah pekak dan bodoh..high time to buat major overhaul..

Anonymous said...

Syabas!
Aku tak tau pasal orang lain. Tapi untuk aku, aku mengundi pembangkang sebab aku meluat dengan pemimpin UMNO. Cuba perhatikan perangai pemimpin UMNO ni dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat cawangan, ada satu persamaan iaitu projek dan wang. Aku nak tanya sekarang ni kalau orang masuk UMNO sebab apa? Adakah kerana hendak berjuang untuk bangsa dan negara? Semua orang tau jawapannya!
Aku nampak kalau nak perbetulkan balik UMNO, PERTAMA sekali adalah dengan cara bagaimana seseorang itu dipilih untuk jadi pemimpin. Biarkan semua ahli mempunyai kuasa direct untuk memilih pemimpin mereka bukan melalui perwakilan lagi. Lagi satu, sedar atau idak yang kebanyakan pemimpin UMNO sekarang ni nampak macam kurang intellectual.

Anonymous said...

Betul kata tuan ini. Harap2 pemimpin UMNO yang bodoh sombong bacalah tulisan ini. Semakin hari semakin lembik lah semua pemimpin MELAYU kita ni. Tuhan saja maha mengetahui rintihan rakyat. Bosan lah dengan sikap mereka asyik nak mengayakan perut sendiri saja.

Orix Concepts said...

Voicy, mintak izin letakkan link di Facebook

Anonymous said...

100% setuju..

Adakah mereka tidak pernah belajar?
Adakah mereka tidak kenal siapa Anwar?
Adakah mereka ambil mudah kemampuan Anwar?

Adakah mereka sedang mengkafankan UMNO sebagai persiapaan ke kuburan?

Mungkin yang patut pergi..pergi..

Yang utamakan rakyat tempatnya di sini..

Yang utamakan kroni sila lompat parti..

Kita blogger hanya orang kecil,

sayangkan agama,bangsa dan negara kita sanggup buat apa sahaja.

Badan semakin penat..
Tiada apa yang kita dapat..

Sekurang-kurangnya pilih calon yang tepat...

7 PRK begini kita di barisan hadapan..

Apabila kalah dimaki kita yang kena dahulu.
Kita yang rasa dahulu.

UMNO hanya setiakawan tapi tak berani berubah..

Kulup_Arapayung said...

Ya...marah...kerana kebodohan peminpin umno. Suruh Zahid balik kampung taman jagung. Polisi yg dilaksana Najib sekarang banyak tak disukai melayu atas pagar. Dia dari parti Bumiputra [melayu] jadi bertindaklah sebagai Bumiputra [melayu]bukan sebagai cina/india. Bukan bumi telah diberi biasiwa, menabung dgn PNB, Mara ditak nampakkan. Biasiwa 1 Malaysia nak diujudkan. Adakah mereka mengundi Barisan di PP ?

mantra-indeeptots said...

Voicy

Sorry CTS and Tok Sam, it wasnt you guys who alerted about Rohaizat's law background but it came a few days earlier from the PAS supporters posted to their wall in Facebook... see how much u guys are first in news... what more, the UMNO leaders... how sad

MANTOL said...

Tepat sekali!!! Tapi masih RAMAI PEMIMPIN UMNO yang tidak hendak berubah.

/MANTOL/

Anonymous said...

I've maintained from the beginning that somewhere along the line, someone influential in the selection committee, had blundered big time.

Their background check was pathetic. Not only did they not aware of why Rohaizat's being disbarred, they were not even aware of his second wife.

And Rohaizat too, for that matter should have spared the party of any embarrassment by declining the candidacy since he knows and should know that he is tainted.

Politics is about perception and once you are perceived as a dishonest lawyer, the stigma remains.

Can you imagine how much time were lost in defending the accusation against "a lawyer who was disbarred because of his partner's conduct"?

These valuable times could have been used to plan other attacks against the opposition.

UMNO needs to put some senses into the head of these goons namely Zahid Hamidi & Ahmad Maslan. I wonder how Zahid (tong kosong) got elected to Supreme Council in the first place.

Anonymous said...

1. Zahid hamidi tu, memang cibai. Tolong la berhenti kalau tak pun tolong lah mengaku kesalahan sendiri.
2. Najib, fokus!
3. Muhyiddin, cakap je pandai, result mana, ek!
4. Voice! Terimakasih Tak terhingga atas ulasan saudara.
5. KJ ngan Ali. tolong la blah.

princess jiji said...

baguih sungguh artikel ni!jiji suka sangat..kalau boleh,kita print dan hantar kat semua ketua bahagian..tapi depa ni tak peduli pun apa kita kat bawah ni kata..yang penting projek depa jalan dan beli keta baru setiap tahun..mmmmmmm

Anonymous said...

Susah sangat ke nak dengar cakap orang?

1.Orang cakap buang je Anak Omak dan Ali Rustam, tapi sampai sekarang dok ada lagi. Orang meluat.

2.Orang cakap tegas sikit dengan puak yang mencabar perlembagaan, tapi sampai sekarang orang-orang ni bermaharajalela lagi. Orang fed up.

3. Orang cakap utamakan orang Melayu dulu untuk kuatkan parti, tapi dia dok bagi kat lain-lain kaum tu je yang lebih. Orang sedih

4. Orang cakap jangan sombong, tapi diaorang ni boleh masuk kubu kuat PAS dengan slogan "kuburkan PAS". Sama macam slogan P44 tu hari "kuburkan ANWAR" kat rumah dia sendiri. Ini macam kasi menang free atau saje-saje kalahkan diri.

5. Orang cakap kekalkan PPSMI untuk generasi hari ni dan akan datang mudah timba ilmu, tapi puak-puak UMNO ni mati-mati tak dengar cakap orang. Orang marah.

Inilah jadinya kalau tak nak cakap orang...

Orix Concepts said...

Bercakap tentang dengar cakap orang... ini sesuatu yang menakjubkan http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/27/nation/20090827182612&sec=nation

Anonymous said...

Orang Bumiputera kena kempen " Bring Back Mahathir " - kerana pada peringkat ini nampak macam tidak ada harapan untuk negara ini survive.

Kerajaan hari ini asyik buat kerja merapik-rapik sehingga hari-hari dibodohkan orang bukan Melayu .

Tak fahamlagi ke baca data pilihanraya ?. Kalah di Permatang Pasir kali ini mencerminkan apa yang akan berlaku pada PRU akan datang... Dasar-dasar bodoh yang diperkenalkan oleh kerajaan ditolak oleh pengundi..

Diharap buat survey " Perlukan Mahathir Memimpin Semula ?...Melayu dah cemas gara-gara pemimpin bodoh..

kassim pantalon said...

Mencipta slogan itu mudah melaksananakan apa yang diucap itu susah.BN selalu mencipta berbagai
slogan tapi segi perlaksanaannya sering diabaikan.

Anonymous said...

Dear Voice,

UMNO and Najib in particular shud learn the lesson from Susilo Bambang Yudhoyono SBY. Remember what SBY did when he first appointed as the President?

SBY introduced a total new cabinet line up that was not only free from corruption practices but more importantly he was giving the impression that he really meant business in stamping out the long corrupted legacy in the Indonesian Government. He didn't create rhetorics, slogan or all sort of craps!!!! Just an honest pledge followed by noble intentions and actions in his implementations and executions. There was no 2 way about it! And the fact that he chosen unknowns in his cabinet, these new and clean people have no skeletons or unwanted baggages attach to them in executing their scared responsibilities. This is really putting 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' as SBY really understood and committed to it!!!!

And I think what happened to Indonesaia and SBY after that is history that not need to be told!!!!! How he mustered enough strengths and power to be elected for another term even with a more convincing glory. Indonesia's achievements in economics, political and social are way ahead than Malaysia's putting last 2 prime ministers together !!! I am really ashamed to his facts to my Indon colleagues...

When Najib appointed his cabinet more than 100 days ago, I felt that he lost the opportunity to do what SBY did and even worse of that he compounded the mistakes made by his predecessor. What really amused me is that the too many mishaps and mistakes committed by Najib may be irreversible and could lead UMNO into the lowest political oblivion in its history!!!!! I dread to think the consequences....

As I always quote what Einstein said ' insanity is doing the same thing over and over again but expecting different result'....and in this particular case I think SBY did the most sane thing a leader could do for his beloved country where Najib failed miserably...maybe he loves his own people of apple polisher more than his love for this bless country...

Anonymous said...

Voicey,

Whose to blame for putting ex-Anwar buddy to lead Penang's UMNO. Permit me rephrase one of Obama's ..... "You know, you can put lipstick on a pig; it's still a pig."

Prof Awe Kecik

Anonymous said...

Sekarang gomen dah lantik Idris Jala jadi menteri untuk memantau KPI.

Najib ingat running Malaysia macam mengurus kilang buat Budu ke ?. Kenapa tak lantik semua CEO terbaik swasta menjadi menteri untk menguruskan negara ini ?

Nation building memerlukan statesman bukan businessmen per se...sebab tu kalau PM seorang statesman par excellence dan dibantu oleh good sounding board { bukan penggilap telor beliau ( yang sekarang menasihati beliau.)

PM sekarang lemas dengan beberapa issue yang remeh-remeh ..issu KPI
issu HINI..issu PAS , issu rotan punggung perempuan dan macam-macam issue..

PM kena asingkan yang penting (importan) bukan yang urgent..)Beri balik keyakinan dan rasa selamat kapada orang-orang kampung dan miskin. Berikan kerja-kerja yang urgent tapi tak important kapada menteri menteri lain..takkan kerja mentri lain hanya untuk merasmikan majlis dan berucap je...

Bila PM cerita pasal KPI rasa-rasa macam cerita orang buta dengan gajah..pegang anu gajah dia kata tiang seri..apa tak nya penasihat penasihat lain pun sama naik bute..
Cuba PM buka mata dan jalan kebelakang sikit tengok dari jauh dan nampak tongkol gajah dan dah nampak baru fikir apa nak buat.

Sepatah kata orangputih "same..same " PM dan Bedoalah Bedawi same aje. Sorang dengan Hadari dan yang sekarang ini menunjukkan jari telunjuk satu Malaysia. Orang Melayu tunjukkan middle finger pada PM..

Kesian orang Melayu..

Anonymous said...

Tak payah la...buat letih sahaja.
Berubah tak akan sekali...
Berlakon sahaja berubah...
3 Abdul yang SAH bersalah politik wang tetap akan kekal dan mungkin naik lagi tinggi...
selagi yang bertiga ni ada lagi, toksah la cakap UMNO nak berubah, tiada kredibiliti langsung omong omong kosong yang macam ni....

pandaktukan said...

Saudara,
Saya pengundi PR tetapi bersimpati dan amat faham dgn kekecewaan, kehampaan,kemarahan dan kehilangan semangat yg kian merundung ahli-ahli umno seperti saudara.
Penyakit yg membuat umno kian tenat dan parah bukannya sesuatu yang amat susah untuk didiagnose.Ianya amat jelas:penyakit 'terlalu lama berkuasa'. Symptom penyakit ini adalah betapa cukup ramainya ahli parti itu yang menjadi ahli bukan kerana ikhlas nak berjuang untuk rakyat tetapi untuk membuncitkan perut sendiri.
Nasihat jujur saya kepada saudara-saudara di dalam umno adalah untuk berusaha mulai sekarang supaya umno hilang tampuk pemerintahan di peringkat federal. Apabila itu terjadi, para haprak, penyamun, pencuri dan perasuah yg menganggotai umno untuk mendapatkan projek, permit, lesen dan sebagainya akan berhijrah ke parti lain. Umno akan dibersihkan dari semua anasir busuk dan buruk ini dan saudara-saudara yg ikhlas mahu berjuang untuk rakyat akan mempunyai jalan dan peluang terbuka untuk memberi kepimpinan yg jujur dan bersih dan berwibawa kepada umno.
Ini bukan cubaan berjenaka oleh saya tetapi cadangan ikhlas. Saudara mahu umno direformkan (seperti ramai ahli umno lain) tetapi janganlah hidup dalam denial dan percaya bahawa umno boleh direformkan dalam keadaan sekarang. Cara yang saya cadangkan adalah satu-satunya cara yang akan berkesan.
Negara kita memerlukan two-party atau two-coalition system yang mana kepimpinan kedua-duanya bersih, cekap dan, paling mustahak, amanah. Sekiranya PR berkuasa tetapi tidak berupaya memperbaiki taraf kehidupan rakyat, pasti pilihan rakyat akan kembali kpd umno/bn yg sudah dibersihkan oleh keanggotaan yg lebih amanah dan jujur.
Fikir-fikirkanlah dan berusahalah dari sekarang. Salam Ramadan dari saya.

eddy said...

Bila kita fikir-fikirkan balik, ada baik juga UMNO kalah diPermatang Pasir. Proses reformasi baru hendak bermula merangkak-rangkak, kalau menang ramailah orang UMNO syok sendiri tak pijak di bumi nyata megatakan segalanya sudah baik dan bagus.Kekalahan ini membuat UMNO sedar diri dan "keep the leaders on their toes".

Selamat Meyambut Hari Merdeka.

abuarif said...

Inilah sindrom yg sedang berlaku dlm UMNO sekarang ini...Ramai ahli tertunggu tindakan yg drastik untuk memulihkan UMNO.KITA patut ambil Iktibar dari apa yg berlaku semasa zaman paklah PM dulu ,semua tindakan yang diambilnya membuat MELAYU sangat MARAH dan resah termasok ahli akar umbi namun tidak ada desakan atau teguran secara rasmi melalui bahagian masing2 kerana semua ketua2 bhg Takut dan menjaga perut sendiri tanpa memikir langsung soal mempertahankan masa depan bangsa...RATA2 ketua bahagian yg ada sekarang adalah kurang ilmu sebab itulah mereka tak sayangkan bangsa....Hari ini bangsa melayu rata2 rasa resah dan gelisah tentang Politik masa depan bangsa....UMNO MEMANG BERJASA dan TELAH MEMBAWA KEGEMILANGAN BANGSA MELAYU.....tetapi PEMIMPIN MCMANA!!!!!UMNO MESTI TEGAS SOAL PERTAHANKAN MELAYU DAN ISLAM ...DATO SRI NAJIB tolonglah buat PEMBERSIHAN segera sebelum terlambat...BUANG segala kekotoran yg ada,perosak umno hingga jatuh pru12, kuncu2 dan pengampu paklah,perasuah politik....SINGKIRKAN saja...munkin mereka akan marah dan nak lompat parti lain..biarkan...yg MUSTAHAK RAKYAT AKAN SUKA dan AKAN KEMBALI MENYOKONG UMNO DLM PRU13 nanti...DURI dlm daging jangan dibiarkan...duri tetap duri..jika sudah menanah terok semuanya akan dibuang.....bertindaklah sebelum terlambat...salam

Anonymous said...

Najib,

Berita terbaru, arahan anda tangkap penunjuk perasaan kat shah alam jumaat lalu.

Betul ka?

dan KJ kata orang melayu/islam tak perihatin, tak jaga sensitiviti kaum lain.

Betul Ka?

Najib dan KJ,

Cuba dengar, baca, faham kan apa yang yang depa nak sampaikan pasal `kepala lembu' ni.

maksudnya kepala lembu ni simbol kebodohan Pakatan Rakyat.

maksud nya lagi, depa bukan nya nak menghina ugama kaum lain.

bukan tak bagi bina kuil tapi cari lah tempat yang bersesuaian.

kalau nak tangkap, tangkap lah orang yang `supply' kepala lembu ni

carilah puncanya.

kenapa hangpa berdua join sekali dengan kaum cina yang paling banyak beri komen di internet tentang isu kepala lembu ni?

orang cina ni kita semua sedia maklumlah.

lebih kuah dari sudu...

tapi kamu berdua nampak nya lebih menjaga kepentingan kaum mereka.

Dua-Dua hampas....


ularlagibaik@daptonto999years.com

Anonymous said...

Singkirkan KJ dan Ali Rustam dengan segera.UMNO tak ada banyak masa lagi.Bersihkan UMNO dari pemimpin rasuah.Insyaallah,bila tinggal yang jujur saja,parti boleh diterima rakyat kembali.

pisau said...

saudara ,

aku faham sangat,aku ada di battlefield.tengok jentera berkerja waktu tu bukan kerja untuk menang,infact kerja untuk kalah.

how come sejak PRU12 profiling pengundi tak ada, then pmtg pasir baru timbul isu pengundi hantu,mean before this dorang tak buat kerja.

then biawak hidup tu jadi kambing hitam pasal untuk protect ketua bahagian,kalau letak calon lain barangkali kalau orang tu menang bakal mengugat kedudukan dia.

aku setuju sangat, kalau ada mana mana kumpulan akar umbi jadi pendesak untuk berubah. dah tak tahan sangat dah tengok depan mata pemimpin umno buat kerja bodoh


pisau.net

My Say