Utusan Malaysia
18 Mei, 2008
KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menilai semula pelantikan Senator Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Tajuddin menegaskan, tindakan Zaid yang menyerang secara terbuka di luar Dewan Rakyat terhadap ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dianggapnya sebagai penentang kerajaan merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab.
Tambah beliau, tindakan Zaid itu yang turut menggesa BN serta UMNO mengambil tindakan terhadap penyokong-penyokong kerajaan merupakan perbuatan yang memalukan.
"Dalam kes saya, belum buat teguran dianggap telah menentang Perdana Menteri sedangkan sebagai ahli Parlimen, peranan kami ialah untuk menegur serta memberi pandangan membina kepada kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan (2007) 2008 pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Tajudin membangkitkan perkara itu berikutan kenyataan terbuka Zaid di lobi Parlimen pada 24 Mei lalu mengenai tindakan ahli-ahli Parlimen BN seperti Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir (BN-Jerlun) dan Tajudin yang menentang kerajaan seperti disiarkan akhbar pada 25 Mei.
Beliau menambah, sikap Zaid ini amat mendukacitakan dan tidak melambangkan sikap menteri yang sepatutnya boleh menerima peranan yang dimainkan oleh ahli-ahli Parlimen.
''Saya ingin persoalkan berapa lama menteri ini telah berada dalam BN, berapa lama dalam UMNO, malahan semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 lepas tidak berada di kawasan sebaliknya berada di luar negara.
''Berbanding dengan saya telah berada dalam BN selama 36 tahun dan berada dalam UMNO sejak dari muda serta sanggup mempertahankan parti hingga sanggup di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya.
Sehubungan itu Tajuddin meminta Perdana Menteri menyemak balik pelantikan Zaid sebagai menteri kerana lebih ramai lagi pakar undang-undang dalam BN dan UMNO.
Beliau memberitahu, sebagai menteri, Zaid sepatutnya menerima teguran dengan positif dari pembangkang ataupun dari penyokong kerajaan.
Katanya, sekiranya penyokong kerajaan membuat teguran tidak bermakna menjadi pembangkang.
''Saya tidak semestinya bersetuju dengan rakan-rakan dalam perkara yang tidak membawa kebaikan kepada kerajaan, sebab itu saya meminta menteri tersebut menarik balik kenyataan tersebut.
''Minta maaf daripada saya mengenai kenyataan umum yang dibuat lepas," katanya.
Wednesday, May 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Say
-
▼
2008
(343)
-
▼
May
(30)
- Hishamuddin: Ura-ura mahu kekal jawatan Ketua Pemuda
- Zaid Ibrahim: Pak Lah Masih Berdegil
- Nilai semula pelantikan Zaid - Tajuddin
- TDM Kembali, Bersuara dan Akan Terus Bersuara ...
- Sticky: Kepulangan Dr Mahathir Dari Tokyo
- Dr Mahathir: Asia should liberate Itself from West...
- The Pulau Batu Puteh Case: A Strategic Disaster fo...
- Tidak Tuduh Pak Lah Lepaskan Pulau Batu Putih ...
- UMNO and It's Misunderstood Sense of Loyalty
- Salehuddin PKR should answer these You Tube videos
- A Lawyer's Opinion on Zaid Ibrahim and His Actions II
- Mukhriz accuses Zaid of working for Pakatan
- Jangan Mengeloh, TDM Hendak Selamatkan UMNO
- Dr Mahathir Revealed Another Card
- The Agong’s Constitutional Power to Remove PM
- TDM Keluar UMNO: Satu Analisa Saintis Politik
- Beberapa Reaksi Terpilih
- Dr Mahathir Quit UMNO
- A Lawyer's Opinion on Zaid Ibrahim and His Actions I
- NO To Haliburton in WPI!!!!
- Terima kasih Cikgu
- Forum MyKMU di JB
- Amirsham: Straight man but something is suspicious
- Ucapan Mukhriz di Parlimen
- Mukhriz's Caution on Anwar in Parliament
- What is Ku Li's view of things?
- Adakah Helah Disebalik Laporan Polis Terhadap Karp...
- Buat Ibu Di Hari Istimewa Mu
- Musical Interlude/Just News: Walking Blues
- Dr Mahathir, The Statesman Blogger Has Finally Arr...
-
▼
May
(30)
5 comments:
Zaid lebih layak masuk DAP dari UMNO.
Zaid ini liabiliti. Kalau dia bertanding di KB, lagi teruk keadaan.
Saya sarankan kes Zaid ini di refer kepada Lembaga Disiplin UMNO kerana betul cakap Mukriz tu yang siZaid ini kerja dia sekarang melaksanakan agenda Pakatan Rakyat dan ini adalah satu tindakan yang saya rasa melanggar tata tertib perlembagaan UMNO. Kalau boleh presiden Parti tu sekali dipanggil oleh Lembaga Tatatertib kerana subahat dengan siZaid dan kalau sahih tuduhan boleh lah mereka berdua dibuang atau digantung keahlian mereka berdua.
sometimes i wonder why pakdol had to choose this guy. wasnt this the same freak who was heavily involved in money politics that he was dropped in the last pru? he should just stick doing what he does best...a 2-faced lawyer.
Liabiliti kepada UMNO. Bagaimana dalam keadaan yang begitu teruk dan MP Sabah mahukan jawatan dalam kabinet, PM boleh melantik senator untuk jadi Menteri?
Post a Comment