Friday, April 11, 2008

Konspirasi Abdullah Menghancurkan UMNO?


Selepas surat Dr Mahathir yang disiarkan pada Ogos 4hb, 2008, Karpal Singh menjadi bertambah ganas dalam kritikannya terhadap Dr Mahathir.

Dengan kasar dan biadap, aktivis DAP yang begitu jelas selama ini dengan sikap anti-Melayu dan anti Islam (sila lihat kenyataan tebaru terhadap negara Islam yang dituju terhadap PAS) mengatakan "We don't need your help."

Bagi seorang yang tempang dan memerlukan kerusi roda dan bantuan untuk kesana sini, agak bongkak dan sombong sikap Karpal Singh. Di dalam tulisan terbarunya, Dr Mahathir menjawab kritikan Karpal Singh ini dengan membongarkan konspirasi DAP (bersama Abdullah) untuk menghancurkan UMNO.

Penulis Yahya Ismail sudah lama menulis mengenai konspirasi ini yang melibatkan Khairy dan Anwar. Malah, penulis blog ini mendengar sendiri Anwar berdalih memberi alasan tidak mengkritik Abdullah.

Konspirasi DAP dan Abdullah

Tulisan Dr Mahathir yang dimuat turn dari MyMKU diterbitkan sepenuhnya di bawah ini:

Apakah Wujud Konspirasi Memusnahkan UMNO?

Saya sebelum ini amat biasa dengan kritikan dan serangan Ahli Parlimen DAP terhadap Barisan Nasional dan Parti Perikatan sebelumnya, kononnya kerana terdapat apa yang dikatakan sebagai salahlaku.

Bagaimanapun, selepas Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih, salahguna kuasa yang dilakukan secara terang, dan tindakan yang salah yang dilakukan Kerajaan tidak sedikitpun mengundang teguran orang kuat DAP macam Karpal dan Lim Kit Siang.

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Karpal Singh yang telah menyelesaikan satu misteri yang menganggu fikiran saya selama lima tahun kebelakangan ini, setelah saya melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Saya tidak faham. Saya tidak percaya cerita yang kononnya terdapat pakatan atau konspirasi membabitkan Dato Seri Abdullah dan DAP. Tetapi apabila Karpal menasihatkan saya untuk bersara dengan hormat dan berhenti daripada mengkritik Perdana Menteri yang sedia ada, barulah saya sedar yang DAP sebenarnya menyokong Dato Seri Abdullah dan pengekalan kepimpinannya.

Kenapa DAP beria-ia mahukan Dato Seri Abdullah terus menjadi Perdana Menteri? Sebagai pembangkang DAP mesti tahu bahawa masyarakat Cina secara umumnya tidak suka kepada pentadbiran Kerajaan Abdullah. Mereka telah secara terbuka menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dan hasrat mereka untuk tidak mengundi Barisan Nasional di dalam Pilihanraya 200. Kesilapan Dato Seri Abdullah menangani isu Hindraf juga telah meminggirkan kaum India. Sudah tentu parti pembangkang mengetahui yang masyarakat Melayu, termasuk ahli UMNO juga amat tidak berpuashati dengan pentadbiran Dato Seri Abdullah.

Sudah tentu DAP dan parti pembangkang yang lain akan meraih untung dengan hilangnya keyakinan terhadap kepimpinan Dato Seri Abdullah di kalangan penyokong setia Barisan Nasional.

Dan seperti yang dijangka, mereka secara beramai-ramai telah tidak mengundi BN di Pilihanraya Umum Mac 8. Yang tidak sanggup mengundi parti pembangkang telah secara sengaja merosakkan kertas undi mereka. Ini menjelaskan kenapa terdapat lebih 300,000 undi rosak seluruh negara pada pilihanraya kali ini.

Apabila Karpal suruh saya berhenti mengkritik Perdana Menteri, sudah tentu kerana beliau tahu yang Perdana Menteri yang sedia ada ini akan terus meminggirkan penyokong-penyokong BN. Di pilihanraya umum yang akan datang, orang ini akan lebih benci terhadap PM dan akan sebabkan BN kehilangan majoriti di Parlimen dan tidak lagi berupaya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Dalam erti kata lain, "Pakatan" (yang maksud sebenarnya dalam Bahasa Inggeris adalah "conspirators") akan menang secara kebetulan dan akan membentuk Kerajaan Persekutuan.

Inilah sebabnya DAP nampak begitu sekali baik dengan Dato Seri Abdullah dan kenapa Karpal mahu saya berhenti mengkritik Dato Seri Abdullah. Dia dan sekutunya menentang apa-apa tindakan atau cubaan untuk menurunkan Dato Seri Abdullah.

Tunku pernah mengkritik saya dan juga cuba untuk menurunkan saya dengan menyokong Tengku Razaleigh Hamzah. Tun Hussein Onn tidak setuju dengan tindakan saya berkaitan polisi "Buy British Last" tetapi beliau tidak sihat untuk menegur secara terbuka.

Jadi teguran terbuka saya bukanlah seuatu yang asing. Ianya boleh dikatakan kesinambungan tradisi.

Berkenaan dengan "phobia" saya terhadap peguam, ini merupakan sesuatu yang dijaja peguam pembangkang untuk tujuan politik. Karpal mengatakan bahawa saya benar-benar ingin menggantung peguam. Sebagaimana yang semua orang maklum, Shakespeare telah menggantung semua peguam pada masanya. Karpal boleh terus-menerus percaya bahawa saya tidak berseloroh. Itu hak beliau. Tetapi ramai peguam lain yang tidak berfikiran begitu.

Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Karpal yang membantu saya menyelesaikan misteri politik yang telah menghantui saya selama lima tahun. Bagaimanapun, sebagai rakyat yang cintakan negara ini, saya akan terus bercakap, lebih-lebih lagi kerana pemimpin dan ahli UMNO takut untuk mengkritik ketua mereka. Mereka akan digelar pengkhianat dan akan dihukum.

Dr Mahathir bin Mohamad

Konspirasi Anwar dan Khairy

Buat diri bloger ini, sudah lama menyedari bahawa Anwar Ibrahim pun bersifat sedemikian.

Dalam satu perjumpaan yang saya sendiri hadiri bersama bloger-bloger di pejabat Anwar Ibrahim di Petaling Jaya pada Mei 11hb, 2007, Anwar sendiri cuba berhelah dari menjawab tuduhan dia mengelakkan diri dari mengkritik Abdullah. Di lampirkan sedutan dari posting tersebut bertarikh Mei 15hb, 2007 di bawah dan perjumpaan itu ada di rakamkan:

There were issues raised about him holding back personal criticism on the Prime Minister and yet his campaign against Dato Najib in the Ijok by-election was personal. There was a more serious tone to his voice as he denied both allegations.

While he acknowledged “you (all) are more critical of Abdullah than me,” he clarified that he has stated in "strong terms" like incompetent and corrupt to describe Abdullah’s administration. My rambling mind was telling me that without specifics, such general accusations is meaningless in Malaysian politics. This is where lies the rising conspiracy of a covert agreement between Anwar and certain parties within UMNO.

He mentioned about some interesting request he gets from family members back in Permatang Pauh that “interlock” with Pak Lah’s. He was asked to hold back his criticism of Pak Lah for reasons he is an Ulamak’s grandson. The typical rural Malay mind.

On the issue of being personel with Dato Najib, Anwar insist that it is not and highlighted that he has documents to support his allegation. I was quite aware of issues raised by Rustam Sani (read
here) regarding the polemics betwen Ahmad Zaki Yamani (read here) and Anwar. My mind was rambling and remembering his defiance words “saya tak takut” from any lawsuit and to discuss issues deemed sub-judicial in public.

Wartawan laman Asia Sentinel, Imtiaz Yaacob pun pernah menulis mengenai reaksi yang sama oleh Anwar Ibrahim dalam temuramahnya tahun lepas.

Sementara itu, di dalam satu thread perbincangan Forum MyKMU, seorang komentar menyatakan suatu pakatan antara Anwar Ibrahim dan Khairy Jamaluddin yang akan memperlihatkan Khairy menjadi pengganti jawatan Perdana Menteri selepas Anwar Ibrahim.

Di dalam thread tersebut, dikatakan Khairy dan Anwar ada membuat beberapa perjumpaan di Singapura dan yang terbaru tidak lama selepas pilihanraya. Perancangannya adalah untuk Abdullah membiarkan UMNO tidak melakukan apa-apa. Abdullah akan berdegil kekal hingga UMNO hancur. Ini mudah dilakukan dengan budaya penakut, bacul dan korup di kalangan pemegang-pemegang jawatan dalam UMNO.

Dengan serangan pembangkang dan kelemahan dari persaingan dalaman, Abdullah seolah-olah lebih rela Anwar untuk menjadi penggantinya dan bukan Najib.

Mengikut sumber lain pula, Abdullah sudah berhasrat untuk berundur tetapi dilarang anak-anak dan menantu, terutama Kamaluddin. Malah, Kamaluddin mendesak Khairy mesti dinaikkan sebagai Perdana Menteri dengan apa cara sekali pun. Kamaluddin rela UMNO dihancurkan dengan bersekongkol dengan Anwar supaya Khairy menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar.

Perkara ini sudah lama dihidu oleh penulis Yahaya Ismail dalam bukunya "Apa Agenda Anwar Ibrahim dengan Khairy Jamaluddin?" (2006). Pak Ya adalah juga penulis buku yang penuh kontroversi "Khairy Jamaluddin Perdana Menteri Malaysia?" (2005)

Kemungkinan

Wallahu alam bissawwab.

Memang tiada rakan dan musuh yang berkekalan di dalam politik. Malah, pemikir barat berkata politik ada seni memunginkan kemungkinan.

Kemungkinan-kemungkinan ini memang mempunyai justifikasi. Jika dikaji pemikiran, agenda dan ideologi Anwar versi baru, Khairy yang tersimbul dalam tulisan-tulisan majalah suntingan beliau, Ethos dan Malaysian Malaysia DAP adalah hampir sama, jika tidak sama. Tiada antara mereka yang turut mengkritik jualan tanah besar-besaran selatan Johor kepada Singapura.

Semasa berjumpa Ketua-Ketua Penerangan Bahagian, Abdullah tersebut "Anwar ... PM-In-Waiting" dua kali. Mengapa perlu Abdullah menyebut langsung perkataan itu yang seolah-olah memberi kredibiliti kepada Anwar?

Dari pengalaman penulis "mendengar" sahabat-sahabat yang simpati kepada Anwar Ibrahim dan sukarelawan PKR, boleh dirumuskan bahawa mereka agak apolegetik kepada Abdullah Badawi, walaupun mereka agak skeptikal semasa Abdullah baru naik Perdana Menteri. Agak pelik, mereka skeptik semasa dia belum buat penyelewengan tetapi sokong bila seleweng.

Jawapan yang boleh dijangka adalah pemikiran dan pendapat mereka lebih berpandu kepada perasaan kebencian kepada Dr Mahathir dan tidak mahu mempercayai rangkaian dan kegiatan covert Anwar Ibrahim untuk kuasa-kuasa besar.

Wallahu alam bissawwab

Terpulang kepada masing-masing yang diberikan deria mata dan otak. Tetapi yang lebih jelas adalah mereka yang boleh mengerakkan fikiran untuk menghidupkan mata-hati yang boleh merasakan sesuatu diluar jangkawan deria.

Manusia boleh merancang tetapi Allah jua penentu segala kemungkinan.

Sama-sama kita dengar ucapan Dr Mahathir dan Tan Sri Sanusi Junid pada hari Sabtu ini di Kajang yang mungkin akan merungkai konspirasi jahat ini.

8 comments:

Anonymous said...

Dr M telah "lost his marbles". Karpal Singh adalah seorang peguam, bukan macam Dr M yang hanya seorang 'juruteknik' yang tidak tahu buat suatu fikiran dalam.

Nasihat saya kepada Dr M ialah: "Sudahlah. Kau ada banyak peluang untuk memajukkan "liberty, equality & fraternity" tepapi gagal. Beri Pak Lah chance untuk membaiki apa yang kau telah merosakkan". Selamat bersara.

Anonymous said...

Oh god, all the while we though he is a great leader widely acknowledged worldwide.

Malaysian should be proud to know that a mere juruteknik took on the financial world in defiance of the world financial power and called the zionist as manipulators of the world.

Don't see Karpal do that. Nor will one expect Anwar which is very cooperative and licking the ass of every other neo-con in the US. He even thinks US is a democratic country and is seeling their ideals via FFF:)

For someone who lost his marbles, Tun is way sharper than Abdullah Badawi, Karpal Singh, Musa, and Anwar Ibrahim combined.

Karpal Singh is a lawyer? I thought all the years he is just a stuntman in parliament trying to attract attention to get commission for marketing a legal firm.

What ground breaking and relevant case has he been involve ever? Ah what do you expect of the legal profession, scum of the earth trouble makers and agitators.

You reckon Karpal Singh will bring "Liberte, Equalite et Fraternite". He doesn't understand Rousseau's Social Contract, how do you expect him to sell the French Revolution?

Jual kacang putih maybe ...

Anonymous said...

New Cabinet:



Prime Minister - Anwar

Deputy Prime Minister - Lim Kit Siang

Culture Minister - Farish Noor

Defence Minister -

Education Minister - Nga Kor Ming

Environment Minister - Teresa Kok

Finance Minister - Tony Pua

Foreign Minister - Ramasamy

Health Minister - Tan Seng Giaw

Home Minister -

Information Minister - Jeff Ooi

Law Minister - Teng Chang Khim

Manpower Minister -

Sports Minister -

Technology Minister -

Trade Minister - Khalid

Transport Minister - Liew Chin Tong

(Penang Chief Minister - Lim Guan Eng)

Anonymous said...

what do u expect upon someone like karpal?

although he is now close to bed ridden and ride on kerusi roda, he still can open his bloddy mouth and call u names.

at that moment, he forgot that being on kerusi roda, he should recheck his attitude and what he speaks.

all of the name of....? right to speak? or its simply the right of Karpal?

it must be the right of Karpal. he will do what he wanted to do. whether kerusi roda or not. or bed ridden or not.

but then, when u fight back to his accusation, he will try to counterback. exchange fire like always.

till then he got no more peluru to fire, then he will say something about lack of respect on kerusi roda people and hide behind his right of being partially disable.

that time only the Jelutong Tiger become DAP Puppy.

ps- better retire gracefully Karpal, or u'll end up being.... i dont know... anjing kurap?

Anonymous said...

How many percent (%) does the Bahai/Singh represent the total Malaysian population? - 1/2 percent? 1 percent maybe?

Waah, ini Kapal Singh & Son betul-betul pandai main politik lah! Itu Jew/Yahudi pun boleh belajar main politik from both of you lah!

Tapi jaga-jaga sikit, itu Jews selalu ada cerita suka 'stab people in the back' punya. Tapi dengar cerita itu Singh suka 'main rekod depan/belakang' punya! Ada betul ka!?

Itu Mahathir susah 'fight' kasi kalah sama you punya - sebab dia 'straight' fighter!

Itu macam ada satu Melayu saja you sampai bila you tak boleh 'fight kasi kalah' punya.

Itu Anwar Ibrahim lah! Dia 'fight' semua orang tada kira mana-mana 'angle' punya. Laki, perempuan pun 'opponent' semua dia kasi 'uli' macam-macam 'angle'. Itu hantu sama Jinn pun banyak takut sama dia! Itu orang cerita la! Saya tanya saja!

Ada betul ka?

Hoii Bai..., mana pigi...?

Anonymous said...

To anon at 12.58pm, Karpal not only lost his marbels, but also his balls, that's why his mouth grows BIGGER.

Perhaps Karpal gains respect because he dares to speak. But to me for a lawyer like Karpal who is born with brain in his pants, he throws all the words out when the CLIMAX comes, but his words not having much substance, as mentioned by Anon at 7.31, only a stuntman.

And to say that Pak Lah's reign of power may bring better perspective for "liberty, equality and fraternity", you must be DELUSIONAL. All he knows is to make his family grow richer.

Kelate School Boy

Anonymous said...

Bro, just stumbled on this article on IMF/World Bank (same clan anyway). I guessed those IMF/World Bank & their local greedy dogs (gues who) still couldnt let Malaysia off the hook so easily,hope u dont mind me paste it here;

How did the Asian financial crisis of 1997 start and what was the IMF’s response ?

The Asian meltdown was caused in large part by South Korea, Thailand, the Philippines, Malaysia and Indonesia's heavy reliance on short-term foreign loans.

When it became apparent that private enterprises in those nations would not be able to meet their payment obligations, international currency markets panicked.

Currency traders sought to convert their Asian money into dollars, and the Asian currencies plummeted. That made it harder for the Asian countries to pay their loans, and it made imports suddenly very expensive.

There were other underlying causes for the financial crisis, including overinvestment in real estate and other speculative and unnecessary ventures, but almost everyone agrees the currency crash and financial disaster were vastly disproportionate to the weaknesses in the Asian economies.

The IMF treated the Asian financial crisis like other situations where countries could not meet their balance of payment obligations.

The Fund made loan arrangements to enable countries to meet foreign debt payments (largely to private banks in these cases) on the condition that the recipient countries adopt structural adjustment policies.

Structural adjustment policies open up developing countries to foreign investors on terms most favorable to multinational corporations.

They require countries to remove barriers to foreign investment, and push countries to orient their economies to producing exports -- typically produced by or sold to multinationals. State-owned enterprises privatized under structural adjustment are frequently sold to multinationals -- often at bargain-basement prices.

IMF-orchestrated bailouts of countries -- assistance to countries whose exchanges rates are plummeting -- provide money primarily so that developing countries can pay off their foreign creditors (including private banks).

But the Asian crisis differed from the normal situation of countries with difficulties paying off foreign loans. For example, the Asian governments were generally not running budget deficits. Yet the Fund instructed them to cut spending -- a recessionary policy that deepened the economic slowdown.

The Fund failed to manage an orderly roll over of short-term loans to long-term loans, which was most needed; and it forced governments, including in South Korea and Indonesia to guarantee private debts owed to foreign creditors.

In retrospect, even the IMF would admit that it made things worse in Asia. Malaysia stood out as a country that refused IMF assistance and advice. Instead of further opening its economy, Malaysia imposed capital controls, in an effort to eliminate speculative trading in its currency. While the IMF mocked this approach when adopted, the Fund later admitted that it succeeded.

Malaysia generally suffered less severe economic problems than the other countries embroiled in the Asian financial crisis.

Rats Sensor

Anonymous said...

how do you like that anti malays? pak lah is with you all guys, all this while. now, it explains everything...

My Say