Saturday, May 17, 2008

Terima kasih Cikgu

Buat sempena Hari Guru yang jatuh pada hari Jumaat 16 Mei 2008.

Jika hari ini seorang
Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja
menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden
sebuah negara
Jika hari ini seorang
ulama yang mulia
Jika hari ini seorang
peguam menang bicara
Jika hari ini seorang
penulis terkemuka
Sejarahnya dimulakan oleh
seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya
mengejar tulis baca.


Dipetik dari sajak Guru Oh Guru
karya Allahyarham Usman Awang


Tanpa mu, siapa kami?

Bagi diri juru blog ini yang kedua-dua ibubapa mempunyai kerjaraya perguruan dan pada mereka juga tempat berguru ilmu, perayaan itu mempunyai pelbagai signifikan.

Kaum keluarga dan saudara mara pun ramai dari mereka-mereka yang berjawatan guru.

Ada guru yang melakukan sesuatu melampaui tugas-tugas yang telah ditetapkan. Ada hingga menjadi ibubapa atau abang kakak kepada anak-anak murid yang kesunyiaan.

Ada yang sanggup berperanan sebagai pegawai kebajikan memastikan kesinambungan hidup anak murid itu.

Itulah kerja guru itu menjangkau dari memegang kapor dan berdiri di hadapan bilik darjah untuk menulis di papanhitam.

Ada guru menggunakan papan putih plastik dan menulsi dengan penmarker. Ada guru yang kita dudok berbincang di atas secawan kopi di rumahnya atau di gerai-gerai terbuka.

Ada yang menggurukan dengan membuka gerakan hati untuk meneroka ilmu dan mencari kebenaran. Ada yang tidak bisa dilihat secara fizikal.

Semua ini "guru".

Seorang guru itu adalah gelaran hormat yang kekal sepanjang hayat.

Jika gelaran dato di angerah Sultan, gelaran cikgu itu jauh lebih mulia. Ia di angerah tuhan kerana kesetiaan kepada guru itu di tetapkan dalam peradaban Islam.

Begitu mulia seorang guru

Te-ri-ma kaaaa-saayyy cik-gu!!!!!!

No comments:

My Say