Sunday, April 13, 2008

Titah Perasmian Tengku Mahkota Kelantan

Tuanku Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohamad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (D.K., S.P.M.K.) telah berkenan merasmikan Perhimpunan Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) di Dewan Merdeka, PWTC pada 12 April 2008 jam 9.30 pagi.

Berikut adalah titah perasmian Yang Teramat Mulia Tuanku seperti telah disampaikan Baginda (versi rasmi yang diberi dalam salinan kepada media adalah berbeza):


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Bismillahir Rahmani Rahim

Katakanlah wahai Muhammad, Ya Allah Tuhan yang empunya kuasa pemerintah, engkau kurniakan pemerintahan kepada orang yang engkau kehendaki. Engkau lucutkan pemerintahan daripada orang-orang yang engkau kehendaki. Engkau muliakan orang-orang yang engkau kehendaki. Engkau kecewakan dan hinakan orang-orang yang engkau kehendaki. Di bawah kuat engkau maha kuasa segala kebaikan dan juga keburokan. Sesungguhnya engkau maha kuasa atas sesuatu.

Surah Ali Imran Ayat 26
Segala puji2an milik Allah, Tuhan semesta alam; Tuhan yang maha mengetahui lagi maha adil lagi maha saksama, menyeru supaya hamba-hambanya melaksanakan keadilan dan sama sekali menjauhi kezaliman. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga serta sahabat baginda, semoga memperoleh ihsan dihari kebangkitan.

2. Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan inayahnya jua, saya dapat berangkat untuk menzahirkan ucapan di Majlis Perhimpunan Perpaduan Melayu pada pagi yang mulia ini. Usaha yang dirintis oleh Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) menganjurkan perhimpunan ini amatlah saya hargai.

3. Saya juga amat berkenan dengan matlamat, misi dan objektif Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) kerana pada ketika ini kedudukan rakyat dari kalangan orang Melayu Islam tercabar. Perpaduan Melayu wajar diberi keutamaan yang tinggi, lebih-lebih lagi ketika keputusan Pilihanraya Umum Malaysia ke-12 (PRU 12) menunjukkan masyarakat Melayu berpecah belah dan merebut kekayaan dunia yang bersifat sementara dan sekali gus lupa pada akhirat.

Kedaulatan dan Ketuanan Melayu

4. Melihatkan tindak tanduk dan karenah mereka yang menang dan juga yang kalah, memberi petunjuk bahawa kedaulatan dan ketuanan Melayu Islam amat tercabar. Mungkinkah ianya akan terhakis atau hilang terus?

5. Rakyat melayu semakin keliru dipengaruhi lumrah dunia hidup semasa. Dimanakah benteng kekuatan melayu untuk mempertahankan hak-hak Islam dan Ketuanan Melayu?

6. Saya ingin menegaskan bahawa perkara utama yang harus diketahui dan difahami oleh semua orang ialah peruntukan perlembagaan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal Negeri-negeri Melayu yang dijamin hak yang istimewa sebagai rakyat Malaysia. Disamping itu, Perkara 153(1), Perkara 160(2), Perkara 3(1), Perkara 152, Perkara 32 dan Perkara 38(1), Jadual kelima, berkaitan hak dan ketuanan Melayu mesti dipertahankan iaitu agama Islam adalah agama rasmi Malaysia, Bahasa Melayu diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan negara Malaysia dan Raja-raja Melayu adalah Raja Berpelembagaan dan juga Ketua Ugama, Insya Allah di negeri-negeri yang menjadi sebahagian daripada Malaysia. Perkara-perkara inilah bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi juga dijadikan tiang seri atau tonggak kepada kelansungan Ketuanan Melayu Islam.

Isu Perpaduan Melayu

7. Adalah menjadi tanggungjawab rakyat melayu ISLAM memastikan perkara-perkara yang beta sebutkan tadi dipelihara dan dipertahankan sepanjang masa. Jangan ada mana-mana pihak yang menggugatnya dengan mempertikaikan Al Quran dan Hadith-Hadith. Orang-orang Melayu Islam perlulah membulatkan tekad bersatu, jangan berpecah belah. Elakkan dari berpolemik yang boleh menjarakkan persefahaman sesama sendiri. Isu-isu ideologi, remeh temeh tafsiran pendapat yang pelbagai kesemuanya tidak menyumbang kepada perpaduan Melayu. Membincangkan polemik Negara Islam, Negara Sekular, Negara Kebajikan, menyebabkan rakyat menjadi semakin kabur. Ramai yang terpesong. Akibat daripada kekalutan ini, timbul satu senario di mana orang-orang Melayu semakin terasing, menjarak dan menjauh. Kelemahan orang Melayu disebabkan kelemahan Islam dan Aqidah.

8. Saya amat sedih kerana dalam keadaan sekarang tidak ada yang baik dikaitkan dengan Islam. Kita membiarkan diri kita didedahkan, diaibkan dan dimalukan. Malah, nampaknya menjadi satu kebanggaan sekiranya kita dapat menunjukkan kelemahan bangsa dan agama sendiri. Siapa sahaja yang berjaya mesti dicari cacat celanya. Tidak cukup dengan Internet ditambah dengan khidmat pesanan ringkas (SMS). Teori propaganda menyebut, sepuluh kebohongan akan menjadi kebenaran, teori komunikasi moden pula menyebutkan bahawa setiap e-mail dianggap benar, setiap SMS dianggap sahih. Banyak berita-berita dan peristiwa-peristiwa negatif yang lain; yang ditonjolkan oleh Melayu. Seolah-olah orang Melayu menjadi punca segala penyakit masyarakat seperti korupsi, dadah dan sebagainya. Orang lain diam menyembunyikan keaiban bangsa mereka, kita yang beragama Islam, menjadikan kerja mengaibkan bangsa sendiri sebagai hobi pertama. Sebab kita tidak bersatu dan kadang-kadang suka jaga tepi kain orang.

Melayu: Jiwa Penakluk

9. Saya membangkitkan perkara ini semua adalah semata-mata untuk menunjukkan umat Melayu amat rapuh perpaduannya dan mudah melenting. Keadaannya semakin hari semakin bertambah parah. Saya berharap perhimpunan pada pagi ini memikirkan bagaimana hendak menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa berjiwa besar. Kita mesti ada jiwa penakluk. Tetapi bolehkah kita menjadi bangsa yang berjiwa penakluk? Dengan sikap dan pendirian yang kita pegang hari ini, apakah kita bersedia dengan kemahiran dan kepandaian seperti bangsa maju di dunia?

10. Berjiwa penakluk disini bukan bermakna menakluk bangsa atau kaum lain, bukan juga menakluk negara2 lain. Maksud saya ialah Melayu berjiwa penakluk adalah bangsa yang menakluk ketinggian ilmu, penguasaan ekonomi dan teknologi, keunggulan tamadun, keluhuran iman dan takwa. Kita juga perlu jadi bangsa penakluk yang dapat tewaskan nafsu dari segala aspek, rasa iri hati dan hasad dengki yang membuatkan kita lupa diri apabila berkuasa.

Firman Allah dalam surah Yaasin Ayat 83 maksudnya:

Oleh itu, akuilah kesucian Allah yakni dengan mengucap subhanallah. Tuhan yang memiliki tiap2 sesuatu. Pada dia lah kamu semua di kembalikan.
11. Saya ingin menyatakan bahawa perpaduan, kesepakatan, patriotisma, sayangkan bangsa dan agama, semuanya disatukan dalam satu ikatan perpaduan untuk mengangkasakan martabat bangsa. Saya berharap mesej yang beta sampaikan ini akan mengusik conscience atau fikrah kita semua untuk sama-sama menginsafi bahawa imej dan maruah yang tercalar adalah menjadi tanggungjawab semua tidak kira kedudukan, ideologi politik, bangsawan atau rakyat biasa bersama-sama bertanggungjawab memperbaikinya.

Para peserta perhimpunan sekalian,

Bertindak Untuk Bersatu

12. Sekarang ini kita semua faham kenapa kita perlu bersatu. Saya telahpun menyebutkan perkara-perkara yang perlu dipertahankan yang menjadi hak ketuanan Melayu dalam perlembagaan. Tetapi penyatuan Melayu lebih daripada itu, dari segi memastikan Melayu tidak terus berpecah belah. Mungkinkah orang Melayu tidak bijak berpolitik menyebabkan usaha-usaha menyatukan orang Melayu gagal dicapai? Mungkin ramai akan berasa tidak senang dengan kenyataan saya, tetapi ia adalah hakikat. Demi kekuasaan, ada dikalangan pemimpin-pemimpin Melayu sanggup mengenepikan kepentingan orang Melayu itu sendiri. Ini berbeza dengan pemimpin-pemimpin kaum lain yang sanggup bersatu biarpun berbeza fahaman demi mempertahankan hak mereka, kekayaan dan kuasa mereka.

13. Malangnya, saya dapati rakyat melayu masih mengamalkan sikap marahkan nyamuk kelambu di bakar atau marahkan pemimpin, masa depan anak cucu digadai. Yang menyedihkan ada pula paling taksub hendakkan kuasa sehingga membujur lalu, melintang patah, asal dapat kuasa yang menjadi matlamat terakhir, sehingga sanggup menang sorak, kampung tergadai. Selagi sikap ini tidak dikikis, maka selagi itulah usaha untuk menyatukan Melayu hanya akan menjadi satu impian semata-mata.

14. Saya berpendapat perhimpunan hari ini harus memikirkan dengan semasak-masaknya sampai bila orang kita, Melayu harus bertelagah dan tidak mahu bersatu serta berfikir secara matang. Sebenarnya pada pandangan saya orang melayu kini tidak mampu lagi ditiup dengan slogan dan retorik. Peserta-peserta perhimpunan hendaklah mempunyai niat untuk menyatupadukan Melayu secara jujur dan ikhlas tanpa mempunyai apa-apa agenda tersembunyi. Yang terpenting sekali ialah usaha-usaha menyatupadukan melayu mestilah berteraskan kepada matlamat untuk menjamin hak Melayu terpelihara dan masa depan anak cucu kita tidak tergadai kerana perebutan kuasa.

15. Walaupun saya banyak menegaskan perpaduan Melayu, hak-hak Melayu dan ketuanan Melayu, tidak bermakna beta tidak mengambil kira kepentingan kaum-kaum lain yang merupakan rakyat negara ini. Sebenarnya apabila hak-hak dan keistimewaan orang melayu dijaga dan dipelihara serta tidak diganggu gugat, akan menjamin keharmonian negara. Ini bukan sahaja menguntungkan Melayu tetapi juga semua kaum.

Cabaran Masyarakat Majmuk

16. Saya ingin mengingatkan bahawa dalam kita bertindak menyatupadukan Melayu, kita harus akur bahawa dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, hak-hak kaum lain adalah sentiasa terjamin seperti contohnya, mereka dibenarkan mengamal kepercayaan anutan mereka dengan aman iaitu patuh kepada undang-undang dan damai iaitu tidak provokatif terhadap Islam. Raja-raja Melayu adalah ketua agama Islam dan Malaysia adalah negara Islam bukan sekular, acuan tersendiri, bukan seperti negara-negara lain.

17. Tidak harus ada apa-apa kebimbangan. Raja-raja akan menjadi payung kepada perpaduan dan menjadi sumber ketaatan kepada seluruh rakyat, sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan dan rukun negara. Dengan demikian, sewajarnyalah semua rakyat bersatu dan tidak harus ada ungkit-mengungkit mengenai hak dan keistimewaan orang-orang melayu kerana ia adalah quid pro quo sebagai balasan kepada beri-paksa kerakyatan kepada 2.7 juta kaum lain yang datang ke Persekutuan Tanah Melayu. Maka memanglah tidak wajar setelah kaum lain mendapat kerakyatan, mereka menuntut pula persamaan hak dan keistimewaan.

18. Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa hak dan keistimewaan orang Melayu adalah amanah dan tangggungjawab yang wajar dilindungi dan tanggungjawab kepada generasi warisan keturunan Melayu, saya yakin kaum-kaum lain juga mahu melihat orang-orang Melayu bersatu kerana jika orang-orang Melayu bergaduh sesama sendiri sudah pasti keamanan tergugat.

Penutup

19. Bersempena Sambutan Maulidul Rasul 1429H ini, marilah kita semua termasuk bermuhasabah, jangan berdegil, menolak perpaduan disebabkan untuk mempertahankan ideologi atau fahaman atau perjuangan masing-masing. Hakikatnya Melayu adalah Islam dan Islam itu berkait rapat dengan orang Melayu. Semua pihak mesti berfikir dengan secara berhemah dan penuh semangat ketenangan dan persaudaraan bahawa kita berhak berbeza pendapat tetapi dalam soal mempertahankan hak Melayu dan Islam, kita tidak ada kompromi. Begitu juga kita tidak berkompromi untuk menentang sesiapa yang tidak berlaku adil dan saksama kepada kaum dan kepercayaan lain.

20. Saya menyeru rakyat beta, khususnya orang-orang Melayu bersatu padu kerana itu juga tuntutan dalam Islam. Hari ini, kita jangan bercakap sahaja kita mesti bertindak dan menunjukkan hasil tindakan kita benar-benar mencapai matlamat yang kita sasarkan. Sekiranya ini dapat dicapai, beta amat berbangga dan sesungguhnya kedaulatan dan ketuanan melayu akan terus kukuh dan terbilang dengan institusi di-raja memayunginya sebagai amanah dari Allah..

21. Sesungguhnya saya mempunyai impian dan harapan untuk melihat suatu keadaan di mana perbalahan dan perbezaan pendapat diantara semua pemimpin Melayu Islam itu dirungkaikan menerusi satu muzakarah pemimpin Melayu Islam yang diadakan secara tertutup, berhemah dan bijaksana. Saya berharap segala perbezaan pendapat diketepikan. Perpaduan ummah harus diutamakan demi agama, bangsa dan tanahair.

22. (Seterusnya, Tuanku menceritakan mengenai kisah peristiwa Nabi Muhammad s.a.w. yang tiap-tiap hari menjamu seorang perempuan Yahudi buta yang membenci dan menestanya tetapi hanya mengetahui dirinya disuap Rasulullah setelah Rasulullah wafat. Ini telah mengubah hatinya.)

23. Justeru itu, saya berdoa kehadrat Allah s.w.t., semoga Perhimpunan ini dapat berlangsung dalam suasana berterus terang berlandaskan semangat mahu membina perpaduan bangsa Melayu yang berintegriti tinggi agar Melayu dihormati di negara sendiri dan juga diperingkat antarabangsa.

Dengan ini, saya dengan kalimah Bismilla-Hirrahma-Nirrahim, merasmikan majlis perhimpunan perpaduan melayu, sempena Deklarasi Maulidur Rasul 1429H, anjuran Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).

Sekian, Wabillahi-taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Untuk mendengar ucapan pembukaan dari Pengerusi Perhimpunan dan Yang Teramat Mulia Tuanku, sila muat turun dari savefile (sini).

5 comments:

Anonymous said...

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

* mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
* memelihara satu cara hidup demokratik ;
* mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
* menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
* membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Anak Senoi
Anak Semang
Anak Jakun
Anak Melayu
Anak Cina
Anak India
Anak Sikh
Anak Serani
Anak Iban
Anak Bidayu
Anak Kenyah
Anak Kayan
Anak Murut
Anak Punan
Anak Bisayah
Anak Penan
Anak Kelabit
Anak Berayan
Anak Kadazan
Anak Dusul
Anak Murut
Anak Bajau

Semuanya merasa sedih.

Mereka menyorak :-

KAMI ANAK MALAYSIA,
KAMI RAKYAT MALAYSIA &
KAMI HARAPAN MALAYSIA

Bulan Penuh 2012 said...

Setinggi-tinggi penghargaan untuk Putera Mahkota Kelantan, Tengku Fariz Petra atas ucapan di PWTC semalam penuh bermakna dan mungkin dapat memberikan kesedaran dan pemahaman kepada ahli-ahli Umno yang selalunya pendek akal.

Antara isi kandungan ucapannya yg menarik perhatian saya;

1) Hak2 istimewa orang melayu dan kedudukan agama Islam memang telah dijamin oleh perlembagaan persekutuan, justeru timbul sebarang persoalan bahawa kedudukan mereka tergugat.

Maknanya, Umno tak payah ribut-ribut kerana tak ada satu partipun yang bercita2 untuk mengubah peruntukan2 ini. Rakyat mengundi PR kerana bimbangkan Umno dan juak2nya menghakis kehebatan kontrak sosial ini dan menggunakannya utk kepentingan taliperut mereka.

2) Raja2 Melayu dan institusi Istana akan menjadi benteng terakhir dan akan terus mempertahankan kedudukan istimewa ini.

Maknanya, putera raja yang bijaksana ini beritahu ahli2 Umno, dalam sejarah Umno sejak merdeka, setiap kali Umno merosakkan hak2 ini dan membuat negara dalam keadaan kucar-kacir, Tuanku-tuanku Sultan telah memainkan peranan untuk memperbetulkan keadaan.

Contohnya, Raja Perlis dan Terengganu tidak menerima calon MB yang rasuah dan menindas rakyat, sebaliknya memilih mereka yang berkredibiti dan berjiwa rakyat untuk memimpin Perlis dan Trengganu masing2. Saya percaya, jika kedua2 MB ini bertukar perangai dalam penggal ini, baginda Sultan tidak teragak2 menolak mereka.

Apabila tiada parti yg mendominasi kerusi2 Dun di Perak, Sultan Perak telah menggunakan kebijaksanaan baginda dalam memperkenankan kerajaan campuran PR di Perak. Baginda Sultan tidak pedulikan provokasi perkauman BN dan huru-hara Umno Perak serta propaganda KJ di media arus perdana.

Makna ke-2, Umno memang tak boleh harap, sehinggakan Istana terpaksa mainkan peranan. Tak faham2 ker.

3) Banyak maklumat yang salah diterima sebagai benar, contohnya sms dan email.

Maknanya, baginda mengingatkan Umno supaya jangan jadi bodoh semua benda nak percaya bulat-bulat, periksa dahulu kebenarannya jangan telan bulat2. Untuk maklumat lanjut eloklah rujuk kenyataan Ku Li dalam EGM Umno Gua Musang baru2 ni.

Baginda mungkin juga merujuk akan kedangkalan puak2 BBPM yang menyangka perpecahan dalam Umno adalah perpecahan bangsa Melayu. Tidakkah mereka sedar walaupun bernama melayu, Umno turut dianggotai pendatang2 haram Filifina di Sabah dan orang2 Thailand di Kelantan, malah Umno bahagian Bukit Bintang turut dianggotai oleh Bangla dan nepal yang dapat IC ekspress.

Tak semena2 muncul pulak Aziz Tapa bercerita pasal gerabak keretapi yang tergelincir sebab kepala lokomotifnya rosak. Tak pelikpun, Subky Latif dah sebulan cerita pasal tukar kepala gerabak Umno supaya gerabak-gerabak yang tergelincir dapat berfungsi semula.

Kisah keretapi masuk sungai kat Tenom, Sabah bolehlah dijadikan panduan untuk puak2 BBPM yang payah nak faham.

Ampun tengku, patik merafak sembah mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas nasihat2 tuanku ini. Patik akan sebarkan titah tuanku ke seluruh pelosok negara di bawah batu jemala patik ini.


anakbulan
http://bulanpenuh2012.blogspot.com
noontimesilence@yahoo.com

Mahathirism said...

http://mahathirtruenationalist.blogspot.com/

Friday, April 11, 2008
Leslie Lopez Demonstrates his Igonorance and Bias

This reporter has no idea.

He should instead apply himself to reforming Singapore and keeping up pressure on MM Lee Kuan Yew's autocratic- locked down city state. The fact is Leslie Lopez is emasculated when it comes to issues concerning Spore. He is just another digit that needs to condemn Malaysia's Father of Modernisation to gain some notoriety for his already end of the road career. . He attributes Badawi's dismal election loss to Mahathir's last stand. That is hardly fair. If anything Mahathir has been badly treated unbefitting his status by the present Government. Mahathir has had to fight tooth and nail to highlight the abuses of the present administration.

What's your stand on the assault on the Singapore Law Society-the Francis Seow debacle, or the attack on Spore's feisty bloggers-Mr Brown etc and how many Malay commanders do you have in SAF? The increasing poverty and income gap among Sporeans warrant your attention.

It's time for you to make your last stand to gain credibility and contribute to reform in Singapore.

Anonymous said...

Apakah orang orang Melayu sadar mesej utama DYAM Tengku Mahkota Kelantan ini sebenarnya mengingatkan kita mengenai Anwar Ibrahim dan beliau sedang naik untuk berkuasa, atas kos yang amat perit kepada Bangsa Melayu?

Inilah intipati apa yang cuba disampaikan baginda!

Lain lain itu semua embelishment sahaja...............

Anonymous said...

I highly said, I agree with Tengku Mahkota Kelantan's speech!!!

My Say