Wednesday, May 28, 2008

TDM Kembali, Bersuara dan Akan Terus Bersuara ...

Masih ramai yang menyambut kepulangannya. Ahli-ahli UMNO masih turut menyambut.

Padahal sejak Isnin minggu lepas pada cuti hari Wesak, Tun mengumumkan pengunduran keahlian dari UMNO.

Dr Mahathir pulang dari Jepun semalam petang Mei 27hb, 2008. Hampir 800 orang datang dari jauh dengan kereta dan bas, "cabut kerja" pulang awal, dan orang-orang yang berjawatan dalam UMNO pun menyambutnya.

Pihak polis terpaksa membuat roadblock demi "keselamatan" ditempat masuk ke kawasan depot Petronas dan mengurus lalu lintas.


Kehadhiran ini hanya pengumuman di MyKMU dan penghantaran SMS kepada kawan-kawan.

Di atas sebuah van, Dr Mahathir memberi sedikit ucapan spontan berterima kasih kepada yang hadhir dan menyampaikan pesanannya kepada penyokong yang berkumpul.

Hari minggu ini pada pukul 9 pagi Sabtu Mei 31hb, 2008, dia akan berucap lagi di sebuah Majlis di Petaling Jaya (butiran di akhir artikel ini).

Tun Kembali


Sa'odah Elias, mSTAR melaporkan berikut:

Mahathir kembali 'serang' Pak Lah sebaik tiba di Subang

SUBANG: Belumpun setengah jam menjejakkan kaki sekembalinya beliau dari menghadiri Persidangan Nikkei di Jepun, Tun Dr. Mahathir Mohamad meneruskan serangannya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri, dakwa Dr. Mahathir, ialah seorang yang tidak tahu mengenang budi dan kini telah terbukti gagal meneruskan perjuangan Umno, orang Melayu dan menjadikan Malaysia negara yang dihormati orang lain.

"Sekarang dengan Singapura pun takut," katanya sambil menambah, Abdullah bagaimanapun tidak takut pada ahli Umno.

Ini merupakan penampilan pertama beliau pada 'majlis dihadiri ramai' selepas memutuskan untuk keluar Umno.

Sejak keluar Umno beliau juga menggunakan blognya untuk mengkritik kepimpinan parti dan kerajaan.


Beliau berkata demikian dalam ucapan sepontannya di hadapan kira-kira 500 penyokong yang hadir untuk menyambut kepulangan beliau di Lapangan Terbang Persendirian Petronas di sini petang ini.

Kata Dr. Mahathir, beliau berasa pelik apabila banyak pihak mentakrifkan kesetiaan pada presiden Umno sebagai setia pada parti, dan mereka yang mengkritik pemimpin dikatakan tidak setia.

Bekas Perdana Menteri itu seterusnya mengungkit hakikat Abdullah juga pernah pada satu ketika dahulu tidak setia kepadanya semasa beliau masih memegang jawatan Presiden Umno.

Tetapi kata Dr. Mahathir, beliau tidak berdendam, sebaliknya terus memberi peluang kepada Abdullah sehingga bukan sahaja kekal menjadi naib presiden, tetapi seterusnya menjadi timbalan presiden dan kini presiden.

Abdullah adalah antara pemimpin Umno yang dikaitkan dengan "team B" ketika kemelut Umno tahun 1987-1988 sehingga menyebabkan Umno diisytiharkan pertubuhan tidak sah.

Dr, Mahathir pada 19 Mei lalu mengisytiharkan keluar dari Umno di Alor Star bersama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Penyokong-penyokong mula berkumpul di kawasan berdekatan lapangan terbang berkenaan seawal 4 petang.


Selain penyokong tempatan, kira-kira 130 penyokong dari Jerlun turut hadir menaiki tiga buah bas persiaran.

Mereka yang mendakwa pemimpin 125 cawangan Umno di Bahagian Jerlun berkata mereka bertolak awal pagi ini untuk menyambut kepulangan Dr. Mahathir.

"Semua kami orang Mukhriz (Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir). Kami mai nak bagi sokongan pada Dr. Mahathir," kata Ketua Umno cawangan Sungai Korok Bawah, Ishak Abdullah.

Menurutnya, semua mereka hadir secara sukarela dan terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membayar tambang bas dan mungkin untuk menyewa hotel pada malam nanti.

"Tapi kami tak kesah kerana sekurang-kurangnya akan dapat makan malam dengan Dr. Mahathir nanti, dan mungkin juga bersarapan dengan Mukhriz," tambahnya.

Rakannya, Ketua Umno Cawangan Manggol Bongor juga mendakwa hampir semua daripada 156 cawangan Umno bahagian itu menyokong Mukhriz dan Dr. Mahathir, walaupun ketua bahagian itu, Datuk Abdul Rahman Ariffin telah mengeluarkan kenyataan berlainan.

Semalam, Abdul Rahman dilaporkan berkata majoriti pemimpin bahagian itu menyokong kepimpinan Abdullah.

"Hampir semua kami berada di sini. Dia (Abdul Rahman) pun datang, tapi bukan di sini untuk sambut Dr Mahathir, tetapi dia round-round," katanya.

Ketua Cawagan Telaga Tongkah, Abu Seman Abas pula berkata, walaupun menyokong perjuangan Dr Mahathir, mereka tidak akan meninggalkan Umno kerana sedar sukar membuat perubahan jika berada di luar Umno.
Tun Bersuara


Muda Mohd Noor , Malaysiakini.com membuat laporan berikut:

'Belum mati, sudah tidak dikenang'

Kira-kira 300 penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut kepulangan beliau dari Jepun di lapangan terbang Subang petang tadi.

Kumpulan penyokong itu termasuklah 125 orang ketua dan setiausaha cawangan Umno dari parlimen Jerlun yang kini diwakili oleh anaknya, Datuk Mukhriz. Turut serta, ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Mereka datang menaiki tiga buah bas sekolah dan bertolak kira-kira jam 9.30 pagi tadi dari pekan Jerlun.

Mereka turut membawa kain rentang yang berbunyi "Tun Mahathir kita tetap bersamamu", "Selamat pulang pejuang bangsaku" dan "Berani berjuang untuk negara, agama dan bangsa".

Beliau pulang dari Tokyo selepas menghadiri persidangan ekonomi Nikkei.

Dr Mahathir berucap selama lima minit kepada para penyokongnya dari dalam kereta yang dinaikinya.

Dalam ucapannya, selepas menimbulkan kegemparan apabila meninggalkan Umno pada 19 Mei lalu, mendakwa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi "takut kepada Singapura".

Mantan perdana menteri dipercayai merujuk keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan Pulau Batu Puteh milik kerajaan Singapura.

Katanya, Abdullah lebih takut kepada republik tersebut daripada ahli-ahli Umno sendiri.

"Apalah nak jadi dengan pemimpin macam ni," katanya, disambut dengan laungan "hidup Tun".


Dr Mahathir juga mendakwa Abdullah seorang yang tidak mengenang budi dan tidak mengikut pepatah Melayu "hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati".

"(Saya) ini tak mati lagi, sudah tidak dikenang.

"Sepatutnya saya tidak beri Abdullah masuk Umno (baru) tetapi saya bagi dia masuk balik," katanya, merujuk penyertaan kembali ahli parlimen Kepala Batas selepas Umno diharamkan pada 1988.

Dr Mahathir berkata, Umno sekarang berjuang bukan untuk ahli, sebaliknya untuk mengekalkan Abdullah.

"Kononnya ahli yang tidak setia kepada Abdullah, tidak setia kepada parti. Dia lupa semasa saya menjadi perdana menteri, dia tidak setia kepada saya.

"(Tetapi) saya membuat (Abdullah) supaya dia tidak kelihatan tidak setia. Dia bertanding naib presiden, timbalan presiden dan seterusnya presiden," kata mantan presiden Umno lagi.

Bagaimanapun, tambah Dr Mahathir, beliau tidak marah kepada bekas timbalannya dan tindakannya meninggalkan Umno bukanlah kerana tekanan.

Sebaliknya, Abdullah tidak lagi mempertahankan Umno, Melayu dan negara.

Mengulas sambutan terhadapnya hari ini, Dr Mahathir berkata, tiada perbezaannya semasa beliau dalam Umno dengan sekarang.

"Kalau saya tidak silap, dulu semasa saya dalam Umno sambutan macam ini juga.

"Sebab itu tidak ada beza saya jadi ahli Umno atau tidak ahli Umno," katanya lagi.


Malam tadi blog Tun mengeluarkan posting terbarunya, Pemimpin Pemusnah. Menurut Tun, Abdullah kini disokong oleh pemimpin pembangkang keraa ia membawa agenda parti lawan.

Karpal Singh yang berseturu dengan UMNO kini begitu bersungguh menyokong Abdullah agar dikekalkan sebagai Perdana Menteri. Anwar Ibrahim sendiri menyata secara terbuka kepada The Straits Times (Singapura), mengekalkan Abdullah adalah baik untuknya kerana dia lemah.

Maka, demikian sokongan dan kesetiaan yang diberi oleh penyokong dan pembodek Abdullah hanya akan mengakibatkan UMNO menjadi lemah dan seterusnya tewas di PRU 13 kelak.
Blog Tun dijangka akan mencecah satu juta dalam sedikit masa lagi. Suatau pencapaian blog yang sangat mengkagumkan dalam masa yang sangat cepat. Tun mula berblog pada Mei 1hb, 2008.

Tun Akan Terus Bersuara


Dr Mahathir akan berucap lagi pada hari Sabtu ini seperti SMS berikut:

Amanat "Suntikan Semangat Satria" oleh negarawan ulong Tun Dr Maahthir pada Mei 31hb, 2008 pukul 9 pagi di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya. Sila daftar nama & nombor talipon ke hidup.melayu@gmail.com. Kelab Cinta & Amanah Melayu (K.E.C.A.M.)

Turut sama berucap adalah Yang Berbahagia Dato Abdul Kadir Jasin, Mantan Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times dan Yang Berbahagia Dato Sazmi Meah, Mantan Ahli Parlimen Machang, Kelantan.

Blog Zon 12, UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, memetik kenyataan Dato Shahrir bahawa
NGO perlu ganti UMNO yang takut.

Adakah jurublog ini memperli pemegang jawatan dan ahli-ahli UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan yang takut untuk menjadi penganjur?

Ini sebab acara ini sepatutnya dianjurkan oleh sebuah Cawangan dari UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan tetapi "takut" untuk menganjurkan setelah Dr Mahathir keluar parti.

Kalau takut anjur, sokong acara ini dan jangan lakukan sabotaj. Husin Lempoyang melaporkan Pak Lah begitu menggelabah bila mendengar ada cawangan yang akan ditutup di sini.




Lain-lain gambar boleh diperolehi dari blog Jinggo Fotopage.

3 comments:

Anonymous said...

Terusakan wira bangsa dan jangan takut dan risau ...kebenaran memihak kepada mu.

Anonymous said...

Kali ni nampak TDM tak ubah macam masa Anwar buat reformasi. He seems enjoy the crowd which may reflect his popularity (or power?). Siap ada poster besar warna warni. Banyaknyer duit. Sapelah sponsor agaknya :)

Gelombang Rakyat said...

I see more and bigger celebration soon. Way to go Tun Dr Mahathir Mohamad!

My Say