Kabinet semalam, seperti dikata seorang rakan yang menalipon pagi tadi, sebagai Kabinet OKU. Nampak gaya kabinet baru ini lebih tepat digelar "Sinking Ship" Cabinet.
Susunan kabinet begitu jelas menunjukkan Pak Lah enggan bersungguh dalam memperbaiki keadaan dan masih membiarkan agenda Khairy berleluasa tanpa mengira tua dan muda. Kapal yang dikemudi Pak Lah jelas akan menghala gunong air batu tetapi enggan dilecungkan.
Berikut dipetik sepenuhnya dari blog Tangents: Restless Musings Of A Malay Mind:
Benarkah Sudah Berakhir Riwayat Politik Khairy?Peristiwa semalam selepas pengumumman Kabinet mencetuskan peristiwa-peristiwa besar. Radzi Sheikh Ahmad sudah umum meletak jawatan Setiausaha Agong UMNO. Rafidah Aziz dijangka akan mengumumkan perletakkan jawatan sekejap masa lagi. Kemarahan Wanita UMNO begitu jelas dalam mesyuarat malam tadi.
Sudah pun dikemukakan petanda kekalnya pengaruh Khairy dari analisa Pak Lah akan sebab kekalahan BN. Pak Lah memberi gambaran ini kerana golongan muda Melayu menolak DEB/DPB, apabila sebenarnya Khairy dan pemesong DEB/DPB lain yang ditolak; lagi pun sudah lama disyaki Khairylah hipokrit pembenci serta musuh dalam selimut DEB/DPB. Di sini ingin diajukan sedikit 'bukti' kekalnya Khairy sebagai pengemudi pentadbiran Pak Lah berdasarkan susunan kabinet.
Melihat prestasi buruk BN pada PRU-12 dan berdasarkan desakan lantang menggesa perletakan jawatan beliau, Pak Lah beraksi dengan begitu licik sekali. Sudah kembali ahli politik yang berjaya hidup begitu lama dalam UMNO walaupun dikelilingi musuh yang berkuku-taring lebih tajam. Malang sekali yang kepintaran tersebut agak kurang dalam menangani pentadbiran negara, mahupun menguruskan pilihanraya umum, tetapi di dalam UMNO, Pak Lah tetap gagah.
Setelah menerima maklumat jelas bahawa perlindungan dan kuasa tidak rasmi yang dikurniakan beliau kepada Khairy merupakan antara tunas kekalahan BN, Pak Lah mengambil kesempatan terdekat untuk:Ini menunjukan seolah-olah Khairy bukan faktor dalam pentadbiran kerajaannya sekarang. Tambah pula:
- Mengelak dari melantik Khairy ke jawatan kabinet.
- Membenarkan propaganda menular yang nyawa politik Khairy sudah hampir hilang di media perdana serta halaman web pro-kerajaan seperti Malaysian Insider.
- Membenarkan Pemuda UMNO memutuskan supaya Mukhriz Mahathir tidak dikenakan tindakan disiplin atas tindakan beliau menulis surat memohon perletakan jawatan Pak Lah sendiri.
- Menteri yang kurang popular seperti Rafidah Aziz dan Radzi Sheikh Ahmad digugurkan.
General-general setia Pak Lah seperti Noh Omar diberi pangkat menteri sebagai persediaan perhimpunan agung UMNO. Panglima-panglima pemimpin lain seperti Shabery Cheek diberikan kedudukan menteri dalam usaha menarik sokongan mereka. Panglima-panglima yang sudah pasti tidak akan dapat ditarik kesetiaan kepada Pak Lah, seperti Tengku Adnan dan Jamaluddin Jarjis telah digugurkan, walaupun prestasi mereka yang lepas boleh tahan juga. Pemimpin UMNO yang sering lantang mengkritik dari luar seperti Shahrir Samad dan Zaid Ibrahim pula cuba didiamkan dengan kedudukan baru. Dibawa masuk juga sepahi upahan Muhamad Muhamad Taib sebagai menteri yang terjamin setia kerana kembalinya ke tampuk kuasa atas jasa Pak Lah. Pemilihan kabinet Pak Lah tepat dengan tujuan mempertahankan kedudukan beliau dalam UMNO. Namun, Pak Lah mungkin terlalu sayangkan Khairy hingga tidak upaya beliau menidakkan pengaruh Khairy sama sekali. Contohnya:
- Wan Ahmad Farid, teman setia Khairy yang melicinkan pengagihan projek di Terengganu suatu masa dahulu kini dilantik menjadi Timbalan Menteri.
Perlantikan kabinet menunjukkan Pak Lah, dalam usaha mempertahankan hidup politiknya, sedia mengenepikan sedikit Khairy. Namun pengaruh Khairy terlihat kekal walaupun hanya ala-kadar. Mungkin perlantikan pada peringkat agensi-agensi kelak akan menonjolkan lagi tahap pengaruh Khairy pasca PRU-12; benarkah sudah dikekang, atau hanya sekadar wayang kulit sahaja beliau diketepikan dari kabinet.
- Azalina, rakan sejawat Khairy semasa beliau menjadi pengacara TV dahulu, menonjol sebagai satu-satunya wakil Wanita UMNO di kabinet. Adakah ini petanda beliau bakal merampas kuasa kepimpinan wanita kelak? Khairy masih terhutang budi kepada Azalina yang lebih berhak menjadi wakil rakyat di Rembau, kampung asal-usul bapanya.
Tengku Azlan dan Anifah Aman enggan menerima tawaran jawatan. Yang layak naik, tidak dinaikkan. Kemarahan Sabah pun begitu jelas dengan Shafie Apdal dikatakan akan menolak juga bila sampai masanya. Mereka dijanjikan lebih banyak jawatan Menteri tetapi pembohong besar Islam Hadhari tidak megkotakan.
Semalam Mukhriz terlepas dari sebarang tindakan oleh Pemuda UMNO, walaupun bertubi-tubi kritikan dan hangat perdebatan di dalam mesyuarat Pemuda UMNO. Semasa Hishamuddin mengumumkan, begitu jelas di TV, bunyi orang ramai bertepok tangan. Boleh dikata, Mukhriz adalah Leonard De Caprio bagi adegan filem ini. Hanya diharap politiknya tidak menemui nasib yang sama.
Balaci Pak Lah sudah menunjukkan usaha untuk mengetepikan usaha Tengku Razaleigh yang menulis 18,000 surat kepada pemegang-pemegang jawatan UMNO untuk mengadakan Mesyuarat Luar Biasa bagi membincangkan kekalahan terok UMNO di PRU12. Akar umbi mahukan Mesyuarat ini.
Nampak gaya, tidak mahu ia mendengar isi hati rakyat dan ahli grassroot UMNO. Teringat penumpang dek kapal bawah yang tidak dibenarkan naik ke atas. Namun, satu acara menyambut kepulangan Tengku Razaleigh sedang diatur dan akar umbi UMNO Kelantan sudah melaungkan Bakal Perdana Menteri Malaysia.
Sementara itu, barbarian sedang menunggu dipintu luar kerana Anwar sudah umum akan bertanding Parlimen Bandar Tun Abdul Razak menggantikan Khalid Ibrahim. Dia bercita-cita dan mengaku dialah Perdana Menteri yang menunggu. Apa kata Senator Muhammad Muhammad Taib dicalonkan melawan Anwar?
Menarik melihat kedua-dua mereka membuka pekong lawannya nanti. Masaalahnya sudah telah terlebih character assisination terhadap Anwar. Orang hendak tengok bukti - audio, video, dan gambar - untuk percaya sebarang tuduhan. Macam mana pun, media Pak lah suka overdo. Kemungkinan masuk wakil kedua "all seeing eye" ke dalam Parlimen Malaysia.
Dengan begitu besar kesilapan langkah Pak Lah mahu membolot kuasa seorang, tidak tolak kemungkinan akan ada MP yang tidak berpuas hati lompat kapal ke PKR. Walaupun Anwar kaki temberang yang besar dan ini mungkin psy-op sahaja, ianya tidak harus diketepikan begitu sahaja dengan majoriti Parlimen dalam keadaan di hujung tanduk.
Masaalahnya pembodek dan pengampu yang perasan diri mereka pejuang bangsa dan khayal di dalam dunia awang-awang konon mempertahankan khalifah. Terimalah kenyataan jemaah sudah tidak mahu bermakmumkan Imam Hadhari, walau bagaimana cemerlang, gemilang dan terbilang sekalipun. Kepimpinan itu berdasarkan pilihan ramai. Mempertahankan kepimpinan yang bercanggah dengan intipati Al Quran yang menyuruh amar makruf nahi mungkar itu haram.
Jawapan logik yang boleh difikirkan hanyalah mereka ini ingin merasa pengalaman tenggelam dalam kapal mewah semacam filem Hollywood, Titanic. Mungkin juga mereka mahu melihat dan melukis sendiri Kate Winslett dalam keadaan telanjang. Sekarang pun kecurangan Pak Lah sekeluarga telah telanjang bulat bagaikan Maharaja yang tidak memakai pakaian.
1 comment:
Alahai, kenapa tak pandang kiri kanan. Tauke kauorang tu dulu pakai selipar je. Sekarang dah duduk mahligai dan berangan nak keputrajaya pula. Kalu kerja jadi menteri berapa sangat gajinye, mungkin bapanya jutawan kot. Cakap pasal kroni, korupsi, nepotism konon. Habislah kauorang dipukaunya.
Post a Comment