Hari ini, jurublog ini mendengar sendiri seorang Menteri dalam bersahaja mahu mengalihkan salah kehilangan Pulau Batu Puteh mengikut keputusan di International Court of Justice (ICJ) kepada Tun Dr Mahathir. Katanya, "Isu ini pun semasa zamannya."
Ini yang tidak sedap. Padahal tiada sesiapa yang tuduh Pak Lah pun. Adakah zamannya tidak membuat keputusan mengikut consensus Cabinet dan Majlis Tertinggi UMNO? Tunggul atau bodohkah yang main setuju?
Mungkin ada yang kecewa asyik berturut-turut kita dimainkan Singapura - pembatalan Jambatan Bengkok, penjualan saham Telekom, pembelian anak syarikat Singapore Telekom dengan mahal, penjualan saham-saham strategik kepada Temasik, kawasan tadah air PUB, dan lain-lain. Ditambah lagi dengan isu WPI yang rata-rata dilihat orang Johor sebagai menjual tanah untuk membolehkan Singapura membesarkan pendudok.
Jika tidak disebabkan ketidak persetujuan kepada WPI, tidaklah sampai lebih 300,000 rakyat Johor rosakan undi. Mereka tidak mahu beri undi pada UMNO tetapi tidak sanggup beri pada pembangkang.
Baiklah.
Kalau itu permainan balaci-balaci Pak Lah, maka jurublog ini pun bentangkan beberapa persoalan secara teks dan visual. Kita bahas stail Singapura, bahas berfakta. Cuba jawab pula.
Kita sedari kata-kata Pak Lah dalam laporan berjodol "PM minta rakyat terima keputusan ICJ" di Utusan Malaysia hari ini seperti berikut:
Menjawab satu soalan yang mengaitkan keputusan tersebut dengan kepimpinan beliau, Abdullah berkata, beliau pasti selepas ini ada pihak akan mempertikaikan kewibawaannya.Kronologi Isu Pulau Batu Putih
“Ini perkara biasa. Dengan keputusan mahkamah itu, nanti ada macam-macamlah. Orang yang tidak suka kita akan marah kita.
Sekarang kita tengok dahulu kronologi isu Batu Putih dalam gambarajah dari The Star Online di bawah ini:
Merujuk kepada gambarajah yang boleh ditekan untuk dilihat dengan besar, siapa pula Perdana Menteri semasa tahun 1979 dan 1980 ketika perkara ini mula menjadi perbalahan?
Sepanjang 1989 hingga 2003 yang mana kedua-kedua Malaysia dan Singapura baru mengkaji dan bersetuju untuk mencari penyelesaian melalui ICJ arbitration, siapa pula Perdana Menteri?
Bila sudah masuk ICJ, menjadi tanggungjawab untuk menguruskan kes dalam menyediakan fakta, perbahasan, menyediakan dokumen dan bukti, dan lain-lain. Perkara ini berlaku dari tahun Mar 2004 hingga keputusan. Tidak payahlah jurublog mengulang soalan yang mana pembaca boleh agak.
Satu Batu dan Dua Batu Kelikir
Sedih melihat tanah kita yang jelas ditepi pantai kita itu jatuh kepada negara asing?
Pulau Batu Putih dan Middle Rock boleh kelihatan seperti gambar berikut dari sumber Singapura.
Dengan lebih dekat, South Ledge yang terlindung dalam gambar di atas adalah sedemikian seperti di gambar bawah:
Macam Mana Boleh Kalah Pak Lah?
Mengikut keputusan penghakiman ICJ, keputusan 12-4 memberi Pulau Batu Puteh atau Pedra Banca kepada Singapura. Manakala, keputusan 15-1 memberikan Middle Rock kepada Singapura. South Ledge masih belum ditetapkan lagi. Kenyataan akhbar ICJ sepenuhnya boleh diperolehi di sini.
Mengikut Malaysia Insider, ICJ tidak mempersoalkan kedaulatan Johor ke atas Pulau ini sebelum 1953.
ICJ melihat surat kerajaan Johor yang ditulis oleh Setiausaha Kerajaan Negeri yang memperakui tidak menuntut pulau ini. Sepanjang tahun 1962-1975, beberapa peta yang dikeluarkan kerajaan tidak meletakkan pulau ini di bawah jajahan Johor.
Siapa Menteri Besar Johor tahun 1953? Siapa Perdana Menteri sepanjang 1962-75?
Sekarang mahu ditanya, adakah pasukan pembela kita telah melakukan "lobi"? Perjalanan ICJ memerlukan taktik "lobi".
Mungkin kita tidak suka "lobi" sejak keluar tuduhan VK Lingam mengatur lobi dan Vincent Tan dan Tengku Adnan melakukan lobi. Adakah diplomat kita pun turut mengikut permainan persepsi murah yang dilakukan oleh ahli politik PKR dan fraksi Pak lah dalam UMNO? "Lobi" di sini bermaksud penerangan!
Maklumat yang saya perolehi dari seorang bekas pelajar Cambridge yang mana pernah menuntut dari salah seorang pakar-pakar yang telah digajikan dan pensyarahnya memberitahunya, kita tidak melakukan "lobi"?
Mungkin terlalu banyak pasir masuk dalam otak Menteri Luar Negara kita semasa itukah?
Dalam laporan Utusan itu, Pak lah berkata berikut:
“Tetapi saya ingin jelaskan bahawa pasukan yang membawa kes ini ke ICJ adalah pasukan yang sama semasa kita menang dalam kes Pulau Sipadan dan Ligitan dulu,” ujarnya.Betulkah demikian?
Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pakar dan pegawai Malaysia yang terlibat membuat persediaan membawa kes itu ke ICJ.
Betulkah tiada dokumen sepanjang tahun 1953 ke tahun 1872 yang menafikan surat yang dikatakan melepaskan tanggngjawab terhadap pulau itu?
Ini satu lagi.
Siapa yang bahalol mengunakan gambar Pulau Batu Puteh yang diambil dari blog seperti berikut sebagai bukti?
Gambar sebenar yang dibentangkan Singapura adalah berikut.
Ini betul memalukan. YB Jeff Ooi pernah menuliskan kesilapan besar yang kita lakukan pada bulan November tahun lepas di sini.
Buat Menteri tersebut, saya bertanya, siapa Perdana Menteri semasa perkara ini berlaku?
Siapa pula Perdana Menteri yang merancang dan melancarkan dengan bersungoh-sunggoh WPI yang mungkin akan dituntut oleh Singapura sebagai jajahan mereka pada tahum Misi Nasional 2057?
Buah yang Rendang
Sementara itu, apa jadi kata-kata hendak memetik buah-buah yang rendang dahulu?
Kes ini masih tidak habis-habis lagi. Batu kelikir bernama South Ledge siapa punya? Malaysia Insider melaporkan Gani Osman berkata masih ada pertindihan tuntutan lagi?
Baguslah dudok sama-sama dengan Singapura berbincang dalam Jawatankuasa Teknikal Bersama. Biasanya selesaikah? Main golf banyak-banyak, makan nasi ulam dan durian sedap-sedap.
Kalau Pak Lah, Shabery Chik dan Tingkat 4 mahu selesaikan senang saja, salahkan Dr Mahathir saja.
Tetapi kalau takut saluran 3 dan 4 marah, salahkan DAP atau PKR pula. Asal bukan silap Pak Lah, kerana yang baik darinya, yang salah dari kita dan orang lain.
7 comments:
A lost is lost.. but in actual fact, we FAILED.. http://mantra-indeeptots.blogspot.com/
Perbicaraan tuntutan Pulau Batu Putih yang terletak 7.7 batu nautika dari Johor dan 25 batu nautika dari Singapura itu adalah hanya sandiwara untuk menutup kelalaian, kealpaan, kebebalan dan kedurjanaan pemimpin Melayu dan Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang berkhidmat pada tahun 1953.
Aku mempunyai segala asas untuk mengatakan mereka telah dengan lalai dan relahati menyerahkan kedaulatan Pulau Batu Putih kepada Singaparu.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Voice,
This is also posted elsewhere :
It must be Singapore's suggestion that both sides will not appeal the result.
Singapore knew in advance, Malaysia kowtow in advance. It must be that Malay (PM's)famed generosity that gave away the Pulau.
S'pore submarine base is coming up there in 5 years'.
Paklah ni ada darah cina. Suka darah jepun dan bela jin . Asal dpd
negeri takde sultan,sebab tu tak tahu adat beraja. Kerjaya dulu 'saya yang menurut perintah'. Sekarang banyak buat orang susah.
greetings voice.
it is well known fact that the loss of batu putih island is the collective responsibilty of past prime ministers since 1980, who was the prime minister then? So that's why it was being related to Tun M.
Well, Pak Lah might have a hand in this too, but in real fact we have a lot of parties to blame for the loss.
bung karno, to pick on pak lah just because he has chinese blood is... uncalled for. lagipun, jangan lupa jepun dan cina memang enemies dari dulu-dulu lagi. so your connection, tak valid dah. i agree with daniel - to pinpoint ONE person or ONE party or ONE body is not fair to address the issue. it's a collective effort; a collective mistake, even. people say if you point one finger at one person, three more of your fingers point back at you. so don't be too quick to blame.
From Matthias article, it looks like 3 main factor account for our loss.
1. Poor choice of legal team.
2. Poor research team.
3. Poor argument.
Can Dr M be blamed for th euse of ICJ for arbitration? Is there any other International bodies for arbitration?
What basis is there to conclude it is collective mistakes of the past? Specify the mistake and whose adminsitration that dealt with it.
Even the incriminating letter by the State Secretary could be argued if the proper team had been established.
After it is decided during TDM era that the issue be arbitrated at the ICJ, the whole case is handled in Pak Lah time.
Open and shut case. It is Pak Lah's fault!
SO we lost. We dont have to be sore losers already. We could take forever blaming everyone (and in this case blaming Pak Lah, well because he is an easy target, everybody had to pick on him) But blaming too does not change the fact that singapore is still going to be the owner of batu putih. Our government always require something to happen (in this case, lose something ie Batu Putih) under their noses before getting a reality check and THEN only start doing something. As of now, it is that they are trying to secure whatever reef, rock, island, piece of floating land around our waters so as to ensure things like this do not happen again. Well, in that case GOOD, although I also i agree that is not the best thing they should be doing. Let's ensure this does not happen again in the future, and for sure if the government still does not learn from this incident, I have no idea what to say already.
Post a Comment