Dato Dr Khir Toyo menawarkan perletakkan jawatan sebagai Ketua Perhubongan negeri Selangor kepada Pak Lah dan diterima tanpa perbincangan. Apabila ditanyakan jika Pak Lah perlu cadangan calon-calon sebagai pengganti, dia bagai dipetik jari boleh terus memikir dan mengambil keputusan penggantinya sebagai Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Adakah Pak Lah faham apa maksud disebalik keputusan Dr Khir? Apakah sudah difikirkan tindakannya itu?
Sedutan laporan Utusan Malaysia bertarikh Mac 21hb, 2008 berjodol "Berhenti menuding jari" mengenai perletakkan jawatan Dato Dr Khir Toyo disiarkan berikut:
DATUK Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menjadi pemimpin pertama melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri, ekoran keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12, yang tidak pernah dijangka sebelum ini.
Bukan mahu menjadikan keputusannya itu sebagai contoh kepada pemimpin lain kesan tsunami politik itu, namun Mohamad Khir tegas menyatakan sebagai pemimpin, beliau bertanggungjawab atas pencapaian buruk BN di Selangor.
Walaupun menafikan menerima tekanan untuk berbuat demikian, namun ada kata-kata yang diluahkan pada sidang akhbar ketika mengumumkan peletakan jawatan itu yang menimbulkan tanda tanya dan memberikan pelbagai tanggapan.
“Saya lihat ekoran prestasi buruk ini, telah ada sikap salah-menyalah antara satu sama lain,” katanya yang enggan mengulas ketika ditanya lanjut mengenai kenyataannya itu sebaliknya beliau meminta persoalan itu tidak perlu ditimbulkan buat masa ini.
Dr Khir boleh meminta tetapi permintaannya itu tidak mahu dikabulkan blogger ini. Laporon itu pun jelas bagaikan di spin untok tidak tersentoh sensitiviti Pak Lah yang hypersensitive.
Meletak Jawatan Amalan Tanggungjawab
Perletakkan jawatan disebabkan kegagalan dalam prestasi adalah suatu amalan lumrah di dalam masyarakat yang mengamalkan kepertanggungjawaban kepada ketua dan pemimpin. Prestasi negeri Selangor boleh dianggap sangat terok kerana negeri yang dianggap negeri selamat boleh berubah hingga tewas ke tangan loose coalition "Barisan Rakyat".
Barisan Nasional kini hanya tinggal 20 kerusi di dalam Dewan Perundangan Negeri (ADUN) dan 5 kerusi Parlimen. Manakala, PKR memenangi 15 ADUN dan 9 Parlimen. DAP pula menang 13 ADUN dan 4 Parlimen. Paling kurang, PAS memenangi 8 kerusi ADUN dan 4 Parlimen.
Dengan ini, Selangor telah jatuh kepada pembangkang dan Menteri Besar baru dipegang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR. Komposisi exconya masih sedang diatur akibat stalemate antara kehendak istana dan cadangan loose coalition ini.
Keputusan Dr Khir untuk meletakkan jawatan harus dihormati kerana sudah masa negara ini mengamalkan kepertanggungjawaban di peringkat tertinggi.
Walaupun pentadbiran Dr Khir ini penuh dengan kontroversi politik, blogger ini memandang tinggi potensi kepimpinannya dari aspek keberanian dan ketegasannya dalam mentadbir. Malah diharap, dia dapat mempelajari dari kesilapan-kesilapan lepas untuk bangkit semula menjadi pemimpin yang lebih hebat.
Memahami Khir Toyo
Antara yang sering menjadi buah mulut orang adalah perubahan imej peribadi. Perubahan yang begitu ketara dari segi kosmetik boleh disalahertikan sebagai keperibadian yang vanity. Walaupun perkara ini adalah sesuatu yang peribadi dan bukan perkara pokok, persepsi yang negatif hanya menguatkan persepsi negatif lain.
Kesilapan Dr Khir sering diperbincangkan orang. Ia hanya menunjukkan ia sebagai manusia yang tidak sunyi dari kesilapan. Namun, sebarang kritikan terhadapnya harus menjawab beberapa persoalan pokok.
Selain impaknya kepada persepsi yang akhirnya menjejaskan pencapaian Barisan Nasional dalam pilihanraya, adakah perobohan kuil-kuil Hindu yang haram, pembersihan setinggan, perkara terbabit dengan alam sekitar, dan lain-lain kritikan terhadapnya sesuatu yang menyalahi polisi dan prosedur?
Adakah tuduhan rasuah dan salahguna yang dikenakan ke atasnya suatu yang jelas sahih dan terbukti atau hanya andaian?
Harus difahami dan mungkin diketahui umum bahawa kepimpinan Dr Khir menghadapi operasi cah keting besar-besaran yang berpanjangan. Bukankah kalau ada sebarang salah laku, Dr Khir pasti akan diserbu siasatan BPR, Polis dan lain-lain jabatan kuatkuasa untuk mengkeroyoknya?
Sudah merupakan rahsia yang terbuka bahawa propaganda media yang negatif bertalu-talu dihala terhadapnya oleh Tingkat 4 dan agen operatif?
Karam Singh Walla menjadi terkenal dan buah mulut orang ramai dari pendedahan demi pendedahan yang di fokuskan di Selangor. Seiring dengan ini, Pengarah Alam Sekitar negeri yang diletakkan semasa sebahagian besar pentadbirannya adalah seorang yang mempunyai reputasi yang penuh tandatanya.
Bila Yang Bertanggungjawab Akan Bertanggungjawab Pula?
Dr Khir telah mengambil tanggungjawab untuk meletakkan jawatan. Selain dari Selangor, dua lagi negeri tradisional Barisan Nasional telah jatuh kepada pembangkang ia-itu Kedah dan Perak.
Bukankah jika tawaran meletakkan jawatan Dr Khir di terima, Ketua Perhubongan untuk negeri-negeri tersebut harus melakukan yang sama? Pencapaian pentadbiran bagi kedua-kedua Ketua Perhubongan UMNO semasa menjawat Menteri Besar bagi negeri-negeri ini tidak memuaskan.
Perdana Menteri yang merangkap Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional seharusnya mengambil tanggungjawab juga.
Tidak pernah terjadi dalam sejarah Barisan Nasional dan Perikatan kekalahan yang diterima adalah melibatkan 5 negeri baru dan Wilayah Persekutuan (5 +1). Undi popular Barisan Nasional jatuh hingga bawah 50% di tahap 48.7% di Semenanjung dan purata kebangsaan pada tahap 51.5% diperbaiki dari sumbangan negeri-negeri Malaysia Timor. Undi dan majoriti untuk Barisan Nasional di negeri-negeri yang dimenangi pun jatuh begitu terserlah.
Tuntutan mengundur oleh Dato Mukhriz itu tepat dan mempunyai justifikasi. Pak Lah dan menantu merupakan penyebab. Malah Khairy tidak menafikan realiti ini kerana mengatakan ada juga faktor-faktor lain.
Sikap Pak Lah dalam menghadapi kekalahan ini seolah-olah memekakkan diri dari menerima kenyataan. Amaran kegiatan lompat parti dari Barisan Nasional kepada PKR pun tidak diambil endah. Adakah ada persefahaman antara beliau/Khairy dan Anwar Ibrahim?
Hipokrasi Pak Lah
Satu perkara yang menjadi buah mulut orang ramai adalah meningkatkan peranan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib di dalam kerajaan dan parti.
Mat Taib telah dinaikkan balik ke jawatan Ketua Penerangan UMNO negeri Selangor untuk menggantikan Dr Khir. Beliau baru dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Disamping itu, beliau menyandang jawatan Ketua Penerangan UMNO dan seorang Senator.
Mat Taib adalah seorang yang penoh dengan kontroversi. Semasa menyandang jawatan Menteri Besar, beliau pernah dimurkai Allahyarham Tuanku Sultan Salahuddin kerana kahwin lari dengan puterinya.
Beliau pernah terlepas dari mahkamah secara kesilapan teknik kerana tuduhan membawa masuk wang tanpa deklarasi ke dalam Australia. Alasan yang terdaya diguna hanyalah berpura-pura tidak tahu langsung bahasa Inggeris. Susulan dari itu, beliau telah disahkan bersalah oleh BPR kerana tidak membuat deklarasi akan hartanya. Semasa menyandang jawatan Menteri Besar, sesama pemaju hartanah, mereka sering berkata, "kalau hendak kelulusan, bawak dua beg."
Mengapakah seseorang yang tidak kelihatan bersih diambil kembali? Mengapakah sesorang yang tidak diletakkan bertanding diberi perana yang besar? Kalau ia bertanding di kawasan yang di rancangkan untuk bertanding, kemungkinan besar dia akan di landa tsunami untuk kalah.
Bukankah berkali-kali Pak Lah menyebut nama-nama baru perlu diketengahkan dan bukan personaliti yang jangka penggunaan sudah terlanjut?
Selagi Presiden UMNO masih tidak mahu menerima kenyataan dan masih percaya mandatnya yang hanya 8 kerusi kurang untok majoriti 2/3 itu besar dan selesa, selagi itulah nampaknya UMNO tidak mungkin dapat berubah untuk membetulkan diri.
Jangan hairan, jika satu hari nanti, peranannya adalah sebagai Ketua Pembangkang. UMNO pula akhirnya di sisirkan oleh komponen parti Barisan Nasional yang lain. Mungkin itu yang beliau dan menantunya harapkan?
4 comments:
"Generally, there are far more political blogs than dedicated blogs on economics, social, public interest, human rights, law, and other issues. While it reflects the Malaysian bloggers consciousness on politics, more dedicated blogs with a niche area of coverage should certainly be welcomed."
Don't forget us Malaysian entertainment bloggers (Mr. Manager, SultanMuzaffar, Klubbkidd, Penglipurlara, Sensasi Selebriti and Juan Danza). As a general rule of thumb, we stay away from social commentary and politics. We leave that to you guys. However, collectively, we have a massive readership with a wide demographics. That's a very large untapped pool :-)
And lately, we have broken our golden rule and been politically inclined. You should visit our blogs sometimes.
I wud appreciate you repost on the right posting. I wud luv to response there.
don't say quit oredi..
improvise..
make better..
for the future..
Agak-agaknya layak tak Khir Toyo dianugerahkan PENYAPU atas kegagalan beliau? To be consistent, he should present himself with one! Shouldn't he?
Post a Comment