Friday, March 14, 2008

Lagi Tsunami Kedua

Sudah terpampang merata Kuala Lumpur banner yang menuntut pengunduran Pak Lah.







Sila lawati laman Jinggo Fotopage di sini untuk gambar-gambar lain.

Ahli UMNO sudah bersuara dan rakyat sudah tunjuk melalui undi, adakah telinganya yang besar mendengar? Masih percaya setiap temberang penasihatnya?

Masih menafi Khairy tidak mempengaruhinya? Masih ingat rakyat percaya penafian budak-budak Tingkat 4 ini bagus? Masih mahu menipu nafi keluarganya Kamaluddin, Nori dan Jeanne tidak terlibat dalam pentadbiran dan kontrak kerajaan?

Masih ingat dirinya alim sebagai Imam Hadhari dengan gambar-gambar yang menunjukkan rendahnya moral Perdana Menteri yang kuat menipu?

Semua Presiden parti komponen yang kalah telah diundurkan rakyat, menawar mengundur, dan dituntut mengundur.

Demi menjaga maruah UMNO, ahli-ahli UMNO harus menuntut pengunduran Presiden yang kurang cerdik ini!

No comments:

My Say