Tuesday, April 01, 2008

Jika Percaya Perlunya Bunga, Jangan Berperilaku Kera


Hari ini, saya menjadi saksi sesuatu yang berlaku apabila suara rakyat dan akar umbi parti bersuara selepas lama ditekan, diugut dan dinafikan hak untuk menyuarakan pandangan, syor dan rungutan.

Akibat terlalu lama ditekan dan dihalang, ia berakhir menjadi suatu ledakan yang tidak boleh dikawal.

Diatas sebab itu, perlunya kebebasan bersuara, pengamalan pemikiran intelektual dan rasional, dan aliran fikiran dua hala yang dilakukan dengan sopan dan hemat. Kesusahan sedikit untuk melayan persoalan tidak membukit menjadi kemarahan kemudian.

Mutakhir ini, ramai mengaku mahukan kebebasan ini. Mudah dikata tetapi difahami bukan mudah jua?

Adakah kita bersedia menerima suara-suara yang kita pula tidak ingin dengar.

Jika kita berani mempersoalkan, sediakah kita bersabar mendengar jawapan? Lebih releven, bersediakah kita mendengar jawapan diberi yang tidak memenuhi gambaran yang kita sudah lakarkan?

Kita mahu kebebeasan untuk mengeluarkan kritikan dan bangkangan. Namun, adakah kita sedia menerima pula kritikan dan bangkangan balas yang pedih untuk diterima?

Jika percaya kepada kebebasan semua untuk berbicara, tidak perlu kita menjadi marah untuk mendengar apa sahaja yang mahu diperkata. Halangan hanya menunjukkan ketidak yakinan kita kepada diri kita. Jika kita tidak yakin menjawab, ada yang lain bisa berbicara.

Jangan merasakan diri lebih mengetahui, bermaklumat, dan berkebolehan menganalisa. Mungkin ada yang berpemikiran dan bermaklumat yang lebih tinggi nilai intelek dan rasional. Masaalahnya kebanyakkan kita sering tersilap mahukan acara mengikuti jalan cerita yang tersedia, bukan maklumat dan fakta sahih menjadi pelakar berita.

Jika kita benar bersedia menerima kenyataan, bersediakah kita mempertahankan hak seseorang itu untuk menyuarakan sesuatu yang akan mendidihkan darah di dalam anggota diri kita?

Jika diamati dengan matang, tidak perlu darah di dalam badan merebus mendidih. Amalkan kebijaksanaan dan kesopanan di dalam perbicaraan. Sesuatu yang dilakukan dengan penuh kesopanan membuahkan perbincangan dua hala yang sihat dan bernas.

Sesudah didengari dan tidak berupaya disanggal, maka seharusnya diterima dengan niat yang baik. Jika enggan disetujui, hormati perbezaan. Tidak perlu dicemuh dengan jerit pekik dan tidak perlu terus dipersoalkan tanpa bukti tambahan.

Sedap kita mahukan kebebasan bersuara untuk diri kita. Bersediakah kita untuk orang lain mengamalkannya? Terus terang, saya mahukan kebebasan itu untuk diri saya, tetapi kadang-kadang terlupa kemahuan yang lain. Begitu juga kebanyakkan kita.

Jangan jadi kera diberi bunga. Maaf jika terkasar bahasa. Sentiasa sedia memaafkan kesalahan sesama kita jua.

2 comments:

tokasid said...

Salam Pak A Voice:

Alhamdulillah forum berjalan lancar.
Mungkin pak a voice boleh buat beberapa siri entries tentang ucapan2 yand di buat oleh 4 anggota panel forum supaya dapat di kongsi bersama
(bigdog ada tulis sikit ttg intipati ucapan).

Jika gesaan(dari sedikit yg bigdog nukilkan)dari 4 ahli panel dapat di laksanakan saya rasa itu akan boleh memperkukuhkan UMNO semula dan boleh mendapat respek org ramai semula.

Hasrul Halid said...

Memang sepatutnya begitulah. Bercerita tentang kebebasan, yang macam mana bentuk kebebasankah yang kita mahu? Adakah kebebasan sepertinya di dalam hutan belantara, yang masing-masing boleh melaung sesuka hati tanpa ada sekatan?

Saya suka kebebasan gaya Dr. Mahathir. Bebas yang 'sederhana'.

My Say