Thursday, May 29, 2008

Zaid Ibrahim: Pak Lah Masih Berdegil

Satu insan, dua bayangan (dari blog Hard-T)

Pak Lah berdegil dan enggan melucutkan jawatan Menteri Zaid Ibrahim. Adakah ia mempunyai rancangan jahat disebalik mengekalkan Zaid? Adakah kedaulatan Melayu sudah tidak penting lagi dan hanya pentingkan politik cetek dan agenda pandnag ke Singapura sahaja?

Disamping itu, Zaid Ibrahim pula mahu menidakkan hak ahli Parlimen Barisan Nasional untuk bersuara dan menyampaikan suara rakyat. Di mansa letaknya prinsip demokrasi dan liberalisma Zaid? Adakah dia sudah menjadi anjing salak untuk Pak Lah?

Atau dia kini hanya mementingkan agenda peribadi dan kepentingan kumpulan special interest yang condong kepada barat? Adakah dia berniat untuk memusnahkan kedaulatan Islam sebagai ugama Persekutuan?

Laporan beberapa akhbar dipetik.

Masih Kurang Pendengaran?

Petikkan dari Utusan Malaysia

Pelantikan Zaid tidak dinilai semula

KUALA LUMPUR 28 Mei - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu, beliau tidak bercadang untuk menilai semula pelantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Perdana Menteri memberitahu, beliau tidak mempunyai cadangan untuk berbuat demikian.

"Tidak ada, tidak ada cadangan untuk nilai semula pelantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai menteri," katanya di sini hari ini.

Abdullah diminta mengulas gesaan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) agar beliau menilai semula pelantikan Zaid sebagai menteri kerana tidak boleh menerima teguran.

Tajuddin semalam menegaskan, tindakan Zaid yang menyerang secara terbuka di luar Dewan Rakyat terhadap ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dianggapnya sebagai penentang kerajaan merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab.

Abdullah memberitahu, BN dan UMNO mengamalkan pintu terbuka kepada ahli untuk membuat teguran.

Katanya, tidak perlu mengambil tindakan terhadap ahli-ahli ataupun ahli Parlimen BN dan UMNO yang membuat teguran.

"Kalau menegur mengenai dasar yang kurang kemas serta perlu diperkemaskan lagi serta pelbagai masalah yang timbul, tentulah menjadi kewajiban untuk ahli-ahli BN dan UMNO membuat teguran membina," katanya.

Perdana Menteri bagaimanapun yakin kedua-dua pemimpin UMNO itu akan baik semula selepas masalah yang wujud antara kedua-duanya reda.

Kita pegang kata-kata Perdana Menteri.

Prinsip Bercanggah

Petikkan Utusan Malaysia

Cadangan Mukhriz, Tajuddin diambil tindakan

KUALA LUMPUR 28 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini sekali lagi mencadangkan Barisan Nasional (BN) mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Katanya, kedua-dua wakil rakyat BN itu seharusnya memberi kritikan membina bukannya berbentuk menghina kerajaan atau Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Zaid, ini kerana tindakan Mukhriz dan Tajuddin mempertikaikan pelantikan beliau sebagai menteri dianggap satu kenyataan yang menghina dirinya, kerajaan dan juga Perdana Menteri.

"Saya tidak cakap seseorang itu tidak boleh kritik kerajaan atau Perdana Menteri tetapi biarlah kritikan itu membina dan bukannya menghina. Saya lebih lama mengkritik kerajaan daripada kedua-dua wakil rakyat ini.

"Tetapi kritikan saya yang membina bukannya yang menghina. Mereka yang mengeluarkan kenyataan mendesak Perdana Menteri letak jawatan seharusnya diambil tindakan oleh parti (BN)...

Betulkah Tu?

The Star Online Monday May 26, 2008

Zaid: Government becoming transparent

KOTA BARU: Moves to investigate individuals involved in the Datuk V.K. Lingam video clip, the formation of a judiciary commission and the revamp of the Anti-Corruption Agency show that the Government was becoming more transparent.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Zaid Ibrahim said the Government's actions were for everyone to see.

He said this when opening the fourth annual general meeting of the Kelantan Malay Journalists Association at Sutera Inn here...

Orang lain ada Agenda politik, tetapi Perdana Menteri tiada?

Helah Menghidupkan Interfaith Commission?

Dari Blog Patriot bertarikh Mac 28hb, 2008, petikan akhbar yang tidak diberi rujukkan.

Zaid Ibrahim: Replace archaic laws

He said some of the state constitutions, dating back to the 1910s, were obsolete and needed to be replaced.

"Yes, of course (we are looking into this). I suppose the attorney-general is looking into this and I think other ministries are also doing the same. We have many cases to look at but we have to focus on this to prevent future conflicts.

"We have to discuss this and get a consensus on how to harmonise the expectations of a democratic government where the majority decides.

"At the same time, we also have the monarchy as the second power. When you have both and there appears to be a conflict between the two, it needs to be ironed out but this must be done through consultation. This is what we must do," he said after his first cabinet meeting yesterday.

He was asked whether Umno could "challenge" the decision of the Terengganu Regency Advisory Council to appoint Datuk Ahmad Said as Terengganu menteri besar.

"The word 'challenge' is not appropriate as it suggests you want to attack people and do something that is illegal.

"There is bound to be a difference of opinion. What is important is that we look at the issues. Sometimes, things get complicated because we have outdated, old laws but they are still laws.

"Though it is an old law, they have to observe it because it is still there. That is why I told my staff to look at law reforms. There is a need to change it. If it no longer suits the times, it should be changed."

Zaid said a combination of factors - constitutional and non-constitutional - had created this issue....

Demi keterbukaan, kebebasan dan liberal, biar anak-anak cucu kita hilang identiti agama, bangsa dan warganegaraan.

Seolah-olah kita tidak ada sejarah sebelum Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia? Hidup Federalisma dan Negara Republik!

Betulkah begitu, Zaid?

4 comments:

Anonymous said...

Zaid Ibrahim sebenarnya hendak murtad tetapi dia malu ...

Anonymous said...

What I can probably gather is some umno members are upset with Zaid's reform proposal to change umno. Maybe they themselves can't accept Zaid's way of thinking as of yet. Or probably it was a way of saying what Mahathir brought forward in umno was not well, correct. So in this case, of course Mukhriz is quick to stand up against Zaid (like what was reported)

Anonymous said...

Perkembangan yang berlaku akhi-akhir ini, semakin hari, memang semakin memualkan. Begitu beria-ia mereka mahukan Suruhanjaya Perlantikan Hakim semata-mata untuk mengecilkan kuasa Perdana Menteri yang termaktub dalam Perlembagaan. Secara sengaja, mereka meniupkan sentimen bahawa Perdana Menteri adalah kumpulan eksekutif yang dikatakan terasing daripada kehakiman.

Penjelasan harus dilaungkan bahawa Perlembagaan menetapkan perkongsian kuasa sedemikian kerana Perdana Menteri adalah mewakili kuasa rakyat yang mengundi menaikkan kumpulannya ke jawatan itu. Secara logik, memang rakyat perlu mempunyai hak dan kuasa dalam perlantikan sedemikian.

Siapa pula yang akan menganggotai Suruhanjaya Perlantikan Hakim dan atas kuasa apa mereka berada di dalamnya. Ketua Hakim Negara yang sedia ada memang terlibat dalam perundingan menentukan penggantinya. Pihak berkepentingan mana selain daripada rakyat, yang diwakili oleh Perdana Menteri, yang merasa diri mereka lebih berhak untuk terlibat sama menentukan siapa yang layak dilantik dan sebagainya.

Majlis Peguam tidak pernah bertanding dalam pilihanraya untuk mengatakan bahawa mereka mewakili rakyat. Selain itu, mereka juga amat ketara berkepentingan kerana mereka sentiasa berhadapan dengan hakim dalam menjalankan tugas.

Hakim-hakim kanan juga tidak layak menjadi anggota suruhanjaya kerana wujud pertindihan kepentingan. Siapa juga yang dicadangkan untuk menganggotai suruhanjaya itu sebenarnya tidak layak kerana badan itu sendiri tidak pernah disebut dalam mana-mana peruntukan Undang-undang dan Perlembagaan.

Sedihnya, sebahagian rakyat sendiri tidak berpuas hati kerana Perdana Menteri diberikan kuasa yang luas dalam mencadangkan nama kepada SPB Yang Dipertuan Agong atas persetujuan Majlis Raja-Raja sedangkan kuasa itu adalah atas mandat yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya.

Secara jelas, rakyat dikelirukan untuk menyerahkan kuasa yang telah dimandatkan kepada Perdana Menteri kepada pihak lain yang berkepentingan tetapi tidak pernah diberikan mandat oleh rakyat. Tidak hairan Zaid Ibrahim mahu menjadi wira yang bersungguh-sungguh memperjuang dan melaksanakan agenda mereka kerana dia sendiri tidak pernah beroleh mandat melalui mana-mana pilihanraya.

Sekiranya wakil-wakil rakyat termasuk dari kalangan pembangkang, selain YB Jerlun dan YB Pasir Salak berdiam diri dalam perkara ini, mereka pun nampaknya tidak faham tugas mereka dan tidak bertindak melindungi kepentingan pengundi yang memberikan mereka mandat dalam pilihanraya.

Heboh-heboh tentang kumpulan eksekutif, siapa pula kumpulan legislatif?

Anonymous said...

Can't expect Pak Lah to do anything as he's got no gut, no balls, no brain, only full of shame.

I believe Zaid's appointment was not solely Dollah's decision, but another stunt pulled by Khairy and his son, to lure the opposition.

And now Zaid has been dearly to opposition parties, even to PAS though Zahid was once being very vocal against Hudud Law.

Zaid would only feel at home if he joins PAKATAN.
He can be allied with Harris Ibrahim for being vocal against Shariah Law.
He will find Anwar to support his opinion on reform in judicial system.

And he can just ignore the existance of PAS in PAKATAN, because PAS is now being silent.

My Say